bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Saturday, February 26, 2011

kenyang perut susah hati

mana aku tak susah hati bila perut dah kenyang..... skali dah terlebih makan lak aku malam nie... macam nak pecah je perut aku bila dah terlebih isi...( buruk perangai) ahhahah malam nie aku dinner kat mamak jer.. dekat ngan area umah aku. aku gelar kedai nie telur ikan coz cik kakak aku suka makan cari telur ikan kat sini so terlekat la nama tlor ikannn. aku makan nasi putih, ayam goreng ngak kuah kari ikan je . skali mamak tu bg byk nasi lak dan aku pun menghabiskan nasi tu.. cuma tinggalkan sikit2 je sebab dah terlampau kenyangggg.. alhamdulillah ... cuma bila dah kenyang nie aku teringin nak makan asam boi untuk menghilangkan rasa kenyang nie...


tadi aku ngan cik kakak2 aku tengok movie. lepas derang habis kelas je terus derang pick up aku and bf kakak aku serta adiknya di rumah.. kami pergi the curve. port biasa bila nak tengok movie. dalam perjalanan cik kakak kedua suruh aku ingan booking number yang dia buat tadi dan bila sampai terus bg number tu kat akak kerja tu. nak dijadikan cerita rupanya kakak aku salah tgk number. booking number yang dia suh aku ingat tu rupanya untuk tarikh yang lepas... nasik akak tiket tu baik hati nak juga bagi kita orzng beli kat kuanter booking nie... kita oarng pun belilah tiket untuk cerita The rite. lepas tu kita org gi makan kat mcd.(macsm biasa) nasib sempat untuk set lunch. aku makan set double chese burger ngan air milo...(tiba-tiba teringin nak minom milo tak penah2 pun aku tukar air).


kenyang je terus gi watson saja cuci mata sementara tunggu pukul 3.45 pm. dah tu terus je pegi tingkat atas n it movie time... the rite cerita tentang seorang lelaki yang disuruh masuk course mnghalau hantu dlam kolej paderi. dia nie macsm ada masalah dengan diri sendiri and macam tak caya dengan hantu. dia di suruh jumpa ngan sorang lagi paderi nie yang slalu ubat orang yang kena rasuk. nak tau apa kesudahannya korang kena tengok sendiri heehehe.... cerita nie kira ok la.. dari 5 bintang aku bleh bg 3 setengah bintang je sebab aku dah tengok cerita yang lebih menarik lagi.. opsss lipa nk bagi tau cerita nie base on true story....


lepas tgk movie je trus we all pegi ikano... kakak aku nak beli makanan untuk penyu(kura2 yng dia bela) aku ngan cik kakak ushar rabbit. cute giler rabit tu. agak lama gak kita orang lam tu. tengok haiwan yang cute2.


bila dah kakak aku lama sangat aku pun blah gi popular nak cari novel lagenda budak setanyang kawan aku pesan. dia duduk kat kuching so kat sna tak ada lak novel tu so dia mintak tolong aku carik.. memang ada novel tu tapi 3 siri. kalau buku aku dulu senaskah jer tapi tebal.. kali nie ada 3 siri lak.. bijak orang ni nak cari duit lebih hehehehehe tapi aku tak beli lagi blom tiba masanya.



lepas tu trus aku pegi kat kakak aku n tak lama lepas tu kita orang pun balikkkk... eh pegi makan kat kedai mamak dulu sampai aku tersadai kekenyangan nieeee... skarang nie pun masih kat mamak.... selesa betul lepak kat sini sambil dihembus angin malam yang damai.... oklah tak tau apa lagi aku nak merapu so aku blah dulu nak sambung bukak fb lak... so adios amigos aku berambosssssss


Sunday, February 20, 2011

gundah gulana..


hari ni entah kenapa jiwa aku macam kacau bilau jer.... macam banyak benda yang tak kena hari ni... aku macam nak marah jer, nak kata datang bulan untuk bulan nie aku rasa taklah sebab awal2 bulan lagi dah sampai bulan untuk kewanitaan aku nie... hari ni memang rasa semacam. tak bersemangat, tak bermaya... tak suka rasa macam nie. tadi sikit lagi kemarahan aku nak meletup. tu pun gara-gara benda kecil je... sebab plag kat mcd nie tak boleh guna...

time aku nak sendiri time tu la ada yang nak teman.. entahlah. sekarang nie aku lebih suka duduk sorang-sorang. aku dan dunia aku sendiri. tadi dan sekarang nie aku harap sangat aku boleh duduk sorang-sorang tapi hampa sebab tak sangka pulak cik sahabat nak join aku melangok kat mcd nie tunggu cik kakak aku habis kerja. ya tuhan aku sabarkan hati aku ini... dan gerakkanlah hati cik sahabat untuk beredar dari sini. aku bukannya nak menghalau tapi aku memang perlu sendirian sekarang nie. tambah-tambah dalam keadaan aku yang tak stabil, dalam keadaan aku yang berjiwa kacau.... aku takot kang aku hilang kawalan jer...
wahai hati tenanglah kau...
jangan curi-curi pandang aku!!!!!!! sebab nielah aku nak sendiri sekarang nie.... aku rimas sebenarnya bila ada yang jeling2 aku nak tengok reaksi aku sekarang ni. walaupun dah memang biasa cik sahabat buat macam tu tapi untuk hari ni ianya adalah sesuatu perbuatan yang sangant menjengkelkan..!!!!! cepatlah cik kakak sampai.. aku mahu segera beredar dari sini tapi cik kakak kata dia pun nak on9 sekejap so nampaknya lebih lamalah aku di sini... TIIIIDDDAAAKK!!!!!!!!!!!
dah berapa kali dah aku mengeluh hari ni.. puncanya aku sendiri tak tahu... nak nangis pun ada.. berapa kali dah aku tahan air mata aku keluar.. takkan aku nak menangis kat sini tanpa sebab...
kenapalah hati aku ni... jiwa aku gundah gulana tanpa sebab..... semua nya serba tak kena...


owhhh hati tolonglah.... hentikan rasa tidak selesa ini.....

Friday, February 4, 2011

aku

aku, kau, dia, mereka..

kita ada ruang kita sendiri.

jangan kata aku jahat sebelum kenal aku....

apa yang pasti kau takkan kenal aku

kerna aku adalah aku

hanya aku yang tahu siapa aku...

bukan kau, bukan dia dan bukan mereka

hanya aku!!!!!

Popular Posts