bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Wednesday, August 25, 2010

terluah sudah cerita ini..

cerita yang aku maksudkan adalah cerita tentang aku yang join this lose big program. semalam one of my friend yang macam serkap jarang or memang dia bleh agak la aku ke gym. tapi aku tak yakan pun cuma tadi je baru aku mengaku aku ke gym. aku pun dah cerita kat cik sahabat baik yang aku dah join this program. oklah kan lagipun sampai bila la aku boleh nak rahsiakan semua ni sebab aku balik kelas dengan dia juga. aku bukan apa. aku rahsiakan semua nie sebab aku tak nak kecoh-kecoh. kiranya sekarang ni cik sahabat baik dah tau tentang hal ni manakala encik sahabat pula just tau aku ke gym je maybe esok atau lusa aku akan cerita hal sebenar. malas nak elak-elak dari jawp soklan lagi.

well hari ni lepas habis class aku trus melangok kat dalam gym ni. kira rite now aku ada kat gym la tengah ushar-ushar orang handsome. heheheh hari ni satu hal aku selesai iaitu hal pasword aku kat web biggest loser club. yang tinggal hanya tentang deposit aku je. tak kishlah bila selesai. aku tak peduli pun. heheheh

well hari ni kita orang akan dapat tahu berapa berat terkini aku. last monday kita orang timbang tapi my lovely trainer dah tutup awal-awal skrin kat penimbang tu. tak bagi kita orang tengok tapi aku macam biasa mata aku dengan pantasnya meliar mencuri-curi tengok kertas yang di prinkan. tapi tak sure ke betul aku tengok. hope betullah sebab aku tengok berat aku 92. berapa ntah. harap betullah. sekurang-kurangnya turun juga berat aku. kalau naik mampus aku,. dahlah nak turun berat pun lambat giler. tapi tak perr sabarrrr...

errrmm tiba-tiba rasa macam blog aku ni membosankan sebab banyak merapu. kalau ada gambar menarik sikit tapi aku tak tau nak letak gambar apa yang ada kaitan dengan cerita aku.. so kesimpulannya kalau ada gambar adalah kalau tak ada nasiblah... hehehe

oklah aku tak tau nak story apa lagi so next time aku update and inform tentang berat terkini aku ok. bye selamat berbuka...

Tuesday, August 24, 2010

sesuatu yang tak pasti

sesuatu yang tak pasti, itu yang aku rasa saat ni. bukan apa aku tak pasti sebab aku rasa macam ada sesuatu yang tak selesai lagi untuk hari ni. macam ada sesuatu yang aku mesti buat tapi aku tak pasti apa. assignment???? ermm aku dah cari maklumat dah, kat rumah baru nak taip. so apa lagi yang belum selesai???

kalau ikutkan aku nak kongsi cerita tentang program yang aku ikut tapi aku rasa macam boring je sebab selalu sangat cerita tentang tu so kali ni aku nak kongsi cerita tentang berbuka puasa.

last few day aku and my lovely geng bas sekolah ( along, angah, roy, aini and azman) sungkei ( berbuka puasa dalam bahasa sarawak) kat red box IOI mall kat puchong. this is my first time berkunjung di redbox so aku terima je apa yang ada. lagi pun aku tak cerewet pun. well kami di hidangkan dengan 3 jug air ( coke, sprite and watermelon) dan satu air jus dalam bottle ( aku tak ingat lak nama air tu) and tib bit 3 manggkuk. itu kira pakej lah and tak lupa juga buttef untuk berbuka. kira nya rm 52 per person so kita orang ada 6 orang jadi korng kiralah berapa harga untuk satu bilik tu. dari pukul 7 petang kalau tak salah aku we all kat sana sampailah pukul 12. bayangkan berapa lama kita orang kat sana. other geng bas skolah asyik menyanyi, aku macam biasa akan menyumbangkan suara bila mereka menyanyi. bukan aku tak suka menyanyi tapi aku kurang sikit bab nak karaoke nie. hahaha bisalah suara aku terlalu sedap. takut ada yang tergugat.

kat bawah nie aku kongsi sedikit picture dessert yang aku ambik time tu. tak banyak pic makanan yang aku ambik sebab terlalu banyak gambar ahli geng bas sekolah je.


nie adalah ais yang aku and along hias. aku punya aiskrim yang ada buah tembikai tu sebab aiskrim aku banyak perisa mint. aku suka giler perisa mint sebab segar. hahahha nama pun mint dah tentu segar kan.

dalam kon ais krim kecik tu ada kacang and almond kalau tak salah aku. aku makan sikit je sebab kurang sikit nak makan kacang. angah je yang gilakan kacang so aku pas kat beliau je.

mula-mula aku makan nasi sikit, aku ambik lauk pauk je banyak. kebanyakan lauk kat sana tak pedas tapi aku rasa tak ada yang pedas pun yalah sebab tu masakan cina so mana bleh pedas. then aku ambik juga spegethi, choc ball ( yang buat aku pening lepas makan satu je sebab aku ada maigrain) dory fish, ikan goreng cili yang tak pedas, ermmm ap lagi ek... aku pun tak ingat. ada sushi tapi aku tak sempat makan sebab dah kenyang.

ni pulak menu yang along ambik. dia nak try makan mussle. nasib aku suh dia ambik tabesco kalau tak memang kurang sikit rasa dia. along je try makan nie. aku tak pun sebab aku dah sah-sah tak suka makan benda-benda macam nie. along kata rasa dia macam sotong. aku pun tak tau aku rsa aku tak pernah makan.

memang berbaloi la kalo nak makan kat sana. heheheh oklah aku pun tak tau nak cerita apa pun. so next time aku update lagi ek..

ok guys.. salam and selamat berpuasa....
love..

Wednesday, August 18, 2010

KISAH MALAM RABU

aku baru balik dari fitness first the curve. so now lepak kat starbucks semata-mata nak on9. susah juga kalau tak ada internet kat rumah. terpaksa melangok kat mana-mana semata-mata nak on9. tapi kalau ada internet kat rumah bil elektrik pula melambung so kesinpulannya biarlah tak ada internet kat rumah.

ok tadi rutin yang kita orang buat makin susah. dan aku makin risau sebab aku dapat rasakan aku makin malas dan makin tak jaga makan aku. tu yang aku tak suka tu sebab kalau aku dah mula makan nasi atau dalam kata lain pecah diet aku teruslah aku malas nak berdiet lagi. nie pun hari tu aku tak pergi gym sebab balik melaka so rite now aku rasa macam malas nak pergi. oh no.. aku kena kuatkan semangat. aku tak boleh persiakan apa yang aku dah usaha. tapi tadi baru je aku makan ayam goreng mcd spicy kat mcdonald. teroknya aku nie.. tapi serius aku teringin sangat nak makan(* alasan sungguh)

makin risau sebab sepatutnya orang makin lama makin fit tapi aku makin lama makin semput pulak. adoiii. tadi pun dah semput semacam. tadi kena buat rock climbing kalau tak salah aku nama rutin tu. berapa kali kali aku kena denda sebab asyik stop je. mau tak stop letih tahap naga sampai aku tak dapat kawal kaki aku. tu dah kira memang aku letih dan tak terdaya. bayak lagi rutin yang melibatkan badan aku ni yang aku buat tadi. tapi aku boleh tahan lagi kalau dia tak banyak bergerak. maksud aku just buat kat satu tempat je. gile pemalas aku nie hahahha

oklah stop cerita tentang lose big programe nie. tapi eh aku nak tunjuk gelang yang we all dapat. semua member yang join this program dapat gelang nie. hehehe bangga siot. limited edition nie. orang-orang tertentu je dapat.
oklah next time aku update lagi. take care n selamat berpuasa...


Saturday, August 14, 2010

hujan di subuh hari

hujan yang turun mendamaikan jiwa yang sunyi... subuh muncul lagi tapi aku biarkan ianya berlalu pergi.

sahur tadi kami hanya makan buger, sosej dan ermm itu ajalah mana ada menu lain lagi. nasi? ermmm tak lah. jarang nak sahur nasi. waktu kecik-kecik dulu selalu eh bukan selalu tapi hari-hari kena sahur nasi. habis makan nasi sebelum tidur mama wajibkan kami minum segelas air kosong. tak kira kenyang macm mana mesti habiskan sebab mama takut kita orang kehausan di siang hari. lawak pulak mengenangkan zaman kanak-kanak. adik sempat merasa saat itu cuma baby je yang terlepas. biasalah sebab baby sorang je yang kecik and yang lain dah meninggat dewasa mama dah tak gunakan lagi cara tu. lagi pun baby bukan lah keck lagi pun. dah tingkatan satu so kira dah besarlah untuk tahan haus dan lapar tanpa merengek kat mama. tapi kadang-kadang kita aorang yang dah dewasa ni un merengek kat mama jugak. bukan apa saja nak mengada and saja nak bergurau senda walaupun mungkin pada hakikatnya serius memang lapar or haus....

hari ini aku akan balik ke k.l semula. macam tak nak balik je rasa tapi apa boleh buat kelas pun nak mula isnin ni. lagipun aku tak boleh duduk rumah mama lama-lama. habis semua diet aku. yalah aku dah terbiasa makan kat rumah mama so bila dah kena jaga pemakanan sendiri berada di rumah mama merupakan godaan terbesar untuk aku. jumaat aku makan nasi, sabtu pun makan nasi dan hari ni ahad aku dapat rasakan aku akan makan nasi jugak. janganlah naik berat aku. dahlah tak bersenam langsung. nampaknya isnin nie aku kena bekerja keras la... kena hilangkan semua yang aku masukkan dari hari jumaat yang lepas. takut jugak kalau naik berat sebab bukan pernah aku rasa macam mana berat aku turut. selama ni aku tak kisah pun tapi kali ni lain sikit.

apa lagi yang aku nak merapu kat sini ek.. ermm tak tau nak buat apa. nak main fb pun dah macam bosan. tak ada apa-apa yang menarik kat fb lagi. dulu bukak fb sebab nak main farmville tapi sekarang dah tak main fb lagi.. owh ya aku cadang nak letak hasil karya tulisna aku kat dalam blog nie tapi risau plak aku bila teringatkan fakta yang aku pernah baca kalau nak publish karya kita. untuk jadikan karya kita sebagai novel or nak bukukan karya kita, kita tak boleh publishkan kat mana-mana dulu sebab tu kirnya dah tak ori. ye ke?? tapi ada je kan penulis yang dah publishkan dulu kat internet then baru bukukan... entahlah. tengoklah macam mana nanti.

oklah mata aku ngantuk lak rasanya. aku nak beradu... tentang karya aku tu nanti aku fikirkan... slamat pagi semua.. smga mimpi indah....

menghilang tanpa jejak

menghilang tanpa jejak, itu je yang aku boleh katakan saat ini sebab memang dah lama rasanya aku tak up date kat my own blog. bukan tak nak update tapi aku tak ada aura nak menaip tentang apa yang aku rasa.

ok hari ni merupakan hari ke-4 aku dan semua umat islam yang ada kat dunia nie menyambut bulan ramadhan. so aku nak ucapkan selamat berpuasa. aku ada dengar cerita yang kat Jasin Melaka berlaku sesuatu yang tak di ingini sepalam iaitu pada 3 ramadhan. dua orang maut akibat dari ribut yang melanda di baazar ramadhan. innalillah.... semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di masukkan di dalam golongan orangorang yang beriman. begitu juga dengan mereka yang sudah meninggalkan kita dan pulang ke pemilik yang hakiki. menurut cerita yang aku dengar, kerugian para peniaga memang tidak dapat di bayangkan. aku ada tengok video ketika sesudah kejadian. memnag teruk giler keadaan nya. khemah peniaga rosak teruk dan menurut cerita gak sampai terbang khemah yang ada. subahnallah....

ok stop cerita tentang tu, cerita terbaru tentang aku pulak last wednesday kita orang dapat keputusan berat yang diambil pada hari isnin lepas pulak. good news, berat aku turun sebanya 1.5 kg. happy giler rasa tapi aku dapat tempat ke dua sebab ada sorang tu turun berat sebyk 1.9 kg. tapi aku tetap bersyukur sebab turun la juga... happy giler and risau takot lepas nie tak dapat nak control makan sebab semalam aku dah bedal makan nasi dengan gembiranya sebab mama yang masak.. .. nampaknya minggu depan kena kerja keras untuk burn semua yang aku makan weekend nie..

oklah macam tak ada idea lagi nak mengarut kat cnie.. so aku akan up date lagi bila sampai seru.. heheh salam ramadhan semua..

Tuesday, August 3, 2010

lama nya meninggalkan waktu..

lama aku dah tak up date kat blog nie even bar je beberapa hari aku tak post anything kat cnie. bukan apa. lately aku busy. busy ngan program yang aku join. hari ni pun aku bekesempatan nak pulang ke rumah bonda tercinta... dapat juga aku berehat-rehat...

bila cerita tentang program tu buat masa nie hanya peringkat introduction so aku rasa semua aktiviti dia taklah heavy sangat walaupun naik semput jugalah aku bila kena ikut semua arahan trainer tu.. semalam hari isnin, so training yang aku buat rasa macam nak termuntah. tak tau kenapa tapi semput melampaui batas. semua semput... yelah we all semua nie tak fit lagi. stamina pun paras buku lali je... mana mampu nak lagi.. tunggulah dalam beberapa minggu lagi. itu pun ikut kata trainer la...

well aku ambik extra class. mula this saturday. extra macam mana aku pun tak bleh nak bayangkan lagi so wait and see la ek.extra class means lebih banyak yang aku korbankan. hope all this berbaloi... sekarang pun aku masih berusaha untuk control diri aku dari pelbagai segi terutamanya pemakanan.. memang susah pun. naik pening kepala aku nak fikir apa yang aku mesti makan. bila tengok je hidangan depan mata cuak pula takot salah makan tapi perut dah lapar tawakal je lah.

oh ya lupa lak nak story tadi bila sampai rumah mama je terus mama kata aku dah kurus sikit. hahahah cam lawak. ye lah kalau ye pun nak mengusuk agak2 la. baru je seminggu aku ikut program nie takkan dah kurus hahaha. ada2 je family aku nie. but i still hope that will happen. insyallah. apa yang penting NEVER GIVE UP...



Popular Posts