bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Friday, September 30, 2011

tidak selalunya indah

Dalam dunia ni tak semua dan tak selalunya indah. Kadang-kadang kita akan di uji untuk membuatkan diri kita lebih kuat. Kadang-kadang kita di uji untuk buat kita lebih kenal diri sendiri. Kadang-kadang kita di uji untuk melihat kekuatan diri yang tak pernah kita tahu. Kadang-kadang kita di uji untuk kenal siapa lawan dan siapa kawan dan kadang-kadang kita di uji untuk sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.

Memberi nasihat lebih mudah dari menerima nasihat. Ya memang mudah untuk kita memberi seribu satu nasihat tetapi untuk menerima satu nasihat amat susah tambahan pula bila hati dan diri dalam keadaan yang kucar kacir, jiwa kacau, kecewa dan sebagainya. Jadi harus bagaimana?

Kenapa kita tidak pernah ingin cuba menghayati rasa sakit, kecewa, sedih, gembira. Pernah tak korang cuba? Bila kita cuba hayati rasa itu kita akan lebih menghargainya dan kita akan tersenyum kerana kita tahu kita pernah alaminya. Berbanggalah dengan rasa yang anda alami.

Orang lain tidak akan pernah rasa sama seperti yang kita rasa. Perasaan itu mungkin sama tetapi banyak atau sikit rasa itu tidak mungkin sama. Sayang kita pada seseorang, benci kita pada seseorang tidak sama dengan benci atau sayang orang itu pada kita. Kenapa kita harus persoalkan perasaan org lain?

Aku akui untuk berkata- kata mahupun menulis tersangatlah mudah tapi bila kita lalui sendiri boleh kita guna ayat2 yang kita perdengatkan dan pertontonkan itu pada diri sendiri. Mungkin boleh tapi bukan semua kerana kita hanya MANUSIA BIASA.

Adiosss . .
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 26, 2011

manusia yang tak bertamadun!!!

Geramnya aku. . . . Pagi tadi time nak keluar gi hantar kawan kakak aku ada kejadian yang menyakitkan hati. . . Boleh pulak tayar keta aku pancit sebelah kanan. Lebih menarik ianya depan belakang. Ya aku ulang DEPAN DAN BELAKANG!!!!!!! dahlah aku tak tau nk call sapa. Malaun mana yang tak da keja buat dajal kat aku ntah. Aku call mintak tlg cik sahabat anta kwn kakak aku dah tu nak gi kolej uruskan hal akak aku kejap. Dan baru jap ni tadi gi kat bengkel dah bila cek rupanya tayar tu kena cucuk. Tayar depan sikit je tapo tayar belakang lebih daripada 3 tayar kena tikam ngan pisau. . . .

Ya Allah. Dugaan betul. Dahlah aku baru je guna kereta ni. Nak salahkan mangkok tingkat yang buat tu je pun x boleh sebab aku park kat zone x warna kuning. Tapi tu first time kot aku buat and before this ada je aku tgk orang park kat sana. Atleast bagilah memo warning and if next time aku still park kat sana x kisahlah nak bocorkan semua ke apa. No tak dengan tak ada warning apa2 Melayang RM270. . . nak bagi tau mama kang malas nak dengar bebelan panjang. Kecewa tak payah ceritalah. Sedih lah ngan manusia yang TAK BERTAMADUN kay area umah aku ni.

Ada insan yang sempat borak ngan aku ada citer yang keta dia pun penah kena tapi masalahnya dia bukan park kat tempat aku park tu pon so kesimpulannya memang mangkok yang buat kerja2 bodoh nie tak BERTAMADUN. Ni buat aku makin menyampah nak duduk kat sini. Benci!!!!! Rasa macam semua yang duduk kay sini jahat2. Jiran yang bermasalah lah, penduduk yang tak bertamadunlah. . . . Huaaaaaa tentionnya aku!!! Ada sesiapa nak kasi aku sewa umah tak?

Adios. . . .
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 23, 2011

bahagia atau tidak?

Dimana kebahagiaan sebenarnya. Kata orang kebahagiaan itu harus dicari. Kebahagiaan itu tidak akan datang dengan sendirinya. Tapi bagaimana aku harus cari kebahagiaan itu jika aku sendiri tidak tahu apa itu sebenarnya kebahagiaan. Kadang-kadang aku sering mengeluh kerana tidak dapat mengecapi kebahagiaan. . Tapi dalam masa yang sama aku takut untuk merasa bahagia kerna aku tahu kebahagiaan itu tidak akan pernah kekal selamanya. Itu sememangnya lumrah kehidupan. Lalu apa sebenarnya yang aku mahu?aku mahukan kebahagiaan tapi aku takut untuk bahagia. Jadi harus bagai mana?


Adioss
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 12, 2011

tidak seperti yang di sangka

Memang tak sama langsung dengan apa yang aku dah bayangkan. Hahhaah biasalah kalau bukan sebab terpaksa entah bila aku akan ke klinik gigi. Semalam teman mama gi hospital. Mama nak cek darah tinggi so aku as driver mama teman mama lepas tu trus kr tingkat atas hospital tu. Nekad je nie nk jumpa doktor gigi. Nebes tak nebes lah. Aku terfikir kalau aku dah balik k.l semula memang taklah aku nak pergi klinik sorang-sorang. So sementara ada kesempatn nilah aku pergi gak.

ok bila dah regstr semua tu aku kena tinggu turn. Bila dah sampai turn aku memang dah tak bleh lari lakan. Masuk jer bilik tu ada dua orang perempuan sorang laki. Ok doktor aku adalah perempuan cina. Oklah nasib beliau agak baik. So beliau tanya nk buat apa. Aku mana tau hahahaha. Aku katalah gigi aku sakit. Bila dah cek semua gigi aku dia suh aku pilih nak buat apa. Boleh pilih tue. . . Hahahah bleh tak aku pilih blah jer dari sana?

Oleh sebab aku ada 2 gigi yang bermasalah so doc. Suh aku pilih nk satelkan y mana so aku pilih lah gigi belah kiri aku yang memang mengganggu keselesaan aku. Ok dia kasi bius. Sakit giler kena cucuk. Doc kata mmg sakit lebih sikit sebab dah bernanah. Oooo baru aku tau rupanya dah teruk sakit kat gusi aku tu. Aku dah siap terbayang kena operate sebab ada je insan2 sekeliling aku kata kes aku ni dah memang kena oprate. Cis aku dah terbayang dashat2 dah skali tgk dia cabut elek jer hahah tapi aku memang tutp mata jer. Tak mau tgk peralatan yang dia guna. Dengar nama peralatan tu pun dah cuak. Mana tak ada nama ghostlah, spiritlah. Seram jrrr.

Next week mesti pergi lagi coz nk satelkan sebelah lagi. Yang tu berlubang jer hehehe.

Oklah nak tido. Ngantoklah tiba-tiba.
Adiosss
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 9, 2011

lelaki atau pun perempuan???

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pun kena pakai.
Perempuan kena tutup sana sini.
terbuka sedikit sahaja aurat walaupun lengan
lelaki punya dosa bertambah..lelaki boleh pakai pagoda je
untuk apa??untuk lindung perempuan dapat dosa..
perempuan tgk badan lelaki atas pusat x berdosa sdangkan lelaki ternampak je
bntuk badan perempuan dah berdosa..so agak2 siapa yg lagi susah???)

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
pasti tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jerrr.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerr
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit
Namun siapa kata jadi lelaki senang?
badan sihat maknanya tiada alasan untuk mengelakkan diri dari beribadat
kepada Allah.
Perempuan diberikan penyakit setiap bulan untuk mengurangkan azab di alam barzakh dan akhirat
sedar x perempuan baik solat,puasa,atau tanggungjawab kepada Allah dan sesama insan
memang lelaki x da pengecualian..Sebab itu mereka dijadikan lebih kuat dari wanita

hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan dan menenggelamkan lelaki

hebat tak perempuan?
Hebat x lelaki??
siapa kata lelaki itu senang?
susah sensitive tetapi itu juga buat lelaki lagi sukar dinasihat
lagi sukar menerima kebaikan..lagi sukar menerima pembaharuan walau untuk kbaikan
lagi sukar menerima hidayah..
begitu sukar untuk mengutip pahala..
berapa ramai lelaki yang melepak di pusat hiburan
masuk pusat serenti
semuanya kerana hati lelaki yang lebih keras dikurniakan pleh Allah
sehinggakan Rasulullah pn kena cuci hati dgn malaikat Jibrail
bertapa kerasnya hati lelaki..
dengan hati yg keras itu lelaki kena kuat melawan dugaan dan ujian Allah
untuk menjadi khalifah dan hamba Allah yang taat..
kini berapa ramai lelaki yg benar2 berjaya menngharungi dugaan ini???

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adilkenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

kesian kan dekat perempuan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

persoalannya sekarang?

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya amat adil kepada makhlukNYA
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
sesunguhnya setiap umat manusia yang diturunkan ada peranan masing2
jika perempuan dilihat sukar pada zahir sebenarnya semudah2 nya Allah itu
mengurniakan pada kaum wanita peluang merasai kenikmatan iman.
jika pada zahir lelaki itu senang maknanya lelaki itu telah diberikan seberat2
ujian dan dugaan oleh Allah s.w.t…
kerana lelaki adalah ciptaan paling sempurna Allah s.w.t
dan wanita adalah ciptaan yang dikurniakan kepada lelaki untuk melengkapkan
kehidupan seorang lelaki…


adiosss..

Thursday, September 8, 2011

sakit yang dijauhi

Banyak-banyak penyakit, sakit apa yang kita nak jauhi sebab sakit sangat hingga boleh jejaskan hari kita? Dulu penah org tanya aku soalan ni dan baru aku tau kenapa jawapan soalan tu adalah sakit gigi. Ya memang bila kita sakit gigi mood kita sangat terjejas. Sakit gigi ni sakit lain dari yang lain. Memang sakit.

Kenapa pulak cerita tentang sakit gigi nie? Mestilah ada kaitan dengan aku, kalau tak buat apa aku post kat blog ni kannn . Aku tengah menghayati rasa sakit yang bermaharajalela kat gigi aku ni. Huaaaaa smalam punya semalam gusi belah kiri bengkak hari ni gigi belah kanan pulak sakit. Ni gara-gara makan popcorn caramel lah ni. Manis sangat agaknya. Huaaa meranalah diri. Tahan sakit. Tadi tiba-tiba sakit menggila terus bangun cari ubat tahan sakit yang kakak aku tertinggal. Makan sebiji tapi tak ada lah hilang rasa sakit tu. Cuma berdenyut-denyut sambil menyengat tiba-tiba dan kadang-kadang.

Nak g jumpa doktor aku takut. Bukan takutkan doktor yerr tapi takut dia nak proses gigi aku ni nanti. Tulah akibat bila penjagaan gigi tak diambil berat dan takut jumpa doktor. Bukan takut jumpa doktor tapi takut apa yang doktor akan buat. Hehhehh

So skarang ni tanggung jelah rasa sakit tu. Tunggu kena paksa baru gi klinik. Rasanya last aku cek gigi tahun 2005. Lamakan. Agaknya gigi yang aku tampal dulu dah tercabut kot, . . . Ala tak selesanya. Bleh tak aku makan sebijik lagi ubat tahan sakit? Tak pun mata ni tidolah cepat-cepat. Tak lah aku rasa sakit kalau tidurr.

Oklah nak try tido. Lain kesempatan aku update lagi.

Adiiiioooosss
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 4, 2011

bukan sahabat yang baik..

aku akui aku bukan sahabat yang baik untuk semua yang rela menjadi sahabat aku. aku juga bukan kawan yang baik bagi mereka yang sudi menjadi kawan aku. aku hanya insan yang serba kekurangan. kadang-kadang aku rasa sedih bila tak dapat tolong kawan, sahabat or orang yang aku sayang. paling aku kesal aku tak dapat mengungkapkan sebaris ayat ataupun sepatah kata untuk melegakan hati mereka. aku bukanlah jenis yang pandai berkata-kata apatah lagi menasihatkan orang. meredakan sedih orang lain lagilah aku fail. aku hanya mampu mendengar je tapi lain pulak masalahnya, aku tak pandai memberi reaksi yang memuaskan bagi sang pencerita, sang peluah.... aku tak tahu kenapa... aku tak tahu kenapa macam jiwa aku pula yang mati. aku dapat rasa semua perasaan tapi jiwa aku kaku macam tu je. tak nak nak jadi macam manusia yang normal...

bila tahu ada kawan yang susah or ada masalah aku harap sangat yang akulah insan yang boleh melegakan perasaan mereka, akulah insan yang boleh menemani mereka, tapi hakikatnya aku tak boleh buat semua tu... kenapa??? sebab aku tak tahu nak tunjuk perasaan aku yang sebenar. ya itu ayat yang sebenar... aku tak tahu nak tunjuk perasaan aku yang sebenar so macam mana aku nak fahami orang lain..

sayang aku pada seseorang hanya aku yang tahu... dan bila aku kata hanya aku yang tahu aku memang maksudkannya.. perasaan aku yang sebenar hanya aku yang tahu....

buat sahabat, kenalan, dan juga teman... aku mungkin dilihat seperti manusia yang pentingkan diri, tidak berperasaan, tidak pedulikan kawan-kawan, tapi percayalah, aku bukan begitu.. cuma itu cara aku untuk tunjuk sayang aku pada orang.... itu cara aku...

adioss

Popular Posts