bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Friday, April 29, 2011

tak sabar...

memang aku tak sabar. tak sabar nak balik selangor semula. macam dah lama je aku tinggalkan selangor tu. sebenarnya bukanlah rindu sangat nak balik selangor cuma aku rindu geng waktu rehat aku. lama tak lepak dengan mereka... rindu nak gaduh-gaduh manja... hahah.. korang esok aku balik selangor so nanti kita lepak sampai pengsan sambil study yer...

lepak tu lepak juga. exam aku dah nak dekat. note aku pun tak siap buat lagi.. baru satu je note untuk exam yang dah siap. ada lagi 3 sebab sem ni aku ambik 4 subject je. hope semuanya berjalan lancar time exam ni nanti.

bila dah balik selangor ni aku tak surelah pulak bila aku nak update blog aku nie. bukan setakat blog aku je.. aku dok terfikir-fikir jugalah bila aku nak update cerita/karya aku. dah lama bahagian imaginasiku dalam blog aku nie tak di update.. tak ada tambahan langsung. bila lah impian aku akan tercapai kalau aku malas macam nie adoiiiii aiii

oklah aku malas nak cerita panjang. so lepas ni kalau ada kesempatan aku akan update apa-apa yang patut...

adios,

Wednesday, April 27, 2011

syukur, ia datang membawa nikmat...

walaupun hanya sekejap tapi aku syukur sebab berpeluang merasai kedinginan sang hujan selepas hampir 2 minggu hujan tidak datang bertandang.. bayangkanlah kepanasan yang terpaksa kami tanggung.. kalau tak salah aku seluruh malaysia panas cuma di beberapa kawasan je sang hujan tidak lokek untuk mencurahkan airnya beberapa kali.

erm... apa lagi ek. owh ya final exam memang dah dekat, aku tak study apa pun lagi. note pun baru sekeping je aku buat tu pun tak habis lagi. entah bila aku akan belajar adoiiii... semalam ada tgk kat oh bulan video tentang tips untuk exam or lebih tepatlagi motivasi dari Heliza Helmimengenai exam... sesuai sangat lakan sebab aku pun dah nak exam nie. sangat berguna tips tu walaupun aku pasti tak semua benda tu aku akan buat... tak apalah sekurang-kurangnya kalau time aku dah blurr nanti terlintas juga tips-tips tersebut...

bila cerita tentang ohbulanaku teringat tentang berita atau khabar filem ombak rindu. tak sabar rasanya nak tengok cerita ombak rindu ni. novel ombak rindu ni memang menjadi kegemaran dan gilaan waktu aku zaman sekolah dulu. aku pun ada novel ni. aku tak kasi sapa-sapa pinjam sebab conferm buku tu akan rosak tak pun hilang. dahlah aku tak suka kalau novel-novel yang aku kumpul dirosakkan. filem ombak rindu ni akan dilakonkan oleh maya karin sebagai izzah dan aaron aziz sebagai hariz. suka tengok muka maya karin pakai tudung kat bawah ni sweet sangat.

so apa-apa pun just nantikan je kemunculan filem nie...

adios

Tuesday, April 26, 2011

tak sesuai...

apa yang tak sesuai??? mungkin korang tak faham apa yang aku cuba sampaikan pada korang. bila tengok pic kat bawah ni korang faham tak??


so macam mana?? faham apa yang cuba aku sampaikan?? oklah aku bagi tau juga.. korang nampak tak apa yang ada kat pic nie? picture makanan mentah dengan makanan yang sudah siap. sebelah kanan encik yang pegang troli tu ada makanan yang siap digoreng diletakkan ( ayam goreng, nuget, kuih-muih) depan lelaki berbaju putih tu adalah pelbagai jenis kek-kek pelbagai warna.

sebenarnya picture ni aku ambik kat salah sebuah pusat membeli belah yang agak terkenal di malaysia ni. bagi aku macam tak sesuai je susun atur untuk barang-barang ni. yelah bagi aku bahan mentah macam ikan, udang, sotong dan macam-macam lagi nie macam tak sesuai diletakkan bersebelahan dengan makanan yang siap di masak untuk dijual dan juga kek macam gambar kat atas nie. macam tak bersih je. aku tak kisah kalau dia nak letak dekat-dekat cam tu tapi make surelah makanan tu tertutup dan bukan terdedah macm tu. lama-lama kek tu akan serap bau-bauk ikan tu and rasa tak best lagi. aku as one of pengguna kat malaysia ni rasa macam tak selera pulak nak beli kek tu bila tengok keadaan dia yang terdedah dan sangt dekat dengan makanan basah tersebut.. korang faham ke sebab aku rasa ayat aku sangat berbelit.

tak kisahlah. apa yang penting aku nak bagi tau memang tak sesuai kedudukan susun atur makanan tersebut. sepatutnya pekedai perlu lebih peka tentang perkara ni. janganlah main longgok semua benda tanpa fikir tentang kebersihan dah keselamatan pengguna. pekerja- pekerja juga sepatutnya berpakaian dan berpenampilan lebih kemas terutamanya pekerja yang deal dengan makanan nu. taklah pengguna rasa loya nak beli makanan yang di jual bila tengok pekerja yang kusut masai dan sangat tak kemas. tak perlu pakai pakaian berjenama ke, pakai minyak rambut berbotol-botol.. cukuplah baju kelihatan kemas, bersih dan teratur, dan penampilan kelihatan bersih. barulah pelanggan yakin untuk beli dan rasa product yang kita nak jual. penampilan tu penting tau untuk meyakinkan seseorang tu so harap ada lah insan-insan yang boleh ambik pengajaran ngan apa yang aku cuba sampaikan ni....

adios..

Monday, April 25, 2011

tidak sesihat sebelumnya.....

ya hari ni aku rasa kurang sihat sikit. mungkin sebab aku kurang minum air dalam keadaan cuaca yang maha panas ni... tambah pula semalam aku dan family pergi tanjung tuan.... dalam panas-panas tu redah jer mendaki dan banyak lagi. part tu nanti2 aku cerita dengan lebih mendalam ya.... semalam tak rasa pun letoh and hari ni rasa macam letih sangat je lepas balik dari keluar dengan mama.... so sekarang ni aku memang rasa tak selesa... rasa macam nak demam... tadi mama tolong urutkan kepala... rasa selesa sikit.. terima kasih mama....

bilalah hujan akan turun??? tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan cuaca panas sekarang nie. exam dah nak dekat dah takut demam la pulak. dahlah tak study lagi... note untuk exam pun tak buat lagi... sabtu nie balik selangor dah so kurang sikit kot online nanti... yalah kalau ada kesempatan je online kat kedai-kedai makan yang ada wifi.

oklah tak larat nak taip apa-apa lagi... lain kali aku update lagi yerr...

adios..

Saturday, April 23, 2011

semua adalah darinya....

ya sama macam apa yang aku katakan... semua darinya.. rezeki, jodoh, ajal, maut dan semua tentang kehidupan kita nie adalah darinya.

aku nak cerita tentang 2 perkara kat sini. perkara pertama adalah tentang cuaca sekarang ni. sekarang nie maksudnya saat aku menaip bait-bait ayat nie. tak dapat nak di sangkal betapa panasnya aku rasa saat nie. walaupun 2 kipas aku dah on tapi panasnya tetap terasa.... dari siang tadi panas. selalunya kalau panas macam nie hujan akan menyusul. ya memang hujan menyusul pada petang tadi tapi hanya seketika. hujan yang hanya sedetik cuma dan terus dibawa angin. bukan hanya hujan yang di bawa pergi tapi sang awan juga pergi tanpa mahu memberi sedikit perlindungan untuk mengurangkan pancaran matahari ini. air pula jangan di kata sudah bergelas-gelas air yang dah habis aku teguk tapi haus dan panas tak juga nak pergi meninggalkan aku.

cerita kedua pula adalah cerita gembira. pada tarikh (alamak aku tak sure bila) ermm minggu lepaslah. (nanti aku confermkan semula bila kejadian nie ok..) sepupu mak aku (kira mak cik akulah) yang rapat dengan keluarga aku telah selamat melahirkan anak lelaki secara operation di kuala lumpur. kakak kepada si ibu ada mms pic baby tu. serious weh memang cute. tembam, putih, mata sepet dan memang cutelah. kulit putih ikut belah si ibu sebab kalau bapak baby tu dia gelap sikt. menurut kakak si ibu, proses melahirkan baby nie memang agak mencabar sebab tunggu sampai 3 jam untuk baby nie keluar dari perut si ibu sebelum doctor ambik keputusan untuk buat operation.

aku dan family blom ada kesempatan lagi nak g melawat mereka.. mungkin hujung minggu depan baru ada kesempatan untuk melawat sebab mama kena hantar aku balik ke selangor semula setelah aku cuti study week( tak study pun lagi)... tak sabar nak melawat cute lil baby tu..

oklah tu je kot aku nak story, kalau ada kesempatan lagi adalah cerita yang akan aku khabarkan pada sesiapa yang rajin and sudi baca...

adios...

Thursday, April 21, 2011

makanan tersedap di sarawak..

tadi ushar muka buku.. tengok kat profile sorang member ni, dia ada upload semua makanan tradisional or makanan yang hanya boleh di jumpai di sarawak sahaja... seriuslah weh tetiba aku rindu sangat ngan sarawak... aku rindu nak bergaul ngan orang-orang kat sana. aku rindu nak makan makanan yang special kat sana.. aku rindu kawan-kawan aku kat sana... huaaaa nak nanges je rasa.. so nie aku ada sertakan beberapa jenis makanan sarawak yang aku rindui..


nie adalah celorot. kuih ni sedap. dia lembut je. aku ingat-ingat lupa rasa kuih ni tapi aku memang suka sebab cara kita makn sangat special. kulit yang cover kuih nie akan bergulung-gulung bila kita buka dia.. rindu la ngan kuih ni. lama tak makan..


ni pulak adalah umai. umai ni adalah sejenis makanan yang paling mudah untuk di sediakan. antara bahan-bahan yang digunakan adalah ikan(bahan utama), bawang, cili dan yang penting limau... tak payah masak sebab air limau tu dah berfungsi sebagai bahan untuk memasakkan ikan tersebut.. sangat sedap terutama kalau dia ada rasa pedas sikit... selalunya makan dengan nasi. sungguh menyelerakan..

yang ni pulak laksa sarawak. laksa ni lain dari yang lain sebab kuah dia di perbuat daripada paste yang tersendiri. kat kedai di sarawak je aku ada jumpa paste untu buat laksa ni. kat semenanjung blom jumpa lagi (tak cari pun) laksa sarawak adalah salah satu makanan kegemaran aku sebab rasanya yang unik. dia kena makan dengan sambal dia.. tu yang buat dia makin special.. oo nanti nak suruh mama buatlah...(paste dia aku ada sebab dah pesan kat kawan hari tu)

ni pulak memang tak akan ada di semenanjung. nie memang special.. nama makanan nie adalah ambuyat ataupun linut. kalau tak salah aku nie adalah campuran tepung kanji. dia sangat macam gam ... tapi taklah melekit dan melekat.. selalunya orang akan makan dengan sambal. sambal sana bukan sambal macam kat semenanjung. sambal derang lain sikit. rasa ikan bilis, belacan dan ciilinya sangat lain... dulu waktu kat asrama aku ada juga makan ni cuma tak ada sambal jelah...

ni pulak mee kolok. aku suka mee kolok sebab dia guna mee kecik nie. yee mee kot nama mee kuning tu. mee ni makan dengan sup and sos. bukan sos botol ok tapi sos yang memang di khaskan untuk mee ni. kadang-kadang ada juga yang tak pandai buat sos dia so tak sedap sangat rasa mee tu nanti. mee kolok yang paling sedap aku makan adalah di bekenu, miri dan kuching. rindunya mee kolok..

banyak je lagi makanan dari sarawak yang aku rindu... antaranya adalah tebaloi, kelupis, ikan terubuk masik, chicken wing di miri, sayur midin(walaupun aku tak makan sayur)dan banyak je lagi... entah bila aku boleh ke sarawak lagi untuk rasa semua makanan nie. lain tau kita makan makanan sarawak di semenanjung dengan makan makanan sarawak di sarawak sendiri.. aura makan di tempat asal makanan tersebut buat makanan tu lebih sedap.. insyaallah kalau ada rezeki aku akan ke sana lagi. mengimbau kenangan lama...

tapi dalam banyak-banyak makanan nie satu nie je aku tak pernah rindu tak tak pernah terfikir untuk makan.. makanan tu adalah seperti gamabr di bawah..

nie adalah ulat mulung. bagilah aku berapa pun aku rasa aku tak akan makan ulat ni( ye ker???) ada yang kata ulat ni rasa macam udang.. macam isi ketamlah. macm-macam. ulat nie boleh dimasak dengan pelbagai cara.. ada tu lebi suka digoreng jer tapi kalu aku goreng ke, bakar je aku macam tak sanggup je makan.... kagum dengan golongan yang makan nie.. kadang-kadang teringin gak nak rasa tapi blom ada keberanian lagi.. hahaahha

adios....

ohh, aku hanya manusia biasa

ntah kenapa rasa semacam je sekarang nie.. nak kata gembira tak pun, sedih tak juga... sayu??? mungkin ada sikit rasa sayu.. ntahlah tak tahu nape ada rasa sayu tiba-tiba.. sayu+pasrah,, sebenarnya macam-macam je lagi rasa nie. rasa yang tak tergambar oleh kata-kata.

aku tahu aku tak bleh kata " kenapalah aku tak macam orang tu happy je." sebab aku tak tahu pun kisah hidup orang tu yang sebenar. apa yang aku lihat tu hanyalah sebabak dari kehidupan dia. aku tak tahu pun kisah sebenar. so aku tak boleh buat andaian sendiri yang orang tu happy dengan kehidupan dia. lagipun riak wajah dan kelakuan kita tak menggambarkan apa yang ada dalam hati kita. mungkin dia sedang sorokkan kesedihan dia.. mungkin dia sedang sakit tenat.. mungkin dia sedang kecewa dan segala kemungkinan tu ada pada kehidupan seseorang tu dan kita sebagai manusia yang melihat TAK BOLEH SESUKA HATI membuat andaian sendiri.

cuma apa yang berlegar di fikiran aku tika melihat sebabak kegembiraan orang lain aku akan dengan sendirinya berkata " bilalah saat macam nie akan aku lalui. mesti indah rasanya.." dan tanpa aku pinta dan tanpa boleh aku kawal kewujudannya sedikit rasa cemburu terbit dalam hati aku dan sedaya upaya aku cuba buang rasa itu. aku percaya hari aku akan tiba cuma hati ini kadang-kadang sedikit gelojoh. tak pandai nak sabar-sabar.. ohh aku hanya manusia biasa..


aku berpegang pada kata-kata ini : PERCAYALAH AKAN TIBA HARINYA SEMUA IMPIAN AKAN JADI KENYATAAN. cuma kita yang harus membawa impian itu untuk jadi reality..

adios...

Tuesday, April 19, 2011

tahukan anda?????

Ada Orang Sayang Awak...



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..


3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..


5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..


6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..


7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..


8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..


9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..


10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..


11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..


12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..


14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..


15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..

cerita cinta ep.13

HARI itu Eisya amat gembira kerana kedua ibu bapanya akan pulang ke tanah air. Dia gembira kerana Jo tidak akan berpeluang untuk memerintahnya lagi walaupun selama ini segala arahan daripada Jo akan di ingkaran tidakpun mereka akan bertekak terlebih dahulu.

“mom, I miss you so much.” Eisya memeluk mummynya erat. Dato Yusuf menyerahkan teddy bear kepada anak tunggalnya itu. Jo mengangkat beg Dato Yusuf lalu di masukkan ke dalam kereta. Eisya yang masih di sisi ibunya rancak cercerita segala apa yang berlaku termasukkan kemalangan yang menimpa dirinya walaupun cerita itu sudah di ceritakan ketika mereka berhubung melalui panggilan talifon.

“Eisya nakal tak Jo?” soal Dato Yusuf. Datin Rina tersenyum mendengar soalan suaminya itu. Jo yang sedang memandu melirik kea rah Eisya yang duduk di belakangnya. Eisya yang mengetahui dirinya di perhatikan pantas menjelirkan lidah kearah Jo. Jo hanya tersenyum.

“ nakal tu taklah sangat daddy. Eisya mendengar kata, tak melawan dan sopan santun.” Sindir Jo. Eisya mencebir mendengar kata-kata Jo. Dato Yusuf dan Datin Rina ketawa mendengar kata-kata Jo itu.

“ mom kalau orang tu dah baik dengan kita terpaksalah kita baik dengan dia. Kalau orang lembut dengan kita so kita lembut lah dengan orang tu. Kan daddy kan.” Kata Eisya mempertahankan dirinya.

“ tak juga Eisya. Setahu daddy, anak daddy seorang ni suka memberontak.” Jo ketawa mendengar kata Dato Yusuf itu. Eisya yang geram apabila daddynya menyebelahi Jo terus merajuk.

************************************************************************

“ Eisya panggil abang Jo. Kita makan sekali.” Arah Datin Rina.

“ ala mom kalau dia lapar pandai lah dia turun nanti” balas Eisya. Datin Rina menggelengkan kepala menlihat telatah anak nya itu.

“Eisya pergilah. Kita makan sekali baru meriah.” Pujuk Datin Rina lagi.

“eee si Jo nie pun satu mengada-ngada betul. Yang duduk teperuk je dalam bilik tu buat apa.”rungut Eisya. Geram keselesaannya terganggu gara-gara Jo.

“ Eisya kan mummy suru tu. Dah pergi panggil sekarang.” Arah Dato Yusuf pula. Mendengar sahaja arahan daddynya Eisya bangun dan berlalu sambil menghentakkan nkakinya tanda protes. Di depan pintu bilik Jo, Eisya mengetuk pintu itu sekuat hatinya tanpa henti. Jo yang mendengar ketukan itu pantas membuka pintu.

“ kenapa? Mcam nak roboh pintu ini. Tak dapat ketuk kuat-kuat lagi ker?” sindir Jo.

“ tu dah kira kuat lah. Sapa suruh pekak sangat. Tangan orang baru nak elok jadi sakit balik.” Balas Eisya.

“ tu lah lain kali bagi salam. Bukan main ketuk sampai nk pecah pintu tu..”

“ e banyak cakap lak orang tua ni. Turunlah daddy panggil. Nak makan pun kena jemput-jemput segala. Sengkeh kang baru tau” bebel Eisya.

“ cakap apa tadi? Ulang balik.” Pinta Jo. Walaupun sebenarnya dia dengar apa yang di ucapkan oleh Eisya tadi tetapi dia sengaja menyuruh Eisya mengulanginya.

“malaslah nak ulang. Tak ada siaran ulangan. Dahlah kalu nak makan trun sekarang. Kalau tak nak makan duduk lah lam bilik tu jadi pekasam.” Eisya sempat membalas sebelum menghilang.

bersambung...

cerita cinta ep.12

Batuk yang keluar dari mulut Jo memeranjatkan Eisya. Dia tidak sedar akan kehadiran Jo yang sudah duduk di sisinya sambil membetulkan dulang hidangan yang di bawa bersama tadi. Jo mempelawa Eisya untuk turut serta menjamu selera. Eisya hanya membisu tidak menghiraukan pelawaan Jo itu. Sekali lagi Jo mempelawa dan gelengan kepala menjadi jawapan. Jo menghulurkan sudu ke arah Eisya.

“ Awak ni tak faham bahasa ke hah! Eisya kata tak nak maksudnya tak nak lah. Yang nak paksa-paksa ni kenapa” bentak Eisya geram apabila terasa seperti dipaksa-paksa untuk melakukan sesuatu yang dia tidak mahu. Eisya pantas bangun dan terus berlalu tetapi Jo terlebih dahulu menghalang langkahnya. Tangan Eisya di tariknya tanpa menyedari ia menyakitkan.

“Aduh sakit” Eisya menjerit kesakitan. Pantas Jo melepaskan pegangan itu. Air mata Eisya hanya menunggu masa untuk gugur ke bumi . kesakitan itu amat memeritkan. Eisya sekali lagi ingin berlalu tetapi buat sekian kalinya Jo menyuruhnya duduk sambil memohon maaf. Air mata Eisya jatuh juga ke bumi. Dia sedih di perlakukan sedemikian rupa di saat dia kesakitan.

“ tak baik nangis depan rezeki.” Kata Jo selamba. Eisya yang mendengar kata-kata itu mencebik penuh geram pantas mengelap air matanya. Nasi goring kampong masukkan ke dalam sudu lalu di suakan ke mulut Eisya. Eisya terkejut dengan tindakan Jo itu walau bagaimanapun dia masih membuka mulut. Suapan demi suapan sehingga habis hidangan yang ada. Walaupun terasa kenyang tetapi desakan Jo memaksa dia menghabiskan sepinggan nasi. Itu pun di bantu oleh Jo. Setelah memakan ubat Eisya bangun dan terus ingin melangkah.

“ eisya nak call mummy.” Katanya setelah di soal oleh Jo. “ busy body betul” rungut Eisya dalam langkah menuju ke dalam rumah. Setelah agak lama berbual di talifon bersama mummynya Eisya terus melangkah menuju ke ruang rehat. Nasibnya baik kerana pintu bilik untuk bersantai itu terbuka luar jadi tidaklah sukar untuk Eisya membuka pintu dengan keadaan tangannya yang berbalut itu. Music yang kedengaran menenangkan Eisya. Dia duduk santai menghayati ketenangan yang dirasanya. Kakinya bergoyang mengikut irama. Panas yang di sangka ke petang rupanya hujan di tengah jalan. Jo muncul secara tiba-tiba mengganggu ketenteraman Eisya. Dia mengeluh berat. “esh tak boleh tengok orang senang”rungun Eisya lalu bingkas bangun.

“duduk dulu Eisya. Abang Jo nak berbual sikit dengan Eisya.” Kata-kata Jo tidak di hiraukan Eisya. Dia terus cuba melangkah tetapi dek kerana kelambatan dia berjalan Jo terlebih dahulu menutup pintu bilik itu dan membuatkan Eisya duduk kembali. Dia tahu dia tidak akan dapat membuka pintu itu. Eisya memasamkan mukanya kerana geram Jo menggunakan kelemahannya saat itu untuk menguasai keadaan. Senyuman Jo amat menyakitkan hati Eisya. Eisya pantas bangun beralaih tempat duduk apabila Jo mengambil tempat di sebelahnya.

“kenapa Eisya ni keras kepala? Degil?” soal Jo. Soalan Jo itu sedikit memeranjatkan buat Eisya kerana dia tidak menduga soalan seperti itu yang keluar dari mulut Jo. Eisya hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak menjawap mahu pun menoleh. “tengok tu, hey kan Abang Jo sedang becakap dengan Eisya ni. Tak dengar ker?” sambung Jo cuba menarik perhatian Eisya. Eisya menjeling sebelum bersuara.

“ kalau setakat soalan bodoh tu yang awak nak Tanya baik tak payah. Tolong buka pintu tu . Eisya nak keluar. Tiba-tiba rasa panas dan bosan dalam bilik nie.” Jo tersenyum mendengar kata-kata Eisya itu. Dia tahu tidak mungkin Eisya akan dapat membuka pintu itu dalam keadaan tangan yang berbalut. Ia akan lebih menyakitkan diri Eisya sendiri jika ingin membuka pintu itu sebab itulah dia mengambil langkah untuk menutup pintu itu tadi. Pintu yang tertutup akan mematikan langkah Eisya untuk ke mana-mana. Eisya semakin geram apabila melihat senyuman Jo yang semakin melebar.

“ ok jom. Kita keluar. Eisya bosan kan. Eisya nak pergi mana? Bagi tau je nanti abang Jo bawakkan. Nak pergi taman bunga?” soal Jo lembut. Jo berpura-pura tidak memahami maksud kata-kata Eisya tadi. Dalam keadaan yang agak tergamam dan terkebil-kebil melihat respon Jo itu, Eisya tanpa sedar menurut sahaja kata-kata Jo yang sudah memimpinnya kea rah kereta.

bersambung...

cerita cinta ep.11

Mata di buka perlahan-lahan. Keletihan terasa. Seperti sudah terlalu lama dia terlena tidak sedarkan diri. Eisya memandang sekeliling. Hanya dia seorang sahaja berada di dalam bilik yang serba putih dan tidak di ketahuinya itu. semua itu tidak penting kerana dia tahu dia sudah berjaya melarikan diri daripada Jo walaupun dia sendiri masih tidak tahu di mana dia berada. Eisya terasa sakit di bahagian tangannya pantas mata memandang tangan yang berbalut. Sedaya upaya Eisya mengingati kenapa tanganya berbalut kemas. Eisya terdengar bunyi pintu di buka. Muncul Fiela. Fiela tiba-tiba meluru ke arahnya dengan gembira. Dia dapat melihat air mata Fiela menitis dan serentak itu teman-teman yang lain turut masuk. Eisya semakin keliru melihat reaksi teman-temannya. Fiela membantu Eisya bangun, serentak dengan itu teman-temannya yang lain turut muncul di sebalik pintu. Mereka gembira melihat keadaan Eisya yang sudah duduk di atas katil setelah hampir 2 hari dia tidak sedarkan diri. Menyedari keadaan Eisya yang seperti masih keliru dengan apa yang terjadi Iela menceritakan apa yang terjadi sehingga mengakibatkan tangan kanan dan tapak tangan kirinya perbalut. Eisya mengeluh sambil memerhatikan balutan kemas itu. Dalam keadaan begitu agak sukar untuknya melakukan pergerakan ataupun sesuatu kerja. Walau bagaimanapun dia bersyukur kerana terselamat dantidak cedera parah. Pada masa yang sama pintu bilik itu terbuka, kelihatan seorang lelaki berpakaian seragam putih masuk lalu menghampiri Eisya. Keadaan diri Eisya di periksa. Menurut doctor tersebut Eisya boleh pulang ke rumah pada petang itu juga. Eisya gembira mendengar kerana dia terlalu rindukan rumah. Cuti mereka yang hanya tinggal seminggu akan di gunakan sebaiknya untuk berehat di rumah. Kesegaran terasa setelah Eisya selesai mandi walaupunpergerakan nya terbatas.

“korang makan kat umah aku dululah sebelum balik tau. Iela ko bawak kereta apa? Soal Eisya. Mukanya berkerut menahan kesakitan yang dirasanya akibat pergerakan yang di lakukannya tadi.

“ mana ada aku bawa kereta. Abang Jo yang akan ambik kita. Ha tu pun dia.” Eisya memandang arah yang di tunjukkan. Dia tergamam seketika. Ingin melarikan diri pergerakan terbatas dek baluatan. Akal fikirannya masih belum boleh berfikir dengan betul untuk mencari jalan agar tidak berjumpa dengan abang Jo. Kereta sport berwarna kuning itu berhenti betul-betul di hadapan mereka. Segala barang milik Eisya di masukkan ke dalam kereta.

“ eisya nak duduk kat belakang” kata Eisya apabila melihat Jo membuka pintu kereta di bahagian hadapan.

“kau duduk depan ajalah Eisya. Kalau kau duduk kat belkang nanti kita orang terlanggar luka kau kan ke dah susah. Kau juga yang sakit. Kau duduk kat depan ye.” Pujuk Fiela. Eisya yang mendengar kata-kata temannya itu terpaksa akur. Dia hanya mendiamkan diri sahaja apabila berada di dalam kereta.

“ eh korang tak dinner kat rumah aku dulu ke?” soal Eisya apabila menyedari Jo memasuki kawasan perumahan Farhan.

“ sorry dear aku tak boleh la. Malam nie aku ada dinner with my family. So sorry. Kau take care ok. Jangan lupa makan ubat tau. Jangan nakal-nakal” pesan Farhan lalu turun dari kereta setelah sampai di depan rumahnya. Eisya hanya mengganggukkan kepala apabila mendengar pesanan temannya itu. Setelah menghantar Farhan, Jo menghantar teman-temannya yang lain. Eisya mengiringi pemergian mereka dengan senyum paksa dalam kebisuan yang di sengajakan.

Kini hanya Eisya dan Jo sahaja yang berada di dalam kereta. Suasana sunyi menguasai seluruh pelusuk kereta itu. Seminit, dua minit dan akhirnya Jo memulakan bicara.

“ Eisya nak singgah makan dulu ke?” tiada jawapan yang diterima.

“ Eisya”panggil Jo dan Eisya hanya menggelengkan kepalanya tanda jawapan pada soalan yang di ajukan. Tiada lagi bicara selepas itu. Kereta meluncur laju dan akhirnya berhenti di sebuah deretan kedai. Eisya tidak menghiraukan ke mana menghilangnya Jo ketika itu. Apabila Jo masuk haruman bau makanan mengambil alih haruman yang sedia ada di dalam kereta milik Jo itu.

Ketukan di cermin tingkap kereta mengejutkan Eisya. Sedar tidak sedar mereka sudah sampai ke kediaman Eisya. Jo membantu Eisya membuka pintu kereta memandangkan kecederaan yang dia alami oleh Eisya. Ego menghalang Eisya dari meminta bantuan untuk membuka tali pinggang keledar yang di pakainya tadi. Jika ada Fiela ataupu sesiapa saja temannya sudah pasti mereka yang akan menolong. Jo yang melihat kesukaran Eisya hanya tersenyum dan membiarkan sahaja sehingga di minta untuk di bantu. Setelah bersusah payah dan kesakitan yang dirasa akhirnya Eisya Berjaya keluar dari kereta itu. Perlahan-lahan dia berjalan dan duduk di kerusi yang sedia ada di halaman rumah. Kesunyian jelas terasa apabila teman-teman tiada di sisi. Eisya mengeluh sendiri, dia menarik nafas lalu di hebusnya keluar persis mengeluarkan segala kesakitan, kesunyian dan segala resah yang di rasa. Eisya terus terkenangkan malam kemalangan di mana Jo lah punca dia di langgar. Segala apa yang terjadi terbayang seakan-akan ada televisyen yang memainkan semula segala kejadian itu. Eisya hanyut dalam pengalaman itu tanpa sedar masa terus berlalu dan dia masih di halaman rumah.

cerita cinta ep.10

NEW YEAR!!!!! Parti new year akan diadakan di rumah itu. eisya mengajak teman-temannya ke dataran untuk menyaksikan upacara sambutan malam tahun baru. Mereka ditemani oleh Jo dan teman-temannya demi keselamatan. Walaupun tidak suka dengan keputusan itu, eisya tidak mampu untuk membantah kerana teringatakan janjinya pada Farhan,Liya, Iela, Fiela. Tiba didataran, eisya terserempak dengan hisham. Eisya yang sedang keseorangan menenti teman-teman yang lain membeli makanan ringan tidak mempedulikan Hisham yang menegurnya. Hisham meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya. Eisyamasih membisu tidak menghiraukan kata-kata Hisham itu. tiba-tiba Jo datang menghampiri mereka dan terus member amaran terakhir kepada Hisham supaya tidak mengganggu eisya lagi. Hisham yang jelas ketakutan menundukkan wajahnya.

“maaf taiko,’hanya itu yang diucpkan oleh Hisham kepada Jo penuh hormat dan terus berlalu dari situ.

“abang Jo tak nak tengok Eisya berhubung dengan budak tu lagi. Faham??” soal Jo tegas walaupun tidak menengking. Eisya tahu itu adalah amaran yang tidak boleh dibantah mahupun dilanggar. Walaupun hairan mendengar gelaran yang diberikan oleh Hisham kepada Jo tadi tetapi eisya tahu keselamatannya terjamin apabila berada bersama Jo. Taiko… mungkin Jo adalah ketua samseng di kawasan itu… eisya sendiri tidak tahu dan dia malas mahu ambil tahu…

Parti yang diadakan di rumah itu amat meriah. Tetamu yang datang adalah kenalan Jo yang sememangnya tidak eisya kenali. Eisya mengambil peluang untuk menyiasat siapa Jo yang sebenar dan setelah sedikit helah yang dikenakan kepada para tetamu tahulah eisya kini siapa Jo yang sebenarnya. Betullah sangkaan merekaq selama ini Jo adalah ketua ahli kongsi gelap yang agak terkenal di kawasan ini. Berguni-guni kutukan yang keluar dari mulut Eisya. Asap rokok berkepu-kepu menyesakkan nafas mereka berlima. Liya mengajak mereka keluar kerana tidak tahan dengan suasana itu. turut bosan dengan keadaan di dalam rumah Eisya dan yang lain setuju dengan cadangan Liya. Mereka keluar menggunakkan kereta milik Jo tanpa pengetahuan Jo. Tanpa memikirkan akibat dari tindakan mereka, sekali lagi mereka ke dataran yang sedang berlangsung konser ambang merdeka. Walaupun telah lewat pagi anak-anak muda masih berpusu-pusu membanjiri dataran itu untuk melihat persembahan artis yang mereka minati., sedang mereka asyik menyaksikan persembahan itu tanpa apa-apa petanda hujan turun dengan lebatnya. Para penonton berlari menyelamatkan diri masing-masing mencari tempat teduh. Adajuga diantara penonton yang datang tidak menghiraukan hujan yang agak lebat itu malah semakin asyik gembira bermain dengan air hujan. Dalam keadaan yang separa sesak itu, eisya terlihat kelibat Jo dan beberapa orang kunco-kunconya menuju kea rah mereka. Tanpa membuang masa Eisya menarik tangan Fiela. Iela yang menyedari hal tersebut turut menarik rakan yang lain untuk melarikan diri kearah kereta. Keadaan yang sedikit sesak itu menyukarkan langkah mereka. Eisya menyerahkan kunci kereta kea rah Liya. Hujan yang awalnya lebat bertukar renyai. Nasib tidak menyebelahi mereka. Beberapa orang kunco-kncon Jo sudah sedia menanti di kereta mereka, merka tidak dapat melarikan diri lagi kerana telah berjaya ditangkap oleh Jo. Untuk sekian kalinya pipi Eisya menjadi mangsa tangan kasar Jo. Pipinya terasa perit. Dia terkedu dan beberapa minit kemudia barulah akal warasnya dapat berfikir. Kebencian jelas terpancar di mata. Dia cuba meronta apabila tangan sasa Jo mengcengkam lengannya. Sedaya upaya cuba melarikan diri. Tanpa berfikir panjang sekuat hati Jo ditolak cengkaman menjadi longgar dan kesempatan di ambil lalu terus melarikan diri. Dia tidak berfikir panjang dan apa yang berada di kotak fikirannya adalah untuk pergi jauh dari lelaki itu. kini dia seperti sudah jauh daripada cengkaman Jo. Segala-galanya sudah lenyap dari mata. Tiada lagi Jo, tiada lagi teman-teman yang menemaninya tadi.


bersambung....

cerita cinta ep.9

Eisya merasakan kepalanya berat sekali. Dia cuba bangun dari pembaringan. Dia cubamengingati apa yang telah terjadi tetapi hampa lalu dia terus ke bilik mandi untuk menyegarkan badannya. Selesai mandi Eisya pergi ke bilik teman-temannya yang lain tetapi tiada seorang pun di sana. Dia terus ke ruang rehat dan kelihatan teman-temannya sedang enak duduk bersantai sambil mendengar lagu.

“ hello geng. Korang tak buat apa-apa ke? Badan aku letihlah. Letih semacam. Kepala aku pula rasa berat je.actually what happend last night? Aku tak ingat apa-apa lah?” soal Eisya ingin tahu. Dia hairan melihat riaksi dan memek mka temanya itu. seperti ada sesuatu yang terjadi. Sesuatu yang dia tidak tahu.

“hey korang nie kanepa? Aku Tanya apa dah jadi last night??” soal Eisya lagi setelah semua mereka membisu.

“my lovelly friend, for your information last night kau hampir je kena culik and hampir je kena rogol kau tau tak??!!!” jawab Iela dengan nada yang agak keras. Eisya yang mendengar jawapan Iela itu terkejut.

“apa yang kau merepek nie Iela. Bagi taulah betul-betul. Jangan main-main.”

“ ye betul cik Eisya Dato Yusuf. Malam tadi kau hampir kena culik and kena rogol kau tau tak.” Farhan mengulangi kata-kata Iela tadi.

“ and kau tau tak kerja siap? Semua tu kerja Hisham. Kawan yang kau baru kenal 3 minggu tu. Yang ajak kita keluar makan malam tadi. Dah makan kita pergi main video game. And entah bila dia bagi kau pil hayal entah. Kau tak ingat.???” Soal Liya geram. Eisya terkejut mendengar kata-kata temannya itu. dia masih tidak percaya. Dia cuba mengingati apa yang terjadi malam tadi dan sedikit sebanyak dia mla mengingati apa yang terjadi. Perkara yang terakhir diingatina dia dipapah oleh Hisham masuk ke dalam kereta dan ternampak Man dan beberapa orang lelaki menghalang kereta mereka.

“Ya Allah baru aku ingat. Setan punya jantan. Kalau aku jumpa dia mati aku kerjakan.”marah Eisya.

“ ha eloklah tu. Sedangkan semalam pun kau tak tau bila dia bagi kau pil hayal ntah-ntah lepas ni kalau kau jumpa dia lagi kau pun jadi mangsa dia kan.” Sinis sahaja kata-kata Fiela itu. eisya tahu memang dia bersalah tetapi nasi sudah jadi bubur.

‘ nasib baik Man ada tau tak. Ha lagi satu. Semalam kau kata kau dah bagi tau abang Jo yang kita nak keluar and now abang Jo kata dia langsung tak nampak kau lepas kau bangun dari kerusi tu. Kau tipu kita orang tau tak.”Liya memarahi Eisya.

“lebih buruk lagi bila sampai je kat rumah terus kita orang kena marah tau tak. Kita orang tau yang kena…” sambung Fiela. Eisya betul-betul kesal dengan kesalahnya. Dia dihimpit rasa bersalah kerana dirinya, teman-teman yang lain dimarahi Jo. Walaupun tidak bersama dengan teman-temannya malam tadi tetapi dia dapat membayangkan keadaan mereka dimarahi Jo. Eisya benar-benar kesal. Eisya memikirkan jalan yang terbaik untuk meminta maaf pada teman-temannya. Dia rela melakukan apa sahaja asalkan mereka memaafkannya.

“ok jangan buat abang Jo marah” kata Liya.

“jangan cari pasal denga abang Jo.” Kata Farhan pula.

“ikut cakap abang Jo” tambah Iela. Eisya tercengang mendengar permintaan mereka.

“ tapi kalau dah sakit hati sangat takkan nak diam je. Ha kalau dia saja nak naikkan darah aku. Nak buat aku marah macam mana?” soal Eisya.

“ please dear. Belajar bersabar.” Pujuk Fiela. Dia Tahu Eisya seorang yang agak

panas baran. Eisya akhirnya terpaksa akur kehendak teman-temannya.

bersambung...

cerita cinta ep.8

“Liya kau tak ada apa-apa program ke malam nie? Aku rasa boring sangat lah.”

Rungur Farhan.

“ yelah, aku pun rasa boring nie. Eh Iela mana ek??” soal Fiela.

“ entahlah aku pun tak tau mana minah tue pergi.”

“ weit pe hal korang punya muka masam semacam je aku tengok.” Kata Eisya yang muncul secara tiba-tiba itu.

“esh kau nie terkejut aku tau tak.cuba bagi salam dulu.” Marah Farhan. Eisya ketawa menyedari kesilapannya itu.

“ sorry geng. Assalamualaikum, ha jom kita keluar. Tadi Sham call aku ajak kita keluar. Ada party la. Mesti syok punye.”

“ hah parti?? Wow best la macam nie.” soal Iela yang turut sama mncul tiba-tiba seperti Eisya tadi. Mereka yang berada di dalam bilik itu sekali lagi terkejut. Iela hanya tersenyum.

“ ha korang pergi bersiap dulu. Aku nak cari kunci kereta jap. Tadi aku cari tak ada. Cepat sikit tau.” Pesan Eisya lalu terus turun ke ruang tamu. Eisya masih mencari kunci kereta di merata tempah sehingga di ruang rehat di terserempak dengan Man, kawan Jo yang sedang bersenang lenang di kerusi malas.

“ erm abang Man. Nak Tanya sikit. Abang Man nampak tak kunci kereta abang Jo?” soal eisya. Man agak terkejut mendengar suara Eisya yang tiba-tiba itu. eisya tersenyum riang apabila Man menunjukkan kunci kereta yang dicari-carinya tadi.

“ Eisya nak buat apa dengan kunci tu?” sergahan itu amat memeranjatkan Eisya. Dari tadi hanya dia yang memeranjatkan orang kini dia yang terperanjat pula.

“Eisya nak pergi pasar eh parti. Em kawan ajak pergi parti. Tapi Eisya pergi dengan Fiela semua. Bukan pergi sorang pun.” Kata Eisya tergagap-gagap dan masih terkejut.

“malam ni abang Jo nak ajak pergi club abang Jo. Eisya and yang lain kena ikut abang Jo.” Eisya ingin membantah tetapi Jo pantas menghalang. “ini satu arahan and u all harus patuhi. No excuse.” Jo terus berlalu dari situ. Eisya tidak dapat membantah apabila talifon bimbitnya berbunyi. Dia terpaksa memberi alasan kepada Sham kerana tidak dapat mengikut ke parti tersebut. Eisya hampa kerana tidak dapat pergi. Hatinya sakit mengenangkan perangai Jo yang sengaja menyiksa jiwanya.

Suasana di dalam JOZ CLUB agak bising. Eisya, Liya, Fiela, Farhan dan Iela mengikut langkah Jo. Walaupun masih sakit hati, Eisya bagai lembu di cucuk hidung. Mengikut kemana hala tuju Jo tanpa bantahan. Alunan muzik yang amat kuat membingitkan telinga mereka. Mereka duduk di kawasan yang agak jauh dari pengunjung yang sedang leka menari bersama pasangan masing-masing diiringi muzik. Minman disediakan. Mereka membiarkan gelas tersebut di aras meja. Hanya memandang sahaja.

“don’t worry. Club abang Jo bersih. Tak ada minuman keras, pil, dadah and every thing yang bad. Itu air zapple” kata Jo yang seperti dapat membaca apa yang berlegar di kotak fikiran mereka. Asap rokok yang dihembus keluar dari mulut Jo itu tidak disenangi Eisya kerana menyesakkan pernafasannya. Eisya meminta Jo berhenti dan Jo akur. Tetapi itu tidak lama kerana tidak sampai 15 minit Jo mula merokok semula dan itu amat mengjengkelkan Eisya. Fiela dan Farhan sudah lama menghilang di dalam kesesakan pengunjung-pengunjung yang sedang rancak menari itu. begitulah kebiasaan mereka pantang mendengar muzik pantas sahaja menari. Iela dan Liya berbual kosong. Eisya tidak berminat untuk turut serta. Dia mengeluh dan serentak itu matanya tertangkap kelibat seseorang yang amat dikenalinya.Hisham. dia lantas bangun dan menuju kearah Hisham yang duduk seorang diri memerhatikan gelagat remaja-remaja yang ada di situ.

“ hey Hisham. What are u doing here? Kata nak pergi parti but I don’t see any party here” tegur Eisya lalu duduk di sebelah Hisham. Hisham yang terkejut disapa Eisya tadi tersenyum.

“ hey I ingat gadis manis mana yang tegur I tadi. Well actually I saja aja datang sini coz I tak ada partne nak pergi that parti.”kata Hisham sambil badannya masih tidak berhenti bergoyang menikut renta muzik di situ.

“ sorrylah bukan I tak nak pergi tapi I ikut some one pergi sini. Dia uruskan something. I memang nak pergi but u know what can I do righ?”

“ its ok dear. Well jom kita keluar I belanja u makan.” Pelawa Hisham.

“ erm eh betul ke ni. Kawan-kawan I juga.” Kata Eisya meniru gaya sebuah iklan. Mereka ketawa. Eisya meminta diri sebentar untuk memanggil temannya.

“ erm kau dah bagi tau dengan abang Jo ke?” soal Farhan. Eisya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya dan terus menarik mereka keluar dari kelab itu walaupun pada hakikatnya Eisya tidak memberi tahu Jo kemana mereka pergi.

Mereka menaiki kereta yang dipandu Hisham menuju ke sebuah restaurant terkenal dan setelah menjamu selera mereka terus ke pusat permainan video game yang agak terkenal di kawasan itu. mereka leka bermain permainan yang ada di situ. Hisham menarik tangan Eisya untuk ke permainan yang agak jauh dari teman-temannya. Eisya hanya mengikut kerana sudah seronok bermain. Mereka bermain bola keranjang dan pada ketika itu Hisham mengganggu Eisya supaya Eisya tidak dapat membuat lontaran. Mereka ketawa gembira. Hisham memaut pinggang Eisya lalu mereka keluar dari pusat permainan video itu. eisya yang pada ketika itu merasakan kepalanya berpusing hanya mengikut langkah Hisham rangkulan Hisham semakin erat. Eisyacuba melepaskan pelukan itu tetapi tidak berjaya. Dia jalan dalam keadaan terhuyung-hayang dan Hisham terus memapahnya. Dia meminta Hiaham menghantarnya pulang tetapi Hisham hanya ketawa. Eisya dapat merasakan niat buruk Hisham tetapi dia tidak berdaya untuk melawan kerana kepalanya terasa pening. Hisham membuka pintu kereta dan menyuruh Eisya masuk. Tidak lama selepas itu mereka didatangi beberapa orang lelaki dan dalam kesamaran dan kekaburan matanya, Eisya dapat melihat wajah Man diantara lelaki tersebut. Eisya seperti dalam dunianya sendiri. Hisham yang berang setelah keretanya dihalang keluar dari kereta.

“ helo bro apa nie tak ada tempat lain ke nak berdiri? Tolong lah blah. Gua nak lalu ok.” Kata Hisham.

“ lu suruh awek sebelah tu keluar sekarang.” Arah Man.

“ helo brother. Tu awek gua. Gua yang bawak dia. Lu sapa. Kalau lu nak tu kat dalam tu ada lagi kawan-kawan awek gua nie. Awek gua lu jangan kacau.” Marah Hisham.

“ gua tak nak gaduh tapi bos gua suruh Eisya balik sekarang gak. Gua hanya ikut arahan bos gua je.” Kata Man lagi. Tepat pada masanya Fiela dan rakan-rakan yang lain muncul. Hisham kelihatan gabra melihat mereka semua.

“eh abang Man. Buat apa kat sini?” soal Fiela.

“ kau ngan Eisya pergi mana hah. Penat kita orang cari kat dalam tau.” Marah Iela. Semua mata tertumpu pada Hisham.

“apa-apa pun now bos suruh kita orang jemput u all balik. U all keluar pun tak bagi tau kat dia. So before perkara buruk jadi baik korang balik. Bawak Eisya sekali” arah Man. Fiela, Liya, Farhan dan Iela terkejut mendengar kata-kata Man itu. setahu mereka Eisya sudah meminta izin daripada Jo. Eisya sudah tidak sedarkan diri di dalam kereta. Tanpa membuang masa Hisham cuba lari masuk ke dalam kereta dan cuba membawa lari Eisya tetapi ketangkasan teman-teman Man berjaya menghalang Hisham. Hisham dibelasah teruk oleh Man dan teman-temannya. Fiela pantas mendapatkan Eisya yang sudah tidak sedarkan diri. Barulah mereka tahu niat buruk Hisham ke atas Eisya. Mereka tidak tahu bila Hisham melatakkan pil hayal ke dalam minuman Eisya sedangkan mereka sentiasa bersama. Akhirnya mereka mengikut Man pulang.

bersambung....

cerita cinta ep.7

Entah apa mimpi Eisya hari itu, dia tanpa disuruh menyediakan hidangan untuk tetamu Jo yang tiba tadi. Dengan senyum manis Eisya mempelawa tetamu itu minum. Jo yang hairan hanya mampu tersenyum. Setelah dipelawa sekali lagi mereka terus mengambil cawan lalu menghirup kopi tersebut. Serentak itu wajah mereka berubah. Jo yang menyedari perubahan wajah tetamunya pantas mengambil cawan dihadapannya lalu kopi tersebut diminumnya. Berkerut muka Johan menahan rasa kopi tersebut.

“ erk… kenapa pahit sangat kopi ni? Ni kopi ke apa??? Eisya ni reti buat air ke tak? Tak letak gula ke apa?” soal Jo sambil menahan berang. Dia tahu Eisya sengaja ingin mengenakannya di hadapan tetamunya itu. eisya hanya menahan tawanya.

“eh apa pula tak letak. Eisya letak gula tadi, erm tapi sikit je, yelah kalau letak gula banyak-banyak nanti mudah kena kencing manis. Kalau letak sikit sure tak kena.” Jawab Eisya tanpa ragu-ragu. Pandangan tajam Jo tidak dihiraukan oleh Eisya. Dia meminta diri setelah talifon bimbitnya berbunyi. Jo mengeluh. Dia memohon maaf kepada tetamunya atas perangai Eisya tadi.

Eisya yang tengah leka berbual ditalifon tidak menghiraukan kehadiran Jo yang mengiringi kepulangan tetamunya. Setelah itu Jo terus duduk di hadapan Eisya. Eisya memandang Jo yang duduk dihadapannya itu.

“owh ya Eisya nak keluar malam ni” kata Eisya.

“ so??? Nak suruh abang Jo hantarkan.?” Jo menyindir. Eisya menjeling, meluat mendengar kata-kata Jo itu.

“ excuse me tolong sikit.. sampai bila pun Eisya takkan mintak tolong dekat awak tau. Lagipun I have my own lesen. Eisya bagi tau nie pun supaya awak tak tercari-cari so taklah awak mengamuk tak tentu pasal. And one more thing. Eisya nak guna kereta so

faham-fahamlah ok.” Untuk meminta kebenaran secara terang-terang Eisya tidak mahu kerana tidak mahu dianggap kalah oleh Jo.

“Sorry dear abang Jo nak guna kereta malam nie. Ada hal penting sikit”

“ ala motor ka nada takkan nak uruskan urusan sesame gangster pun wajib guna kereta. Lagipun awak kan ada lesen moto. Eisya tak kira Eisya nak guna kereta juga malam nie.

cerita cinta ep.6

APABILA sedar Eisya melihat kelilingnya berbeza.Dia bukan berada didalam kereta bukan juga di rumahnya.Eisya cuba bangun walaupun kepalanya terasa berat.Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka dari luar.Muncul Fiela.Fiela duduk disebelah Eisya.

“Fiela kat mana kita sekarang?What happen?!!”soal Eisya ingin tahu.

“Relex ok..kau pergi mandi dulu biar segar after that aku story kat kau.”bagai lembu dicucuk dihidung Eisya menurut.Dia terasa segar selepas selesai mandi.Fiela menceritakan apa yang terjadi dan bagaimana dia dipengsankan oleh Jo dan mereka kini di Genting Hailand.Eisya geram apabila mendengar cerita Fiela.Mereka turun untuk menghirup udara segar..Itu pun setelah memastikan Jo tiada.Farhan mengajak mereka membeli-belah.Eisya menolak.Dia masih letih.Eisya melambai kepada temannya yang semakin jauh.Dia mengeluh berat.Eisya seorang diri menikmati keindahan ciptaan tuhan.Dia tenang menikmati panorama yang indah.Dia terasa tenang apabila dikelilingi tumbuhan hijau.Wangian semulajadi yang mengasyikkan.Eisya tenang.Dia mengelamun.

“Hello girl..how are you?how you feel now…much better?”Ketenangan, keselesaan dan kedamaian yang dialaminya hilang serta merta apabila mendengar sapaan itu.Eisya tidak menjawab.Dia ingin beredar tetapi dihalang.Eisya duduk kembali. “I’m so sorry. Abang Jo terpaksa buat macam tu. Eisya terlalu degil. Keras kepala.” Kata Jo cuba menerangkan segala factor tidakannya.

“Tak payahlah nak kutuk Eisya pulak. Kalau awak tak buat perangai benda nie takkan jadi.” Kata Eisya. Dia masih cuba bersabar. Eisya tidak mahu bergaduh lagi.dia tiada mood untuk bertekak dengan lelaki itu.

“tapi tak boleh ke Eisya dengar cakap abang Jo?” Eisya terus berdiri.

“dahlah Eisya masuk dulu. Tak ada mood nak jawab soalan bodoh tu.”
Sudah seminggu mereka di Genting. Eisya, Farhan, Iela, Fiela dan Liya mengambil peluang yang ada untuk bersuka ria. Banyak aktiviti yang telah mereka lakukan. Semuanya adalah untuk menghiburkan hati masing-masing. Dalam keseronokan itu ada juga kurangnya. Mereka masih tidak bebas kerana sering diawasi oleh teman-teman Jo dan kadang kala Jo turut serta mereka. Itu yang mengganggu mereka.

“ aduh… opss sorry tak sengaja”pohon Eisya apabila terlanggar seseorang. Eisya semakin gabra apabila baju pemuda itu kotor. “oh my god. I’m really sorry. I did’t mean it. So sorry…”pemuda itu tersenyum sambil mengesat bajunya yang kotor. eisya kesal kerana terlalu cuai. “erm.. U tunggu sini biar I ganti air U ok.” Langkah Eisya terhenti apabila pemuda itu bersuara.

“its ok. Sikit je ni.. tak payah ganti. Bukan rezeki I nampaknya. Excuse me I nak pergi rest room jap.” Pemuda it uterus berlalu meninggalkan Eisya yang masih dibelenggu rasa serba salah.

Eisya berjalan menuju ke salah sebuah kedai yang terdapat di situ. Dia terfikir untuk mengganti air pemuda tadi. Memang jelas kesalahnya kerana cuai. Marahkan si Jo orang lain yang menjadi mangsa. Kesian pemuda itu. ini semua salah Jo. Kalau dia tidak cari gaduh tentu aku tak bengang dengan dia dan tak terlanggar pemuda tadi. Apabial terlihat kelibat pemuda tadi keluar dari tandas awam Eisya pantas mendapatkan pemuda itu. air yang baru dibeli tadi dihulurkan. Denganteragak-agak pemuda itu mengambil air tersebut.

“sorry again. I memang betul-betul tak sengaja. I’m Eisya.”

“ Sham. Hisham. Panggil Sham je. Tak pe perkara kecil.” Semenjak itulah mereka menjadi semakin akrab. Mereka sering keluar berdua. Hisham yang tinggal di situ membawa Eisya melawat tempat-tempat yang menarik. Eisya gembira kerana sekurang-kurangnya dia berjaya melarikan diri daripada Jo dan teman-temannya. Dia tidak hiraukan apa-apa lagi kerana peluang datang sekali sahaja. Peluang ini harus digunakan. Walaupun baru mengenali Sham, Eisya tidak peduli kerana baginya Sham adalah seorang pemuda yang baik. Mereka berhibur sehingga lupa pada waktu.kegembiraan mengatasi segalanya. Eisya benar-benar menghayati kebebasan yang sudah boleh dikira lama tidak dikecapinya.

Setelah penat bergembira Sham menghantar Eisya pulang sehingga di depan pagar rumah. Sebelum berpisah Eisya mengucapkan terima kasih kerana menemaninya seharian. Mereka berbual seketika dan bertukar number talifon. Eisya melambai pemergian Sham dengan senyuman. Di halaman kelihatan Iela menanti dengan resah. Eisya dengan senyum gembira terus mendekati Iela.

“weit pompuan ko pergi mana huh???aku call kau tak dapat. Kau ni buat kita orang susah je lah. Ko ni kalau nak cari pasal pun tengok orang lah. Nie ko carik pasal ngan si Jo tu apa kes. Naik gerun aku tengok dia mengamuk. Kau ni betul lah…” marah Iela. Eisya tersenyum Cuma.

“kan aku dah massage kau. Aku kata aku keluar dengan kawan. Bukan aku tak bagi tau pun. Alayang korang takut sangat dengan si Jo tu buat apa?buang masa je.” Kata Eisya selamba. Hatinya masih gembira.

“eee kau ni.. gile apa. Firstly dia bengang kau tak balik dengan we all. Punyalah lama we all tunggu kau balik sampai member dah naik angin dah. Aku tak taulah macam mana kau boleh kenal ngan gangster tu…??” kata Iela kehairanan. Jelas terbayang di matanya betapa menakutkan wajah bengis Jo tadi. Eisya yang tidak mengerti apa yang dikatakan temannya itu hanya ketawa.

“apa yang kau merepek ni. Muka si mamat sewel tu macam gangster?? Macam pondan ada aku tengok.” Eisya ketawa geli hati mendengar kata-katanya sendiri.

“kau ni main-main pulak. Aku serius ni.nasib dia tak bunuh kita orang. Elok punya masa kantiba-tiba dia dapat phone call and after that kunco-kunco dia bawak masuk sorang mamat nie. Dia suruh we all g tempat lain n aku dengar macam mamat tue kena belasah je. Aku intailah. Lunyai mamat tu aku tengok..macam singa kelaparan dah si Jo tu. Kecut perut aku. Kau jangan nak tambah kemarahan dia pulak lepas ni..” Iela memberi amaran padanya.

Eisya tidak menghiraukan kata-kata Iela kerana dia tahu Iela hanya ingin menakutkan dirinya sahaja. Panggilan talifon daripada Sham mematikan perbualan mereka. Iela tidak menunggu Eisya masuk kerana dia tahu jika Eisya sudah bergayut di talifon mesti mengambil masa yang lama. Setelah hampir satu jam berbual dengan Sham di talian Eisya melangkah masuk ke dalam rumah. Jo yang berada di ruang tamu tidak dihiraukannya.

“ eisya pergi mana???lewat balik!!! Eisya are you hear me??? Eisya keluar dengan siapa??”marah Jo.

“ eisya keluar jalan dengan kawan. Rasanya tak adalah lewat sangat Eisya balik lagipun awak tak ada hak nak tau mana Eisya pergi” balas Eisya selamba sambil tersenyum sinis. Sengaja menambahkan kemarahan Jo.

“sejak bila nak jadi bohsia ni haha???!!!. Dah tak ada maruah diri???!!!. Hey Eisya tu bawah tanggungjawab abang Jo tau tak. Kalau apa-apa jadi nanti apa abang Jo nak jawab kat daddy yusuf. Eisya nie kalau tak menyusahkn orang memang tak sah.” Tengking Jo. Eisya yang sememangnya pantang orang meninggikan suara didepannya berang.

“ mulut awak tu jaga sikit. Nak kat orang konon. Cerminlah diri t sikit.. ingat perangai awak tu bagus sangat. Belasah orang lain tu bagus sangat ke???? Gengsterlah konon. Kalau dah bapok tu bapok jelah tak payah nak jadi gangster taik kucing”

PPAAANNGGGG!!!!!!! Serentak itu satu tamparan hinggap di pipi Eisya. Semua terkaku. Pipinya terasa perit yang amat. Eisya terus berlari masuk ke dalam kamarnya.

Hatinya sakit. Pipi terasa perit. Teman-temannya yang lain tidak menyangka perkara ini akan menajdi teruk.. hati Eisya cuba di pujuk.

Eisya tidak dapat melelapkan matanya. Kejadian tadi masih terbayang di kotak fikirannya. Hati Eisya sakit, sedih dan sayu. Dia memandang teman-temannya yang lain yang telah lena di buai mimpi. Tiba-tiba Eisya rindukan daddynya. Kedua ibu bapa Eisya tidak pernah memukul malahan tidak pernah menjentiknya dan apabila dia ditampar hatinya bagai di siat-siat. Eisya mengeluh lagi. Dia melangkah keluar dari kamar itu lalu menuju ke meja talifon. Nombor didail. Kedengaran suara wanita yang amt dirinduinya.

“ helo mom. I miss you mom. Great. Erm?? Nothing happened. Yeah…” Eisya terasa sedih. Ditahan air matanya dari gugur.

“ honey are you there??? What happened dear?? Are you crying dear???honey come on tell me baby.. who make u cry???” pujuk Datin Rina. Hati tuanya risau mendengar nada suara anak kesayangannya berubah. Dia tahu Eisya sedang bersedih.

“ tak ada apa-apalah. I just miss both of you.” Eisya cuba menyembunyikan hal yang sebenar.

“Eisya sayang, honey tak pandai nak menipu lah dear. Selama ni if u miss mom and dad u r not crying. But now I know dear u r so sad don’t u??? tell me the true dear.. sapa buat Eisya nangis??” Datin Rina masih cuba memujuk anak tunggalnya itu.

“where is daddy? I miss him so much” Eisya cuba menukar topic perbualan. Dan

suara mammy telah bertukar. Kini kedengaran suara daddy yang amat dirinduinya. Mendengar sahaja suara daddynya Eisya tidak dapat menahan tangisnya lagi.pujukkan Dato Yussuf menambah kesedihan Eisya. Eisya menangis teresak-esak bagai anak kecil sambil mengadu perbuatan Jo padanya tadi.

“ mesti ada sebab kan why Jo buat honey macam tu. Eisya nakal ye??? Usik Dato Yussuf. Eisya menceritakan segala yang berlaku dari awal sehingga dia ditampar tanpa ada tokok tambah. Mendengar sahaja cerita anak emas mereka itu Dato Yusuf dan Datin Rina ketawa. Mereka faham kini apa yang terjadi. Sikap Eisya yang suka memberontak

apabila kidupnya diganggu dan tidak suka dikongkong amat difahami mereka. Eisya juga yang kadang kala suka bergaduh tidak kira dengan siapa amat merisauakan hati tua mereka oleh itu mereka terpaksa menyuruh Johan menjaga Eisya kerana hanya Jo yang boleh menguruskan Eisya yang nakal itu.

“mummy n daddy asyik nak menangkan abang Jo aja kan. Eisya lah anak mom and dad bukan mamat sewel tu. Mulai esok Eisya tak nak cakap dengan dia. Eisya akan balas dendam” rungut Eisya geram. Esakan Eisya masih kedengaran walaupun tidak serancak tadi.

“ok dear but don’t say like that. Mummy takut nanti Eisya yang kena buli pulak” kata Datin Rina sambil ketawa.

“ huh nanti mummy and daddy tengoklah menangis si mamat sewel tu Eisya kerjakan…merayu si seweltu nak bal…”

“erm Eisya are u there? Kenapa baby dia je??? Erm abang Jo ada kat situ ye??? Ok bagi talifon kat dia biar mummy marah Jo ok.” Eisya cepat-cepat mengesat sisa air matanya lalu menghulurkan ganggang talifon kepada Jo yang entah bila muncul di sebelahnya. Eisya terus meinggalkan Jo yang dimarahi mummy nya. Matanya yang mengantuk harus dikasihani.

Popular Posts