bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Saturday, September 18, 2010

SAHABAT DAN KEKASIH

Hello, erm Dilla ada?”

“Dilla nie. Sapa tu?”

“Hey Dilla...awak tak kenal saya ke sampai hati awak. Takkan tak dapat cam suara saya. Cekodok betullah.”

“eh Shaie ke tu?”

“Shaie? La awak tak ingat ke?”

“erm sapa nie? Jangalah main-main.maaflah saya tak kenal.” Lantas ganggang talefon diletak. Walaupun rasa dipermainkan Dilla tetap memikirkan siapakah gerangan yang menelefonnya tadi. Suara itu seperti pernah didengarinya suatu ketika dahulu. Tetapi siapa?. Sedang Dilla asyik memikirkan perkara itu, tiba-tiba talefon bimbitnya berbunyi. ‘1 massage received’. Pantas jari Dilla menekan butang hijau untuk membaca massage yang baru diterimanya.

sampai hati awak tak ingat saya. tapi apa-apa pun saya harap awak dapat mnghadirkan diri ke RENION ‘KPK’ di Hotel Syurga Mama.”

Setelah membaca massage tersebut pantas jari Dilla mendail nombor tersebut.

“Er boleh saya tahu siapa awak?”

“La..... awak masih tak kenal saya lagi ke?. Oklah macam nie kalau awak nak sangat tahu siapa saya awak datang ke tempat yang saya bagi tau tadi. Kalau awak masih was-was awak bawak kawan awak. Mintak dia teman awak. Ok BYE...

**********************************************************************************************************************************************

Walaupun agak berat hati Dilla untuk pergi tetapi hatinya seakan-akan mendesaknya untuk pergi. Dilla memberanika diri untuk pergi seorang diri tetapi dia telah memaklumkan pemergiannya itu kepada temannya demi keselamatan.

Ketibaannya di Hotel Syurga Mama diiringi dengan perasaan yang berdebar-debar. Dilla disambut dengan penuh hormat ketika memasuki pintu utama hotel itu. Dilla diiring ke sebuah bilik. Walaupun dihujani beribu-ribu peroalan, Dilla tetap menurut langkah pekerja itu. Tidak terlintas di fikirannya untuk bertanya pekerja itu.

Dilla memasuki bilik itu. Kelihatan seorang perempuan telah berada di situ. Dilla memerhatikan wajah perempuan itu. Diamatinya wajah perempuan tersebut. Mereka saling berpandangan. Tiba-tiba Dilla menjerit kegembiraan kerana telah sekian lama dia tidak menemui perempuan itu. Mereka berpelukan melepaskan kerinduan.

“Berapa lama dah kita tak jumpa ya..! terlampau lamakan. Kalau tak silap lepas SPM , semua menghilang. Tak dapat nak cari”. Kata Dilla.

“ Yalah tapi yang aku hairan siapa yang adakan perjumpaan ni hah?. Antara kita semua ni, Shaie dan Muq yang tak ada”. kata Nyisa yang dari tadi membisukan dirinyer.

“Tapikan tadi, aku ade dengar pekerja 2 kater ngn membe dea, Cik Shaie da sampai da. Ha kompem la ni keje Shaie”. Kata Amo.

“ Hari 2 aku dapat call, suara pompuan 2 macam Shaie. Tapi yang aku musykilkan stail pompuan 2 cakap, sopan jerk, x mcm Shaie pon. Korang tau2 je la si Shaie 2”. kata Dilla lagi.

helloooo, sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula manusia. Aku dgr dulu, dea studi kat California. Aku rase da taubat agaknye pompuan 2”. Iza yg dari tadi membisu menyampuk.

Tibe-tibe pintu bilik itu terbuka, semua mata tertumpu kearah pintu tersebut dan untuk kesekian kalinye mereka menjerit kegembiraan apabila melihat kemunculan Muq. Banyak yg mereka bualkan sementara menanti debaran seterusnye.

Suara Sue menarik perhatian mereka. Lantas mereka mendapatkan Sue yang sedang asyik membelek sesuatu.

“Aku dah kata dah. Ni semua keja Shaie. Tengok banyak gamba dea lam benda alah nie. Tercapai gak hasrat dea nak bukak hotel ek.” Kata Sue.

“Eh biar betik nie Shaie... dia dah kahwinlah kan. Mak aii siap buat kat hotel lagi tue..” kata Amo.

“Ala tokey hotel nak susah apa.....mestie freekan. Jimat betul Shaie kawin,” kata Nyisa pula. Mereka ketawa mendengar kata-kata Nyisa.

“Bini orang dah Shaie. Dia kata kalo dah jadi bini orang dia pakai tudung... laku gak minah tue ek.”kata Dilla.

Excuse me... cik-cik smua diminta meninggalkan bilik nie secepat mungkin kerana bilik nie dah ditempah...” suara itu memeranjatkan mereka. Mereka tidak sedar bila pekerja perempuan itu memasuki bilik itu. Kata-kata pekerja itu memeranjatkan mereka.

“Erm... kami dibawa ke bilik ini... boleh saya tahu sapa manager hotel nie?” soal Dilla.

“ Maaf cik saya diarahkan untuk memberitahu cik sekalian untuk beredar dari bilik ini secepat mungkin. Saya hanya menurut arahan bos saya cik.” Kata pekerja itu lagi.

Dilla tidak puas hati, lantas meminta untuk berjumpa dengan pengurus hotel berkenaan. Sedang mereka asyik bersoal jawab dengan pekerja itu muncul seorang perempuan.

“Kenapa nie?” soal insan itu.

“Saya nak jumpa pengurus kat sini. Kami di bawa terus ke bilik ini setiba kami di hotel ini.” Kata Amo menerangkan apa yang terjadi. Insan tadi mengarahkan pekerja tadi beredar.

“Cik, menurut pekerja saya cik semua tidak menempah bilik ini.” Kata insan itu.

“Masalahnya time we all datang je pekerja u bawa kami ke bilik ini...”kata Nyisa.

“Cik semua nie cekodok basi betullah...member sendiri pun tak kenal. Weit nie akulah Shaie. Apalah korang nie.”

“Shaie????!!!” serentak mereka menjerit. Tidak sangka perempuan yang berada i hadapan mereka ini adalah Shaie. Mereka berpelukan.

“kureng asam ko nie Shaie.. aku tak kenal langsung ko tau tak... berubah betol ko ek...”kata Muq.

“ala kureng asam tambahlah asam. Betol tak korang? Tapi dalam gmba tadi ko lainlak kan.” Kata-kata itu membuatkan mereka katawa.

“Macam mana korang boleh tahu yang lam gamba tu aku?”Soal Shaie.

“ Ko nie pun satulah Shaie. Dah terang-terang nama ko terpampang kat c tu. Buat lawak bangang lak ko nie ek...”Kata Nyisa.

“Kalo tak silap aku lam gamba kawin ko tue ko pakai tudung and like a real women but what happen now? U are not look like in the picture?” soal Iza yang sedari tadi menjadi pemerhati. Shaie ketawa mendengar soalan Iza itu.

“ Tu aku nak cerita ni..... tadi time aku on da way g sini rambut aku tersepit kat pintu kereta. So,tu yang jadi pendek tu. Lagipun aku tak dapat buat apa-apa coz kereta tu dah terbang dulu.. masalah sekarang rambut aku tu dah tersangkut kat pokok lak...”

“ Banyaklah kau punya pokok. Mengarut betullah jawapan ko tu. Aku tanya betul-betul lah..” marah Sue. Shaie hanya tersenyum.

“Aku marah betollah ngan korang nie.... lepas SPM janji nak call lah. Nak massage lah. Nak apalah... blahlah. Buang karen toll. Bukan nya reti nak anta berita... nasib aku tau yang korang ni memang cakap tak serupa bikin...” sindir Shaie. Teman-teman yang lain hanya mampu tersenyum meyedari kesilapan mereka.

“Ala Shaie relaxlah.. tak payahlah nak kecoh sangat... ko kan memang dah tau perangai we all... tapi aku nak tanya nie... dengan dressing ko, stail rambut yang pendek nie apa laki ko tak marah ke.? Yelah ko punya stail macam stail dia.” Soal Muq.

“Aku dah masak untuk dia and dah tolong beranakkan anak untuk dia pun dah ok tau tak.. kira dia dah boleh bersyukur..” jawab Shaie slamber sambil ketawa geli hati melihat reaksi teman-temannya.

“Ko nie biar betik weit... habis tu mana laki ko skarang? Nak gak aku tengok lelaki yang berjaya membuatkan ko beranakkan anak dia” kata Dilla.Shaie senyap seketika.

“Ntahlah aku pun lupa mana aku letak dia tadi.... lantaklah..” serentak itu muncul seorang lelaki.

“Cik Shaie, hidangan sudah siap disediakan.” Kata lelaki itu lantas meminta izin untuk pergi.

Semua mata memandang ke arah Shaie meminta penjelasan tentang panggilan ‘cik’ oleh pekerja tadi.

“Ok....ok aku belum kawinlah.. yang korang tengok tu sample for hotel nie. Korang yang pandai-pandai buat cerita. Dahlah jom kita pi makan... aku blanja semperna perjumpaan pertama kita lepas berpisah lama.” Ajak Shaie.

Ketika mereka ke cafe hotel itu mereka sempat berbual danbergurau senda.

“Shaie apa maksudnya renion kpk? Maksud kpk tu apa?” soal Nurul ingin tahu.Shaie tersenyum penuh makna.

“Korang tak ingat ke kan dulu kita di gelar geng kapak. So aku singkatka perkataan kapak tu kepada kpk. Lembap betullah korang nie...” Shaie pantas mengelak apabila Dilla ingin mencubitnya. “ko ingat aku ni bantal ke ko nak cubit sesuka ati? Aku sengkeh kang pengsan ko.” Sambung Shaie.

Dilla hanya tersenyum.

Mereka menjamu selera dengan penuh meriah. Kegembiraan jelas terpancar pada raut wajah masing-masing.

“Wei Dilla, ko dah ada balak ke?” soal Nurul. Dilla menggelengkan kepala.

“ Aku masih solo be low... malaslah nak fikirkan dulu.. aku nak enjoy dulu baru fikirkan semua nie.”

“Ko tanya orang ko sendri dah ada ke balak?” soal Amo. Nurul tersenyumpenuh makna.

“Muka aku nie mestilah ada. nantilah aku kenalkan kat korang. Nama dia Ahmad Sufian. Aku panggil di honey. Hehehe.”

“Ala Amo tu, aku taulah balak kau polis jugak. Nak tunggu orang tanya dialah tue. Macam aku tak tahu stail ko tu Amo... ni aku tolong ko umumkan ek.. korang Amo nie dah berpunya. Balak dia polis gak macam dia. Derang nie pasangan paling romantik kat balai tempat dia keja tau. Jangan tak tahu you..”Iza membocorkan rahsia Amo. Muka Amo merah menahan malu pantas jarinya ringan mencubit lengan Iza. Mereka yang lain hanya ketawa melihat gelagat Amo dan Iza yang bagai anjing dengan kucing sejak dulu.

“ko ni teruklah. mentang-mentang ko belum ada balak bolehlah kau kenakan orang.... tak pe lepas ni kalau kau dah ada balak taulah nasib kau lepas nie.. tak guna punya kawan..” marah Amo tetapi kemudiannya Amo ketawa. Perbualan mereka terhenti apabila seorang pelayan mendekati mereka lalu membisikkan sesuatu kepada Shaie. Shaie meminta diri untuk beredar sekejap.

“Pesal tue?”soal Muq.

“Ala abang dia call” balas Nurul.

“ hah? Mana kau tahu?”soal Sue.

“Apalah kau nie... selama aku kenal Shaie aku tak penah tahu dia ada abang. Kau ni pun satu kan kita sama-sama kat sini. Shaie tak ada bagi tau apa-apa pun tadi kan. so aku pun tak taulah..” balas Nurul. Mereka ketawa.

“soalan bodoh ditanyanya..”kata Dilla

“korang kau rasa Shaie dah ada balak ke?” soal Muq. Semua mereka menggeleng tidak tahu. Soalan itu yang menjadi persoalan mereka kini.


***********************************************************************************************************************************************

“Eeee bestnye kita dah duduk sebumbungkan.” Kata Iza.

“Yelah dah betahun kita tak jumpa at last kita duduk sebumbung gak. Sama macam yang kita angankan time school.” Kata Nyisa pula. Tiba-tiba muncul Shaie dengan tergesa-gesa.

Girls, kalau korang nak makan makan kat luar dulu tau. Aku belum beli barang dapur lagilah. Erm lagi satu sapa punya tugas beli perabot tambahan jangan lupa tau. Pandai-pandailah pilih. Oklah aku ada meeting nie. Jumpa lagi malam nie ek..” lantas Shaie terus berlalu pergi tanpa sempat teman-temannya menbalas kata-katanya tadi.

Iza hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat pemergian Shaie. Begitu juga dengan Nyisa dan juga Amo.

“Woit pesal kelam kabut sangat aku tengok Shaie tu?” soal Nurul.

“Ala biasalah dia dah lambat nak g meetinglah tu. Budak tue tak penah nak cepat sampai kat mana-mana. Tak penah nak berubah.” Kata Dilla pula.

“Ha ko nie wangi semacam ko nak g mane?” soal Nyisa ingin tahu. Nurul tersenyum malu-malu.

“ Ala biasalah sayang i ajak i dinnerlah so i tak makan ngan u all lah malam nie.” Jawab Nurul.

“Haa baguslah tu kalau kau makan kat umah pun aku tak tau ko nak makan apa. Lauk satu pun tarak. Shaie tulah tak beli apa-apa lagi.” Kata Iza. Nurul hanya tersenyum lalu berlalu naik ke tingkt atas. Duduk serumah semula amat menggembirakan mereka. Terasa seperti berada di zaman persekolahan kembali. Segala yang mereka lakukan bersama-sama. Gelak ketawa bersama. Suka duka bersama. Segala-galanya bersama. Itulah saat yang menggembirakan dan amat dirindui.

Mesyuarat pada petang itu amat meletihkan. Penggabungan Hotel Syurga Mama dan Purnama Setia Hotel untuk majlis yang bakal di adakan memerlukan banyak kretivitian. Mesyuarat selama 3 jam itu tamat setelah mereka sepakat untuk menangguh perbincangan. Shaie terus menelefon Dilla untuk memastikan janjinya tidak dilupakan. Shaie terpaksa menemani Dilla membeli peralatan dapur walaupun itu agenda paling di bencinya.

Seperti biasa dengan gaya yang simple Shaie menanti Dilla di Mcdonalds. Sudah berapa kali Shaie membetulkan topinya. Sakit hatinya kerana batang hidung Dilla tidak kelihatan lagi walaupun suda setengah jam dia menunggu. Tidak lama kenudian kelihatan dari jauh Dilla melambaikan tangan ke arah Shaie sambil tersenyum. Shaie menunjukkan penumbuk ke arah Dilla keranamarah atas kelewatannya.

“Kau nie pesal lambat sangat. Ber make up mengalahkan orang nak kawin. Dengan warna-warni kat atas mata tue. woi kau nak kuar dengan akulah bukan dengan balak kau.” Shaie melepaskan kemarahannya. Dilla hanya tersenyum. Dia tahu sangat perangai temannya itu yang tidak suka menunggu.

“Ala sebab nak jalan dengan kaulah aku lawa macam nie. Apa kau tak bangga ke keluar ngan awek lawa gitu...” kata Dilla.

“Banyaklah kau punya lawa. Dahlah ada budak pompuan nak ngorat aku tadi last-last dia yang malu. Dia ingat aku nie laki apa. Tapikan lawa gak awek tue..” kata Shaie slamber

“Yelah mana tak budak tue ingat kau lelaki. Tengok jelah dressing kau tue. Nie kalau balak aku nampak musti dia ingat aku jalan ngan jantan lain tau tak. Aku pun ingan jantan tadi..” kata Dilla sambil ketawa.

“Ermmm Dilla ..... boleh tak kalau aku tak ikut kau......kau taulah kan aku kan tak minat nak beli barang-barang dapur. Nie semua kerja orang pompuan tau tak,,,”

Mahu tak mahu Shaie terpaksa menemani Dilla. Shaie menolak troli manakala Dilla memilih barang-barang. Shaie hanya mengambil sahaja barang yang dipilih Dilla tanpa banyak bicara.sedang mereka memilih tiba-tiba talefon bimbit milik Shaie berbunyi. Pantas Shaie menjawab panggilan tersebut. Sedang asyik berbual, Shaie tidak sedar trolinya telah terlanggar dengan troli seseorang.

opsss...sorry” kata Shaie sambil memandang ke arah lelaki tersebut. Tiba-tiba muncul seorang wanita yang sedikit gedik lantas memaut lengan lelaki itu. Wanita itu menghadiahkan jelingan tajam kepada Shaie. Dengan perasaan yang meluat Shaie terus berlalu meninggalkan pasangan tersebut.

“Ha kat sini kau rupanya penat je aku cari. Cuba kau ikut je mana ku pergi. Nasib baik tak ada orang tadi tau. Aku cakap sorang-sorang je.” Marah Dilla yang muncul secara tiba-tiba di belakangnya.

“Sowielah aku jawab call tadi dah tue aku terlanggar mamat tue. Luka pun tak awek dia yang lebih. Aku rasa nak sepak je minah tue.”jawab Shaie yang sedikit terkejut dengan kemunculan Dilla yang secara tiba-tiba itu.

Handsome tak mamat tue?” soal Dill ingin tahu.

Handsome gaklah. Romantik gila aku tengok. Tapi aku kecian tengok mamat tue dapat awak gedik macam tue..”balas Shaie. Dilla ketawa melihat aksi temannya yang marah itu. Tanpa membuang msa Dilla terus manarik Shaie untuk ke kuanter pembayaran.

Setelah selesai membayar mereka mengisi perut yang kosong dulu. Shaie masih menceritekan tentang kemalangan tadi. Geram benar dia dengan wanita itu. Dilla yang menjadi pendengar hanya ketawa. Setelah selesai makan mereka t erus pulang ke rumah.

***********************************************************************************************************************************************

"Zel, macam mana dengan majlis tu? Aku benganglah dengan pengurus purnama setia hotel tu. Berapa kali dah dia batalkan meeting dengan kita. Sakit jiwa aku dibuatnya.” Marah Shaie. Shaie marah apabila memikirkan perbincangan dengan pengurus kongsinya dalam majlis itu dibatalkan lagi. Perbincangan itu tidak selesai lagi.

“Zel kau call derang lagi. Suruh derang datang or hantar wakil yang bertangungjawab sikit untuk uruskan benda nie semua. Derang ingat nie main-main apa” arah Shaie.

“Ala Shaie pihak derang dah bereskan semua. Derang dah carikan butik for this fesyen show. Kalau tak silap i pengurus derang yang sponser semua tue.” Terang Zel. Kening Shaie terangkat mendengar kata-kata pembantunya itu.

“Kenapa derang tak inform kat kita awal-awal? esh mengada betullah derang nie. Nie yang susah kerjasama dengan orang macam nie.tak bertanggungjawab langsung. Apa dia ingat dengan cara dia yang nak tunjuk kaya sponser semua tu dia tak payah buat kerja!!!” marah Shaie.

Excuse me Cik Shakilla....” pantas Shaie menoleh apabila mendengar orang memanggilnya dengan nama itu. Pantang dalam hidupnya seseorang yang tidak rapat dengannya yang memanggilnya dengan nama itu walaupun itulah nama sebenarnya.

“Shaie please.yes can i help u? Soal Shaie sambil tersenyum walaupun hatinya masih sakit mengenangkan perkara tadi.

“Saya Zulnickhloes. Pengurus besar Hotel Purnama Setia” terkejut Shaie mendengar kata-kta lelaki itu. Alamak lelaki nie yang aku ngumpat tadi. Pesallah pnjang sangat umur dia ek...mintak-mintaklah dia tak dengar.kata Shaie dalam hati. Mereka berjabat tangan. Shaie mempelawa lelaki tersebut ke dalam biliknya. Shaie sempat mengenyitkan matanya kepada Zel. Zel hanya tersenyum melihatkenakalan bosnya. Sikap Shaie amat dikagumunya. Pasti orang luar tidak percaya jika mereka memperkenalkan pengurus utama Hotel Syurga Mama yang terkenal itu. Shaie yang tenang menghadapi masalah dan pandai mengambil hati pekerja amat disenangi dandihormati walaupum kadangkala perangai Shaie agak gila-gila.

So Cik Shakilla....”

“Shaie please not Shakilla” Shaie membetulkan namanya sekali lagi.

“Ok sorry. Cik Shaie, rasanya kalau saya nak sponser pertunjukan itu demi nama baik saya dan hotel milik saya tak salahkan?”Soal lelaki itu. Shaie tahu lelaki itu menyindirnya.

“Eh tak salah siapa pulak kata salah. Itu hak Encik Zulnickhloes untuk menentukan yang terbaik demi hotel Encik sendiri.” Balas Shaie.

“Tak payahlah nak ber encik-encik dengan saya. panggil saya Nick je lebih selesa. Tak perlulah awak panggil nama penuh saya. nasib nama saya pendek kalau nama saya panjang tak ke susah awak.” Kata lelaki itu. Shaie hanya tersenyum.

“Saya mementingkan displin dalam kerja saya. Saya rasa dengan memanggil Nick sahaja dalam urusan pekerjaan saya erm bukan cara saya wahai Encik Nick.” Balas Shaie tegas.

“Ok its up to u. But if u want to call me Nick it will be fine to me. So can we start our discussion now?”soal Nick.

Perbincangan berlarutan hingga masuk waktu makan tengah hari. Nick mempelawa Shaie untuk makan bersamanya tetapi Shaie menolak apabila teringat janjinya pada teman-teman serumahnya untuk makan tengah hari bersama.

“Mana Amo, Dilla, and Muq?”soal Sue yang baru tiba itu

“Amo ada operasi, Dilla lunch dengan team terbang dia ada party sikit and Muq ada meeting. Ok puas?”soal Shaie. Sue tersenyum mendengar jawapan Shaie.

“Weit korang nak tahu tak. Aku dapat sponser for show besar-besaran semperna apa ek aku lupalah. Tapi memang bear-besaranlah.”kata Nyisa penuh bangga.

“Bila?Siapa?”soal Nurul pantas.

“Ear.. dalam awal bulan depan kalau tak silap aku. Hotel Purnama Setia.. ala yang popular tue ha dialah yang sponser aku.”terang Nyisa gembira.

“Yeah i know that guy. Majlis tema batikakan. Well kita bekerjasamalah tak lama lagi. Aku ingat nak ajak kau join hotel aku tapi bila mamat tu kata nama butik kau terus aku cancle nama kau dalam list terus butik Muq aku pilih. We all gabung for this show.. tue pun kalau tak sebab pihak atasan mintak we all gabung. So now Muq tengah meeting ngan staff akulah.”terang Shaie panjang lebar.

“Wow mesti bestkan we all yang tak ada kaitan nie boleh datang tak? Soal Sue penuh minat.

“Mana boleh ajak korang. Kalau korang ada mesti rosak show tu nanti.” Kata Shaie sambil ketawa. Begitu juga dengan yang lain turut ketawa mendengar kata-kata Shaie.

***********************************************************************************************************************************************

Mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Iza dengan kliniknya.Amo dengan penjenayahnya. Sue dengan engineernya,nurul dengan plan rumahnye, dilla dengan penerbangannya manakala Nyisa dan Muq sibuk membuat persiapan untuk pertunjukan itu. Oleh kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri mereka sudah agak jarang bertemu, duduk berbual seperti selalu.

“Dilla are u okay?why u crying? Hey come on tell me what happend?”soal Shaie pada suatu hari apabila ternampak Dilla menangis.

“Aku kena tipu Shaie.... man tipu aku. Dia curang. Dia ada pompuan lain Shaie...” kata Dilla sambil menangis.

“Maksud kau yang kau jumpa kat taman hari tu? I mean i sea u with some guy at the garden. U mean that guy?”soal Shaie. Dilla mengangguk lemah.

“Dialah balak aku yang paling tak guna. Jantan sial.!!!” Marah Dilla.

“La, aku cakap nie kau jangan marah aku lak. Sebenarnya lelaki tuelah yang aku kata aku terlanggar kat shopping hari tue. Yang aku kata dia dengan awek gedik dia tu. Aku tak tau pulak dia balak kau. Time aku nampak kau jumpa dia tu aku lupa mana aku jumpa dia. Aku nak bagi tau kau pi aku lupalah.” Terang Shaie.

“Aku tau... aku tak sedih pun putus dengan mangkok tu...” kata-kata Dilla itu amat menghairankan Shaie. Tak sedih tapi menangis...????? heran......heran.

“ Aku sedih sebab mangkok tu pinjam duit aku. Dia kata nak bukak bisness tapi bisness lain dia bukak. Kepala hotak dia kata nak bayar lepas dapat untung...!!!!” Terang Dilla dalam marah.

“Habis tu dia nak bayar ke tak? Biar aku uruskan Dilla. Kau taukan bahagian tagih hutang nie paling aku minat. Nak-nak kat jantan tak guna macam tue. Makin suka aku tagih. Kau tengoklah nanti kalah geng along tau... berapa banyak dia hutang kat kau? Kata Shaie penuh semangat. Semangat untuk membela teman kesayangannya.

“Ala Shaie kau janganlah hentam mamat tue teruk sangat tau....” kata Dilla. Dilla tahu perangai Shaie jika menagih hutang.. Dilla masih ingat Shaie sanggup bergaduh demi membantu sahabatnya mendapatkan kembali duit yang dipinjamkan kepada seorang teman sekelas. Shaie sanggup membuat apa sahaja untuk persahabatan mereka. Walaupun Shaie sering melakukan kesalahan tetapi Shaie adalah seorang yang setia kawan. Shaie lebih mengutamakan persahabatan dari percintaan. Tidak hairan jika Shaie mempunyai ramai geng lelaki. Budak lelaki di sekolah mereka dahulu suka menjadi kawan Shaie kerana sikap Shaie yang terbuka dan agak kasar.

Ketika mereka sedang asyik menonton televisyen tiba-tiba muncul Dilla dengan keadaan yang tidak tentu arah.

“Wei Shaie apa kau dah buat kat Man hah?” Soal Dilla sedikit kasar.

“Kau ni kenapa Dilla. Datang dahlah tak bagi salam. Boleh lak kau tiba-tiba jerit kat sini. Apa dah kena sampuk hantu ke?”soal Muq yang sedikit terkejut dengan kedatangan Dilla yang secara tiba-tiba itu.

“Shaie aku tanya kau nie. Kau dengar ke tak?”soal Dilla tidak puas hati.

“Aku dengarlah. Mana ada aku buat apa-apa. Kenapa dia mengadu dengan kau ke?apa dia mintak tangguh bayar hutang?”soal Shaie bertubi-tubi.

“Sahlah kau dah jumpa dia. Kau nie teruk lah Shaie!. Kalau ye pun kau nak tolong aku takkan sampai biru muka dia kau kerjakan.” Marah Dilla. Shaie memandang tepat ke muka Dilla tanpa rasa bersalah. Shaie mengeluh.

“Dilla, kau sedar tak apa kau cakap nie. Mamat macam tue kau tak payah pedulilah. Lagipun aku tumbuk dia sekali je. Ait takkan ngan tumbukan seorang perempuan pun dah nazak sangat kot. Ala come on la dia just belakon je. Tak payah percayalah.”kata Shaie kecewa dengan kelakuan temannya itu. Shaie hairan kenapa Dilla masih mengambil berat tentang lelaki yang sudah mengecewakannya. Dilla tahu Shaie marah.

“Shaie, aku bukan apa. Walaupun aku dah tak ada apa-apa dengan dia lagi tapi aku masih sayang dia. Sorry okay i did’t mean it . aku tau kau nak tolong aku.thanks Shaie.”kata Dilla lemah.

“ Tak pe. Tapikan Dilla kalau kau tengok reaksi dia waktu tue aku jamin kau akn rasa nyesal jadi awek dia. Punyalah lembik. Siap merayu ngan aku lagi tue. Padahal aku nak ingatkan dia je.” Shaie terbayang reaksi Man pada petang semalam. Betapa wajah itu penuh denganketakutam dan berusaha untuk mencari jalan melepaskan diri. Shaie ketawa sendirian.

“Ye tak ye gak ek. Takkan baru kene sebijik ngan Shaie dia dah ngadu kat kau Dilla. Power gak kau nie Shaie.”kata Sue sambil menapuk bahu Shaie tanda kagum dengan kehebatan temannya itu. Shaie, Dilla dan temannya yang lain ketawa mendengar kata-kata Sue itu tadi.

“Baru kau tau. Erm.... dahlah. Ok aku nak lusa korang ambik cuti seminggu. Korang buatlah macam mana pun yang penting dapat cuti. Aku nak korang teman aku ke majlis tu nanti. Eh.. kau Muq tak payah nak berangan nak cuti lak. Kau tukan banyak kerja. Lagipun kau memang terlibatkan dalam majlis tue. Dilla kau tak payah nak kusUtkan otak kau tue. Dah jangan fikir banyak lagi.” Shaie menasihatkan temannya

itu demi kebaikan. Shaie tidak mahu teman bersedih. Kesedihan itu akan memberi kesan kepadanya juga.

Ketika mereka sedang duduk berkumpul di tengah para tetamu, muncul seorang lelaki yang segak bergaya berjalan menuju ke arah mereka. Serta merta Nurul berdiri lalu mendapatkan lelaki itu sambil tersenyum. Sejambak bunga ros yang dihulurkan kepadanya dipeluknya. Mereka berpimpin tangan menuju ke meja. Nurul memperkenalkan lelaki tersebut.

Girl, let me intriduce this guy. Roslan, my special friend. Lan this is my lovely friends. Nie kawan i sejak sekolah menengah lagi. We all best friend. Accuatualy ada beberapa orang lagi tapi dey all busy with this funct.ion. i will intriduce to u leter okay honey.” Mereka duduk berbual sambil menanti acara dimulakan.

Pengerusi majlis telah mengambil tempat di atas pentas untuk memulakan acara. Kepetahan pengacara tersebut bercakap menarik perhatian tetamu untuk terus mendengar. Petunjukan fesyen pada malam itu berjalan dengan lancar. Persiapan yang di buat tidak sia-sia. Pertunjukan itu mendapat pujian dari pelbagai pihak. Tetamu-tetamu kehormat turut memberikan pujian. Tidak kurang juga yang ingin menjadi penaja pada pertunjukan yang akan datang. Shaie berpuas hati dengan hasil kerja kakitangannya. Shaie tahu tanpa kerjasama dari kakitangannya tidaqk mungkin malam itu akan menjadi ceria dan berjaya. Ketika menjamu selera, Encik Nick sempat membisikkan sesuatu kepada Shaie.

God job Shaie.congratulation. lepas nie boleh kita bekerjasaman lagi.” Shaie hanya tersenyum mendengar kata-kata Encik Nick itu. Shaie meminta diri untuk bertemu dengan temannya. Dengan penuh hormat Encik Nick berdiri untuk mengiringi Shaie bangun. Shaie lantas menuju ke arah meja temannya yang kelihatan rancak berbual. Dari jauh dia sudah melihat mereka bergelak ketawa. Terasa ingin turut serta tetapi kerana tanggungjawab yang diamanatkan Shaie terpaksa melupakan niat untuk turut serta denagn teman-temannya. Kesempatan ketika menjamu selera itulah digunakan untuk bertemu dengan mereka. Dari jauh kelihatan Iza melambai memanggil Shaie.

“Shaie, sinilah kejap.” Panggil Iza. Shaie semakin pantas melangkah. Dengan senyum ikhlas Shaie menghampiri temannya.

“ Ok Shaie, aku nak kenalkan kau dengan beberapa orang jejaka yang segak bergaya and the most important thing is dah berpunya.” Kata Iza. Sue ketawa mendengar kebecokan mulut Iza. Dengan penuh semangat Iza meneruskan ceritanya. “yang macho nie Lan, buah hati Nurul. Nie pulak pasangan polis kita, Mien dan Amo.” Mereka berjabat tangan lalu berbual. Sedang mereka asyik berbual muncul Muq dan Nyisa diiringi Encik Nick. Nyisa memperkenalkan Encik Nick kepada teman-temannya yang lain.

“ Tahniah Encik Nick. Malam yang meriah.”kata Lan sambil berjabat tangan dengan Encik Nick.

“Nick je. Tak payah nak berencik-encik. Formal sangat. Rimas pulak kalau sentiasa formal. So u all memang dah kenal Cik Shaie ke? I tengok mesra je korang”soal Nick mesra.

We all memang dah kenal lama dah. Sejak sekolah menengah lagi dah jadi kawan baik. Tapi sebelum nie lost contact. So last few month Shaie berjaya kumpulkan kita orang semula. Sekarang nie kita orang sewa 1 rumah dan duduk sama-sama. Takkan berpisah lagi.” Ringan saja mulut Muq bercerita. Shaie tidak sempat menahan Muq dari terus bercerita. Nick hanya tersenyum mendengar cerita Muq itu sambil mengangukkan kepala tanda faham dengan cerita itu. Mereka rancak berbual. Cuma Shaie sahaja yang membisu seribu bahasa. Lebih selesa menjadi pendengar setia. Sesekali Shaie berbalas senyuman dengan Nick apabila pandangan mata mereka bertamu.

“ Woit Shaie. Senyap je kau. Kenapa? Selalu bukan ke mulut kau yang paling banyak cakap. Bukan ke kau yang selalu buat onar kalau kita berbual. Nie tetiba je diam. Ai takkan kau segan dengan Encik Nick kot.” Sindir Dilla. Shaie hanya tersenyum mendengar sindiran Dilla itu. Dalam hatinya menyumpah Dilla kerana memalukannya di depan Encik Nick. Malas melayan usikan temannya itu, Shaie meminta diri untuk beredar dari situ. Masih banyak tugasannya yang belum selesai tambahan pula Nick turut berada di situ jadi tiada siapa yang akan memerhatikan persekitaran supaya tiada masalah yang timbul.

“ Shaie tu memang macam tu Nick. Kalau bab kerja dia memang serius. Tapi kalau tak, dialah manusia dialah malaun.” Iza membuka rahsia mereka.

“Kau nie Iza kalau tak cerita semua benda tak sahkan. Kau nak je semua orang tau apa yang kita buat.” Marah Sue. Iza hanya menjeling dan menjelirkan lidahnya apabila dibidas Sue.

“macam nielah kami Nick. Kalau tak gaduh tak meriah.” Kata Amo. Nick turut meminta diri untuk menyambung tugasannya yang tergendala tadi. Apabila Nick sudah jauh dari mereka Nurul memarahi Iza dan Sue yang berkelakuan seperti anak kecil. Bergaduh tentang sesuatu yang remeh.

***********************************************************************************************************************************************

PINTU diketuk. Setelah kebenaran masuk diperolehi,seorang lelaki memimpin seorang wanita yang agak berumur masuk. Iza pantas berdiri untuk membantu lelaki tersebut.

“Puan Zulaikha ya.” Wanita itu mengangukkan kepalanya. Iza meneliti laporan kesihatan yang berada di depannya itu. Sebagai seorang doktor yang mesra pesakit Iza akan memastikan pesakitnya selesa. Kesihatan pasakit amat di titik beratkan. Iza melayan para pesakitnya dengan lemah lembut. Sifatnya yang mesra pesakit itu amat disenangi oleh mereka yang mendapatkan rawatan di hospital itu. Iza memimpin wanita itu ke ruang rawatan untuk pemeriksaan lanjut. Iza memeriksa wanita itu dengan penuh hati-hati. Segala tingkah lakunya diperhatikan oleh lelaki tersebut dengan penuh kusyuk.

“Encik kesihatan ibu...erm encik are u okay?” soal Iza penuh prihatin. Iza tidak jadi meneruskan penerangannya apabila menyedari lelaki itu seperti berkhayal.” Encik sihat ke. Mari saya periksa encik. Nampaknya encik yang kurang sihat. Mak cik sihat tapi anak mak cik yang sakit. Atau saya salah periksa pesakit?”tanya Iza meminta kepastian. Menyedari kesilapannya lelaki itu tersipu-sipu malu. Wanita itu hanya menggelengkan kepala melihat anak terunanya itu.

“Apalah kau ni Ziz. Macam tak pernah tengok perempuan je. Buat malu jelah kau nie. Maafkan anak mak cik nie ya nak.”Iza hanya tersenhyum mendengar kata-kata wanita itu. Lelaki tersebut hanya membisu.

“Tak pelah mak cik. Ok nampaknya mak cik perlu lebihkan pengambilan buah-buahan dan minum air suam. Buat masa ni mak cik tak perlukan ubat Cuma anak mak cik nie je yang perlu rehat. Dia kurang rehat je. Sebab tue letih. Selain tu berdoa pada Allah untuk kesihtan yang berpanjangan.” Nasihat Iza.

“Terima kasih doktor” Kata lelaki itu. Lelaki itu terus membawa ibunya keluar dari bilik Iza.

Iza meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor. Menjadi seorang doktor bukanlah cita-citanya yang sebenar tetapi apabila berlaku satu peristiwa dimana Iza hampir kehilangan ibunya yang membuka hati Iza untuk menjadi seorang doktor untuk menyelamatkan nyawa lebih ramai orang.

Tengah hari itu, Iza keluar makan seorang diri. Secara kebetulan Iza terserempak dengan Puan Zulaikha. Puan Zulaikha mempelawa Iza makan bersama mereka. Pada mulanya Iza menolak pelawaan itu tetapi akhirnya menurut sahaja apabila didesak oleh wanita itu. Iza mengalah memandangkan dia juga hanya seorang diri. Iza disoal oleh Puan Zulaikha seperti polis menyoal siasat seorang penjenayah. Tetapi untuk menjaga hati tua wanita itu Iza menjawab segala pertanyaannya.

“Aziz nie anak tunggal mak cik. Dia kerja kat syarikat pemasaran international. Kebetulan Ziz dapat cuti tu dia bawak mak cik jumpa doktor. Kalau tak mak cik pun tak tau bila nak pegi hospital lagi.” Kelakuan Aziz yang merenung tepat ke arahnya melemaskan Iza. Iza berlagak tenang. Kehadiran Amo memburukkan lagi keadaan. Iza terpaksa memperkenalkan Amo kepada Puan Zulaikha dan Aziz. Amo tersenyum penuh makna. Amo dapat rasakan kemenangan berada di tangannya. Dia sudah terbayang breaksi Iza jika perkara ini menjadi bahan cerita mereka malam ini. Iza mengeluh. Dia tahu selepas ini dia akan menjadi bahan usikan Amo. Tanpa membuang masa Amo meminta diri untuk pergi dari situ. Dia tidak mahu mengganggu mereka lebih lama. Amo sempat menghadiahkan senyuman sebelum beredar.

Iza pulang ke pejabatnya dengan di hantar oleh Aziz. Iza memberikan nombor talifon pejabatnya apabila di minta oleh Puan Zulaikha. Belum sempat kerusi yang diduduki Iza panas , dia telah menerima masej daripada Amo.

OWH. DALAM DIAM DAH JUMPA NGAN MAK MERTUA EK. NAMPAKNYA MALAM NIE ADA CERITA SENSASI....”

Iza tersenyum apabila membaca masej tersebut. Tanpa mempedulikannya, Iza meneruskan kerjanya. Pesakit seperti Puan Zulaikha memang biasa dijumpainya. Dia sudah masak dengan kerenah pesakitnya. Ada yang sengaja ingin berkenalan dengannya. Ada pula yang ingin mengambil kesempatan. Semua itu sudah di temui oleh Iza

***********************************************************************************************************************************************

“KALI ni berapa lama?” soal Muq.

“ Dalam 2 week kalau tak ada halanganlah.” Balas Dilla.

“ Kau tu jangan fikirkan sangat hal Man tu. Tak payah je layan mangkok ayun tu.”pesan Iza.

“Wah kau dah pandai nasihat member ek Iza. Yelah orang dah ada pasangan hidup lah katakan.”sindir Amo. Iza melemparkan baju Dilla ke arah Amo.

“ WOIT dahlah tu tak payah nak baling-baling. Aku baling korang dua kang.” Marah Shaie. Muka Shaie yang masam mencuka itu menandakan dia tengah bengang.

“Kau ni apa kes? Kalau ada problem bgi taulah.”soal Dilla

“Aku hairanlah. Macam mana Nick boleh tau number hanset aku. Seingat aku aku tak da bagi dia tau.” Kata Shaie bengang.

“Ala kan kau yang suruh aku bagi dia. Takkan kau dah lupa. Kau pesan kat dia suruh dia mintak dari aku kan.” Kata Nyisa. Shaie memandang tepat ke arah Nyisa. Nyisa yang menyedari kesilapannya itu hanya tersengih.

“esh... kau nie sengal betullah. Yang kau pergi bagi numbe aku tu pesal. La kecau lah macam nie. Aku dah lah enti orang macam mamat nie.” Rungut Shaie. Nyisa tersenyum.

“Relaxlah Shaie. Nick tu ok apa. Berwawasan, tegas, baik, ha kira dia pun degil macam kau. Dah dia tanya aku jawablah. Beria dia nak tau tentang kau. Dia ikhlaslah. Aku berani jaminlah. Lagipun sampai bila kau nak hidup macam nie?”soal Nyisa penuh prihatin.

“Eh pesal pulak ngan kehidupan aku? Ok apa hidup aku nie.”kata Shaie tidak puas hati.

“yelah ok. Sampai bila kau nak jadi tomboy macam nie?”

“Helo sorry sikit ye. Aku punyelah lemah lembut kau kata aku tomboy. Apa barang jadi tomboy. Kalau pasal rambut aku yang pendek nie bukan apa. Kalau rambut aku panjang penyakit aku datang.”kata-kata Shaie itu mengejutkan teman-temannya. Walaupun di desak untuk memberitahu penyakitnya itu Shaie tetap berdegil.

Sudah tiba waktunya Dilla berangkat. Mereka menghantar Dilla sampai ke pintu rumah mereka apabila van penerbangan Malaysia tiba.

“Hello. Hah kat dalam kereta. Dengan boyfriend la. Nanti call ek ada hallah.”Shaie mengeluh apabila talian telah dimatikan.” Hah kan tak habis-habis nak call. Rimas tau.” Rungut Shaie apabila menerima panggilan talifon daripada Nick. Shaie terus mematikan talifon bimbitnya. Dia tidak suka diganggu ketika cuti.

“Shaie hari tu kau kata kau ada penyakit. Betul ke? Soal Nurul pada suatu petang yang damai. Shaie membisu seribu bahasa. Nurul masih menanti jawapan dari Shaie. Sudah seminggu lebih dia memikirkan hal ini dan kini barulah dia memiliki kesempatan unuk bertanyakan hal ini kepada tuan empunya badan. Shaie mengeluh.

“ Nantilah kalau ada masa yang sesuai aku akan cerita kat korang. Tak payah risau penyakit aku tu datang time-time panas je. Time tuelah kau tengok macam mana aku sakit.” Terang Shaie. Nurul tidak bertanya lagi kerana dia tahu cara Shaie. Desaklah macam mana pun tidak mungkin Shaie ingin memberitahu jika Shaie sudah menetapkan dari awal. Shaie tidak sukardi desak.

“eh kau tak kerja ke?” soal Nurul. Shaie menggelengkan kepala.

“kan aku bos sukati akulah nak masuk kerja ke tak...” slumber sahaja Shaie menuturkan kata-katanya itu. Nurul tercengang mendengar kata-kata sahabat kesayangannya itu. Tidak sampai hati melihat reaksi Nurul, Shaie menjelaskan perkara sebenar.” Tak adalah petang nanti aku masuk kerjalah. Pagi ni Nick kata nak datang pejabat aku tu aku malas nak masuk tue. Dan sebab tulah aku ajak kau keluar nie. Banyak soal betullah kau nie. Ikut jelah. Eh, sabtu depan nie birthday Nyisa kan. Jom cari hadiah dia. Kita bagilah katak ke, ular ke...” Shaie terus menarik tangan Nurul.

“ hey sorry mengganggu. Kebetulan pulak ye.” Suara itu seperti pernah didengarinya. Pantas mereka menoleh ke arah suara itu. Tidak sangka mereka akan bertemu disitu. Hakikatnya mereka tidak akan belik bersama seperti mana mereka pergi bersama.

“ok aku faham.. so kita jumpa kat rumah. Jangan lupa jemput dia sekali ke party Nyisa ok. Jangan balik lambat tau. Lan jaga kawan aku tue baik-baik. Kau usik dia taulah kau akibat dia nanti.” Shaie memberi amaran. Kehadiran Roslan tidak sedikit pun mengganggu hari Shaie. Shaie hairan melihat pasangan kekasih yang sering bertemu. Bagi Shaie alangkah bosannya jika sering melihat muka kekasih hati kmudian di rumah berhubung melalui talifon dan kemudian lagi berbalas masej. Sedang asyik melihat manusia-manusia yang sibuk dengan hal masing-masing, Shaie terlanggar seseorang. Semua barang yang dibawanya jatuh. Shaie berang apabila insan tersebut tidak meminta maaf dan hadiah yang dibelikan untuk Nyisa retak.

“hey tak nampak ke!!!! Jalan lain kali tengok depan jangan tengok belakang. Mata tue pandang mana nak jalan bukannya merayap tempat lain.!!!” Marah Shaie. Insan tersebut pantas menoleh apabila mendengar suara Shaie. Tidak sempat melarikan diri,Shaie terpaksa berpatah balik apabila insan tersebut memanggil namanya.

“Shaie... its that you? I know that was you. Sorry okay. Come let me help you to get that plastic. Sorry againt. Ops.. barang you nie dah retak. Ok let me pay it for you. Tapi you kena lunch dengan i sebagai denda sebab you tak ada dalam office pagi nie. Padahal you tau i akan datang. Dont ever thing to run away from me ok.” Shaie hanya mampu tersenyum serba salah. Dalam hatinya mengutuk dirinya yang tidak tahu bersabar dan terus memarahi orang. Shaie terpaksa menerima pelawaan Nick.

***********************************************************************************************************************************************


Tetamu sudah mula ramai. Nyisa adalah insan yang paling gembira kerana menerima banyak hadiah. Nama pun majlis hari jadi. Mestilah banyak dapat hadiah. Penerbangan yang terpaksa ditunda akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan membuatkan Dilla tidak muncul lagi. Amo, Iza, Nurul tenggelam bersama-sama tetamu yang hadir. Alunan muzik yang menenangkan mengiringi para tetamu yang hadir pada malam itu. Hidangan istimewa yang disediakan turut menyelerakan mereka. Dalam kemeriahan itu Muq memanggil Shaie.

“Hoi Shaie, mai jap. Aku nak kenalkan ko ngan kawan aku nie.” Shaie terus menuju ke arah mereka bertua dan serentak itu satu jeritan kecil kedengaran. Beberapa orang tetamu memandang ke arah Shaie. Hairan apabila secara tiba-tiba Shaie menjerit.

“Aku tau. Nie mesti balak kau kan. Biar aku teka.... nama dia Andi.” Kata-kata Shaie mengejutkan Muq. Reaksi Muq itu agak melucukan. Andi yang bverdiri disebalah Muq ketawa.

Actually, Andi yang selesaikan masalah kat hotel aku dulu. Aku memang dah kenal ngan dia. Tapi kenal macam tue je.” Terang Shaie apabila Muq masih tidak memahami keadaan sebenar. Ternyata Andi tidak memberitahu perkara itu kepada Muq. Muq masih kehairanan. Shaie teringat riaksinya apabila melihat mereka berdua tadi. Baru kini dia teringat kenapa Muq masih kebingungan.

“Mana aku tak menjerit. Mula-mula aku nampak kau dan Andi. Lepas tue aku nampak Andi pegang tangan kau... so dapat agak yang korang nie tengah dilamun cinta. Lagipun aku tak sangka. Yelah selama nie kau tak ada cerita apa-apa pun kat aku..” terang Shaie. Kini baru Muq tahu cerita yang sebenarnya. Setelah agak lama berbual dengan pasangan itu, Shaie meminta diri untuk bertemu dengan tetamu lain. Shaie terus berlalu pergi. Nyisa sibuk melayan tetamu yang tidak putus-putus memberi ucapan hari jadi kepadanya. Keceriaan jelas terpancar di wajah Nyisa. Sedang leka memerhatikan tetamu yang hadir Shaie disapa satu suara. Pantas Shaie menoleh dan untuk sekian kalinya Shaie menjerit melihat insan tersebut. Nampaknya Shaie juga menerima banyak kejutan walaupun pada hakikatnya hari ini merupakan hari jadi Nyisa. Oleh kerana menjerit merupakan salah satu hobi Shaie maka tidak hairanlah jika dia akan menjerit sekali lagi.

“Hai Shaie...” sapa suara itu apabila melihat Shaie tidak bersuara.

what are you doing here? Oh my god. What a suprise. I dont belive you are here my friend...” soal Shaie teruja. Tidak disangka akan berjumpa dengan teman selepaknya di majlis itu. Adi atau nama sebenarnya Masdi hanya tersenyum.

“well aku ingatkan nak rompak rumah nie tadi tetiba ada awek cun jemput aku masuk lak. Apa lagi aku masuk jelah” kata Masdi dengan muka slumber. Satu pukulan maut hinggap di bahu Adi kerana lawaknya tidak menjadi.

“kepala hotak kau nak merompak. Bagi taulah macam mana ko boleh sampai kat sini.” Soal Shaie tidak puas hati.

so sad. Acctually i just come to say helo to you but tiba-tiba ada satu beautiful angle ask me to join ur party lepas aku kata nak jumpa kau.. acctually i have an important thing. Its about you, Shaie.” Kata Masdi serius.

“What do u mean about me?’ soal Shaie hairan.

“aku taulah kau dah jadi manager besar hotel tu tapi takkan sampai sanggup buat we all macam nie. Aku tau kita berbeza. Tapi aku sungguh tak sangka ko tergamak buat kita orang macam nie. Aku kecewa betul.” Luah Masdi. Jelas di wajahnya kekecewaan. Shaie keliru melihat telatah Masdi. Dia hairan. Sedaya upaya cuba diingati segala perilakunya yang mengguris hati temannya itu tetapi tiada jawapan yang ditemui.

“Adi kenapa nie? Aku ada buat salah apa dengan kau. Tell me please. Kau jangan buat aku serba salah. Cuba kau bagi tau aku apa sebenarnya yang terjadi.” Pinta Shaie risau.

“Ok fine kalau kau betul-betul nak tau. Aku nak kau jawap soalan aku nie dengan jujur.” Kata-kata Masdi terhenti di situ. Kelakuannya mendera perasaan Shaie di majlis itu. Shaie masih menanti. “ok berapa lama dah kau tak pergi port lepak kita?? Apa kau ingat besar sangat pangkat kau sampai dah tak nak jejak kaki kat sana.”soal Masdi dengan muka selamber.

“ya ALLAH Masdi.... kau buat aku takut je.. aku ingat ada perkara penting sangat atau masalah besar sangat. Nasib aku tak ada sakit jantung. Kau nie hampeh betullah.” Jerit Shaie geram. Lengan Masdi di cubitnya setelah dia mentertawakannya.

“ tu lah balasan untuk orang yang dah lupa kawan. Aku saja datang kat rumah kau . nak melawat lah katakan. Takut-takut kawan aku sorang nie dah jalan dulu so aku boleh bagi tau geng yang lain. Patutlah aku nak pakai baju cantik jer rupanya rezeki untuk makan free ada” gurau Masdi.

“elleh nak heboh dia pakai baju barulah tue. Menyampah. Sorrylah aku bukan tak nak datang tapi lately aku busy sangat. Insyaallah ada masa aku jumpat korang. So nie kau datang kat rumah aku sorang2 jer ke? Mana geng yang lain. Takkan hantar wakil je nak jengok aku.” Soal Shai sambil matanya meliar mencari kelibat teman yang lain.

Masdi tersenyum mendengar kata-kata Shaie. “relax la. Ala yang lain hilang di tempat kejadian.aku datang dengan abang aku. Jap ek aku panggil dia kejap.” Masdi terus meninggalkan Shaie. Sementara menunggu Masdi, Shaie sempat berbual dengan tetamu yang hadir. Shaie menoleh apabila terasa bahunya di sapa seseorang.“ Shaie, nilah abang aku. Bang nie kawan baik erm kira kamceng Adilah. Nama dia Shaie.” Shaie yang baru teringat tujuan dia menunggu Masdi terpaku melihat wajah yang di tunjukkan oleh sahabatnya itu. Terasa ingin pitam. Jantungnya berdegup pantas. Tanpa membuang masa Shaie menarik lengan Masdi ke suatu sudut.

“ weh mangkok setahu aku kau mana ada abang kan. Nie mana pulak munculnya abang kau nie. Kau jangan nak kencing aku Adi. Mana kau kutip mamat tue hah?” marah Shaie. Masdi kehairanan melihat reaksi sahabatnya itu.

“ hoi minah kau nie apa hal. Nak angin tiba-tiba. Itu abang saudara akulah. Dia tue sama bidang dengan kau. Ala kau jangan risau dia ok lah. Dia lebih kurang macam kita hantu gak.” Tidak sempat Shaie ingin membalas kata-kata Masdi lelaki yang dikenali sebangai abang saudara Masdi itu muncul di sebelah mereka.

“kanapa Adi. Ada problem ke. Ke tak bolah masuk kalau tak di jemput?” soalnya.

“ eh taklah Encik Nick. Tak ada apa-apa. Just terkejut bila dapat tau si Masdi ni tiba-tiba ada abang. Rupanya abang saudara dia.” Kata Shaie pantas.

“Ait kau kenal rupanya. Patutlah. Ni bang, abang ada kacau Shaie ke samapai dia... adeh sakitlah” marah Masdi setelah Shaie mencubit lengannya sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Dia menggosok tempat yang menjadi sasaran Shaie. Nick yang melihat kejadian itu bertambah hairan.

“ erm Adi kau mesti belum jumpa Nyisa kan. Hari ni birthday dia. Jom aku bawak kau jumpa dia. Erm Encik Nick dah kenal kan dengan Nyisa.” Pantas Shaie menukar topik yang mereka bualkan.

“shaie, kalau boleh panggil saya Nick aja. Lagipun sekarang bukan waktu kerja kan. So nice house. Nampaknya saya dah tahu mana ur house kan Shaie. Besar rumah nie tinggal berapa orang?” soalnya ingin tahu.

“ we all 8 orang. Ramai kan p best lah semua geng so tak ada masalah sangat.” Terang Shaie. Shaie memperkenalkan mereka kepada tetamu yang tertentu. Banyak yang ,mereka bualkan sehingga tidak sedar sudah jam 12 malam. Setelah semua tetamu pulang dan rumah sudah bersih dikemas mereka duduk di ruang tamu seperti sebuah keluarga besar sedang berkumpul. Masing-masing duduk di sebelah pasangan mereka. Masdi yang baru sahaja mengeluarkan kotak rokoknya terpaksa menyimpan kembali setelah ditegur oleh Nick. Masdi meminta diri untuk ke luar rumah. Tanpa membuang masa Shaie terus mengekori Masdi dan mereka duduk di halaman rumah tersebut. Masdi menghulurkan kotak rokok ke arah Shaie terus memberitahu rancangan mereka untuk bercuti.


TIGA bulan telah berlalu. Mereka menjalani kehidupan seperti biasa tanpa ada banyak perubahan. Shaie seperti biasa sibuk menguruskan hotelnya begitu juga dengan teman yang lain sibuk dengan kerja masing-masing. Siang hari bekerja malamnya pula ligat keluar bersama pasangan masing-masing melepaskan rindu di hati.

Cuti pada hari ini digunakan sebaiknya oleh Shaie. Dia nekad untuk mengunjungi teman-temannya di tempat mereka selalu berjumpa. Shaie terpaksa pergi seorang diri setelah Dilla menolak pelawaannya untuk turut serta. Dilla yang juga bercuti pada hari itu hanya mahu berehat dirumah sahaja. Setelah sampai di tempat yang ingin dituju Shaie pantas mencari kelibat teman-temannya yang lain. Kelihatan ramai anak muda sedang asyik menunjukkan bakat bermain skeatboard. Wajah yang dicari muncul juga pantas kakinya melangkah menuju ke arah tersebut.

“ hoi long time no see. Mana menghilang. Ingatkan dah tak jumpa tempat nie. Baru je aku cadang nak poskan peta ke rumah kau. Mana tau kau lupa jalan ke sini kan.” Sindir Man. Shaie tersenyum Cuma. Dia tahu memang salahnya kerana tidak menghubung mereka. Shaie memandang sekelilingnya. Terasa rindu kerana terlalu banyak kenangan di tempat ini. Dahulu tempat inilah yang sering dikunjungi tidak kira waktu dan hari. Shaie rancak berbual dengan Man sehingga tidak menghiraukan soalan daripada Masdi. Shaie menjerit kesakitan apabila Masdi menumbuk lengannya.

“ weh sengal sakitlah. Kau ingat aku ni punch bag ke. Hancur BCG aku tau tak. Amendanya?” soal Shaie geram.dia mengusap lengannya yang terasa lengoh.

“ ek eleh woi minah BCG kau tu dari darjah 6 la. Nak hancur apanya dah membatu kat lengan kau tu. Ni aku tanya kau tak jawab. Syok sangat berbual dengan Man tu. Kau tak ajak ke kawan kau tu ala apa nama dia Nyisa. Ha dialah. Apa hal kau tak ajak dia sekali datang sini. Rindu aku nak cium dia.” Kata Masdi selamba. Mendengar kata-kata Masdi itu pantas Shaie menoleh.

“ apa kau cakap tadi. Au tak dengar sangatlah. Boleh kau ulang tak. Ha!! Wei bila masa kau cium dia.?!! Kau cakap betul-betul kang aku belasah kau kang.” Shaie memberi amaran. Masdi yang mendengar amaran Shaie hanya tersenyum. “ apa sengeh-sengeh. Aku serius nie.kang tak pasal-pasal kau aku sumbat dalam longkang depan tu kang.”

“ perg kuat gak kau nak angkat aku sumbat kat longkang tu. Ala kau ni part tu kau dengar dari tadi aku tanya kau tak lak kau dengar. Relaxlah mana ada aku cium dia. Gila kau aku nak cium anak dara orang. Ayat dia pun tak lagi. Baru main mata je.” Terang Masdi menenangkan Shaie. Roy yang baru muncul menggelengkan kepala melihat riak wajah Shaie. Dia tahu pasti Masdi mengenakan Shaie. Dia sudah arif tentang perangai temannya itu.

“Shaie kau ikut tak pergi camping next week. Hari tu kau kata kau ikut. Jangan tak jadi lak. Lama dah tak hang out macm tu ramai-ramai.” Mendengar soalan Roy itu Shaie diam sejenak. Seperti berfikir lagaknya. “ siapa aja yang pergi nanti?” soal Shaie ingin tahu.

“ sapa je yang pergi? Erm... aku, roy, azroy, azroi dan azroi” Roy cuba melawak. “ ok..ok.. geng kat sini semua pergi. Tapi geng girl aku tak sure sebab tue bahagian kau kan. Lagi ramai lagi syok. Meriah sikit. Ada gak yang bawak couple masing-masing.” Roy pantas menjawab sebelum dia menerima cubitan maut dari Shaie kerana cuba mempermainkan Shaie.

“ geng rumah kau tak pergi ke?” soal Zizie yang sedari tadi membisu. Masdi pantas menoleh apabila mendengar soalan Zizie itu. Dia menanti jawapan daripada Shaie. Shaie yang menyedari akan hal itu sengaja membisu membiarkan soalan itu. Shaie tahu Masdi hanya ingin tahu tentang Nyisa sahaja. Sengaja dibiarkan soalan itu tidak berjawab. Menyedari Shaie sengaja mempermainkannya Masdi pantas menarik telinga Shaie geram. Sakit hatinya dipermainkan sebegitu.

“ wow,wow,wow... sakitlah ngok.. yelah aku jawab. Dilla tak pergi kot coz kalau tak salah aku dia kena fly pergi thailand. Amo and Iza kmpem tak dapat lagipun Iza ada jemuan dengan Aziz. Sue pun komfem pergi. Erm siapa lagi ye. Owh Nurul dan Muq pun pergi gak. Aku komfem pergi. Nyisa pun. Masing-masing bawak pasangan mereka sediri. Minta maaf ye kepada mereka yang berkenaan.” Shaie menyindir Masdi yang kelihatan kecewa mendengar kata-kata Shaie. Shaie tersenyum gembira melihat reaksi Masdi itu

****************************************************************************


Deringan talifon bimbit itu amat menyakitkan telinga. Sedari tadi talifon bimbit itu berbunyi tetapi tidak juga pemiliknya memberi reaksi.

“oit Shaie... bangun lah.” Muq mengejutkan Shaie. Talifon di sebelah Shaie di jelingnya. Baru sahaja niat ingin mengangkat talifon tersebut deringannya terhenti. “ ya ALLAH dia nie.. kalau tidur tu memang tidor mati. Letak lah apa je kat sebelah dia, bunyi sekuat mana tetap juga dia tak sedar. Oi bangunlah. Handphone kau tue melalak dari tadi. Ni ha ya ALLAH 17 missed call 6 massage. Bangunlah Shaie. Mana tau kecemasan ke.” Muq menarik Shaie bangun.

“ esh kau ni memang tak boleh tengok aku senang la. Aku baru nak lelap.” Shaie merungut. Matanya masih terasa mengantuk. Terasa baru 5 minit dia tidur.

“ banyaklah kau baru nak tidur lebih 2 jam dah kau tidur tau tak. Nie hp kau memekak je. Satu lagi next week jadi tak kita nak camping. Aku nak bawak kawan boleh tak?” soal Muq. Dia tahu Shaie memang begitu. Masa tidurnya tidak pernah cukup.

“ komferm la. Kau nak ajak siapa.? Tak kisahlah nak ajak siapa pun p macam biasalah kena bayar untuk makan n semua yang berkenaan. Ya ALLAH ngantuknya aku.”

“ ala adalah aku nak ajak kawan aku. Woi tu hp kau. Tahun bila lak kau nak tengok dah berpuluh kali orang call pun kau tak dengar. Betul-betul tidur mati.” Sindir Muq.

“Aku letihlah. Lately busy sangat. Function banyak. Mak aku nie macam aku lupa je janji malam nie. Awal lagi la. Baru pukul 12.15. janji pikul 7.” Shaie terus ingin menyambung tidur.

“weh mak cik pukul 12.15 apa nya. Kau balik tadi pukul 2 petang mana kau dapat pukul 12. Sekarang pukul 6.45 petang la.” Mendengar sajaha kata-kata Muq, Shaie pantas bangun melihat jam.

“ alamak ai. Pe sal kau tak kejut aku awal-awal. Komfem lambat aku nie. Kena bebellah nampaknya. Semua salah kau. Terpaksa aku merempit baru cadang nak naik kereta.” Rungut Shaie.

“bebel apa lagi pergilah siap. Tau dah lambat lagi nak membebel.” Arah Muq yang hairan melihat Shaie masih duduk di atas katil. Shaie yang baru menyedari hal itu pantas berlari masuk ke dalam tandas tetapi dia keluar semula apabila terbawa hpnya.

***********************************************************************************************************************************************

SEMUA mata tertumpu ke arah pintu utama setelah mendengar suara orang memberi salam dari arah luar. Dengan senyuman yang manis gadis itu masuk ke dalam rumah dan terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan tetamu yang ada. Walupun agak hairan melihat reaksi tetamu itu yang terus memeluk erat dirinya gadis itu masih memaniskan mukanya.

“ Maaf Shaie lambat. Ada hal tadi tak dapat nak elak.” Kata Shaie sambil membetulkan kedudukan helmet dan sweaternya yang diletak di atas kerusi. Shaie terus duduk di sebelah ibunya. Senyuman paling manis dihadiahkan buat ibu tersayang pengganti kelewatannya tiba di rumah itu. Dia tahu jika tiada tetamu di rumah ketika itu pasti telinga yang dihiasi anting-anting miliknya itu sudah menerima leteran dari ibu. Ibu Shaie tidak suka anaknya tidak menepati janji sebab itulah jika Shaie ingin pulang ke rumah ibunya dia tidak suka memberitahu kerana tidak mahu ibunya ternanti-nanti.

“ nie mesti tertidur lagi. Shaie, shaie apa nak jadi dengan anak ibu ni. Erm ni shaie tak kenal ke siapa ni.” Soal Ibu sambil memandang tetamu. Shaie merenung tetamu itu. Cuba di ingati wjah itu tetapi tidak berjaya. “anak ibu tak ingat ya. Dah lama dah mereka sampai nak jumpa kita. Takkan Shaie tak ingat.” Kata ibunya lagi.

“Shaie tak ingatlah ibu, siapa mereka ni.?” Soal Shaie ingin tahu.

“ Shaie ni nilah mak su dan pak su yang ibu ceritakan dulu. Shaie ingat tak cerita ibu. Kita terpisah waktu shaie kecik-kecik dulu. Mak su dan pak su yang jaga abang Shaie.” Terang ibu cuba mengingatkan Shaie. Shaie yang mendengar terkejut dan tidak sangka kejuta itu yang diterimanya. Tiba-tiba hatinya berdebar apabila terkenangkan abangnya yang sudah lama tidak ditemuinya itu.

“maksud ibu mak su dan pak su ni lah yang terpisah dengan kita dulu. Yang bawa abang sekali. Abang kandung Shaie?”soala Shaie tidak percaya. Anggukan dari mereka serentak membuatkan Shaie tercari-cari kelibat abangnya. “ kalau betul mana abang Shaie?” soalnya apabila tidak terlihat oleh matanya ada insan lain di situ.

“ abang ada. Tapi dia pergi toilet tadi. Ha tu pun dia panjang umur.” Shaie pantas menoleh kearah yang ditunjukkan oleh mak sunya. Buat sekian kalinya Shaie terkejut melihat wajah lelaki yang berada di depannya. Dia tidak tahu sama ada untuk memeluk lelaki itu ataupun menghulurkan tangan untuk bersalaman. Shaie terkaku. Matanya masih memandang wajah itu. Mindanya masih tidak boleh berfikir secara waras. Sedikit demi sedikit shaie teringatkan gambar yang berada di simpanannya. Gambar seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan abang kandungnya yang juga merupakan lelaki yang berdiri di depannya. Sudah 18 tahun dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Mereka berpisah semenjak dia berusia 2 tahun. Apa sahajalah yang di ingati oleh kanak-kanak yang berusia 2 tahun ketika itu apabila sudah menjangkau usia 21 tahun. Doanya di makbulkan ALLAH. Tidak sia-sia doanya untuk bertemu semula dengan abang kandung nya. Air mata ibu sudah kembali mengalir. Shaie semakin dapat berfikiran waras. Pantas dia menghulurkan tangan untuk menyalami lelaki yang merupakan abang kandungnya itu.

***********************************************************************************************************************************************

“WAHAI tentera-tenteraku. Cepatlah sikit berhias. Ya ALLAH berhias mengalahkan orang nak kawin.” Jerit Shaie dari tingkat bawah. Teman-teman yang lain hanya tersenyum melihat telatah Shaie.

“ala relax lah Shaie,standardlah perempuan. Berjam-jam depan cermin. Normallah tu” Roy bersuara.

“ek eleh habis tu aku tak normal. Aku pun perempuan gak tak delah nak menghadap cermin berjam-jam. Tak delah selama nie aku nak bersiap.” Bangkang Shaie. Mereka yang mendengar ketawa.

“ kau tu perempuan species lain la. Sebab tue kau kalau bersiap cepat gila.kau tak make up pun dah cute semacam aku tgk.” Usik Masdi. Shaie menunjukkan pnumbuknya sambil mencebik/

“ ha aku ingatkan korang nak berkampung dalam bilik tu. Setahun setengah tau aku tunggu. Dah jangan buang masa lain sini semua berkumpul kat sini aku nak bagi arahan sebagai ketua kat sini...” arah Shaie.

“ bila masa lak kita orang lantik kau jadi ketua?” soal Rell.

“ diamlah kau. Suka hati akulah nie kan kat rumah aku so akulah ketua nya. Dah jangan banyak cakap lagi. Ok kau naik motor ngan nurul, kau lak ngan awek kau kan.. erm sapa yang tak ada partner ek. Joi kau ngan Mimie kan. Aby dengan...”

“Aku dengan awek pakai baju hitam tu. Tu awek aku sekarang. Harap maklum.”pantas Aby memotong kata-kata Shaie sebelum dia dipasangkan dengan orang lain. Semua mata memandang ke arag gadis yang memakai baju berwarna hitam itu. Gadis tersebut tersenyum malu.

“ la bila pulak korang onn nie. Sebelum kau tanya aku hari tu ek Muq. Lantaklah. Ok pandai-pandailah korang ek takkan tue pun aku nak bagi-bagi pasanagn. Dah macam agen pemaksa jodoh lak aku ni.dahlah jom gerak sekarang.” Mereka terus ke kenderaan masing-masing. Nyisa yang sudah bersiap sedia mengikut Shaie terkejut kerana tiada lagi ruang untuk dirinya ketika itu. Shaie yang menyedari akan hal itu terus menunjuk ke arah Masdi yang pada ketika itu turut memandang mereka. Masdi yang faham akan keadaan itu tersenyum kerana tahu Shaie memberi peluang kepadanya.

Mereka bertolak setelah semua bersedia. Perjalanan pasti menyeronokkan kerana sudah lama mereka tidak beramai-ramai pergi bercuti. Dahulu hampir setiap bulan pasti ada sahaja rancangan percutian yang mereka lakukan dan pasti ianya menjadi kenangan yang paling menyeronokkan.

************************************************************************


SHAIE mendirikan khemahnya sambil di bantu oleh Nick. Hubungan mereka semakin baik dan Shaie sudah semakin boleh menerima kehadiran Nick dalam kumpulan itu. Mereka leka dengan tugas masing-masing sebelum boleh berehat secukupnya. Setelah selesai, shaie duduk memerhatikan teman-temannya. Dia tersenyum sendiri melihat gelagat mereka. Muq yang bergurau dengan Aby, Masdi yang sedang berusaha memikat Nyisa, Nurul dengan pasangannya Rell dan Dilla yang sedang berbual mesra dengan kekasih hatinya Lan. Ada juga antara teman-temannya yang asyik mandi manda sambil bergurau senda. Shaie asyik memerhatikan teman-temannya sehingga tidak sedar akan kehadiran Nick di sebelahnya.

“tengok apa tue?” soal Nick. Shaie yang sedikit terkejut mendengar suara Nick pantas menoleh. Dia membalas senyuman Nick.

“ tak ada apa-apa. Orang tengok geng kita tu. Lama dah tak kumpul macam nie. Best sanagt rasa. Bila tengok kan dulu dan sekarang lain sangat. Ada yang dah berpasangan ada yang masih macam tue.” Ujar Shaie sambil menoleh ke arah Nick. Nick yang memerhatikan wajah Shaie sedari tadi hanya tersenyum. Shaie yang tidak suka dirinya diperhatikan pantas bangun ingin berlalu.

“ la nak pergi mana lak tu? Kita baru je nak berbual kan..” tegur Nick yang sedikit hairan melihat Shaie yang bangun tiba-tiba.

“ malaslah. Berbual panya yang dari tadi tengok orang macam nak telan tu buat apa. Tak suka tau. Dahlah orang nak join geng kita.” Balas Shaie yang memang dari dulu tidak suka jika dia diperhatikan sedemikian rupa.

“ wei ingatkan tak tau malu rupanya pemalu juga cik adik tomboy kita ni.” Nick ketawa apabila shaie menjelirkan lidahnya bagi membalas kata-kata itu. Shaie terus merapati temannya yang lain dan terus leka bergurau senda bersama meeka tanpa menyedari dirinya diperhatikan oleh Nick.

“oi Dilla mana balak kau? Kau tak bagi tau pun kau ada mamat handsome kau tu. Ceritalah sikit macam mana kau boleh sangkut dengan dia?” dilla yang tidak jadi terbang ke Thailand itu membuat keputusan untuk mengikut mereka bercuti.

“yelah Dilla. Kau nie diam-diam ubi berisi ek. Tau-tau kau dah ada yang lebih handsome n mungkin lebih baik dari mangkok tingkat tu kan.” Kata Shaie selamba. Lengannya di pukul oleh Nyisa.

“apa sal kau kata mungkin pulak?” soal Dilla.

“yelah dah aku tak kenal dia lagi. Lainlah kalau aku dah kenal dia. Kalau handsome tue boleh nampak tapi kalau baik tu kena kaji dulu.ceritalah cepat ” kata Shaie dengan penuh yakin. Mereka ketawa mendengarnya,


“ penerbanagn MH 3694, MH 3694 ke Chaina akan berlepas sebentar lagi. Para penumpang di minta untuk masuk ke pintu H2 sekarang juga.” Pengunguman telah dibuat. Dilla dan teman-temannya sudah bersedia di dalam pesawat. Sebagai pramugari, Dilla harus memaniskan wajahnya walaupun menghadapi masalah. Kejadian di tipu oleh Man dan Man di tumbuk oleh Shaie sedikit sebanyak mengganggu prestasinya sebagai seorang pramugari.

“ Dilla are you okay??!” soal Lan, seorang pilot yang akan menerbangkan pesawat tersebut.

“ yes sure. Im okay.thanks/” jawab Dilla sambil menghadiahkan senyuman. Tumpuan Dilla ketika membuat kerja terganggu.

“ Dilla are you sure you are okay. I rasa u tak sihatlah. Do you have any problem?” soal Lan penuh prihatin kerana sedaritadi dia dapat lihat wajah muram Dilla. Sebagai ketua di dalam pesawat itu memang menjadi tanggungjawapnya untuk memastikan anak kapal berada dalam keadaan sihat.

“ yalah Dilla. We all tengok u pun macam tak sihat je. You okay je?” soal salah seorang rakan seperjuangannya.

“tak pe aku okay. Mungkin letih sikit. You all jangan risau ya. Kalau ada apa-apa nanti i bagi tau.” Terang Dilla tidak mahu merisaukan rakan seperjuangannya.

“Dilla kalau u ada problem and perlukan teman untuk meluah jangan malu-malu untuk jumpa i okay.” Lan masih cuba mengorek rahsia Dilla.

“ai captan takkan ofer kat Dilla je. Kalau kita orang ada masalah kita orang nak jumpa siapa?” usik Misya. Misya memang suka mengusik orang. Itulah perangai yang amat disenangi teman yang lain.

“ yalah saya maksudkan semualah. Kalau ada masalah jumpa saja saya. Setakat nak pinjamkan telinga tu apa salahnya. Tapi if u all datang jumpa saya untuk pinjam duit i buat-buat tak dengar and tak nampak je lah.” Balas Lan. Mereka ketawa mendengar kata balas dari Lan.

“HOI Shaie, Nick panggil kau. Dia suruh kau tolong masak.” Jerit Roy. Semua yang mendengar cerita Dilla memarahi Roy kerana mengganggu ketenteraman mereka.

“ok kejap lagi aku datang. Erm ha Nurul,Nick panggil kau. Dia mintak bantuaan kau untuk masak.” Bohong Shaie. Dia ingin mendengar cerita Dilla tentang kisah cintanya. Nurul yang tidak mengetahui hal yang sebenar terus menapak ke arah Nick sementara Rell meneruskan mandiannya.

“ eh mana mamat handsome tue?” soal Rina

“ ntah dia pergi tolong Adi kot” jawap Dilla.

“ala lantaklah.. so apa lagi sambunglah cerita kau tu” desak Muq pula.

“ Hai sorang je ke?!!” soal satu suara dari arah belakang. Dilla pantas menoleh untuk melihat gerangan siapa yang boleh berbahasa malayu di negara asing itu. Tanpa di pelawa lelaki itu terus melabuhkan punggungnya di sebelah Dilla. “ apa yang di menungkan tu? Teringatkan kat sesiapa ke?” soal lelaki itu lagi.

Dilla menghadiahkan senyuman kepada lelaki tersebut. “ tak ada apa-apa. Teringat kat kisah lama ja.” Balas Dilla.

“ Dilla ada masalah ke. Lan tengok Dilla macam tak happy je. Selalu kalau pergi tempat- tempat 4 musim ni Dilla orang yang paling happy. Macam tak pernah pergi walaupun dah berkali-kali pergi. Tapi now Dilla tak happy macam selalu.” Lan memulakan bicara.

“ntahlah Lan sometime Dilla asyik teringatkan kebodohan Dilla dulu. Betapa mudah Dilla di tipu oleh seorang lelaki. U know Man right?”

“what?!!! Man tipu Dilla. Dia buat apa kat Dilla. Kalau Lan jumpa dia tahulah apa Lan nak buat kat dia..”marah Lan. Lan paling benci lelaki yang memperdayakan seorang wanita.

“ tak perlu Lan. Dia dah terima balasan yang kecil. My housemate dah bagi dia hadiah. Hadiah seorang wanita.”balas Dilla. Entah mengapa terlau ringan mulutnya untuk bercerita dengan Lan.

“that good.tapi kalau Dilla rasa tak cukup Lan boleh tambahkan. Erm kira Dilla dengan Man masih ada apa-apa ke?” soal Lan ingin tahu.

“nak mati apa. Kalau Shaie tahu Dilla ada apa-apa dengan Man tu tak pasal-pasal Dilla kena juga. Shaie tak suka kawan-kawan dia di perbodohkan macam tu.”

“eloklah tu. Lan pun tak suka. So kiranya sekarang Dilla solo lah ya. Bolehlah Lan cuba nasib.” Gurau Lan. Dilla mencubit Lan kerana cuba memperminkannya walaupun pada hakikatnya Lan serius dengan apa yang di ucapkannya. Malam itu mereka ke fun fair yang ada di negara itu. Ramai warga chaina yang turut memeriahkan lagi kawasan itu. Mereka mencuba hampir kesemua permainan yang ada. Kegembiraan jelas terpancardi raut wajah mereka. Sedang asyik mereka mencari permainan yang ingin di cuba, Lan menarik tangan Dilla. Dia mengajak Dilla bersiar-siar dan Dilla hanya menurut sahaja. Mereka berdua jalan beriringan melalui sebuah jambatan yang sangat unik. Jambatan itu sungguh cantik. Dilla agak terpegun melihat suasana yang diterangi lampu yang berwarna warni.

“Dilla, i want to ask u something..” pinta Lan lembut sambil memandang tepat ke arah Dilla. Suasana yang agak sunyi itu menambahkan keindahan suasana ketika itu. Dilla menundukkan wajahnya kerana tidak mampu melawan pandangan tajam Lan.

“ dah ready ke nak bawak kapal terbang nanti?” soal Dilla cuba mengubah topic perbualan mereka. Dia seperti dapat mengagak apa yang ingin ditanya oleh Lan. Walaupun masih ragu-ragu Dilla tidak berani mengambil risiko untuk menjawap soalan Lan. Oleh itu sedaya upaya dia akan cuba menukar tajuk perbualan mereka.

“erm macam biasa Lan akan ready dan tenang kalau Dilla turut sama ada dalam pesawat tu.” Kata Lan penuh romantik. Dilla cuba mejauhkan dirinya daripada Lan tetapi Lan pantas memaut lengan Dilla. Dilla cuba melepaskan tangannya tetapi gagal.

“ Lan apa ni. Janganlah orang tengok lah” sedaya upaya Dilla cuba melepaskan tangannya.

“ Dilla please, dengar dulu apa Lan nak bagi tahu ni. Please Dilla. Cuba Dilla faham isi hati Lan. Dah lama Lan cuba nak luahkan pada Dilla tapi tak pernah jumpa masa yang sesuai and i think now is the right time to tell u about this. We need to talk Dilla.” Rayu Lan penuh mengharp.

“ Lan, Dilla nak balik. Dilla letih.lan sendiri tahu yang Dilla baru je dilukai. Apa yang baut Lan terfikir yang Dilla akan terima semua ni. Lan pun perlu faham Dilla.”sekali lagi Dilla cuba untuk berlalu pergi dan untuk sekian kalinya dia gagal setelah Lan terlebih dahulu menggenggam jari jemarinya.

“ Lan dah lama faham Dilla. Sebab tu Lan tak nak ganggu Dilla waktu Dilla masih dengan Man. Dilla, Lan sukakan Dilla. Lan cintakan Dilla. I love u dear.” Luah Lan tanpa sempat Dilla memintas kata-katanya.

“lan!!” Dilla tidak menyangka yang Lan akan terus meluahkan isi hatinya. Lidahnya kelu buat seketika.” Kalau betul Lan sayang and cintakan Dilla hope u tak akan halang Dilla untuk fikirkan perkara ni dulu.” Lan mengeluh mendengar permintaan Dilla tetapi dia akur. Mereka pulang ke hotel ditemani suasana sunyi.

***********************************************************************************************************************************************

“YA ALLAH basahlah aku, korang ni kacau daunlah” marah Shaie, Muq, Nyisa dan Sue yang sedang asyik mendengar cerita Dilla. Roy dan teman yang lain hanya ketawa melihat tindak balas mereka setelah di siram dengan air sungai yang sejuk itu. Shaie yang geram kerana diganggu pantas mencapai bola yang berada berhampiran dengan mereka lalu membaling ke arah Roy. Pukulan daripada Shaie tepat mengenai kepala Roy. Roy hanya ketawa kerana tidak sempat mengelak dan tidak sangka Shaie akan membalas dendam secepat itu.

“ so esoknya Lan bagi aku teddy bear yang comel teramat dengan kad jiwang dia. Aku ambik lah walaupun pada mas tu aku tak tau nak terima atau pun tak si mamat nama Lan yang handsome tu. And night before we all fly balik malaysia sekali lagi dia ayat aku. Aku rasa dia jampi aku coz aku terus setuju” sambung Dilla sambil ketawa mendengar kata-katanya sendiri. Terasa lucu melihat reaksi teman-teman yang lain setelah mendengar cerita cintanya.

“Alhamdulillah. Aku rasakan kau dengan Lan lebih secocok daripada time kau dengan si Man mangkok tungkat tu.” Kritik Nyisa.

“ wah kritik orang bkan main ek kau ni. Yang kau dengan Adi tu apa cerita. Kemain aku tengok dia cuba ayat kau. Takkan tak lekat.” Usik Shaie. Nyisa tersenyum mendengar usikan Shaie itu. Begitu juga dengan yang lain.

“ala kau ni Shaie, suka nak jodohkan aku dengan Adi tu. Bagi aku Adi tu ok lah.baik, nice lawak tapi kadang-kadang dia tu nakallah.aku rasa kan kalau lama-lama aku dengan dia boleh terpikat aku. Dahlah dia tu handsome” kata Nyisa dalam senyum.

“ Ye ke Adi handsome?” suara yang muncul di belakangnya Nyisa amat mengejutkannya. Nyisa tidak tahu kehadiran Masdi di belakangnya ketika itu. Shaie gembira kerana berjaya membongkarkan rahsia hati temannya itu. Semoga mereka bahagia doanya. Nyisa yang tahu dirinya telah di kenakan oleh Shaie berasa malu yang amat. Teman yang lain ketawa melihat wajah Nyisa yang sudah bertukar menjadi merah kerana malu.

“ tak guna kau Shaie.nanti kau aku balas dendam kat kau. Nanti jangan kau marah aku pulak kalau aku balas balik.”marah Nyisa. Masdi ketawa mendengar kata-kata Nyisa.begitu juga dengan Shaie yang sudah melarikan diri daripada Nyisa. Nyisa mencuka sahaja.

“ dahlah jom kita makan. Jom sayang kita makan sama-sama. Janganlah marah-marah macam nie. I tetap sayang u lah.” Ajak Masdi sambil mengusik Nyisa. Shaie yang turut mendengar kata-kata Masdi itu galak mentertawakan Nyisa. Mereka melangkah ke arah unggun api yang sudah siap tersedia sejak tadi. Shaie terus duduk di tempat yang selesa tanpa menghiraukan keadaan dirinya yang basah. Mereka yang lain juga terus duduk mengelilingi unggun api tersebut walaupun dalam kebasahan. Shaie tersenyum menyindir apabila terlihat Nyisa dan Masdi duduk sebelah menyebelah. Nyisa menjeling Cuma. Perasaan malu masih bersisa di hatinya. Shaie sengaja menyoal begitu apabila terlihat kelibat Masdi yang menghampiri mereka tadi.

“ nah lap badan tu nanti demam pulak.” Nick menghulurkan tawel ke arah Shaie dan Shaie terus mengambil tawel tersebut sambil mengucapkan terima kasih.

“ait ada orang tue dah ada yang ambik berat tentang dia lah kawan-kawan. Setahu aku dulu buka main anti dadah lagi budak tu dengan insan tu tapi sekarang siap tolong bagikan tawel lagi tu.” Sindir Muq.

“yelah ni korang ada apa-apa ke?” sokong Dilla turut mengambil bahagian untuk mengusik Shaie. Peluang datang hanya sekali dan harus digunakan sebaik mungkin.

“ ala korang jeles kan. Kalau aku ada apa-apa pun apa korang kisah. Asal aku bahagia. Kan abang Nick ku sayang.” Sengaja Shaie berkata begitu untuk membalas segala usikan teman-temannya itu. Nick hanya ketawa tanpa memberi sebarang ulasan. Tam melakonkan semual adegan memberi tawel itu ke Sue. Sue menyambut tawel tersebut lalu mengucapkan terima kasih sama seperti yang di lakukan oleh Shaie sebentar tadi. Mereka ketawa serentak..

Malam berikutnya mereka duduk berkumpul di hadapan unggun apI. Mereka bercerita, menyanyi dan bermain sambil memanggang ikan yang berjaya di tangkap siang tadi. Suasana riuh rendah dengan pelbagai gelagat mereka. Tiba-tiba Tam bangun dan bertepuk tangan untuk menarik perhatian semua teman-temannya.

“perhatian semua. Malam yang indah ni aku nak buat satu pengemuman besar punya. So dengan disaksikan teman-teman aku yang paling best gile nie dan suasana yang ala-ala gitu aku nak umumkan pertunangan tak rasmi aku dengan Sue.” Mereka yang mendengar berita gembira itu bersorak gembira sambil mengucapkan tahniah kepada mereka.

“ nanti dulu... aku tak puas hati” tiba-tiba suara roy menarik perhatian mereka. “aku tak sangka kau sanggup buat macam nie kat kita orang.” Tam dan Sue sudah terpinga-pinga mendengar kata-kata Roy. Teman yang lain kehairanan.

“oi Roy kau apa hal??!!” soal Masdi hairan.

“ takkan kau tak sedar? Kau Dilla,kau tak sedar ke apa yang derang dah buat kat kita.??!! Korang tak perasan ke?”soal Roy. Dilla hanya menggeleng kerana tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Roy.

“ Roy cuba kau cool dulu. Yang kau nak naik minyak tetiba nie apa hal?!!. Cuba story kat we all apa masalah kau sebenarnya.” Kegembiraan tadi sudah bertukar tegang. Roy mengeluh.

“la takkan korang tak sedar. Hairan betul aku, entah bila masa dia orang bercinta oun kita tak tahu.. tup..tup.. dah nak bertunang. Tak ke kurang hasam namanya tu. Tak reti-reti nak bagi tau geng ke korang tengah couple ke.. tak syok betul” terang Roy tanpa perasaan

“ tak guna kau. Buat nebes aku je. Aku ingatkan kau ada hati dengan Sue tadi.sakit jantungt aku.” Luah Tam lega. Mereka ketawa sambil mengutuk tindakan Roy tadi.

BERSAMBUNG...

Popular Posts