bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Saturday, November 26, 2011

wattpad

wattpad oh wattpad..
tadi aku ada post/publish hasil karya aku yang tak seberapa untuk bacaan pengguna wattpad. tu pun hasil cadangan seorang kenalan yang tahu minat menulis aku ni dan pernah memberi sokongan untuk aku terus menulis. bukanlah karya yang terbaru. karya tu pernah aku post kat blog ni bezanya aku post bukan dalam part by part so lebih mudah untuk di baca menggunakan wattpad. hope ada yang sudi baca.



ni adalah cover untuk short story yang aku publish kat wattpad. picture ni adalah hak milik aku bermaksud aku tak songlap dari mana-mana individu ataupun copy dari mana-mana sumber internet. so sekarang ni rasa macam best pulak nak buat cover untuk semua hasil karya aku.. hahahha.

 hurmmm cuma masalah sekarang adalah aku tak dapat lagi tajuk-tajuk yang menarik perhatian aku untuk di jadikan tajuk pada karya aku yang tak seberapa nie.. so pada sesiapa yang nak baca short story aku dalam versi wattpad silalah klick sini. lebih mudah rasanya.... 

oklah lain masa aku update lagi... segala comment amatlah digalakkannn..

adiossss

Tuesday, November 22, 2011

takziah buat sahabat

Pertama sekali untuk entry kali ini aku sedekahkan Al-fatihah buat ayahnda cik sahabat yang telah pergi meninggalkan dunia yang hanya sementara ini dan pulang ke tempat yang sepatutnya kita, sebagai manusia berada. Al-fatihah..

Pagi tadi. Dalam jam sembilan pagi cik sahabat ada call aku cuma waktu tu roh aku masih mencari jalan kembali ke jasad aku(masih tidur) tapi tak lama je lepas tu aku dgr bunyi msg dan terus aku terjaga. Ok satu miss call dari cik sahabat dan msg dari beliau. Alangkah terkejutnya aku baca msg tersebut. " ayah aku dah x da". Terus aku call cik sahabat. Ye aku yang sangat fail untuk berhadapan dengan situasi yang memerlukan budi bahasa ni terus seakan-akan kelu untuk bersuara. Apa y harus aku ckp pada cik sahabat. Terasa gagal pula sebagai seorang sahabat untuk menenagkan sahabt yang berasa dalam kesedihan. Tak ada banyak yang aku soalkan kerana aku terlalu takut soalan yang aku akan tanya boleh membuatkan cik sahabat lebih sedih. Cukuplah kesedihan yang beliau alami. Ya aku turut menangis setelah mendengar suara cik sahabat. Takziah dah sedikit kata semangat aku berikan. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Nak melawat cik sahabat jauh di kampung halaman tambahan kelas aku yang memerlukn aku untuk hadir. Maafkan aku sahabat kerana tidak bokeh berada di samping kau.

Cekalkan hatimu, tabahkan jiwamu. Kuatkan semangatmu kerna ALlah takkan menguji insan yang tidak dapat mengharungi ujian yang di tetapkannya. Ya ALLAH ya tuhan ku. Kau tiupkanlah sedikit kekuatan buat sahabatku, kau kukuhkanlah keimannya agar beliau masih yakin dengan takdirmu, kau peliharalah keselamatan beliau dan keluarganya dari hasat dengki manusia dan kekejaman syaitan. Amin.Hanya itu pintaku buat cik sahabat tersayang.

masa mereka telah tiba, kita hanya menanti, tibanya detik kita, tuk pergi tak tembali.

Adiosss
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, November 21, 2011

tak kenal maka tak cinta

Aku tak tau la sama ada tajuk entry aku kali ni ada kaitan ngan apa yang aku nk story ni p saja terasa nk tulis tajuk tu. Sukati aku la kan.

So macm lama aku tak update blog aku yang serba seri ni hahahha so hari ni aku nk gak update blog aku ni. Ok tak nk story ttg study aku buat masa ni. Kehidupan aku? Ermmm baru je pindah rumah. Yang pasti lebih jauh dari kolej aku and astro blom di sambungkan lg so tadi g tgk bola Malaysia lawan Indonesia kat mcd je. Btw tahniah buat pemain malaysia harimau muda yang dah buat aku maigrain bila tengok korang main tadi huhuhh. Aku tgk ngan mama n my little princess yang bercuti kt kl ni.

Siang tadi kami g amcorp mall. Ada janji nk jumpa kenalan mama,fauziah abd samad. Ala yang wartawan dan pelakon tu.


Mama g jumpa auntie jee sebb nk beli ubat princess aku ni. Princess ada penyakit Eczema(betul ke tak eja nie?). Enzema ni adalah sejenis Sakit kulit yang boleh kena ngan sapa2 je tapi sakit ni tak berjangkit so tak payah nk risau la bila deal ngan mereka yang ada sakit enzema. Pesakit eczema ni kadang2 alah pada peluh diri sendiri so macam princess aku ni memang tak di galakkan untuk berpeluh ataupun g tempat2 yang panas sehingga menyebabkan beliau berpeluh. Bila dah peluh tu nanti akan jadi gatal2 dan semakin teruklah kulitnya nanti. So bila dah jadi cam nie kenalah letak or makan ubat dia tapi Princess aku ni dah x boleh guna ubat dari hospital kerajaan. Dah tak berkesan pada kulit beliau so ni nak try lak ubat dari 4life yang di shorkan oleh auntie jee. So hope la dapat menyembuhkan penyakit eczema ni.


Oklah aku rasa tu je yang dpt aku story. Nanti2 kalau ada kesempatan aku update lagi tentang eczema nie yer. La ni mata dah ngantuk la. So mcm biasalah ye

Adiosssssss
Published with Blogger-droid v1.7.4

Popular Posts