bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Friday, September 7, 2018

Cinta pertama

Dulu, aku sering terbaca malah sering juga orang perkatakan pada aku. Cinta pertama itu sukar untuk kita lupakan. Aku faham.. cuma aku tak dapat bayangkan dan tak terfikir yang aku akan alaminya. 

Bagi aku cinta pertama aku bukan pada insan yang pertama ataupun keduabyang menjadi teman lelaki aku. Tapi dia adalah cinta pertama aku sewaktu aku meningkat dewasa, tika aku sudah matang membuat keputusan walaupun seringkali tersilap memilih.

Sakit. Ya, aku akui ianya teramat sakit.. 8 bulan telah berlalu.. walau aku cuba untuk memulakan perhubungan baru namun dia tetap di hati aku dan aku tahu, tidak adil bagi insan lain untuk aku pergunakan bagi aku melupakan cinta pertama aku. 

Tidak mudah untuk aku lupakan cinta pertama aku. Telah aku cuba menerima hakikat bahawa dia bukan yang terbaik untuk aku namun hati ini.. Ya Allah.  Aku tahu. Semua ini kerana silap aku. Silap aku terlalu mengharap pada cinta pertama melebihi yang sepatutnya hingga Allah tarik semula indahnya cinta itu.. Allah bagi peringat kecil pada aku bahawa aku semakin jauh di buai rasa cinta sehingga semakin alpa padanya.. aku tahu itu dan aku tak menafikan. Tapi aku insan yang sangat lemah.. aku tahu tapi aku abaikan segalanya.. 

Aku rindu dia, aku masih mengharap padanya.. tapi aku tahu segalanya tidak akan berlaku sekiranya Allah tak izinkan aku dengan nya..

Kita sering tertanya-tanya akan sesuatu. Sering bertanya pada dia dan mereka.. sudah diberi jawapan tapi kita bertanya lagi. Kenapa? Kerana kita inginkan jawapan yang ingin kita dengar.. kita menafikan kenyataan dalam kita menipu mereka.. 

ALLAH, kuatkan aku.. untuk terima takdirmu..aku lemah..  hilangkan rasa ini andai dia bukan untukku.. kuatkan hati ini untuk melepaskan dia andai dia bukan jodohku.. terangi jalan aku.. beri hidayahmu.. aku insan yang hina merayu petunjuk dan bimbinganmu..

Popular Posts