bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, June 28, 2011

Misteri si kucing kelabu..

Bila aku tengok, kucing ni macam kucing biasa tapi kenapa aku rasa lain macam je??? Hari tu( dalam minggu lepas) aku balik agak lewat ke rumah lepas lepak dengan geng waktu rehat. Dan seperti biasa cik sahabat Akan hantar aku balik. Aku bila dah balik lewat macam ni malas nak fikir yang bukan- bukan. Bila fikiran negative nak terjah masuk dalam otak aku terus aku halau cepat-cepat. Dahlah aku selalu guna tangga kecemasan sebab Lebih dekat dengan rumah aku. Tangga Utama Bukanlah jauh mana pun tapi malas punya pasal gelap Pun gelap lah. Tapi tak adalah gelap sangat. Kadang- kadang Cuak juga aku gunA laluan tu sebab sebelah kiri tu semak samun Dan hanya dipisahkan Oleh longkang besar Dan sebelah kanan pula bangunAn rumah yang aku tinggal. Kadang-kadang je lampu laluan tu elok Dan hari tu pulak lampu tu malap je. Time nie lah aku Dok teringat cerita adik bongsu aku yang Ada kelebihan sikit. Dia kata dia pernah nampak SESUATU duduk BERTENGGEK di besi tangga tin Kat rumah aku. Time nilah aku macam menyesal balik lewat. Daki punya daki anak tangga tu sampailah aku Kat tingkat 3. Malas nak fikir benda lain aku mainlah Muncie rumah yang aku pegang. Tiba-Tiba terkejut aku tengok Ada seekor kucing Kat level 3 tu. entah Dari mana muncul aku pun tak pasti. Selalunya kucing Akan lari bila Ada orang nail tangga so dengan yakinnya aku ingat kucing tu akan blah tapi skali kucing tu datang dekat dengan aku. Aku yang agak geli geleman dengn kucing ni try la halau tapi boleh pulak kucing tu tak blah Dari situ. Dalam berani-berani Cuak aku langkah laki mendaki tangga dan yang mencemaskan aku kucing tu ikut aku. Aku stop dia pun stop. Mungkin bagi peminat kucing tu perkara biasa tapi Aku pulak yang rasa luar biasa. Aku stop Kat depan pintu rumah Aku. Aku ingatkan kucing tu Akan terus blah tapi dia terus duduk Kat sebelah dinding berhadapan dengn rumah aku. Aku halau pun dia buat bodo je. Sambil tengok kucing tu berkali-Kali sebab takut kucing tu dekat Kat kaki aku, aku cepat- cepat buka mangga rumah aku. Kucing tu masih Kat situ. Tunggu aku macam aku Akan jemput dia masuk pulak. Bila dah bukak grill sepantas boleh aku masuk Dan get ready, manalah tahu kucing tu terjah masuk rumah aku, tapi kucing tu masih duduk Kat Dana. Heran pulak aku. Bila aku dah mannggakan semula grill aku dengan mangga pertamA terus kucing tu bangun Dan beredar perlahan- Lahan. Sebelum aku tutup pintu aku tengok kucing tu dah Turun semula. Wehh pelik betul. Macam kucing tu nak pastikan aku selamat masuk Kat rumah je... Aku masih terfikir- fikir tentang kucing tu. Rasanya aku tak nampak lagi kucing kelabu tu. Mungkin dah selesA duduk Kat dalam rumah salah seorang penghuni kawasan rumah ni... Aku tak cerita an pada sesiapa pun tentang Hal ni. Aku share ngan sapa yang baca ni je... Oklah tu je cerita aku sekian, terima kasih. Adios....

Tak salah berkawan..

Ya memang tidak salah berkawan.. Sang pujangga pernah berkata berkawan Biar seribu, berkasih padA yang satu. Tapi kadang- kadang Manusia di zaman ni Lebih suka berkasih Biar seribu, berkawan Asal Ada. Benar ka kata itu? Tepuk dada berfikirlah otak. Esh perosak Bahasa sungguh aku ni.. Berbalik pada apa yang aku ingin merapu Kat sini, memang tak salah Kita nak berkawan dengan sesiapa pun sebab Kita ni Manusia biasa. Tak Ada yang sempurna pun. Yang Ada rokok jenama semporna... Baik mana pun seseorang Manusia tu mesti ada sesuatu yang kurang pada dirinya.. Begitu juga dengan aku yang sangat tidak sempurna ini. Oleh sebab itu lah sebolehnya aku ingin berkawan dengan sesiapa saja yang Sudi Dan ikhlas nak berkawan dengan aku. Aku mungkin nampak sombong tapi bila korang Kenal aku mungkin korang Akan rasa untung Kenal ngan aku( Gaya promote diri sendiri) senang cerita ah aku Akan bagi apa yang korang bagi Kat aku. Bukan bagi barang- barang tapi perangai. Baik perangai korang Kat aku baik juga aku pada korang. Gila- gila korang dengan aku gila- gila aku layan korang. So kiranya what you give you get back lah hahhaha . So KesimPulan pada apa yang aku Cuba sampaikan ni adalah... Janganlah segan nak jadi kawan aku. Dan terima kasih pada anda yang Sudi jadi follower saya Walaupun tak Kenal sapa aku.. Kata orang tak Kenal maka tak cinta.. Cintai aku sebagai seorang sahabat, kasihkan aku sebagai saudara, tegurlah aku Demi kebaikan Bimbinglah aku Demi kemajuan ..... adios.....

Saturday, June 25, 2011

si busuk hati

Tak payah lah nak busuk hati sangat.. jangan nak dengki la.. memanjang nak kutuk apa yang orang buat... semua benda nak kecoh... memanjang tak puas hati dengan aku kan... saja nak cari pasal.. kau ni dasar melayu la.....

Hahahha jangan risau weh ni bukan ayat emo dari aku tapi ni adalah ayat yang slalu aku bagi kat kawan aku nie.hahah ayat gurau-gurau. Tadi lepak lagi ngan geng waktu rehat ( cik sahabat, cik semut, encik topi) kat tempat biasa dan macam biasa gak main monopoly deal..


Aku saja nak cerita tentang ni sebab nak tunaikan permintaan encik topi yang nak sangat aku cerita tentang mereka kat blog aku. Asal jumpa aku je mesti dia akan cakap “ kisah ini kisah aku” (tag line blog aku)... konon sebab dia yang kantoikan blog aku ni dulu... so saja nak kecohlah. Haha so encik topi, anda sudah menjadi salah satu topic yang terpaksa aku cerita dalam gossip aku kali ini..

Tadi juga cik semut ada bagi aku serba sedikit idea untuk aku buat novel. Ermmm bagus juak tu sebab time nie aku tengah kekering idea... boleh aku tambah apa yang patut dalam cerita aku yangsedang aku taip (entah bila nak siap) kali ni. Trimas lah wehhh....

Siang jumaat tu aku bangun pukul 336 p.m... esh terokkan.. anak dara apalah ni... terus kena buang dari senarai nama menantu pilihan... naklah sangat aku jadi senarai menantu pilihan kan.... macam mana tak bangun lambat.. aku tidur pukul 7 lebih agaknya sebab last aku tengok jam pukul 7 berapa ntah... lepas balik lepas smalam je trus aku main game tak ingat dunia... ya aku memang suka main game hahahhaha ada aku kisah kau nak cakap apa.. lepas bangun je ada mesej dari cik sahabat. Kalau ikutkan we all nak kuar dalam tengah hari tapi memandangkan dah petang terlepaslah waktu tengah hari tu... tapi we all tetap keluar sebab aku taknak duduk kat rumah... so keputusan dah di buat terus keluar lepas bersiap segala bagai tu.. gi makan dulu dah tu jalan-jalan malam roger cik semut dan encik topi... tapi kena tunggu pasangan ni dulu.. sebab dah tak tau nakbuat apa aku dan cik sahabat pergilah meronda di kota raya, Kuala Lumpur.. konon nak pergi lepak kat andalus ampang skali kedai tu dah pindah pulak... last-last terus lepak tempat biasa je.. bayangkan dari damansara ke K.L dah tu terus ke damansara balik.. memanglah bagi sesetengah orang tu biasa je tapi macam lawak lah... berialah nak lepak lama-lama kat k.l skali lepak kat damansara je pulak..hahaha

Ok nak cerita tentang maharaja lawak pulak.... tahniah la kepada kumpulan Sepah (macam mereka tau je aku wishkannn) sebab dah menang. Walaupun aku tak tengok pun maharaja lawak untuk FINAL nie tapi aku update jugalah kan.. aku usher kat fb jer.. huaaaa nasib ada ulangan..

Oklah aku malas nak story apa-apa lagi sebab aku tau macamlah ada yang nak kisah sangat apa aku tulis kat blog ni. Tapi aku ada blog sebab aku nak cerita kepada diri sendiri... blog aku ni memang untuk diri aku je... dan pada sapa-sapa yang rajin nak baca... blog ni bukan untuk info-info terbaik or terkini... nak cari info pergi blog orang lain.. hahahhahahah

adioss

Friday, June 24, 2011

Misteri sebuah kehidupan

Thanks la kat kawan-kawan aku yang sudi luangkan masa dengan aku malam-malam jumaat nie. Lepak ngan korang boleh buat aku lupa semua masalah yang aku tengah fikirkan sekarang ni walaupun untuk seketika. Sekurang-kurangnya aku dapat bagi otak aku bernafas buat sekitika dari fikir banyak perkara yang kadang-kadang remeh tapi boleh buat otak, jiwa dan hati aku hancur. Lepak dengan korang jugak boleh buat aku lari dari apa yang aku rasa semenjak dua menjak ni. Thanks again weh.. lapang sikit fikiran aku bila aku balik lepas kita lepak. Tenang sikit jiwa aku..

Mungkin hormon dalam badan aku tiba-tiba menggila buat emosi dan keadaan diri aku sangat tak stabil di tambah pulak keadaan sekeliling yang buat aku sangat down. Sebab apa?? Banyak je sebabnya dan macam biasa aku hadapi semua tu sorang-sorang. Nak share ngan kawan-kawan aku memang tak tau nak cerita.. abaikan jelah... Time lepak tadi buat aku rindu ngan zaman sekolah aku waktu kat skolah teknik dulu. Happy macam tu lah aku. Gelak tak ingat dunia, gaduh-gaduh manja tak sedar diri ngan kawan-kawan. Huaaaaa aku rindu kenangan lama dan bila aku sorang-sorang semula mulalah semua benda nak terjah masuk dalam otak aku...

Minggu ni aku and kakanda aku kena balik rumah bonda tapi aku macam berat hati nak balik sana. Boleh tak kalau aku tak balik??? Tapi mesti mama pelik kenapa aku tak balik sebab akulah orang pertama yang akan balik bila ada peluang tapi kali ni aku macam berat hati. Berat hati atau berjauh hati??? Siapalah aku nak berjauh hati dengan keluarga aku....layak ke aku nak terasa hati dengan keluarga aku??? Biarlah apa yang aku rasa tak penting kan... abaikan jelah..

Hari ni final maharaja lawak. Memang aku nak sangat tengok final ni tapi aku tak ada perasaan nak tengok dengan kakanda aku. Rasa macam nak blah jauh-jauh dari sini. Apa asalah aku sebenarnya? Mengada-ngada kan... hahah aku pun tak tau... terpulang la korang nak kata apa sebab aku sendiri dah tak faham diri aku nie... agak-agaknya aku kena jumpa pakar counselling tak supaya aku boleh kenal dengan diri aku sendiri tapi macamlah aku akan ceritakan semua apa yang aku fikirkan pada seseorang yang aku tak kenal kan sebab dengan orang yang aku kenal pun aku tak bercerita. Sebab apa??? Sebab aku macam rasa tak ada orang nak dengar cerita aku. Bila aku nak cerita je orang yang aku harap sangat boleh dengar cerita aku ni pulak yang bercerita... aku pula yang jadi pendengar, tapi tak apa.. aku tak kisah jadi pendengar sebab aku dah biasa jadi pendengar sampai aku lupa macam mana nak jadi pencerita...

Ada sesuatu yang buat aku takut sebenarnya.. aku takut aku makin hilang diri aku. Hilang diri??? Ya itulah yang aku kata.. hilang diri aku yang sebenar.... mungkin bukan aku yang bermasalah dengan orang or orang yang bermasalah dengan aku tapi AKU YANG BERMASALAH DENGAN DIRI SENDIR!!!! Ada tak penyakit macam aku nie??? Boleh sembuh tak?? Ada sesiapa yang boleh tolong aku? Kali ni aku memang memerlukan pertolongan....

Tolong aku cari siapa aku....

Adiossss...

Tuesday, June 21, 2011

mengeluh lah sebanyak mana

mengeluhlah sebanyak mana ianya tetap tak membantu... aku dah try pun. aku tau tak elok untuk kita mengeluh tapi dah tu je yang aku terdaya nak buat. mengeluh, mengeluh dan terus mengeluh. nak bercerita pun macam tak ada benda yang aku nak kongsi... tapi macam banyak je yang berlegar-legar dalam otak aku nie.

kosong, rasa kosong tu sangat dekat dengan aku sekarang nie.aku pun tak tahu nak terangkan macam mana... tapi yang pasti rasa kosong tu memang ada dalam diri aku sekarang nie... huaaaa
nak nanges pun ada gak... takkan aku nak nanges kat mcd nie... tapi pe kes lak aku nak nanges tetiba.... tapi jiwa aku tengah akcau sekarang ni.... HUAAAAAAAAA apa masalah aku sebenarnya nie???? tention nya....

ntah tak tahu nakl cakap apa lagi... dalam dada aku nie dah macam penuh jer dah. penuh dengan benda-benda yang aku sendiri tak pasti apa.... yang sangat kabur dampai aku tak nampak apa sebenarnya benda tu....

nak lari? lak lari mana? sebab apa aku nak lari??? semua aku buat macam tak kena jer.... macam tak sesuai... nak jerit pun macam tak ada sebab....

sapa penah rasa cam ginie??? tolong aku... lemas la aku bila rasa cam nie....

huaaaa

adiosss :(

TAKSUB PADA HANTU..

Taksub??. ada macam-macam ketaksuban manusia di dunia ni antaranya taksub pada duit, taksub pada harta benda, taksub pada seseorang, taksub pada diri sendiri serta banyak lagi la... apa yang aku nak cerita ni adalah tentang taksub pada hantu.

Ada seorang kenalan aku ni yang bagi aku dah boleh di kategorikan dalam kategori taksub juga. Dia taksub pada hantu. Kalau boleh, bila dia bosan je dia nak tengok hantu. Bila dia tengah tengok hantu, dia memang sangat teruja bercerita tentang hantu tersebut kat kita orang.. kita bleh tengok betapa dia sangat taksub bila bercerita tentang hantu tu.

Hantu apa yang boleh kita tau apa yang akan buat, jadi, dan muncul?? Kagum aku dengan beliau.. Sampai dia da boleh tau semua yang ada... apa yang akan jadi, apa yang akan muncul, semua dia tau..

Macam tulah penangan ketaksuban pada hantu kak limah. Ala cerita hantu kak limah balik rumah tu lah. Ye hantu tu la... habis tu korang ingat hantu betul-betul. Esh memang tak lah kan.... tapi memang serius, kenalan aku ni siap boleh hafal dialog yang ada dalam cerita tu. Nak kata budak-budak umur dah 25 tahun. Hahah tulah aku cakap.

Nielah ketaksuban para manusia yang kadang-kadang tak tercapai dek akal kita sendiri...

Adios....

gangster la sangat

sesuka hati nak tumbuk, tendang orang. Sesuka hati nak ugut orang, nak hentak kepala orang, nak buat sesuka hati!!!! Dah cukup gangster lah kau rasa diri tu kan!!!!

sapa yang gangster sbenanya nie?? Sbenanya aku nak cerita tentang movie yang aku dah tengok sebanyak dua kali. Ya aku ulangi DUA kali. Bangga siot. Cerita yang di arahkan serta turut di lakonkan oleh shamsul yusof bertajuk KL GANGSTER. Cerita tu bagi aku cerita melayu yang terbaik yang aku dah tonton. Heheh bukan nak promosi ke apa tapi serius aku kata, cerita tu memang terbaik. Salah satu sebab cerita tu menarik adalah di sebabkan barisan pelakon yang terbaik gak. Aaron Aziz, adi putra, ZIZAN MAHARAJA LAWAK, dan ramai lagi la. Zizan buat cerita tu jadi lawak... terbaiklah.

So korang apa lagi pegi lah tengok cerita ni... memang berbaloi. Boleh pecah perut, pecah mata dan pecah kaca pecah gelas dah tengok pasti puas...(merapu lak)

Aku malas nak cerita panjang, korang boleh nilai sendiri cam mana quality filem Negara kita sekarang nie. Aku suka je cerita KL GANGSTER ni. Puas hati je aku rasa.taklah macam cartoon pun...




So sendiri mau ingatlah ye.. bila dah tengok tu jangan terpengaruh pulak..

adiosss

Popular Posts