bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Thursday, April 21, 2011

makanan tersedap di sarawak..

tadi ushar muka buku.. tengok kat profile sorang member ni, dia ada upload semua makanan tradisional or makanan yang hanya boleh di jumpai di sarawak sahaja... seriuslah weh tetiba aku rindu sangat ngan sarawak... aku rindu nak bergaul ngan orang-orang kat sana. aku rindu nak makan makanan yang special kat sana.. aku rindu kawan-kawan aku kat sana... huaaaa nak nanges je rasa.. so nie aku ada sertakan beberapa jenis makanan sarawak yang aku rindui..


nie adalah celorot. kuih ni sedap. dia lembut je. aku ingat-ingat lupa rasa kuih ni tapi aku memang suka sebab cara kita makn sangat special. kulit yang cover kuih nie akan bergulung-gulung bila kita buka dia.. rindu la ngan kuih ni. lama tak makan..


ni pulak adalah umai. umai ni adalah sejenis makanan yang paling mudah untuk di sediakan. antara bahan-bahan yang digunakan adalah ikan(bahan utama), bawang, cili dan yang penting limau... tak payah masak sebab air limau tu dah berfungsi sebagai bahan untuk memasakkan ikan tersebut.. sangat sedap terutama kalau dia ada rasa pedas sikit... selalunya makan dengan nasi. sungguh menyelerakan..

yang ni pulak laksa sarawak. laksa ni lain dari yang lain sebab kuah dia di perbuat daripada paste yang tersendiri. kat kedai di sarawak je aku ada jumpa paste untu buat laksa ni. kat semenanjung blom jumpa lagi (tak cari pun) laksa sarawak adalah salah satu makanan kegemaran aku sebab rasanya yang unik. dia kena makan dengan sambal dia.. tu yang buat dia makin special.. oo nanti nak suruh mama buatlah...(paste dia aku ada sebab dah pesan kat kawan hari tu)

ni pulak memang tak akan ada di semenanjung. nie memang special.. nama makanan nie adalah ambuyat ataupun linut. kalau tak salah aku nie adalah campuran tepung kanji. dia sangat macam gam ... tapi taklah melekit dan melekat.. selalunya orang akan makan dengan sambal. sambal sana bukan sambal macam kat semenanjung. sambal derang lain sikit. rasa ikan bilis, belacan dan ciilinya sangat lain... dulu waktu kat asrama aku ada juga makan ni cuma tak ada sambal jelah...

ni pulak mee kolok. aku suka mee kolok sebab dia guna mee kecik nie. yee mee kot nama mee kuning tu. mee ni makan dengan sup and sos. bukan sos botol ok tapi sos yang memang di khaskan untuk mee ni. kadang-kadang ada juga yang tak pandai buat sos dia so tak sedap sangat rasa mee tu nanti. mee kolok yang paling sedap aku makan adalah di bekenu, miri dan kuching. rindunya mee kolok..

banyak je lagi makanan dari sarawak yang aku rindu... antaranya adalah tebaloi, kelupis, ikan terubuk masik, chicken wing di miri, sayur midin(walaupun aku tak makan sayur)dan banyak je lagi... entah bila aku boleh ke sarawak lagi untuk rasa semua makanan nie. lain tau kita makan makanan sarawak di semenanjung dengan makan makanan sarawak di sarawak sendiri.. aura makan di tempat asal makanan tersebut buat makanan tu lebih sedap.. insyaallah kalau ada rezeki aku akan ke sana lagi. mengimbau kenangan lama...

tapi dalam banyak-banyak makanan nie satu nie je aku tak pernah rindu tak tak pernah terfikir untuk makan.. makanan tu adalah seperti gamabr di bawah..

nie adalah ulat mulung. bagilah aku berapa pun aku rasa aku tak akan makan ulat ni( ye ker???) ada yang kata ulat ni rasa macam udang.. macam isi ketamlah. macm-macam. ulat nie boleh dimasak dengan pelbagai cara.. ada tu lebi suka digoreng jer tapi kalu aku goreng ke, bakar je aku macam tak sanggup je makan.... kagum dengan golongan yang makan nie.. kadang-kadang teringin gak nak rasa tapi blom ada keberanian lagi.. hahaahha

adios....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts