bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, February 21, 2012

tak payah mandi bunga

Assalamualaikum semua. Mandi bunga? Memang takkan di buat aku laaa kan (buat masa ini heheheh). Kenapa la sampai nak mandi bunga bagai ni ek. Hahahahah


Aku bukan apa. Smalam macam dah penat sangat nak fikirkan tentang practical ni. So dengan rasa pasrah g kolej sekali lagi utk suh org tu fax resume and surat ke royal bintang the curve. And lepas tu dapt tau kat kastam tu pun boleh. So apa lagi mintak la akak tu buat surat. Sebab kita orang nie dah mintak surat tadi so agak bengang kot akak tu bila kita org mintak surt lagi dlm hari yang sama. Lepas tu macam pasrah je. Cari tpt bkn main tapi satu pun tak lekat tu yang sampai nk mandi bunga tu hehhehe.


And today, pagi tadi lam kul sepuluh lebih someone call me and that it. I got the job. Ahakkkk. Tak kisahlah. Yang penting habiskan practical ni. Yang lain, belakang cerita. Hehehh.


So on this monday, it will be my first day as a practical trainee kat Jabatan Kastam Kelana Jaya. Entah macam mana ntah kan. Aku pun x tau. Tawakal jelah.


So apa2 nanti aku update lagi ye.

Adiossss


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 15, 2012

itulah manusia

bila bercakap tentang manusia, sampai bila-bila pun takkan sudah. manusia dengan pelbagai ragam, pelbagai perangai, pelbagai perasaan dan pelbagai jenis pelbagai yang takkan sudah untuk di bidas dan di perkatakan.

manusia, aku juga manusia yang takkan lari dari segala jenis masalah. gangguan jiwa, gangguan perasaan dan segala jenis gangguan dan yang pasti bukan gila dalam erti kata sebenar. mengeluh dan terus mengeluh. itu juga perangai manusia yang semakin kerap aku lakukan. pada siapa aku harus berkongsi rasa... ya pada blog merapu ni yang akhirnya hanya aku sahaja yang faham apa yang aku luahkan. jadi apa bezanya kalau aku meluahkan pada diri sendiri.... banyak bezanya kerna aku lebih arif meluah dengan menulis dari meluah dengan berkata-kata.

siapa kata hidup itu susah, hidup itu tidak susah cuma hidup itu tidak mudah lalu kerana tidak mudah aku jadi begini. terasa serabut kepala... dan bila sedar aku harus berada di dunia sebenar dan bukan dunia bergembira seperti beberapa bulan lepas... arghhhh semakin terasa hidup ini tidak mudah.. sudah masanya berpindah ke dunia dewasa. tapi....

tapi mana permulaannya? bagaimana harus aku mulakan?? tika aku harus mencari permulaan terasa tiada sokongan dari orang keliling.. siapa yang aku harapkan.. kau tahu wahai hati.. kau tahu siapa yang kau harapkan untuk memberi sokongan ketika kau sangat memerlukan sokongan.

hidup tampak mudah dalam drama, nampak gembira dalam film dan nampak, nampak..... nampak,,, ya sempurna.. itulah perkataannya... nampak sempurna dalam novel. tapiiii sedarlah... itu semua hanya rekaan, rekaan manusia yang terlalu inginkan kesempurnaan sama seperti kau< dia, mereka dan AKU...

adiossss...

Monday, February 13, 2012

buntu, aku terhenti di situ

sejujurnya itu yang aku rasa.. berapa hari dah aku terkaku  di depan computer riba kecil berwarna merah jambu milik kakak aku..... taip beberapa padah perkataan kemudian aku padam semula. taip beberapa ayat kemudian aku padam semula.. itu yang berulang dan terus berulang. kenapa? semuanya seperti tak kena. 

hurmmm macam mana nak habiskan kalau belum mulakan? macam mana nak mulakan kalau belum dapat ilhamnya?? aduh ayat aku juga semakin terok. hari tu banyak pulak ideanya, cuma tidak tertaip pula... 
salah satu masalah aku sekarang yang pastinya aku belum lagi masuk ke dalam mood jiwang. yer aku belum lagi masuk ke dalam dunia watak yang sedang aku imaginasikan. belum lagi watak itu masuk ke dalam jiwa aku kerna apa kerna aku belum rasa lagi perasaan itu, perasaan di mana aku akan terus berada di dalam dunia itu, dunia yang boleh membuat aku lupa seketika pada reality...

hurmmm tapi bila nak masuk? pintu itu belum aku jumpa atau pun puntu itu sudahpun aku jumpa cuma kuncinya sahaja yang masih tidak kelihatan, aduhhh apa yang aku merapu nie.  benda yang sepatutnya aku merapau tak pulak termerapu nie yang macam tak ada kaitan yang lancar jari ini menyusun patah perkataan. 

ya allah, bukalah rasa itu agar aku bisa mencapai impianku yang satu.. ya allah aku tahu tidak layak bagiku untuk meminta walau secubit permintaan cuma aku pohon ya Allah, berilah aku peluang untuk impian itu.. impian yang lama aku impikan... aminn

adiossssss

Monday, February 6, 2012

day with the girls that i love most.

Perghhhh speaking la konon kan. Hahha yup smalam baru balik dari pulau pangkor. Short trip with my family. Mama, adik beradik aku and 2 org mak cik aku yang super duper cool. Semua kami perempuan. Hahah best la. Pergi sehari jer. Mcm gi cameron haighlan ari tu [interview ari tu x pat jawapan lg. Nampaknya terpaksa cari tpt lain :-(   ].


Time nak ke pulau pangkor tu ok la. Tak ramai org tapi time nak balik. Tu dia, baru nampak ramai giler manusia kat pangkor ni. Berbaris sampai ke luar bangunan untuk take turn naik boat. Ramai giler orang, dengan panas matahari lagi. Ada pulak yang bikin hati panas nak potong Q aku. Ok fine aku tak kisah la kalo family dia kat depan and dia je kat blakang. Kalo dalam situasi tu wa tak der hal beb nak kasi potong line wa tapi ni dah sah2 and kantoi la lu nak potong line wa bila mak lu pun heran lu depan dari wa. Baik punyer cover ' eh taklah sofia(bkn nama sebenar) memang kat sini'. Abah kau. Tadi ko kat balakang aku kot. Tapi silap orang la kann. Lu pancong salah line la. Wa takkan bagi peluang la. Hahhaha padan muka lu. Kan dah berapa kali lu kena tolak and libas ngan wa.


Hahahha buat baik pada yang baik buat jahat pada yang jahat. Hahah padan muka. Aku pun bukan la baik pun kan. My little princess pun perasan kot ko potong Q. Kalau sejuk tak per gak. Ni panas. Silap masa yer kak. Well abaikan.


Ada kat pangkor dalam masa yang singkat tak der la banyak pun benda yang boleh di buat melainkan berendam kat swimming pool and haruslah mandi air laut. Tu kira acara menggelapkan kulit. X sempat pun nak buat boat trip. Tapi tak per. Adik n kakak aku sempat la buat aktiviti  berkayak dan aku lebis suka berendam ngan kedua mak cik aku yang bajet muda lagi tue ahaaakkkk. Tapu mmg muda lagi pun. Mama pulak seperti golongan ibu2 yang prihatin. Jaga beg kami sambil layan jiwa. Hehehhe


Ok waktu bersenang lenang dah habis dah. Sambung balik masalah nak practical kat mana pulak nie. Hadoii. Sambung berfikir. Lain kesempatan aku update lagi yerr


Adioosss


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 4, 2012

kosong menemani aku

Hurmn assalamualaikun semua, tak ada apa yang menarik terjadi kat aku pun. Interview untuk practical kat cameron hari tu pn x tau lagi jawapannya.


Short trip ke cameron highland sangat best. Aku mcm dah suka jer kat tempat tu. Aku suka pemandangan yang mendamaikan. Aku boleh tersenyum panjang tanpa sebab bila berada di kawasan yang mendamaikann. Rindu pulak pada cameron haighland.


Sekarang nie aku rasa tersangatlah bosan.  Kosong jer rasaaaaa. Hurmmmm samalam baca novel. Bika baca novel ni buat aku terfikir banyak benda.. Nie pun tengah berfikirr.


Oklah lain masa aku update lagi. Mmg x da mood langsung

Adiosss


Published with Blogger-droid v2.0.4

Popular Posts