bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Thursday, April 26, 2012

we are like family

assalamualaikum,

hari ni aku nak story sikit tentang tempat praktikal aku nie. well dah 2 bulan aku menimba pelajaran dan pengalaman kat tempat ni. Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada awalnya memang macam susah je aku nak suaikan diri kat tempat ni. yelah lama dah aku tak bergaul and bersosial dengan orang yang lebih dewasa dengan aku and for sure aku rasa sikit kekok bile deal ngan mereka. tambah-tambah lagi bila dalam otak aku ni dah terset yang aku kena formal ngan mereka sebab mereka kerja di jabatan kerajaan.. tambah-tambah bila communication skill aku yang semakin berkurang semenjak dua menjak nie. O_0.

so kira pecah rekod la aku ambil masa nak communicate ngan mereka ni. kira mcm lebih 2 minggu baru aku macam serasi-serasi segan gitu dengan mereka. after that barulah aku ok. tu pun lepas 2 student praktical yang memang ada kat department aku nie blah. ahhahahaha.

selepas beberapa lama kemudian aku makin serasi ngan tempat nie. walaupun ada la beberapa staff yang berperangai 'pelik'. tapi biasalah kan... semua tempat pasti ada je manusia-manusia yang berperangai 'pelik' dan 'jelik'... tiada yang sempurna kann(bajet bagos :-p) hahaha

apa yang menariknya department aku ni adalah aku rasa macam kami ni family... staff2 yang berpangkat tak poyo pun.. boss aku pun sempoi je.. kira macam tak la nak pantang rendah pada orang bawahan dia terutama budak praktikal macam aku nie(YE KE????). supervisor aku lagi sempoi.. hahha beliau ni macam mak aku je perangai dia. datang sengal dia tak bleh blah. terubat rindu aku kat mama..  kiranya semua kat sini agak sengal la. hahahah dan mereka layan antara satu sama lain macam family. tu yang best tu...

bila teringat yang aku hanya ada masa sebula je lagi untuk habiskan latihan praktikal aku ni, buat aku sedih pulak. sayang je nak tingglkan family baru aku ni. supervisor, Puan Zah dan Puan Mai yang macam mak, kak Fara, kak Lind(dah tukar department) macam kakak-kakak. best sangat... opss lupa pulak kak Zura... mereka la geng aku kat sini. baik je mereka ni ngan aku. tu yang sayang je nak tinggalkan mereka...

hurmm rasanya banyak je yang aku nak story kat sini tapi sekarang ni aku ada kerja so lain tahun aku update lagi yer..

adiossss


Tuesday, April 24, 2012

C.I.N.T.A


cinta itu love..

kata orang cinta itu indah,  kata orang juga cinta itu buta... bila cerita tentang cinta, setiap orang ada cerita masing-masing. ada yang bercinta sekali dan kemudian kecewa, ada yang bercinta sekali kekal selamanya, ada juga yang bercinta berkali-kali masih tak jumpa jodohnya dan ada juga yang tidak pernah bercinta dan dicintai. terlalu banyak yang boleh kita ceritakan bila cinta menjadi tajuk utama. 

betul ke??
 tak semua di antara kita yang bernasib baik dalam percintaan begitu juga sebaliknya. banyak je contoh yang jadi depan mata aku. ada yang bahagia ada yang derita dan ada juga yang memeningkan kepala dan yang paling sadisnya aku mesti ada kena mengena dalam cerita cinta itu walaupun bukan aku yang bercinta. aku mesti tersepit diantara konflik cerita mereka. kadang-kadang buat aku terfikir. nasib baik aku tak bercinta dan kalau aku yang bercinta lagi sadis rasanya.. tapi bila difikir betul-betul ada baiknya jugak aku terlibat lam konflik mereka.. sekurang-kurangnya aku ada pengalaman nak deal ngan masalah cinta orang lain(tak nak ckp masalah cinta aku sebab aku mcm tak nak bercinta.macam yer!!!).


menangis sendiri


banyak kisah sedih dalam percintaan yang aku tengok, suami yang curang pada sang isteri. ok kalau skandal aku bleh terima(agaknya la) ni nikah. bila dah dapat anak satu baru tau mereka dah nikah. boleh macam tu? padahhal kawin dah berpuluh tahun p still nak CURANG. Then sang isteri merana kecewa, makan hati. konflik ni melibatkan anak-anak.anak-anak yang tertekan sebab masalah mak bapak mereka. kes lain pulak, ada yang baru bercinta dah pukul, sepak terajang sampai masuk hospital, patah riuk semua tu. yang nie aku bengang. bleh plak si mangsa masih nak ngan laki tu. tu yang memeningkan kepala tu. dah penat dan bersusah payah kawan dia tolong larikan diri dari lelaki dayus tu last-last si mangsa masih g kat lelaki tu. katanya masih sayang(sekarang mereka dah kawin), cinta itu sangat mengelirukan... (betol lah kan). kes lain plak si lelaki yang kecewa hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk sang kekasih yang tidak dapat meneruskan perhubungan mereka. betullah kata pepatah. telajak perahu boleh di undur telajak kata menyesal tak terkata. buatlah apa sahaja tapi bila hati sudah kecewa tak ada apa boleh kita buat. nak salahkan satu pihak saja tak adil bagi aku. itu semua konflik percintaan



terlalu banyak kisah cinta.kenapa aku cerita kisah-kisah tu semua, sebab aku tengok sendiri perjalanan kisah mereka. dan lebih malang lagi aku seperti trauma(ye ke?). trauma untuk bercinta sebab kisah cinta orang lain
aku bukan apa, tak sanggup la nak hadapi kekecewaan. sakit yang ditanggung tu tak sanggup aku rasa. kisah mereka juga jadi pengajaran untuk aku.

cinta itu penuh risiko
yelah walaupun aku tak pernah rasa tapi kalau dah tengok mereka yang kecewa tu je dah buat aku sakit apatah lagi bila aku yang rasa nanti. biarlah aku tak bercinta dari aku rasa kecewa.(boleh ke??) ye memang tak semua kisah cinta itu sedih. aku tahu. cuma bila apa yang ada di sekeliling aku kebanyakannya kisah sedih apa lagi aku boleh fikirkan??? aku tak kisah orang nak kata apa pun. sampai bila?? entah aku pun tak tahu. kita tunggu je lah sampai bila sebab aku pun tak ada jawapannya..


tipu la bila aku ckp tak rasa nak bercinta tapi aku belum berani nak ambik risiko. kata la aku pengecut. aku tak kisah. kata lah aku paranoid, aku tak peduli. apa yang aku tahu hati aku harus aku jaga..

adiosss

Monday, April 16, 2012

hari ini hari selasa...

Assalamualaikum semua..
hari ni hari selasa, yup perasaan aku sekarang nie sama macam gambar di bawah yerr..


Sangat lemah, lemau dan layu... waaaa bosannya aku rasa.... rasa macam nak lay down somewhere and do nothing..nak terbaring sambil pandang apa yang aku nampak.... bosan wehh..  tak rasa nak buat apa2 pun even nak borak ngan orang pun.. dan malangnya aku sekarangnie ada kat office..tunggu masa balik jer. berapa kali dah aku mengeluh hari nie.dan sekali lagi aku tunjukkan rasa aku dengan picture di bawah nie...

bosan sampai lebam
 aku sekarang nie terbayang aku dah buat macam lam gambar bawah nie... kang aku buat macam ni kang ramai yang cemburu kang.... susah gak bila ramai yang "PRIHATIN" sangat ngan apa yang kita buat.. ni belom lagi aku jadi artis dah banyak 'mama'razzi

nak buat macam nie boleh tak??
waaaa... lambat lagi nak balik, rehat pun belom lagi. kenapa lambat sangat masa berlalu hari ni.. mengeluh lagi aku nie.. hadoi.. memanglah x elok nak mengeluh tapi dah termengeluh apa nak buat hahahahha..  nak balik boley tak???

tolong la entertain aku!!!
 ok lah lain tahun aku update... macam banyak plak gangguan time nak menaip nie.. huhu

adiosss


Sunday, April 15, 2012

sang hujan

Assalamualaikum semua,


Skarang nie aku berada dalam kepekatan malam ditemani sang hujan. Nasib bukan aku yang drive time nie. Sbenanya we all (aku ngan cik kakak)on da way balik kl from rumah mama. Hurmm yup last week baru je aku balik melaka. So what kalau aku nak balik lagi minggu ni. Bukan guna duit aku pun hakhakhakhak.  Ok fine. . Berbalik pada cerita sang hujan tadi. Aku ni kurang sikit kehandalan aku nak drive dalam keadaan hujan. Tambah2 malam macam nie.  Aku lebih suka tengok hujan je.


Yup. Aku suka hujan.Bagi aku jadi sang hujan sangat bagus. 'mereka' berada di atas sama-sama kemudian 'mereka' jatuh juga sama-sama. Tak kira 'mereka' diatas mahupun di bawah mahupun 'mereka' jatuh, 'mereka' tetap bersama. Tak semua antara kita yang bernasib baik jadi seperti sang hujan.  jadilah seperti sang hujan. Bukan sekadar bersama-sama dengan keluarga, sahabat, dan kekasih hatinya tak kira dimana berada malah 'mereka' juga menyejukkan mereka yang panas, menyegarkan mereka yang layu dan kadang-kadang menemankan mereka yang sedih. 






Betapa indahnya ciptaan yang maha berkuasa. Kan?

Aku boleh tersenyum sendiri bila hujan turun. Tak tahu kenapa. Kadang-kadang jugak aku rasa macam nak jugak bersama-sama sang hujan.  merasai tiap titis yang jatuh ke bumi sambil aku bayangkan segala kesedihan, kelukaan dan kekecewaan aku jatuh meninggalkan aku juga.


Dan kemudian aku akan tersenyum lagi. Ya hujan boleh membuat aku tersenyum.


Adiosss

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 13, 2012

my baby boo

Assalamualaikum semua, chewahh. . Tajuk entry aku kali ni tak bleh blah hakhakahk. Gedik je bunyik ekk. . Well tengok la sapa yang taip kan. Hahah. Bengang plak aku rasa tetiba bila mengenangkan tab aku ni. Smalam punya la best aku dah taip entry tuk blog aku ni skali tah mana silapnya burn cam tu je. Tak de plak kuar kat blog aku. Saba je kah. Nanti2 bila on9 guna laptop aku nak tengok ada tak tersave as draf. Esh. .  Tu la nak tulis blog la, la borak la, time tu jugak nak tengok tv. Ha tu makan dia. . . Kan apa pun tak boleh. . Last2 entry kosong yang aku post berkali2. Saba jelah. . .

Ok. Done cite kebengangan tu. . . Nie aku kat perodua service sunway damansara.  Finally setelah beberapa kali tergendala niat nak service miss V aku tu dapat gak beliau buat medical cek up hahhaha. . Aku pun x buat medicl chk up tau.( daaa dah kau tu tak suka g spital sapa suruh)  apa-apa jelah. Esh lapa plak tetiba. Padahal dah sarapan dah tadi.  Nak dekat tgh hati patot la lapa.esh. Miss V dijangka keluar dari bilik pemeriksaan jam 1 ptg. Hadoii lama gak aku kena tunggu. Tak pelah. Demimu sayangku kahkahkahkah. Goli den




Oklah malas da nak taip. Lain taun aku update lagi huhuhu.

Adiosss

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 11, 2012

Allah menguji manusia lagi

Assalamualaikum semua, hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita gempa bumi yang turut dirasai oleh warga Malaysia. Sungguh besar kuasa Allah. Tidak terdetik pun di hati kita akan merasai gegran itu. Yup cik sahabat ada di utara so beliau dapat rasakan gegaran itu. Ya Allah, selamatkan mereka..


Aku terus teringatkan mimpi aku itu. Ya Allah janganlah ianya benar-benar terjadi.Mengenangkan hal ini buat aku sangat takut. Terlalu takut.  Ya, kuasa Allah siapalah dapat menghalang. Aku takut kiranya aku tidak sempat untuk menebus segala dosa aku. Aku takut andai aku tidak punyai waktu yang cukup untuk bertaubat. Aku takut andai keampunan yang aku pinta tidak diterima. Terlalu banyak dosa yang aku dah lakukan. Terasa malu pada diri sendiri mengenangkan kejahatan dan kejahilan aku. Ya Allah, berilah aku kesempatan itu, untuk lebih dekat padamu, walau aku tahu tidak layak untuk aku meminta setelah apa yang aku dah lakukan.. Aku terlalu lemah ya Allah. Masih terlalu banyak yang aku perlu pelajari, terlalu banyak yang aku perlu betulkan..


Ya Allah, kekalkan hatiku untuk terus berada di jalanmu. Kuatkan hatiku untuk mengharungi dugaanmu, kuatkan imanku untuk menepis segala hasutan syaitan.


Amin.


Semoga mereka yang berdepan dengan situasi gempa bumi ini akan tabah.


Adioss


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 1, 2012

sejadah, telekung dan Al-Quran.

Assalamualaikum semua,

Selamat pagi dan selamat berkerja pada yang bekerja.  pagi isnin dilimpahi hujan berkat. Kata mama, doa ketika hujan sangat bagus. Doa kita di iringi sang hujan yang membasahi bumi ciptaan.  Doaku hari ini, ya Allah kau berkatkanlah hidup aku dan keluargaku, kau terangilah jalan yang benar, kau murahkanlah rezeki kami ya Allah. Hanya padamu aku berserah dan hanya padamu aku meminta. Kau tuhan yang satu dan kau juga maha mengetahui.  amin.

Sebenarnya dah beberapa hari aku terfikir tentang perkara ni. Tiba-tiba aku teringin nak di hadiahkan sejadah telekung dan AL-Quran. Bukan hadiah sbg hantaran tapi sekadar hadiah.


Mula2 aku terfikir bestnya kalo aku dpt AL-Quran as a gift sebb kat tempat aku practikal ni ada sorang officer tu nak pindah so aku ngan sorang kakak ni g beli AL-Quran tuk hadiah perpisahan. Terdetik kat hati aku tuk di hadiahkan AL-Quran. Lengkap bermakna kalau di hadiahkan 3 benda bermakna tu.


Kenapa tak beli sendiri?  Boleh je kalau aku nak beli sendiri semua benda tu tapi memang aku teringin sangat di hadiahkan benda2 tu. Agak2 ada x orang yang nak bg aku hadiah cam tue?

Sama2 kita tunggu ya.

Adioss

Published with Blogger-droid v2.0.4

Popular Posts