bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Monday, October 24, 2011

terbaru hanyalah yang lama

Apa maksud tajuk aku tu? Macam tak ada kaitan je. Mungkin juga ada kaitan. Terbaru tentang aku? Lama dh x update blog ni. Cerita terbaru aku, masih seperti yang lama. Masih sendiri, masih di ulit assignment dan masih mencari kehidupan ni. Yess aku akan terus mencari dalam penantian.

Erm lately ada seorng sahabat (aku masih anggap dia sahabat setelah semua benda yang jadi) contc aku semula. Say sorry and bla bla bla. Aku tak tahu nk percaya atau tak. Kalau ikutkan as sahabat aku patut percaya dia. Mungkin dulu ya tapi lepas semua yang jadi aku tak percaya dia lagi. Dia msg aku, then last few day dia call p at the end aku yang end the call. Aku x nk ckp dengan dia walau aku memang nk borak dengan dia. Aku sebenarnya takut. Takut pisang berbuah dua kali. Aku x suka di di tipu. Aku benci bila sahabat yang aku sayang tipu aku. Kau kata aku sahabat dunia akhirat tapi kau tipu aku. For what? Tu hanya kata-kata manis lah wehh. Yup aku masih marah kat kau and aku tak mau contc dengn kau sebab aku tak nak dengar cerita bohong kau lagi. ermm tu yang sebenarnya. Aku x mau dengar cerita bohong kau dan aku dpt rasakn kau cari aku sebab ada sesuatu yang kau nak mintak kat aku. Sama macam dulu. Aku tak mau.. Kecewa aku masib bersisa lagi. Biarlah aku dan kau yang tahu tentang ni. Biar aku cuba bina semula keyakinan aku pada kau. Dulu kau menghilang dan katakan bila kau bersedia kau akan ceritakan pada aku dan kini bila kau bersedia biarkan aku mencari keyakinan untuk mempercayai kau.

Biar aku tahan rasa ini agar aku tidak di bohong lagi.
Adiossss
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 9, 2011

terima kasih sahabat

Minggu lepas adalah salah satu minggu yang terbaik buat aku. Terharu dan gembira bila sahabat yang disayangi berkumpul dan meraikan hari jadi aku. Gembira sebab ianya spt seperti sebelumnya. Mungkin sebab baru-baru ni ada sikit konflik yang terjadi di antara sahabat aku ni yang buat aku rasa spt kehilangan dan bila semua dpt berkumpul pada hari yang istimewa ni aku rasa happy giler. Thanks sahabat, syukur ya ALLAH.

Jumaat tu cik sahabat ajak gi rumah dia. Kita org memang dah plan nk buat makan2 cuma tak sure jadi ke tak. Kalau x jadi pun mlm kita org lepakkk.Dah tu siang hari jumaat aku tersangt laa bosan. So keluar pergi bayar bil, pergi salon, dah tu g makan. Mlm tu plak aku suruh cik semut ambik aku. . . . And we all gerak skali gi rumah cik sahabat. Malam tu amat gembira sebab semuanya gila-gila hahahhahah. Memang derang buat makan2. Aku tau aku tak di suruh tolong sebab ni kan hari jadi aku :-)

Lepas mkn semua tu encik topi tiba- tiba duduk depan aku. Aku tak heran lah sebab dia ni memang sengal and entah mcm mana kita orang bleh plak main sep-sep. Memang lawak coz encik topi tak reti main. Lepas tu cik nama lelaki plak join. Beria2 dia ajak main. Tak lama lepas tu lampu padam dan kebetulan aku yang duduk membelakangkan dapur terus dengar orang nyanyi lagu hari jadi. Hehhe tersengeh aku dibuatnya. Part ni aku tak ingat langsung. Tak jangka pun. Mungkin sebab dah terlalu happy bila semua geng waktu rehat ada.Cik sahabat, cik semut dan encik spek keluar dari dapur sambil bawak kek. Dan yang lain nyanyi. . Alamak segan pulak bila jadi perhatian. lepas acara tiup lilin n potong kek tibalah pulak acara suap menyuap. Sudah pasti cik sahabat adalah orang pertama yang aku suap kek. Dah tu sorang-sorang aku suap dan kemudiannya aku pulak yang di sapu dengan aising kek. Hahah rutin yang harus di buat time birthday. Apa lagi semua larilah lepas tu hahaha.

Ermm memang happy. Hope sangat kebahagiaan dengan geng waktu rehat akan kekal selamanya.

Friend till die,
Adiiooosss
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 6, 2011

23 tahun di bumi Allah. . .

Hari ni genap 23 tahun aku bernafas di bumi ciptaan Allah. Syukur sebab aku masih berkesempatan untuk menikmati suka duka kehidupan yang tak pernah kita tahu penghujungnya. Terima kasih Allah.

Kepada mama, alang ucapkan terima kasih sebab sanggup menggadai nyawa melahirkan alang pada 7 oktober 1988 yang lalu. Jasa mama tak terbalas oleh alang. Bukan takat itu aja, bermula saat tu mama tak jemu dan penuh kasih sayang mendidik alang dan mengajar alang untuk terus hidup di bumi yang indah ini. Mama buat yang terbaik walaupun kadang-kadang alang akan buat mama terluka tanpa alang sedar. Mama tak pernah nak berdendam dengan semua kelukaan mama disebabkan alang. Walau mama terasa hati, mama tetap tegur dan ajar alang untuk terus menjadi manusia berguna..Terlalu banyak rasanya dosa alang pada mama.ampunkan alang ma. . Bukan niat alang untuk buat mama terluka., ampunkan alang ma. .

Apa lagi yang aku harapkan untuk kehidupan ini? Rasanya tak layak untuk aku meminta apa-apa pun ketika ini apabila ada arahanNYA aku ingkari, ada permintaanNYA aku abaikan lalu apa hak aku untuk meminta yang terbaik untuk aku? Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki, tapi aku juga manusia yang lemah. Akan aku cuba menjadi manusia yang diredhai, yang seperti apa yang sepatutnya. Aku akan sering berusaha ke arah itu.

YA ALLAH ya tuhanku, aku tahu aku tidak layak meminta tetapi apa uang kuharapkan hanyalah jalan yang kau redai. Kau tunjukkanlah aku jalan itu, kau permudahkanlah kesusahanku, kau gembirakanlah kesedihanku, kau terangilah kegelapanku.. Aku pohon padami ya ALLAH. Hanya padamu aku berserah. .

Aku hanya insan yang lemah,

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 4, 2011

pengalaman pertama

Ni aku nk story satu cerita hot kat sapa-sapa yang baca. Hari ni dengan yakin dan cekalnya aku paksa diri bangun pagi untuk ke kelas dan dengan yakinnya juga mata aku nie sangat berat untuk di buka. Mengantuk yang amat. Bila sampai kat kolej kawan-kawan aku dengan yakinnya bagi tau kelas dibatalkan. Huaaaaa saba je lah. .

Well bukan tu pun aku nak story lepas je lepak kejap ngan kawan tadi kita orang gerak gi Arkib Negara Malaysia. First time tu aku gi sana. Bagi mereka yang tak pernah pergi Arkib Negara Malaysia terletak di jalan Duta. Tempat tu adalah tempat untuk menyimpan segala maklumat dan khazanah negara kita. Bagi yang sedang buat kajian atau penyelidikan bolehlah gi sini untuk cari maklumat.

Ok kalau nak pergi sana kena pakai baju proper. Kemudian kena daftar dulu. Kena isi borang lepas tu dia akan bagi penerangan macam mana nak guna segala kemudahan kat Arkib Negara tu. Tak lama lepas tu kita akan dapat satu kad keahlian. Kalau nak masuk dalam tu tak boleh bawak pen. Kena guna pensel je and semua file atau apa-apa yang ada dalam tu kena guna elok2 sebab semua tu sangat berharga.

So kesimpulannya. Itu satu lagi pengalaman aku tuk hari ni. Aku gi sana pun sebab nak cari info untuk project paper aku. Hehheh oklah lain masa aku update lagi hehheh

Adiosss
Published with Blogger-droid v1.7.4

Popular Posts