bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, August 28, 2011

merdeka pada ramadhan terakhir

Bila tengok status kawan-kawan kat muka buku, terus hampir percaya yang raya adalah pada keesokan hari. 31/8/2011. Tapi tu semua belum pasti lagi kan. Sebelum aku terlewat nak gak aku wish selamat menyambut bulan ramadhan pada hari hari terakhir ramadhan ini. Sama macam yang lain, aku pun mengharapkan ramadhan kali ini lebih bermakna.

Apa yang menarik ramadhan kali ni adalah kerana kita sambut serentak dengan bulan kemerdekaan. Ye memang agak terlambat sebab kalau ikutkan sepatutnya aku post tentang semua ni awal ramadhan dulu tapi aku tak peduli. Biar lambat dari tak ada langsong. Lagipun hari kemerdekaan esok so semangat dia lebih lagi.

Sedar tak sedar selama ni aku hidup dalam negara yang aman. Syukur. Bukan semua yang bertuah macm penduduk malaysia kan. Kita boleh je sambut ramadhan dengan tenang tanpa ada peperangan ataupun rusuhan seperti di syria. Aku baru tau malam tadi, student-student di syria tak dapat keluarkan duit coz kad bank yang ada visa semua di sekat. So student kat sana makin kekurangan duit. Dahlah nak raya. Semoga mereka selamat disana. Itu dugaan mereka ketika di hujung ramadhan ini. Semoga mereka tabah mengharungi dugaan itu.Kita patut bersyukur sebab negara kita tak macam tu.
Syukur aku anak malaysia.

ADIOSSSS
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 26, 2011

menanti dan terus menanti

Yer itu ysng aku tengah buat sekarang. Tak habis-habis lagi aky dengan teka teki yang aku belum ketahui jawapannya. Tapi jauh di sudut hati aku, aku rasa ianya sangat jauh dari aku. Buat masa ni aku hanya boleh menanti.

Adiosss

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 21, 2011

ringkas yang mendalam

terhiris luka sendiri..
kecewa tak siapa yang peduli.

sendiri itu pasti...

kuteruskan jua

ingin ku lakar apa kurasa,
tapi terkaku seibu bahasa.
tercari-cari penuh luka
keliru sebenarnya apa yang dirasa.

tiada duka tiadalah bahagia..
bahagia datang hanya seketika..
ditarik semula setelah leka..
melupakan Dia yang mengurniakannya.

sedetik bahagia, sedetik duka..
lumrah hidup dibumi yang esa..
harusku kuat mencari jalannya
agar bertemu hidayah sebenar...

dalam mencari terhunus duri,
berdarahlah diri menangislah hati.
terhentilah seketika mencari diri..
dugaan datang selang berganti.

aku hanya insan biasa..
banyak kekurang untuk keredaannya
kumasih mencari sinar jalannya..
untuk ku tabah mengharungi dunianya..

tak lama je lagi

tak lama je lagi nak raya? apa yang korang rasa??? sepatutnya mesti rasa teruja yang amat and tak sabar-sabar kan? tapi kenapa aku tak rasa apa-apa. aku just rasa macam berat je nak tempuh raya nie. kenapa ek? tak ada kegembiraan pun nak raya. macam tak patut lak aku rasa cam tue kan... entahlah

ermmm hari ni sakit kepala pak, emosi pun tak stabil. tak tahu kenapa. dari tadi aku try supaya aku tak naik angin tak tentu pasal. sebelum aku naik angin tak tentu pasal aku terus masuk bilik. baca novel... ermmm tu je boleh buat aku tenang seketika, tapi masalahnya novel tu cerita dia kurang menarik.. apa boleh buat, mungkin sebab hormon aku tak betul buat cerita tu tak best sangat.

apa yang aku nak update lagi ek... ermm aku ada story nak share tapi bukan sekarang aku cerita,. tunggu betul-betul ada depan mata baru aku share.. aku takut nanti kalau aku heboh sekarang last2 tak jadi.. bukan apa, aku tak naklah nanti org kata aku kecoh je lebih.. oklah aku tak tau nak update apa, lain kesempatan aku update lagi yerr..


adiossss.....

Tuesday, August 16, 2011

pelik itu aku.

Holla and assalamualaikum. Yer macam tak penah pulak aku jak greet pada pambaca yang aku x tau kewujudannya nikan. Well x pe bukan slalu pun. Kalo rasa pelik nak wat cam mana. Tgk tajuk je lah baru tauu. Eh tetiba lak bunyi anjing menyalak panjang. Apa yang haiwan tu nak yer. Nasib tak rasa seram. :-)

well, apa yang pelik ttg aku? Yer baru je terjadi time nak ke office bapak aku. Macam biasa bila dah take over jawatan driver tuk family aku dari tangan cik pinky, kakak bongsu aku tu maka bapak aku pun suruhlah aku drive. Masalahnya time tu aku nak guna kasut yang agak complicated. So terpaksalah aku guna selipar biasa je dulu. Senang sikit. Tu pun lepas mama paksa aku. Mama kata nanti aku boleh pakai kasut aku tu bila dah sampai kat office bapak aku. Owh ya kami ke office bapak aku tu sebab ada majlis berbuka puasa. So nak di pendekkan cerita lepas dah kenyang semua tu dan waktu orang nak balik tetiba adik bongsu aku, our princess datang kat aku dah tu kata mama suh alih kereta. Adoiii masalah ni. Aku pun gerak g jumpa mama dan g tau aku tak bleh nak alihkan keta sebab kasut aku. Mama pun macm nk gelak sebab lupa masalah aku bila bawak keta.Aku dahlah pakai kasut yang kena ikat dan agak susah nak pakai. Bukan apa dah time nilah kasut aku mogok nak rosak serentak. Kasut ni je yang sesuai. Kang kalo aku pakai croc kang tak menjaga image bapak aku depan staff dia kang. kesian pulak bapak aku.

Berbalik pada cerita tadi, time balik mama pulak yang kena drive. Rasa cam kesian lak. Tapi nak wat cam mana sebab sbelom balik we all gi kedai yang ada dekat ngan office tu and mama lah yang drive. Skali time nak pick up bapak aku semula terus je dia duduk kat belakang. esh tab aku nak abis batery terpaksa tukar guna laptop.  So masalahnya sekarang mama penah tanya aku. even kakak sulong aku tu pun penah tanya aku sampai bila nak drive bukak kasut. ermmm ok tu masalah aku sebenarnya. aku memang kalau nak drive kena bukak kasut. kiranya kena berkaki ayam baru feel drive tu terasa hingga menusuk kalbu( baik punyer cover). kalau ikutkan time aku nak pi ambik lesen tu hari aku bawak keta pakai kasut. memeang betul-betul kasut aku guna tapi ntah cam mana dapat je lesen terus nak tanggalkan kasut/selipar or apa-apa je yang ada kat kaki aku bila aku nak drive. kalau aku pakai kasut mestilah ada je yang terlebih tekan terkurang tekan. sangat tak selesa.

korang rasa pelik ke??? aku tak rasa pelik pun, kalau korang rasa pelik maknanya korang yang pelik. so aku rasa ni je salah satu kejadian yang terjadi yang masih aku tak bleh nak ubah. hehehe nasiblah. yang penting aku selesa time nak drive and selamat. kalau aku pakai kasut dan tak selesa kan ke boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain. so akhir kata dari aku  lantak pi apa orang nak kata....

adiosssss

Saturday, August 13, 2011

kejamkah aku?

Kejamkah aku? Tu yang bermain lam kepala otak aku ni. Aku rasa macam akulah pembunuh dan penyiksa haiwan yang paling kejam. :'(

tadi kakak aku, cik pinky call and bagi tau prada(suger glaider) aku rupanya cedera. Kaki belakang dia dah tak ada. How come aku bleh biarkan prada terseksa seekor diri? Kejam betul aku!!!!! Rasa berdosa sangat je bila jadi cam nie:-( aku dah seksa haiwan tersebut. Tapi aku tak ada niat pun nak buat cam tu.

Dulu waktu mula2 beli prada, memang la qku berani berani takot ngan haiwan tersebut. Prada time tu kecik je, cute giler. Sebesar apple merah yang di potong 4. Sangat kecil kan? Time tu aku memang la berani pegang dia tapi lama2 prada macam aktif sangat sampai aku yang memang takut dengan segala jenis haiwan untuk di pelihara ni pun makin cuak ngan prada. So bila dah cuak dan takot bergabung aku just main-main ngan prada dRi luar sangkar dia je. Kadang-kadang je aku layan dia. Kejamkan aku. Dahlah kurung dia lepas tu tak bagi perhatian kat dia :'(

Sekarang ni aku memang rasa bersalah yang amat. Aku memang tak fikir panjang bila mula-mula nak beli prada. Aku dengan haiwan peliharaan memang tak ada jodoh dan memang tak boleh bersama.

Sekarang ni prada akan di di lepaskan untuk hidup bebas dan aku menangis mengenangkan betapa kejamnya aku. Malu dengan diri sendiri :'(

Inilah kisah sedih dan kejam dari aku :'(

Adios.



mencari peluang itu...

buat masa ni aku selalu je nak cari peluang untuk update blog nie. nak kata busy tak lah busy pun. cuma bila ada kesempatan aku main game jer and aku try lah cari application baru yang menarik untuk aku semakkan lagi galaxy tab aku. yerlah bekalan ketika kebosanan nanti. so apa yang menarik selama aku tak update blog nie?? erm jap aku pikir....

owh ya hari tu tiba-tiba teringat yang tak lama lagi raya welll time tu juga lah rasa macam tak best. kenapa?? entah aku pun tak tau. serious nieh aku rasa macam tak best je nak raya. raya dah tak macam raya zaman aku skolah dulu... yer semenjak kejadian tu tak ada apa yang menggembirakan lagi bila ada benda-benda yang patut di raikan. ermmm sedih pulak tiba-tiba..bleh tak aku just drop the subject?? tak mau nanges lahhhhh...

ok next story sbelom aku leleh kat sini, smalam adik sulung aku, cik purple violet nie dapat galaxy tab jugak... wot woot.. mama belikan dia sebab dia dapat ipta... ok dia nie macam extra bijak antara kami adik beradik. hahhahaha well bukanlah kata aku ni tak bijak cuma malas aku tu lebih banyak untuk tutup kebijaksanaan aku hahaha (alasan tak bleh blah). so now aku dan dia ada galaxy tab so adik bongsu aku ni, cik princess macam tak puas hati sebab dia nak handphone touch skrin. so mama suh dia dapat keputusan cemerlang tuk dapat tu. and makin la dia macam tak puas hati.... adoiii cik adikku sayang, kakakmu ini nak dapat benda-benda camni bila dah dewasa tau( dewasa ker???) handphone changgeh pun bila dah masok U. nie kira oklah dia dah ada hp e71 time form 2. aku dulu ada??? form 3 je baru ada hp. tu pun hp keturunan. dari mak aku ke kakak aku kemudian baru turun ke aku.... yelah dulu lain sekarang lain.... ok aku paham semua tu....(bunyi tak puas hati).... hahah oklah sebelum adik kesayangan aku tu panas hati dengan statment aku tu baik aku stop mengumpat pasal dia...

well ermmm smalam gi cari baju skolah tuk cik purplez voilet, (baju putih n kain hitam) tuk orentasi dia and time tu lah nampak ramai dah yang semangat naga beli baju raya. benda paling aku tak suka time nak raya adalah cari baju... aku ni kalaunak beli baju mesti ada mood. kalau dah ramai sangat orang kat kedai tu sah-sah mood aku hilang, tu paling aku benci. boleh di katakan aku tak nak raya..... bleh tak???

oklah malas dah nak merapu lagi. lain kesempatan aku update lagi...

adiosss

Tuesday, August 9, 2011

menyepi seribu bahasa

Lama aku dah tak up date blog nie. Yer semenjak dua menjak lepas aku busy giler ngan assignment dah tu trus busy ngan final exam. Sebab tu la aku membisu seribu bahasa kat blog aku nie:-) so sekarang ni aku dah free sebab dah cuti sem da dan sebab ni bulan pose aku nak wish lah pada semua yang baca blog ni (ada ker?) SELAMAT BERPUASA dan smoga puasa kali ini lebih bermakna.

Ok so update sikit benda terbaru lam hidup aku selain tentang study, erm aku still single( wah ada kaitan ker haks :-) hentam sajala ) erm kalo tak salah aku beberapa munggu lepas aku ada tertanya2 ksn nk beli apa tuk diri sendiri so now aku da beli pown something for myself. Aku beli galaxy tab. Kalau ikutkan perancangan aku yang conferm takkan jadi, aku nak beli BB tapi macam tak minat sangat so aku pilihlah galaxy tab(g.t). So ni aku ngah test guna g.t ni. Ok gaklah. Not bad kalo nak merapu kat blog aku yang serba seri merapu je semuanya :-). So kira tak rugi la aku beli cuma masalah skunk aku ngah pk nak guna number apa jat g.t ni. Maksud aku untuk broadband la. Nak guna maxis ker, celcome ker, digi ker, apa ker? Tu aku abaikan dulu sebab time ni kat umah mama so buat apa pk ttg tu. Kat umah mama ni pun ada tenet :-).

Ermm nak update apa lagi ek. Tetiba lak blurr tak da idea. Owh ya nak share satu story ni. Bulan 7 ari tu aku ada post balik kat buku prima, buku bisik-bisik gelora sebab aky nk tukar buku tu, ada some pages dia yang tertanggal. Lama aku tunggu buku tu dihantar semula sampai aky kena call 2 kali kat office derang and rupanya mereka dah pindah and tak guna lagi alamat tpt aku hantar buku tu. Frudt giler aku. Dahlah kena bayar rm6 nak hantar buku tu skali mereka da pindah lak. Manalah aku tau derang pindah :-( nak gi cek kat post office tanya aky kat melaka pulak. Bleh ke cek kat mana2 pist office tanya ttg return package? Hua terus fobia nak return barang kalo cam ni. Sampai skarang blom sattle lagi hal ni :-(. Saba jalah.

Ermm oklah tak da mood trus nak citer pnjang mangenangkan hal novel tu. Lain kesemparan aky update lagi yer.

Adios,.

Popular Posts