bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Friday, December 31, 2010

salam perkenalan...

salam perkenalan wahai tahun 2011. mulai detik ini aku akan menjadi teman kau dan kau akan menjadi teman aku selama 12 bulan. insyaalah kerna esok juga belum pasti kewujudannya..
pasti semua orang akn bertanyakan azam masing-masing tapi bagi aku apalah guna kita memanjangkan senarai azam kita kalau takat nak tayang kat semua orang je. lainlah kalu kita betul-betul buat dan usaha azam yang kita cipta tu. tapi tu sebenarnya terpulang pada masing-masing. cuma aku apa yang pasti azam aku masih seperti dahulu. aku mahu jadi novelis tapi malangnya aku belum ada kekuatan untuk menghasilkan karya untuk tatapan umum..dulu aku ada kekuatan itu cuma kini aku tak tahu mana menghilangnya kekuatan itu. sama seperti diri aku yang macam dah hilang...

apa lagi yang insan seperti aku ini harapkan dalam kehidupan. mungkin sama seperti sesetengah orang yang mengharapkan kebaikan dan kebahagiaan dalam hidup mereka. tapi rasanya bukan sesetengah orang yang mengharapkan begitu. semua orang akan mengharapkan benda yang sama... tak akan ada seseorang pun yang mengharapkan yang sebaliknya... kalau ada tak ke pelik manusia tu???

apa lagi azam aku?? erm kalau untuk aku mungkin bukan azam tapi impian aku. impian aku adalah untuk bertemu dengan diri aku sendiri. the real me... diri aku yang sebenar sebab aku macam tak kenal siapa aku... dan apa yang penting adalh impian yang dari zaman sekolah aku angankan..aku harap sangat satu hari nanti bila aku ke kedai buku aku akan nampak karya aku turut berada di antara novel-novel yang di jual.... itu impian aku dulu kini dan selagi tak tercapai...

rasanya tu je impian aku yang tak aku lupakan dan takkan berubah saban tahun.. entah bila akan tercapai... impian, azam dan cita-cita kita boleh berubah dari masa ke semasa.... tak guna bercerita sana dan sini tapi semuanya hanyalah cakap kosong. tahun baru dah muncul.. lebih banyak lagi dugaan yang kita akan tempuhi.

apa yang pasti kini adakah kita sendiri sudah pasti untuk mengharungi tahun baru yang penuh mencabar ini??? itu semua terpulang pada kisah kita yang tersendiri kerna kita ada kisah kita ....

Thursday, December 30, 2010

berakhirnya tahun ini

ermm hari ni merupakan hari terakhir tahun 2010. satu number yang agak menarik dan ianya akan terus berlalu meninggalkan kita tanpa akan kita bertemu lagi.. sama gak ngan semua kenangan yang kita dah lalui pada tahun tu. semuanya akan jadi sejarah dan hanya mampu kita kenang. tak kira sama ada sejarah tu sejarah terindah ataupun sejarah yang amat menyakitkan... itu semua bergantung pada kisah hidup kita masing-masing...

apa lagi yang menarik pada tahun yang akan mendatang???? tak ada siapa pun yang akan ketahuinya kerana apa yang pasti esok itu sendiri tidak pasti kewujudannya... itu yang aku percaya selama ini dan itu juga yang menjadi alasan ataupun lebih tepat aku jadikan itu sebagai alasan untuk aku tak merancang apa-apa dalam hidup aku.

Monday, December 27, 2010

kecewa itu sakit....

mr.blog, ermmm aku rindu kebahgiaan aku yang dulu..... sekarang semuanya dah berubah.... nanti-nanti aku cerita ya mr, blog sebab kalau aku story sekarang aku akan nangis... aku tak mau nangis depan orang... kalo aku nangis aku nak nangis sorang-sorang je supaya tak der orang bleh nampak aku lemah.... aku nak orang nampak aku kuat dan tak mudah di permainkan... biarlah orang nampak aku jahat asal orang takkan buat aku kecewa.... biar aku di benci asal aku tak kecewa... biar aku di keji asal aku tak kecewa... biar aku tak bahagia asal aku tak KECEWA!!!! biar aku sendiri asal aku tidak kecewa... biar aku salahkan diri sendiri asal aku tidak kecewa...

sebulan sekali

kadang-kadang bukan sebulan sekali tapi kadang-kadang dua bulan sekali. emosi aku kali ni macam biasa. rasa nak marah jer... cepat je panas hati aku bila ada yang mengganggu aku. biasalah waktu-waktu macam nie kesabaran aku memang tak ada so akan terjadilah pergaduhan aku ngan orang sekeliling aku terutamanya sekarang aku ngan kakak aku. macam sakit hati giler je aku rasa padahal selama nie kita orang gurau sama jer macam harii ni. dah nama pun datang bulan so buka sekadar bulan jer datang baran aku yang teruk pun datang. baran datang di temani sensetif. jalan terbaik adalah aku jauhkan diri dari semua orang. selalunya 1st day jer so hope esok dah macam biasa jer emosi aku nie...
aku rindu ngan en. Sam, lattop aku yang rosak. en. sam merajok lah tu. aku baru jer ushar i-pad terus dier merajok. en. sam memaglah saya ushar ipad tu tapi mana lah saya mampu nak beli sekarang nie... kalau bapak saya ok macam dulu blehlah juga saya pow dier tapi macamlah en. sam tak tau keadaan saya ngan bapak saya tu. nie pun harap-harap dia nak tolong sponser pembiayaan untuk rawat awak. sembuh lah wahai en. sam. saya rindu nak bergosip n meluahkan perasaan pada awak.....

Wednesday, December 15, 2010

terlalu banyak

terlalu banyak yang ada dalam fikiran aku sekarang ni... nak tido pun blom rasa nak terlelap tapi kalau keliling aku gelap aku mesti tertidur. damn.... aku tak tau nak taip apa lagi tapi macam banyak benda je aku nak cerita. i wish that i have someone that will dengar semua cerita yang aku nak luahkan... dah lama aku hilang diri aku sendiri. aku yang bleh bercerita tentang apa jer. aku yang b leh bergurau tak kira masa dan manusia. aku yang boleh bergembira dan tenang... i miss the old me....

but this is me... aku yang kini.. aku yang membosankan.. aku yang fail in communication with people, aku yang sendiri dan aku yang tak lagi ku kenali..

apa yang aku mengarut sbenanya nie?? apa-apa jelah..

kesimpulannya jangan mengharap pada sesuatu yang tak pasti kerana esok pun tidak pasti kewujudannya...
jangan terlalu fikirkan sesuatu hingga mendaruratkan dri kerana segalanya pasti ada penyelesaiannya...

Popular Posts