bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Thursday, December 6, 2012

Adilnya Allah...

assalamualaikum semua..

selamat pagi... hari ni kepala aku sakit... kejutan malam tadi 6/12/2012 masih belum hilang lagi dan ditambah dengan kejutan pagi ini. pagi jumaat 7/12/2012 ni sekali lagi seperti ulang tayang di kaca televisyen, aku terpaku tengok Cik Putih... entah makhluk mana yang tak bertamadun letak seplastik sampah dengan tulang-tulang bagai atas Cik Putih.. .


taklah sebanyak ni. cuma seplastik  jer

dan lepas tu terus aku tgk tayar dan huaaaaaaa macam nak menangis dan meraung je terus!!!!!! tayar aku kempis dah. tayar belakang belah kiri... kenapa mesti Cik Putih di sabotaj??? dulu kat rumah lama pun tayar kena cucuk.. lebih teruk 2 tayar kereta aku kena cucuk lebih dari 5 lubang.. kejamnya manusia zaman sekarang... ni 2012 pun kena lagi... bulan lepas Cik Putih aku kena calar dan pagi tadi lepas tukar tayar and cuci kesan kotoran pada cermin Cik Putih aku tengok badan Cik Putih ada kesan calar yang baru dan PANJANG.... Ya Allah, kau berilah kesedaran pada manusia yang melakukan kerja2 tak bertamadun nia..



marah, geram, sedih, kecewa semua nya aku rasa. even aku rasa fobia nak park Cik Putih kat situ lagi. boleh tak aku angkut masuk dalam rumah jer... kalau doremon ada boleh gak aku mintak tolong kecikkan kereta aku dan bawak masuk dalam rumah... tapi bila di fikir balik... aku pasrah... nak meroyan tak tentu pasal pun buat apa.. aku tak tau siapa manusia yang tak bertamadun tu... mungkin ini adalah balasan kecil atas dosa2 aku selama ni. dan ini adalah peringatan buat aku... ya mungkin ahh tak bukan mungkin tapi aku pasti!!!!! sedikit ucapan terima kasih kepada manusia yang tak bertamadun tu sebab tak bocorkan tayar Cik Putih macam kejadian tahun lepas.. tak apalah setakat angin tak ada tak apa.. sekurang2nya aku sempat buat balancing pada tayar Cik Puti tadi... hurmm dah lama Cik Putih x kena service... tunggu ya Cik Putih...

kejutan apa malam tadi??? hurmm malam tu memang dah janji dengan Cik Hashim dan kekasih hatinya nak ke danau kota.... so after balik kerja terus aku ke tesco nak beli barang sikit.. owh ya lupa nak story aku sekarang dah kerja... alhamdulillah... ok sambung cerita... janji pukul 10 so sementara nak tunggu pukul 10 tu aku merayaulah seorang diri di tesco tu... tak lah lama pun sebab aku sampai kat tesco mutiara damansara pun dah pukul 8 lebih.. so bila dah pukul 9 lebih aku bbm Cik Hashim tanya kat mana dan dia kata nak pi makan dengan Encik Topi sekali.. owh.. lama tak dengar cerita tentang Encik Topi.... tetiba rasa sedih time tu.. Cik Hashim ajak join sekali tapi yalah bila tau ada Encik Topi takkan aku nak join.. Encik Topikan benci  kat aku.. so aku bg tau la aku masih nak cari barang... tak per biar aku tipu asal aku tak jumpa Encik Topi. bukan tak mau jumpa tapi kalau aku jumpa dia aku akan sedih..

di pendekkan cerita sedang aku ber bbm, dengan Cik Hashim tetiba aku dengar bunyi PING! aku ingatkan Cik Hashim yang PING aku rupanya jeng jeng jeng...... ENCIK TOPI???? aku sangat sangat sangat dan sangat terkejut.... time tu aku suh Cik Hashim cek sama ada Encik Topi demam ke apa.. dan Cik Hashim kata Encik Topi ajak aku join... hurmmm aku masih blom dapat fikir dengan waras... aku ingat Cik Hashim nak mempermainkan aku.. tapi Encik Topi bbm aku tanya kat mana and ajak join derang,,,, waaaa time tu aku sangat2 sedih.... tersangat sedih... 



 dan bila dah sedih tu apa lagi tetiba plak keluar air mata.... aku tak nangis tauuu... cuma air mata keluar dengan banyak...

aku pendekkan cerita lagi.... lepas aku cool down aku terus gerak nak jumpa mereka. 





Ya jumpa Encik Topi juga....dan ya dengan mata aku yang sedikit merah tu...dan kita orang ke danau kota naik Cik Putih... masa tu air mata aku macam nak keluar lagi sebab dah cukup lama suasana macam ni hilang..... Cik Hashim kata aku macam tak keruan... macam manalah aku nak keruan.. aku masih terkejut,,, masih tak percaya dan sangat sedih... dan mungkin gembira... kita orang borak macam biasa walaupun aku tau memang rasa sikit janggal... tapi aku cuba buat macam biasa... Cik Hashim kata - mungkin dia dah sedar so just go on la.. nak tunggu kau tegur dia memang taklah kan.. dua-dua ego..!!!- ya mungkin aku memang ego sebab tak nak tegur dia even tanya dia kenapa kita orang macam ada crisis sebelum ni tapi sebenarnya aku betul2 tak tau nak tanya dia kenapa.... aku dah terbiasa meninggalkan sesuatu yang buat aku sakit tanpa aku selidik.. memang salah aku juga...  so Encik Topi, aku minta maaf yer kalau aku ada salah dengan kau... aku just boleh say sorry kat sini jer sebab aku tak ada kekuatan dan keberanian nak bagi tau ko betol2.. sorry again... 

finally aku hope semuanya akan kembali normal... oklah... lain tahun aku update lagi..
owh ya esok along nak bertunang... sama tarikh dengan kahwin kakak Encik Topi.. huhuh sangat kebetulan...





adiosss

Monday, December 3, 2012

selangkah meninggalkan kenangan.

assalamualaikum semua,

dalam kehidupan kita, kita bukan sekadar melangkah untuk menuju ke sesuatu tempat.. kita juga melangkah pergi dan meninggalkan kehidupan kita yang lalu. semua orang ada kisah kehidupan yang lalu. tidak ada seorang pun yang tak pernah ada kehidupan lalu. segala kenangan yang kita pernah cipta, kita pernah lakarkan dan kita pernah ukir dalam hidup kita semuanya akan kita tinggalkan.

dan kini, aku selangkah lagi meninggalkan kisah lampau aku. kini, aku sudah menempuh satu lagi sisi kehidupan yang pernah aku bayangkan walaupun bukanlah seratus peratus seperti yang aku bayangkan tapi aku tetap bersyukur. aku masih cuba berdiri menggunakan kaki aku sendiri. walau sukar tapi kita semua harus mencuba. aku cuba untuk membina kehidupan aku sekarang walaupun sedikit sukar sebab aku sudah terlalu terbiasa dengan kehidupan yang dulu... aku harus terus cuba melangkah...

kini aku mengerti, walau kurang pasti tapi aku cukup mengerti... bukan mudah untuk melangkah meneruskan kehidupan... ada ketikanya kita akan di sapa kegembiraan, ada kalanya kita di sentuh rasa terharu dan ada ketikanya kita disergah kesedihan.. semuanya mematangkan kita... dari situ kita akan belajar untuk terus melangkah, menempuh dunia yang serba tak di duga..

adiosss




Popular Posts