bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, July 27, 2010

kecewanya aku....

hari ni aku kecewa betul.... bukan sebab putus cinta ke apa.. p best friend aku yang kecewakan aku.. aku percayakan dia... aku kenal dia lama dah tapi kenapa dia selalu tipu aku??? takkan dia tak sedar yang penipuan dia tu selalu sangat aku tahu. kalu nak tipu pun logik la sikit... dan bagi aku as a best friend yang dah anggap macam saudara sendiri kau tak perlu nak tipu.... i just need a friend who a really her/his self bukan jadi orang lain..

memang dari dulu aku slalu syak yang dia nie selalu tipu aku. tak kisahlah tentang apa. terlalu banyak yang otak aku liat nak percaya cerita dia sebab aku tahu dia tipu. aku tak pernah pun cakap yang aku tak percaya cerita dia sebab bagi aku dia bff aku kenapa perlu dia nak tipu aku dengan cerita2 yang macam tak masuk akal. mungkin sebab perangai aku yang berat mulut dan hanya dengar je buat dia rasa yang semua cerita dngeng dia tu aku percaya padahal otak aku selalu je menyangkal cerita dia yang memang aku tau tak masuk akal. dan malam nie terbukti yang dia tipu aku. sakit hati, kecewa semua nya ada...

kalau dengan ur bestfriend yang dah di anggap spt sedara sendiri pun ko nak tipu maknanya ko memang seorang manusia yang tak guna.... bukan aku tak tau selama nie ko banyak kali nipu. kalo nipu ngan org lain aku tak kisah nie aku as ur best friend pun kau tipu.aku malas nak bising la tapi nie aku dah muak ngan cerita dongeng kau tu... aku dah bosan dengan perangai kau....aku nasihatkan kau lepas nie tak payah la nak reka cerita or menipu lagi sebab kau memang tak reti.. selama nie aku dengar je cerita tipu kau yang memang tak logik and f.y.i kau selalu kantoi menipu tapi kau tak sedare sebab kau bodoh. kalau tak reti menipu jangan menipu...


Kristinia DeBarge Future Love

my first class on 26 July 2010

Sepatutnya aku post ni last night but atas masalah teknikal aku tak dapat post apa yang aku mengarut nie dalam blog aku yang tak ada sesiapa pun tahu hahaha ok so now dah dapat postkan. Ok lah tu..

26/07/10 in pink myvi around mcdonals car park and kat rumah.

I just came back from my 1st class of my program that I joint. Today was the introduction session in this program which is we needed to feel up all the form that need and take a picture for our membership card. We are dividing into 2 groups which are a blue team and red team. I was in the red team, the last person who was chosen for that group. Mungkin sebab aku yang pendiam dan ala-ala kera sumbang tadi. Hahahha sampai the red team trainer suruh aku tukar nama supaya aku lebih ceria… hahha tak per.. aku kan memang pemalu pada awalnya and insyallah after this aku akan tak malu Cuma segan jer. Hahahaha

Ok berbalik pada kejadian tadi. Memula sampai kat e curve aku boleh round2 dulu sebab aku tak pasti yang hari ni or bila mula program nie. The bila dah kul 7 lebih baru aku gerak g club. Ramai giler orang. Rupanya kat clun the curve memang ramai member dier. So nasib bila aku nak masuk jer aku Nampak trainer tu pun nak masuk and dia suh aku masuk gak. So terbuktilah yang memang hari ini mula program nie. So kita orang di suruh tunggu di sofa yang ada. Macam biasa aku yang tak reti nak bergaul ngan semua orang nie duduk sambil mengeluarkan hp aku and terus main game sampai fidie brapa kali tegur aku kata aku bz ngan hp and sms boyfriend. Boyfriends pun aku tak ada nak sms apa nya….

Bila semua dah sampai, kita orang disajikan dengan clip video lose big program yang di anjurkan untuk stesyen tv3 nyer staff. Peserta tu semua happy2 je tapi tak tau la bila derang just tunjuk part yang gelak-gelak je… bila tengok latihan yang derang buat memang susah. Sedangkan pagi tadi aku baru je mula buat work up pun dah sengal2 satu badan inikan pula aku nak buat semua aktivitie nie. Makin nebes aku mengenangkan hal ni.

Habis je tengok clip video tu kita orang di suruh isi borang2 tertentu and ambik gambar untuk membership card. Dah tu kita orang boleh balik. Oh ya kita orang dapat beg, ear phone, botol air, face towel, and 3 buku body first. Buku panduan tentang pemakanan, cara bersenam and buku catatan. So tu je lah aku rasa buat hari ni. So next class will be this Wednesday on 7.30 pm. Hope aku boleh teruskan nya and NEVER GIVE UP

Sunday, July 25, 2010

berdebar-debar..

hujan yang turun tak sedikit pun menghilangkan resah hati aku bila mengenangkan hari esok bakal tiba. hati aku macam di ganggu oleh sesuatu makhluk yang buat aku rasa berdebar2 and kecut perut... fuhhh boleh ke aku teruskan ek... nebes sungguh. mana tak hari tue bila aku ke club kat uptown pun aku dah menyumpah inikan pulak bila aku dah mula ke club kat the curve. mesti lagi teruk aku kena. nebes tahap dewa dah nie.

benda paling aku risau adalah diri aku sendiri... aku takut aku just hangat-hangat tahi ayam and aku tau aku memang pandai bab-bab nak mengelat nie. hope esok akan berjalan dengan lancar dan aku mampu teruskan semua nie.... macam mana ek program nie.. adoiii pening kepala aku bila asyik tertanya-tanya je. bila dah hati tertanya-tanya otak akan bekerja keras untuk memikirkannya dan hasilnya aku maigrain.....

selesa pula aku bila online dalam kereta je. tak lah sejuk sangat macam kat dalam mcd tu.. bila dah sejuk, boleh tangkap ke kepala dan terus bertambah sakit kepala aku... perut nie tak selesa la pula rasa. macam nak melabo. hahahhaha tapi hujan yang turun membatalkan niat aku untuk balik ke rumah terus. lagipun baju yang aku hanta ke dobi semalam belom aku ambik lagi. kalo tak ambik hari ni maknanya esok aku tak ada baju untuk menjalankan aktiviti yang baru sahaja aku jalankan baru-baru ini....

ermmm apa lagi ek aku nak cerita kat sini.... ermmm owh ya... tentang program yang aku ikut ni. bukan aku tak nak kongsi dengan sapa2 cuma aku tak nak orang tau je. hahhahahah. aku tak suka bila orang bercerita... ok to be honest aku tak suka orang banyak tanya. kalau nak support tu aku tak kisah ni tapi kang ade je yang nak membakarkan hati aku.. tak ke bikin panas kalau ada jer yang nak kutuk la.. ngusik la.. ee aku memang tak boleh la kalo ader golongan macam nie. lagi pun aku nie kalo dah berada di dalam keadaan darurat tahap naga(keadaan yang aku tak berkemampuan dari pelbagai segi) panas baran aku memang tak boleh di jangka. boleh gaduh walaupun orang tu just nak bagi sokongan... hahah tu yang aku tak nak tu..
macam hari tu lah time g club kat uptown, cik sahabat nak bagi support kat aku supaya aku boleh teruskan apa yang sedang aku lakukan, tapi aku bukan macam orang lain.. time tu panas je hati aku bila dengar kata-kata semangat dari beliau. bila mengenangkan beliau adalah sahabat aku dan beliau tidak tahu perangai aku yang sebenar aku sabarkan hati aku dan berusaha untuk bertahan supaya aku tak mengamuk time tu.... hahaha

semua orang tak tau perangai aku yang sebenar,, entahlah bukan sebab aku hipokrit pada orang lain ke apa but it just me. aku tak akan tunjukkan semua perangai aku sebab aku rasa, some part of me it just belong to me and i just don't need to share it to all. not every thing i can tell people tak kisahlah family ker kawan2 ke.... kisah aku hanya aku yang tahu.. aku percaya ramai yang macam tu. tak semua benda kita kan kongsi dengan orang. tapi kalau ada yang kongsi ngan semua orang aku tak tau lah nak cakap apa... no comment. tu hak masing... ok lah... aku dah tau der idea nak cerita apa.. next time aku up date lagi....


Tuesday, July 20, 2010

langkah seterusnya.....

aku kat mcd now.. hhahah again lunch at McDonalds. well tadi baru je dapat phone call dari that guy name ZUA frm F.F. he ask me something about program yang aku nak join tu. so aku cakap aku akan ke club esok but tak sure kul berapa. bila aku buat langkah seterusnya ni je maksudnya aku serius nak masuk program nie. aku tak boleh patah balik. aku mesti ingat apa yang aku dah korbankan untuk program nie takkan aku nak sia2kan je.. aku ada msg ngan zenny the girl who won in this program. dia kata aku boleh buat punyer sebab all yang terlibat akan bagi tunjuk ajar and guide aku. well i hope so. dah kalo ngan cara nie je boleh tolong aku why notkan even aku takut gak ngan keputusan yang aku buat nie. selama nie mana aku nak buat keputusan yang besar cam nie sebab aku tak kisah ngan semua benda. aku dapat dapatlah kalau tak dapat nasiblah. tue lah cara aku selama nie.

well aku harap sangat yang aku boleh bg commitment 100% dan tak banyak alasan yang aku bg dan yang penting aku TAK PUTUS ASA!!!!! really hope that i will never give up during this program. insyaallah... aku harap aku dapat sokongan penuh dari family aku. buat masa sekarang tak ada sorang pun kawan aku yang tahu tentang program yang aku akan masuk nie... even my best buddy pun blom tau lagi. nanti2 la aku bg tau.. sorry yer cik sahabat. bukan niat nak rahsiakan dari ko tapi aku pun masih teragak2. one day you will know gak kan.. hope bila kau tahu tentang ni kau pun akan support aku... sampai maigrain aku bila fikir tentang keputusan yang aku ambik but i still hope that i can do it. and again NEVER GIVE UP......

terfikir2 sampai pening

well today aku just lepak2 kat starbuck area kota damansara. sekurang-kurangnya aku tak banyak berfikir sangat. semalam aku banyak berfikir. aku takut keputusan yang aku ambik untuk join that program salah dan aku akan menyesal di kemudian hari. tiba-tiba aku rasa takut yang amat. aku takut sangat2 kalau aku tak dapat nak bagi commitment 100% pada apa yang bakal aku join ni. aku kenal diri aku tapi tak semua perangai aku tu aku tau cuma buat masa ni perangai aku yang aku tahu buat aku makin risau. aku risau tentang masa depan yanga kan aku lalui. tapi aku pasrah je kot. esok punya cerita esok aku sattle. so buat masa nie aku just nak tunggu hari tersebut muncul. apa yang buat aku rimas adalah benda alah nie macam menghantui aku la. bila aku tak ada benda nak buat or tiba2 jer aku boleh terfikir tentang program nie. benda nie buat aku rimas sebab setiap kali terfiir hal ni aku akan jadi risau dan terus terbayang apa yang akan aku hadapi. apa yang tak menariknya kat sini adalah kebiasaannya apa yang aku bayangkan tu akan menjadi perkara di sebaliknya. so buat masa sekarang nie aku terbayang aku betul2 berusaha keras dan tak nak mengalah untuk kecapi apa yang aku nak so aku takut bila tiba masa yang sebenarnya perkara di sebaliknya pula yang jadi..

ok tutup cerita tentang program tu. ni aku nak story tentang perkara yang ada juga kena mengena ngan program tu. tapi just club dia je yang sama. esok aku akan ada appointment dengan consultant f.first kat uptown kul 5 petang. nie aku redeem promotion yang aku beli tu hari. rm30 untuk sebulan di fitness first. so aku harap nie akan membantu aku dalam program yang aku akan turut serta. so aku tak tau cam mana lagi ttg sebulan free nie apa2 aku akan update pada next day yang aku ada masa. oklah aku rasa tu je kot aku nk merapu and melalut buat masa nie. so apa2 hal aku akan update next time..

Saturday, July 17, 2010

that the way it is

today aku decide untuk buat perubahan dalam hidup aku. biarlah apa orang nak kata aku akn tetap teruskan niat aku untuk cuba ubah diri aku. aku bukan nak buktikan kat sapa2 tapi aku hanya nak kehidupan aku yang sebenar yang mana sebelum nie aku rasa terlalu hambar. lama dulu aku rasa gembira dengan kehidupan aku. tapi bila aku mula masuk belajar di peringkat lebih tinggi aku rasa kosong. bukan aku tak ada kawan2 tapi rasa kosong tu ada dalam diri ni. dahlah aku fail bahagian nak bergaul ni. dulu aku boleh je bergaul ngan semua tapi sekarang semua perangai aku dulu dah hilang. aku jadi berat mulut, tak reti nak bersosial, lebih gembira sendiri dan semuanya aku pendam. aku sendiri tak tau kenapa semua ni jadi kat aku. aku sedar banyak yang berubah dalam hidup aku tapi aku tak buat apa2 pun. aku biarkan aja sebab aku paksa diri aku untuk selesa dengan keadaan aku ni.. aku banyak paksa diri aku untuk terima semua yang jadi walaupun hakikatnya aku langsung tak boleh terima...

aku harap dengan lagkah pertama yang aku ambil ni dapat merubah kehidupan aku selepas ni. walaupun nilainya agak tinggi untuk aku bayar tapi aku harus cuba kerna aku tahu hanya ni je yang boleh merubah aku sebab aku perlukan sokongan. kalau dengan wang ringgit je yang boleh buat aku dapat sokongan dan galakan aku tak kisah.. yang penting apa yang bakal aku perolehi nanti...


just need it....

saat nie aku macam sedih je.. aku perlukan sokongan. aku makin rasa yang aku sorang je kat dunia ni. time aku perlukan sokongan time tu lah ada je yang cuba lemahkan semangat aku walaupun bukan secara kasar cuma aku tak bodoh untuk tak reti bahasa. bukan selalu aku mintak sokongan untuk aku cuba sesuatu yang baru yang mungkin boleh ubah kehidupan aku. bila aku tak cerita apa yang jadi dalam hidup aku mula la mereka kata yang aku terlalu berahsia tapi saat aku nak berkongsi cerita siapa yang dengar?? aku pun perlukan seseorang untuk dengar apa yang aku rasa apa yang aku alami bukan aku je yang nak dengar cerita semua orang....

kadang-kadang rasa kecewa sangat.. tapi aku pendam je dalam hati. takpun satu tahap tu aku akan nangis dan lepas tu aku akan ok. tak pun aku akan luahkan kat sini ataupun aku tukar pada bait-bait indah yang hanya orang0orang tertentu sahaja faham rasanya. apa lagi yang boleh aku buat...


Thursday, July 15, 2010

sangat tak bertamadun

sangat tak bertamadun... bukan mereka je yang ada kat dalam mcdonald nie. nak memekak pulak. kalu budak2 tu tak apalah juga nie dah besar panjang. pelik betul. bila di fikir balik memang lain manusoia zaman sekarang. dulu waktu aku sekolah, balik sekolah je terus balik rumah tak pun lepak kat mcdonal tapi tak adalah buat bising sampai bingit telinga aku ni. bukan jeles ke apa tapi kalau dah mengganggu ketenteraman awam tu siapa yang suka. ermmm tu yang aku katakan tak bertamadun. cepatlah korang blah dari tempt nie.... menyakitkan mata and telinga aku jer. tak kisahlah korang nak berapa jam pun tapi janganlah sampai mengganggu ketenteraman awam. menyakitkan jiwa and membuatkan aku tambah dosa kutuk korang dalam hati. adeh.. nak biarkan pun tak boleh sebab memang dah mengganggu ketenteraman aku. nak blah pulak aku blom makan lagi so terpaksalah aku buat2 pekak walaupun nak bernanah aku dengar sorakan budak2 skolah nie.



tapi the best part is budak kecik kat meja sebelah aku nie cute betul suara dia. macam cartoon. hehehe tersenyum je aku dengar suara dier. comel pun comel gak. hehehe time nie bleh la cuci mata tengok mak bapak yang bekerja bawak anak masing2 makan. nasib la mak aku tak kerja dulu kalau tak memanjang makan fast food or masakan orang lain je lah. dah lah bila hidup sendiri ni aku kena makan masakan orang lain. bukan tak nak masak tapi ada masalah teknikal kat rumah. hahah banyak betul alasan aku.. well macam panjang lak aku membebel kali ni. so sebelum aku melalut lagi panjang baik aku berundur diri

Thursday, July 8, 2010

pagi di mcdonalds


pagi yang sepi hanya di temani manusia yang tidak pernah kenal erti malam. manusia yang masih berjaga saat manusia yang lain enak di buai mimpi-mimpi indah. di sini aku di tengah manusia yang masih segar matanya sambil menemani sang sahabat yang bertungkus lumus menyiapakan tugasan yang harus diselesaikan. ditambah dengan masalah sampingan. begitulah lumrah kehidupan ini. pasti ada sahaja dugaan yang datang menjenguk bagi memberi kita sidikit pengalaman untuk mengharungi masa depan yang lebih mencabar. anak-anak muda yang berpasangan juga belum lagi rasa jemu untuk menghadap muka pasangan masing-masing walaupun hampir setiap hari bertemu. inilah kaajaiban cinta yang kadang-kala merungsingkan dan kadang-kala membahagiakan.


Wednesday, July 7, 2010

macam-macam

terasa nyama pulak hari ni...
hujan yang berteman angin membuatkan rasa cukup selesa. sejuk-sejuk macam ni kerap pula aku g toilet tapi tak kisah. hari ni jiwa aku macam tak ada je. entahlah. mungkin sebab aku rindukan mama dan ungkin juga sebab aku tak sihat aku pun tak pasti. mungkin sebab dua2. demam aku ada sikit-sikit je lagi dalam badan aku. semalam pula angkat barang berat so akibatnya perut aku sakit. bhgn bawah perut sebenarnya tapi tak kisahlah.. tak teruk pun.

Tuesday, July 6, 2010

bila bicara soal kehidupan aku terlalu berat pula ingin aku kongsi kerna aku bukan pencerita terbaik.

impianku.

aku teringin untuk memiliki senaskah buku yang aku coret pelbagai kata dan rasa untuk aku kongsi bersama ramai orang dan kemudiannya mereka terus ingin melihat dan membaca hasil karyaku yang tidak seberapa.
aku bukan inginkan publisiti tetapi aku hanya mahu berkongsi kata dan bicara bersama mereka yang sudi. kata-kataku selama ini tidak di peduli tapi aku mahu bicaraku di ketahui. bicara jariku yang merungkai satu persatu rasa hati tanpa aku perlu suarakannya.

nasib baik

fuhh nasib baik bleh sign in blog nie.. terlalu byk pasword yang aku wat last2 aku yang lupa... pengajaran nie.. aku mesti guna satu je pasword yang orang takkan tahu for sure lah kan...
well berbalik kepada cerita asal hari ni erm sebenarnya dah beberapa minggu aku asyik teringatkan mama je. aku rindukan mama.. jiwa aku buat masa sekarang ni bukan kat sini. jiwa aku dengan mama...

Popular Posts