bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, August 26, 2012

Bertunang!!!!

assalamualaikum semua,

       Macam menarik kan tajuk entry aku kali ni. BERTUNANG!!!. . bertunang, satu langkah bagi pasangan  untuk membina masjid. aku tak cakap pasangan kekasih sebab tak semua pasangan kekasih yang bertunang. kadang2 yang tak jadi kekasih pn ada yang bertunang. itukan memang lumrah kehidupan. siapa yang tak nak harungi semua tu. aku yakin pasti semua wanita nak rasa macam mana rasa bertunang. kalau ada yang ckapa tak tu macam tipu jer tapi tak apa aku faham, buat masa  ni korang yang kata tak nak tu belum lagi jumpa dengan perasaan nak rasa menjadi tunangan orang( aku paham la sebab aku pun sama ahhahaahah) tapi aku yakin satu hari nanti mesti aku pun nak rasa cam tu gak(mungkin!!!!!)


  Love is like question mark!!! aku stuju dengan statement tu.  kita akan sering tertanya-tanya sesuatu yang ada kaitan dengan cinta... tambahan bila usia kita dah semakin meningkat semakin banyak persoalan yang akan kita tanya dan di tanya, siapa kekasih hati kita, bila nak bertunang, bila nak kawin dan banyak lagi soalan berkaitan dengan cinta. kadang-kadang kita sendiri tak dapat bagi jawapan sebab kita sendiri masih tertanya-tanya tentang semua solan yang orang tanya... aku rasa bersyukur sebab aku ada 2 orang kakak yang masih belum kawin so peratus untuk keluarga dan kenalan tanya bila aku nak nikah tu sikit sebab semuanya tertumpu pada kakak2 aku. segala persoalan cinta ni biar kakak aku yang hadap dulu!!!


kisah bertunang yang aku nak story ni bukan tentang pertunangngan aku sebab secara halusnya aku dah bg tau kat atas tadi yang aku belum rasa nak bertunang... dah kisah ni adalah kisah kakak kedua aku, angah.. yang best nya time angah 'dilamar' kita orang ada kat tempat kejadian. time tu kat Miri,, we all ada buat birthday celebration for my sis and kekasih hati dia ni. so at that time lah kejadian ni berlaku. sempoi tapi sweet...
The ring in a rose!!!
Cincin dalam bunga rose kekasih hati kakak aku ni bagi depan kawan2 dia, kawan2 kakak aku dan kawan2 aku yang kebetulan aku angkut skali gi party tu.

ok so before puasa hari tu, angah bagi tau yang keluarga kekasih hati beliau akan datang meminang. di sebabkan mereka bukan berasal dari semenanjung so mereka call lah mama then tanya macam mana adat orang sini dan insyaallah,, kalau tak ada aral melintang bulan 10 ni kot pihak sana akan datang. yeahhhh!!! aku tumpang happy. sorang bakal selamat dari persoalan cinta dan aku masih selamat sebab tumpuan pada persoalan cinta ni belum tiba pada aku sebab along masih ada. (senyum riak!!)


    eh kenapa stop tetiba!!! owh betullah orang kata, jangan cakap besar, jangan riak kan dah makan diri!!!! semalam along balik dengan kekasih hati dia pulak. and apa yang membuat aku gembira adalah along pun nak bertunang cuma belum pasti bila. mama apa lagi happylah sebab dah selayaknya kakak2 aku ni kawin. aku pun tumpang happy dan teruja... jadi apa masalahnyakan???

masalahnya dengan statement mama tadi yang menyedarkan aku tentang sesuatu. statement yang memusnahkan rasa selesa dan selamat aku!!!

statement mama :  " nanti along dan angah dah selesai kawin. lepas tu alang pulak"

TTTTTTIIIIDDDDAAAAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!   

alamakkkkkk..... habislah aku!!! baru je nak rasa happy dan teruja untuk kakak-kakak aku ni skali mama dah cantas habis..  awal-awal lagi aku dah bg tau mama : " eh apa tanya alang plak? kerja pun belum. jangan nak tanya soklan tu. soalan tu skip trus pergi ke atih(adik aku)..."

dan aku tau, aku harus bersedia dari sekarang untuk menghadapi segaral persoalan cinta dari orang dan boleh tak nanti bila orang tanya aku tentang tu akuu bua muka macam kat bawah nie??

aku pandang je mereka... tak jawap apa2... bleh kann????

rasanya tu je cara yang selamat untuk jawap solan tue kann... aku aku buat cam tu je lah. hahaha 

adiosss

Wednesday, August 15, 2012

kisah 27 ramadhan

Korang, aku rindu korang tapi aku tak tau kenapa rasa ni sakit sangat bila aku terkenangkan kegembiraan kita dulu. Aku rasa macam kehilangan. Aku kehilangan korang. Aku penat, penat cuba untuk mempertahankan hubungan antara kita semua.  Aku dah semakin putus asa sebab ianya berlaku pada aku berulang kali. Hati ni rasa macam di hiris-hiris, sesak nafas aku seketika. 
Aku memang malang dalam sesuatu perhubungan dan aku mungkin semakin percaya yang aku tak boleh ada sesuatu hubungan yang rapat. Aku cuba untuk menafikan benda tu tapi perasaan seperti tidak dihargai, tidak diperlukan sangat kuat aku rasakan. Ini buat aku rasa kecewa. . Kecewa kerana aku terlalu menyayangi perhubungan kita semua sampai memakan diri aku . Aku cuba lari untuk menghindari rasa sakit ini tapi ianya semakin dekat pada aku!!!!
Di pagi 27 ramadhan ini, aku terkenangkan kenangan kita.  Sedar sejauh mana aku lari, sejauh mana cubaku buang segala kenangan itu, aku tetap merinduinya. Aku cuba untk menerima takdir perjalanan hidup ini. Kehidupan harus di teruskan walau kita ditinggal sendirian.
Korang, aku rindu korang.
Adios
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

baby, bayi. budak-budak dan kanak-kanak. .

Assalamualaikum semua,

Ok entry kali ni x da emo2 lagi sebab aku baru dapat tau yang akak yang agak rapat ngan aku kat tempat aku practical dulu pregnant anak ke -2 . Anak sulung kak Fara lelaki, so kalau yang numbe 2 nie girl lagi afdal.( ehh aku plak yang over) , yelah kira nanti anak kak Fara sepasang lah. Terus aku terbayang muka anak kak Fara. Cute je budak tu. Rasa nk cubit-cubit. Heheh Aku plak yang rasa best.. Aku memang suka budak-budak cuma aku rasa budak-budak yang tak suka aku sebab aku suka buat muka ganas-ganas manja hahah.

Tapi paling best waktu aku jumpa kwn aku kat Sarawak. Derang ngan anak masing-masing dan yang paling bestnya budak2 tu sangat tak takut orang. . Dan aku pun apa lagi asyik berkepit ngan budak2 tulah sampai kawan aku cakap : " kau ni dah boleh ada anak dah. Ciri-ciri seorang ibu dah bleh nampak dah," owh sahabat cam mana aku nak ada anak. Laki pun aku tak ada. Hahaha lgpun macam complicated jer aku rasa.(atas sebab2 tertentu) bukan complicated utk ada anak tapi utk kawin.  Apa-apa aja lah. Hahahah

Ok nak menyimpang dari tajuk entry aku jap. Fb aku dah deactive atas alasan gangguan jiwa(over tau!!) tapi aku online guna fb aku yang satu lagi. Bezanya x semua kwn-kwn aku ada kat fb yang aku guna sekarang. Aku rasa aku perlu 'HILANG' seketika. Lgpn bukannya ada org tau pun aku ada ke tak, aku kan orang terbiar.(ayat sentap!!!) aku sedang cuba untuk keluar dari kenangan lama aku sebab ianya amat menyakitkan aku. So the best thing is aku hilang. .

Oklah aku nak rehat nie. Penat mengecat bilik aku. Yer setelah 7 bulan pindah kat rumah nie barulah aku boleh cat bilik aku sendiri. Tu pun lepas aku psyco parent aku (jahat giler!!) hahah . Aku just guna tektik yang aku slalu guna utk dpt apa yang aku nak jer kat bapak aku tu. Hehhe. Kira oklah dah cukup lama aku bersabar kan. Leceh la kongsi bilik ngan adik aku. Aku tak suka share bilik sebab aku sangat berbeza dengan adik beradik aku yang lain. Esok sambung cat lagi. Tak sabar nak duduk kat bilik sendiri. Heheheh kecian aku asyik menumpang jer. Oklah. Lain tahun aku update lagi.

Skali lagi. Conggrat Kak Fara.

Adioss

Published with Blogger-droid v2.0.6

Popular Posts