bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Thursday, March 31, 2011

sg. sedim kulim kedah day 1 trip

memang banyak benda yang tertinggal untuk aku update kat dalam blog nie. banyak juga benda yang dah jadi kat aku semenjak dua menjak nie.. benda pertama yang aku nak cerita adalah class trip aku pada 18/03/2011 ke sg. sedim kulim kedah.

DAY 1
awal pagi dah aku mintak tolong bf kakak aku hantar g kolej. yelah nama pun nak ikut trip so takkan cik sahabat nak letak kereta lama-lama kat kawasan kolej aku tu so mintaklah tolong yang berkenaan untuk hantar..
di pendekkan cerita tepat jam 0830 a.m kami satu bas gerak dari kolej. nasib aku agak baik sebab ada kerusi lebih so aku dan aku dan cik sahabat dapat duduk sorang-sorang. so lebih selesa dari orang lain ehhehehehe.


ok dalam lebih kurang 6 jam perjalanan lepas stop di beberapa perhentian we all pun sampai di sg. sedim. turun dari bas semua beg kita orang kena letak kat satu 4wd yang sudah menanti ketibaan kami yang lewat dari jadual... ada beberapa orang kawan aku yang terpaksa naik kereta untuk sampai ke kawasan tpt tinggal kami sebab masalah kesihatan. so kami yang lain nie terpaksalah menapak selama lebih kurang 15 minit tak termasuk sesat seketika di dalam kawasan tu. setelah sampai di check point utama kami di hidangkan dengan makan tengah hari walaupun pada waktu tu dah pukul 3 lebih. oleh sebab kami dah lari jadi jadual yang di sediakan so lepas makan je terus daftar masuk ke dalam dorm yang di sediakan.

aku dengan bangganya nak bagi tahu bahawa aku adalah orang pertama yang daftar dan orang yang di pertanggungjawapkan untuk pegang kunci bilik. so lepas masuk bilik je letak barang n tukar baju then kita orang di suruh turun untuk terus buat activiti yang memang dah ada dalam senarai agenda kami. semua orang berkumpul termasuklah lecture. kami di suruh main satu pemainan yang di panggil tarantula. game nie untuk build teamwork sesama kami. memang mencabarlah. kami di suruh pegang satu kayu yang dah di ikat dengan tali kemudian tali tu di ikat kat tong yang berisi toksit(bola tenis, pingpong, kayu dan batery) kita orang di suruh mengalihkan semua toksit tu kedalam bakul dengan hanya memegang kayu yang di ikat pada tali tu. agak mencabar juga sebab kita tak boleh pegang tali atau terpijak kawasan bulatan yang di tanda dan kalau toksit tu jatuh kita kena buat sekali lagi dari awal-awal. lepas tu pulak kita orang just buat indoor game.. sesi suai kenal lah kononnya...

Malam tu pulak kalau ikut jadual yang di sediakan kita orang akan melakukan activity night walk(solo drop) tapi memandangkan baru lepas hujan kita orang hanya akn buat night walk je. Tak payah solo drop. Nak juga aku try solo drop tu. Yelah di tinggalkan di kawasan hutan sorang-sorang tak pernah lagi aku buat. Tapi memangdangkan keadaan yang tak mengizinkan kita orang hanya jalan-jalan tengah malam kat kawasan yang kita orang pu tak tahu.. kita orang di suruh membuat satu barisan dimulakan dengan seorang lelaki kemudian 2 orang perempuan kemudian seorang lagi lelaki dan kemudian 2 orang lagi perempuan sampailah habis semuanya. Setelah di beri penerangan serba sedikit dan peraturan ketika masuk hutan kami pun memulakan perjalanan. Memang jauh kita orang jalan. Ikut jalan tar jer awalnya kemuadian masuk ladang orang. Aku antara pelajar terawal dalam barisan so agak selamat sikit kalau ikut laluan sebab aku awal2 nampak. (alasan mengarut) lopak air lepas hujan, tanah basah, rumput dan lubang semuanya kita orang harungi dalam kegelapan malam yang hanya di temani lampu suluh dari handphone yang aku bawak. Cahaya tu cukup-cukup untuk menerangi jalan untuk aku sendiri je. Yang lain pun memang ada bawak lampu suluh masing2. Perjalanan memang jauh. Aku ingat takat lalu kat dusun orang je rupanya kemi memang betul-betul masuk hutan. Memang gila. Tengah-tengah malam pukul 12.00 am masuk hutan. Bila ingat balik pesanan encik guide “ siap yang bawa lampu suluh tu sila suluh jalan sahaja dan jangan nak suluh merata-rata tempat takut ternampak benda lain.” Tiba-tiba macam cuak sekejap. Tapi kejap je lah.

Bila dah masuk hutan tu memang tak adalah jalan yang senang kan. Kena panjatlah, redah anak sungailah, lompat batulah, terjun sungailah, jatuh, semuanya kita orang kena harungi. Kita orang kena lompat batu untuk merentasi anak sungai dan ada satu part tu batu tu memnag agak jauh dan aku sangatlah tak yakin aku boleh lompat batu tu. Org sebelum aku boleh je lompat tapi Dari aku jatuh dan terhantuk kepala kat batu aku tanpa fikir panjang terus je terjun dalam sungai tu yang memisahkan batu tu. Taklah dalam mana pun tapi aku tak sangka lak tenggelam kaki paras bawah lutut aku. Ingatkan takat tenggelam kasut je. Kasut pun dah sah-sah mash kuyup. Dengar jugak lah jeritan perempuan melayu terakhir aku time tu ehehhe. Lepas aku terjun tu semua lah terpaksa terjun sama ikut cara aku sebab batu kedua tu dah basah dan tak selamat untuk lompat hahahha. Lepas dah jalan dalm hutan kami pun jumpa jalan tar. Sambung balik perjalanan sampai di kawasan restaurant yang tak ada langsung orang. Yelah dah hamper pukul 1.30 am mana ada orang lagi dah. Kat situ kita orang berkumpul untuk kira orang. Keadaan riuh rendah sekitika bila ada suara-suara yang kata kena gigit ngan pacat. Dengar je cerita tu terus aku cheak kasut seluar dan badan. Nasib aku pakai semuar panjang. Ramai juga yang kena cium ngan pacat. Ada tu dah berdarh kaki tak sedar kena gigit. Geli geleman aku. Beberapa kali gak aku periksa kasut siap selak sluar aku nak tengok kalau-kalau ada ke tak pacat yang melekat kat aku. Ada sorang mamat dalam kelas aku ni sangat cool berhadapan dengan pacat. Mamat ni jalan depan aku je. Dia adalh orang pertama dalam barisan kemudian aku dan kemudian cik sahabat baik. Aku agak kagum dengan cara dia deal dengan pacat ni. sangat cool sampai aku hairan dengan mamat ni. yelah selama ni orang memang kata dia jenis cool dan relax je tak sangka pula memang betul-betul relax dia… tenang je….. tenang je dia suruh orang buang pacat kat kasut dia sambil dia cuba imbangkan badan. Aku pulak yang geli geleman bila Nampak pacat. Terus tak selesa aku..

Ok bila dah semua selamat dan kiraan betul kami mulakan perjalanan lagi. Perjalanan di sambung. Nasib jalan tar… agak jauh kami berjalan dan kami berhenti lagi untuk periksa ahli-ahli yang ada dan kemuadian kami sambung lagi pejalanan tapi kali ini dalam hutan semula. Masuk hutan keluar hutan masuk balik hutan. Bilalah nak selesai ni. hutan kali ni sangat mencabar. Awal-awal dah kena turun curam yang memang curam dan sangat licin. Encik guide tu suruh jangan pegang pokok sesuka hati takut berduri tapi waktu tu aku tak dapat fikir panjang. Yalah dahlah gelap, licin curam pulak tu. Aku nak selamat aku main cekau je apa yang dapat. Nasib tak ada apa-apa jadi. Tapi aku happy jer sebab aku memang suka activiti dalam hutan macam ni kecuali bila ada kaitan dengan pacat.

Paling mencabar adalah kita orang di suruh mendaki bukit yang sangat curam sampai aku kena gigit handphone aku untuk suluh mana aku kena panjat dan dalam masa yang sama aku kena tarik or pegang mana-mana tempat untuk berpaut. Bila nak sampai kat atas encik guide tu tolong tarik aku. Padan muka dia kena tarik aku yang berat ni sapa suruh bawak jalan tempat-tempat macam ni. bila dah Berjaya sampai je lega gila bila Nampak jalan tar… rasa selesa je. Aku tengok hujung jalan ada member aku and aku terus gerak pergi kat dia. Mamat cool tadi dan encik guide tunggu kat sana. Encik guide tadi tengah ketuk-ketuk crock yang dia pakai.. rupanya ada pacat. Damn!!!!! Terus aku buat pemeriksaan rapi kat kaki aku seluar pun aku cek. Nasib tak ada. Bila semua dah selamat mendaki curam yang mencabar tu kami berkumpulan.

Rupanya tak habis kat sini. Aktiviti terakhir kami kat dalam hutan ni adalah solo walk. Ni lain dari solo drop. Solo walk ni kita kena jalan sorang-sorang dalam kawasan hutan yang dah di tetapkan tanpa boleh bawak lampu suluh. Semua lampu suluh dah di rampas awal-awal. Handphone aku pulak selamat je dalam poket aku. Hahahah lampu suluh cik sahabat pulak lecture aku tolong sorokkan. Mungkin lepas tengok muka cuak cik sahabat terus lecture aku sanggup nak subahat hahahha. Kalau ikut barisan sekarang mungkin aku orang kedua terakhir yang akan jalan sebab aku ada kat belakang sekali tapi rupanya dia panggil ikut number awal tadi. So aku orang ke dua yang di lepaskan untuk melalui kawasan gelap yang kiri dan kanannya adalah hutan sahaja. Aku tak rasa cuak pun sebab macam suka je activity gila macam nie. Bila mamat cool tadi dah jauh berjalan sampai aku tak Nampak pun lagi dia barulah aku di lepaskan sorang-sorang. Memang gelap je kawasan tu tapi aku belum rasa untuk nak on lampu suluh kat handphone aku. Aku terus je jalan sambil tegok langik. Kira macam jalan sambil layan jiwalah tapi kali ni dlam hutan yang tak Nampak apa2 pun. Aku jalan sampai lalu kat satu pondok ni. aku tak tau pun tu pondok apa tapi sebelum aku sampai kat situ aku ada Nampak cahaya kat situ. Cahaya handphone lah apa lagi tapi aku buat bodo je. Tak rasa apa-apa pun. Bila lalu kat kawasan tu aku pun ushar lah pondok tu dan tiba-tiba aku dengar macam bunyi benda bergesel. Benda di tarik. Makinlah aku ushar nak tengok mana yang berbunyi. Sebab aku dah Nampak lampu handphone tadi buat aku tak takot sebab aku tau ada orang. Bila tak Nampak apa-apa aku teruskan perjalanan aku menghayati keindahan malam. La tak lah jauh mana pun depan tu je aku dah Nampak tempat kami berkumpul dan ada orang tunggu. Encik ketua kawasan dah ada kat situ dah. Bila Nampak aku dia jerit “ number dua??” aku taulah maksud dia. Dia nak pengenalan diri aku. Aku angkat tangan tanda mengiakan aku adalah peserta kedua. Tak lama lepas tu muncul pula cik sahabat dan kemudian peserta lain..

Aktiviti kami tamat lepas tu. Masuk bilik je aku terus mandi. Bila dah bukak seluar je aku terus menjerit bila Nampak ada pacat kat atas lutut aku. Punyalah aku geli..cik sahabta dah Tanya kenapa dan aku terus keluar dari bilik mandi. Lemah rasa badan aku bila Nampak pacat tu. Budak bilik aku yang lain dah tak tentu arah tengok aku yang menjerit kegelian. Derang pun geli nak cabut pacat tu. Ada yang cari laighter untyk buang pacat tu tapi dalam bilik aku ni tak ada laighter. Aku dah geli tahap gaban dah ni sampai rasa nak tendang-tendang je semua yang ada sebab geli sangat dengan pacat yang dah melekat kat kaki aku. Cik sahabat yang tengok aku dah tak betl tu memberanikan diri tarik pacat tu dengan plactik yang dia ambik kat mana ntah. Aku tau dia pun geli sebab tadi dia kena gigit pacat pun orag lain yang tolong buangkan… sebab tengok keadaan aku yang dah tak macam orang bila tengok pacat tu terus dia beranikan diri. Terima kasih cik sahabat, lega rasa bila pacat tu dah blah. Lepas mandi darah dari bekas gigitan paat tu tak henti-henti. Ramai juga budak bilik aku ni yang jadi mangsa gigitan pacat. Ada yang kena gigit kat perut, kaki, paha dan lawak pula bila ada yang kena gigit kat punggung hahahhah. Macam mana bleh sampai kat punggung tu??? Hairan.. lepas tu semua tidur keletihan.. yang tak best nya tidur aku tak lena sebab asyik mimpi pacat je.. trauma betul aku…

oklah day 2 akan bersambung lain kali....
so adios amigas aku brambos dulu yerk...


Friday, March 11, 2011

THE ACTORS STUDIO @LOT10

The actors studio bertempat di LOT10, Kuala Lumpur merupakan sebuah studio di mana penggiat seni mempersembahkan bakat mereka untuk tontonan umum tidak kira bakat lakonan ataupun nyayian. Studio yang bertempat di rooftop bangunan LOT10 juga menjadi lokasi pilihan bagi artis antarabangsa untuk membuat persembahan seperti Ranko, artis suparno dari Japan yang juga telah membuat persembahan yang cukup hebat di studio ini. Merupakan julung kalinya membuat persembahan di Kuala Lumpur, Ranko memberitahu bahawa dia seperti anak kampung yang baru pertama kali ke bandar apabila datang ke Kuala Lumpur. Walaupun di Negara asalnya tidak juga kurang hebatnya, di Kuala Lumpur menurut beliau ada tarikan tersendiri. Ranko yang sering ke Penang untuk membuat persembahan turut teruja apabila berpeluang untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur dan berharap agar memperolehi peluang sekali lagi untuk beraksi di sini.

Ceeewah dah macam tulis untuk majalah atau new paper pula ye... oklah memang pun betul kenyatan di atas. Hari tu aku berpeluang untuk menyaksikan persembahan dari artis antarabangsa ni dan ini juga pertama kali aku jejak kaki ke the actors studio di lot10 ini. Walaupun pada mulanya kami terperangkap di kesesakan lalulintas jalan raya tapi akhirnya kami Berjaya juga sampai di lokasi tempat kejadian. Mungkin kami sedikit lewat untuk menyaksikan persembahan pembukaan oleh artis tersebut tetapi apa yang penting kami tak terlepas langsung. Laluan untuk ke studio nie memang menarik sebab macam nak lalu kat taman jer... sebelah studio nie adalah club. Aku tak ingat nama club tersebut tapi menurut kawan aku club tu memang sering di kunjungi tidak kira hari. Untuk masuk ke dalam the actors studio bagi menyaksikan persembahan yang ada kita mestilah menderma mengikut jumlah minima yang telah di tetapkan sebagai contoh pada hari itu pengunjung haruslah membayar sekurang-kurangnya RM30 untuk masuk tapi memandangkan kami nie datang atas jemputan artis tersebut sebab keluarga cik sahabat adalah kenalan artis tersebut maka kami masuk secara percuma..... masuk je kami di suruh duduk di tepi dahulu kerana artis tersebut tengah membuat persembahan. Tak nak mengganggulah katakan. Aku agak terpegun mendengar nyanyian nyaring beliau walaupun aku memang tak paham apa yang di nyanyikan sebab beliau menyanyi menggunakan bahasa Italy.



Habis je lagu tu baru kita orang di suruh duduk di tempat yang disediakan dan oleh sebab kami adalah tetapi jemputan maka tempat duduk adalah di bahagian depan sekali. Nyanyian artis tersebut sangat membuat aku kagum sebab tak guna mike pun masih terang dan jelas nyanyian dia.. yalah nama pun suparno kan so apa lagi aku pun terhiburlah. Apa yang menarik Ranko turut mengundang beberapa orang pungunjung yang ada untuk turut serta di pentas. Antara yang menjadi mangsa adalah encik abang macho yang memang ikut kita orang dan adik saudara cik sahabat. Mereka di ajak menari dan ianya adalah sangat lawak bila yang jadi mangsa tu adalah orang yang kita kenal.



Lepas show tu aja aku dan yang lain di perkenalkan kepada artis tersebut,Ranko oleh cik sahabat baik. So lepas tu artis tersebut ajak kita orang gi minum kebetulan time tu aku, encik abang macho dan encik adik saudara sangat lapar dan kita orang tak menolak. Lagipun cik sahabat baik memang dah janji nak belanja kita orang makan sebab temankan dia hari ni tengok show ni. Sementara menanti Cik Ranko bersiap kami berbincang tempat makan yang menarik untuk kami pergi.

Erm sebab kat Malaysia ni terkenal dengan mamak punya makanan so kita ornag bawaklah cik Ranko ni makan kat RZ nasi kandar yang terletak dekat dengan KLCC. Cik Ranko sangat suka tempat tu sebab boleh tengok KLCC dengan dekat. Kira cantik la pemandangan yang boleh di lihat sambil makan. Cik Ranko ni boleh berbahasa melayu sikit-sikit. Mungkin sikit sangat sebab yang aku dengar dia cakap benda-benda basic yang tourist akan belajar. Selamat pagi, terima kasih, dan semua yang senang-senang. Tapi sebab dah biasa datang Malaysia so fav. Air dia adalah kopi panas kurang manis. Tu pun dia order dalam bahasa melayu. Lepas makan dan borak-borak tibalah masa untuk balik dan sebelum balik kita orang bergambar berlatar belakangkan KLCC. Kenangan katanya. Dia janji akan email gambar tu ke cik sahabat tapi sampai sekarang tak juga dia emailkan. Mungkin sebab dia busy sangat dengan latihan untuk show yang lebih penting di tempat lain. Tak apalah yang penting kenangan hari tu akan kami ingat selagi tak nyanyok ataupun hilang ingatan.

segalanya hanya ingin mencuba...

memang pada awalnya aku just nak mencuba jer... tak sangka pulak bleh terpilih. hehehe terpilih apa ha nie yang aku nak cerita ni. hari tu dah berapa kali aku ushar alaf21 punya website. ada lak peraduan aku dan buku so aku nie macam nak masuk je. satu hari tu time aku balik rumah mak aku, aku keluarkan semua koleksi novel aku and paksa adik aku untuk ambik gambar aku dan novel-novel aku yang semakin bertambah tu.... dan seminggu kemudian setelah mengharungi beberapa halangan aku berjaya juga send gambar aku dengan novel aku dan tadi aku check email aku ada la pula email dari alaf 21 kata aku dah menang... hehehe tekejut gak.. p happy jer.

ok tutup cerita tentang tu and today aku akan gerak balik ke kampung halaman aku. ada mini family gathering. kenapa mini??? sebab family belah mama aku memang tak ramai. ada gak yang tak pat datang tapi tak kisahlah yang penting aku dapat jumpa mama walaupun minggu lepas baru je aku jumpa mama... tapi sekarang ni aku tengah tunggu kakak aku. so aku sorang jer kat old town nie. tak kisah dah biasa pun sorang-sorang.

dari hari tu aku rasa nak buat topic baru kat blog nie. topic tentang mana arah tuju langkah kaki aku... so nanti-natilah aku update langkah kaki aku ek.. oklah sampai cnie je untuk kali ni... lain kali aku update lagi.. adiosss

Wednesday, March 2, 2011

berita gembira dari korea....

opsssss... bukan dari korea tapi dari cik korea... malam semalam iaitu 02.03.11 ketika aku dan geng bas sekolah sedang menjamu selera di rasta damansara kami telah dikejutkan dengan berita gembira dari cik korea dan encik korea....


alhamdulillah, rupanya mereka akan menaiktarafkan hubungan mereka ke sesuatu yang sangat di impikan oleh semua orang yang normal iaitu alam perkahwinan... happy jer dengar walaupun aku macam dah tau cerita tue sebab aku macam dah terbaca mesej antara cik korea ngan cik kakak kedua(terbaca yer...-bleh caya ker). apa-apa pun memang best je dengar cerita how encik korea jumpa ayah cik korea untuk bg tau hubungan mereka. oleh sebab cik korea anak bongsu and the last daughter yang tak kawin lagi so parent dia macam tak nak lepaskan dia and sentiasa tak nak terima hakikat yang cik korea dah couple ngan encik korea dari dulu( bukan rekaan tapi cik korea yang bg tau). susah juga ye. kalau ikut cerita cik korea parent dia masih tak nak dia kawin lagi. yelah dah tu je anak dia yang tinggal mesti berat hati nak lepaskan dia... rupanya on valentine day hari tulah saat encik korea jumpa ayah cik korea lepas derang dinner. kiranya encik korea sangat bijak memilih tarikh merisik secara solo.. valentine day lagi tu class gitu heheh. the funny part is when encik korea bagi tau apa yang ayah cik korea cakap. memang nampaklah ayah cik korea agak terkejut dengan berita yang di bawa oleh encik korea. " awak pasti ke cik korea suka kat awak?" tu memang soalan yang macam lawak jer bila aku dengar..

so majlis bertunang akan di adakan pada bulan 6 kalau tak salah aku and the big day adalah pada 25 december 2011. bulan kelahiran cik korea. 25 hb sebelah perempuan dan 31 december sebelah lelaki yang akan di adakan di shah alam. so kiranya tak adalah exchange give for christmas untuk tahun nie sebab semua akan bagi hadia pada pasangan korea ini.
well tahniah buat cik korea and encik korea dengan keputusan yang di ambik semoga ianya berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. harap juga dugaan ketika menguruskan majlis akan dapat di hadapi dengan tabah..amin.




Popular Posts