bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, July 25, 2010

berdebar-debar..

hujan yang turun tak sedikit pun menghilangkan resah hati aku bila mengenangkan hari esok bakal tiba. hati aku macam di ganggu oleh sesuatu makhluk yang buat aku rasa berdebar2 and kecut perut... fuhhh boleh ke aku teruskan ek... nebes sungguh. mana tak hari tue bila aku ke club kat uptown pun aku dah menyumpah inikan pulak bila aku dah mula ke club kat the curve. mesti lagi teruk aku kena. nebes tahap dewa dah nie.

benda paling aku risau adalah diri aku sendiri... aku takut aku just hangat-hangat tahi ayam and aku tau aku memang pandai bab-bab nak mengelat nie. hope esok akan berjalan dengan lancar dan aku mampu teruskan semua nie.... macam mana ek program nie.. adoiii pening kepala aku bila asyik tertanya-tanya je. bila dah hati tertanya-tanya otak akan bekerja keras untuk memikirkannya dan hasilnya aku maigrain.....

selesa pula aku bila online dalam kereta je. tak lah sejuk sangat macam kat dalam mcd tu.. bila dah sejuk, boleh tangkap ke kepala dan terus bertambah sakit kepala aku... perut nie tak selesa la pula rasa. macam nak melabo. hahahhaha tapi hujan yang turun membatalkan niat aku untuk balik ke rumah terus. lagipun baju yang aku hanta ke dobi semalam belom aku ambik lagi. kalo tak ambik hari ni maknanya esok aku tak ada baju untuk menjalankan aktiviti yang baru sahaja aku jalankan baru-baru ini....

ermmm apa lagi ek aku nak cerita kat sini.... ermmm owh ya... tentang program yang aku ikut ni. bukan aku tak nak kongsi dengan sapa2 cuma aku tak nak orang tau je. hahhahahah. aku tak suka bila orang bercerita... ok to be honest aku tak suka orang banyak tanya. kalau nak support tu aku tak kisah ni tapi kang ade je yang nak membakarkan hati aku.. tak ke bikin panas kalau ada jer yang nak kutuk la.. ngusik la.. ee aku memang tak boleh la kalo ader golongan macam nie. lagi pun aku nie kalo dah berada di dalam keadaan darurat tahap naga(keadaan yang aku tak berkemampuan dari pelbagai segi) panas baran aku memang tak boleh di jangka. boleh gaduh walaupun orang tu just nak bagi sokongan... hahah tu yang aku tak nak tu..
macam hari tu lah time g club kat uptown, cik sahabat nak bagi support kat aku supaya aku boleh teruskan apa yang sedang aku lakukan, tapi aku bukan macam orang lain.. time tu panas je hati aku bila dengar kata-kata semangat dari beliau. bila mengenangkan beliau adalah sahabat aku dan beliau tidak tahu perangai aku yang sebenar aku sabarkan hati aku dan berusaha untuk bertahan supaya aku tak mengamuk time tu.... hahaha

semua orang tak tau perangai aku yang sebenar,, entahlah bukan sebab aku hipokrit pada orang lain ke apa but it just me. aku tak akan tunjukkan semua perangai aku sebab aku rasa, some part of me it just belong to me and i just don't need to share it to all. not every thing i can tell people tak kisahlah family ker kawan2 ke.... kisah aku hanya aku yang tahu.. aku percaya ramai yang macam tu. tak semua benda kita kan kongsi dengan orang. tapi kalau ada yang kongsi ngan semua orang aku tak tau lah nak cakap apa... no comment. tu hak masing... ok lah... aku dah tau der idea nak cerita apa.. next time aku up date lagi....


No comments:

Post a Comment

Popular Posts