bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Saturday, July 30, 2016

BETRAYED



Betray atau dalam bahasa melayunya khianat, mengkhianati, dikhianti adalah sesuatu perbuatan kepada seseorang. Menurut kamus Dewan pulak khianat ni adalah perbuatan jahat yang dilakukan oleh seseorang kepada individu lain bagi tujuan menganiaya, sabotaj, mendajal, ataupun apa2 yang sama waktu dengannya yang akan mengakibatkan musibah ataupun kecelakaan pada individu tersebut.



Khianat ni ada macam-macam cara sebagai contoh belot, menipu, mungkir janji, mempergunakan dan banyak lagi. tak ada seorang pun kat dunia ni yang suka, rela, minta dan mahu dikhianat. perasaan setelah dikhianat tu sangat sakit dan aku yakin tak seorang pun yang akan suka dengan  rasa tu tapi tetap juga ada mangkok-mangkok tingkat yang nak khianat orang yang dia kenal. Mengkhianat orang tu memang tak elok tak kira kita kenal ataupun tak kenal orang tu...


Mengkhianat atau dikhianat adalah dua perkara berbeza begitu juga dengan dituduh mengkhianat. apa cerita aku yang sebenarnya? hurmm sebelum tu aku nak tanya, apa perasaan korang bila korang dikatakan mengkhianati seseorang yang rapat dengan korang sebagai contoh kekasih, orang tersayang mahupun sahabat padahal korang tak buat pun semua tu????


Rasa sakit dalam hati.. Bagai hati dihiris tanpa sebab... rasa kecewa pun ada... yup itu yang aku rasa bila aku dapat tahu sahabat aku anggap aku dah khianat dia... " ingatkan boleh percaya dia tapi dia betray aku!!!!" ouchhh kata-kata itu menghiris perasaan aku perlahan demi perlahan. aku hanya mampu tersenyum kecewa apabila mengetahui akan hal ini. Ya Allah,tak terkata rasanya bila sesuatu perhubungan yang aku sangat sayang diragui. Ya walaupun hanya persahabatan tapi aku jenis yang pentingkan persahabatan...


Aku seorang yang sangat menghargai persahabatan dan mustahil untuk aku mengkhianati kawan baik aku sendiri.... tak kan sesekali!!!!!. aku DITUDUH MENGKHIANAT sebab perasaan benci sahabat aku tu pada seseorang yang juga kenalan aku. salah ke aku nak kawan dengan semua orang. aku tak suka menilai orang lain tak kira dari segi apa sekali pun sebab aku jugak tak suka diri aku di nilai... 


Sekali aku berjanji aku tak mungkir janji. tak adil bagi aku bila kau anggap aku khianat kau sebab aku kawan dengan orang tu jugak!!! masalah kau dengan dia tak ada kena mengena dengan aku. aku berhak kawan dengan sesiapa pun. aku tak pernah bagi tau mereka tentang perkara2 yang kita borak!!!! aku tau jaga maruah orang...  aku tau jaga rahsia orang... 










INI KISAH DULU...
KISAH ANTARA KAU DAN AKU..
KINI KITA DA 
OKAY!!!!


ADIOS AMIGOS




Keliru si Hati

sendiri,
itu yang aku rasa kini.
jauh di suduh hati ini,
rasa sakit menghiris hari..
kepekatan malam tidak menemani,
keluasan langit terasa sepi.
kenapa harus rasa kosong begini?

sendiri,
itulah rasa yang ku alami,
jauh di hati ini sakit sekali,
sakit yang tidak aku fahami.
sakit yang tidak aku kenali
sakit yang sering aku alami
tapi aku masih tidak mengerti..

sendiri,
seperti langit tanpa bintang di sisi,
seperti awan tanpa sang matahari.
kenapa harus rasa begini?
aku keliru saat ini.
saat dimana aku selesa sendiri
tapi terasa sakit jauh di sudut hati..

aku bukan pencerita yang baik,
aku bukan pendengar yang baik,
aku,
aku yang sendiri.
keliru dalam dunia ini.

lalu harus apa lagi?
sendiri itu pilihan hati
lalu kenapa harus sakit di hati?

Perth Australia. . Day 2

Assalamualaikum. ..

Hari kedua di bumi Perth ni.. aku Ngan Mami ambil keputusan untuk ronda di Perth City.  Kami pergi berdua je sbb kaki Eda kerja. So dari rumah kakak Eda di Rivervale Drive kami naik bas je untuk ke bandar. Perjalanan ambil masa dalam 15-20 minit je. X jauh pun dan tambang adalah 2.90 dolar...


So kat bawah ni






SEPI SANG PERINDU.. Rindu Perth plak

Assalamualaikum semua...
lamanya tak update blog ni.. memang dah berhantu dah aku rasa... janji nak cerita tentang pengalaman kat Perth pun x tercerita lagi.. hadoi la hai... tak tahulah bila  boleh cerita tentang Perth. cuma apa yang aku boleh cakap.. selama dekat 3 bulan aku kat sana banyak yang aku belajar, banyak yang jadi, banyak pengalaman baru aku..

pertama kali keluar negara. negara 4 musim maksud aku. waktu aku datang tu winter. so awal2 dah siap beli baju sejuk tapi taklah sejuk sangat pun tapi ada jugak hari2 yang sejuk.. so kesimpulan yang aku nak bagi tahu pada sesiapa yang nak pergi perth musim winter dalam jangka masa yang lama macam aku x perlu bawa banyak-banyak sebab korang boleh beli kat sana... murah dan cantik-cantik sweater or baju sejuk kat sana..

aku merasa berpuasa dan raya kat sana. jam di Perth dan Malaysia sama je.. waktu berbuka dia sangat berbeza. lebih awal. dalam pukul 5.30 pm macam tu dah berbuka dah. so sangat awal lah kan. tak terasa sangat pun kat sana kalau berpuasa.. tapi kadang-kadang terasa jugak sebab sejuk.. so cepat je lapar. sahur pula macam biasa. kat sana mudah je nak beli makanan halal. macam aku duduk sewa bilik kat sana 100 USD seminngu kalau x salah aku. sana semua kira minggu. even gaji pun derang kira 2 minggu sekali kalau x salah aku. so bila aku sewa bilik for surelah ada kemudahan untuk memasak. aku sewa di rumah orang melayu yang duduk bekerja di sana juga. so aku x risau nak masak kat sana. nak beli barang memasak pun senang je. bagi aku agak murah jugak kos makan kat sana kalau korang masak.. rasanya kalau kat mana-mana pun memnag jimat lagi kan.. so kesimpulannya jangan risau lah nak cari makanan halal sangat senang.. aku ada juga ikut budak rumah ni pergi open house orang melayu yang menetap kat sana. ramai orang melayu kat Perth ni. semua ada tujuan masing-masing datang sini.  mak cik Ton ni kira terkenal jugaklah kat Perth ni di kalangan orang malaysia yang ada kat sini. rupanya tiap hari ahad dia akan buat jual-jual kat rumah dia. so time nilah kau akan nampak makanan malaysia.. bolehlah lepaskan rindu kononnya...

Beberapa hari sebelum raya aku buat kuih raya... for the first time aku buat kuih raya. selama ni kakak and mak aku je yang buat and selalunya aku akan bersihkan rumah je.. so aku mintak mak aku resepi kuih sugi and cornflake... alhamdulillah berjaya aku buat walaupun first time.. cornflake pulak aku terpaksa sorokkan sebab takut habis.. almaklumlah semua makhluk kat rumah tu buas... kang time raya tak ada kuih.. banyak jugaklah aku buat.. buat sorang lak tu... ada lag sorang dua yang tolong 5 minit macam tu... tapi aku x kisah pun sebab aku happ je tengok derang makan hasil tangan aku hahahaha..

first raya pulak aku just stay kat rumah je. makan rndang yang sorang budak perempuan ni masak. cuma rendang dia bukan selera aku... ada jugak kuih muih lain dan tak lupa kuih yang aku buat. time nilah aku keluarkan kuih yang aku sorokkan dan macam yang aku jangkakan. budak rumah tu semua bising aku sorokkan kuih tu hahhahaa.. aku terpaksa okay kalau tak tak bermakna raya tanpa kuih raya. aku tak pergi beraya kat mana-mana pun.. aku bukan jenis rajin bertandang ke rumah orang...  oh ya.. aku just pergi rumah Haji dan Hajah je.. mereka pun menetap kat sana.  so merasa lah lagi masakan melayu yang di maska oleh orang melayu...

hurmm itulah antara pengalaman aku berpuasa dan raya di bumi kangaroo ni.. so lain tahun aku update lagi ya.. insyaallah aku akan story tentang kerja di ladang di bumi perth ni....

adios amigos

Popular Posts