bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Friday, October 22, 2010

my new baby..

yup aku ader new baby... new sugar glider. tarikh aku beli adalah 20-10-2010, berusia 2 bulan. memang cute.... buat masa nie aku masih dalam proses melengkapkan keperluan Prada De' Sleepy Tiny Vampire. panjang kan nama baby aku. semalam 22/10 aku dah kena kencing dah... bukan kena kencing ngan sesapa tapi my baby yang kencing kat tapak tangan aku. menurut kata mereka kalau dah sugar G. kencing kat kita maknanya dia dah mark kita. aku pun tak sure betul ke tak tapi kalau betul happy lor coz sekurang2nya baby Prada dah kenal aku. hope so.... sekarang ni baby Prada ngah tido. biasalah siang hari. mestilah dia tidur.


makanan dia pula, aku bagi apple and ada some of the food yang encik pet shop bagi. aku lupa lak nama die. bukan nama encik pet shop tapi nama food tu. aku dah berapa kali tekejut kalau dengar baby Prada menjerit. tersentap gak aku dengar bunyi dier p dah makin biasa.. cute giler bila baby Prada jalan kat tangan aku...

tadi aku view youtube tentang sugar glider. the women yang ader sugar G. tu giler style lor.. hehe cute giler bila Sugar G dier merayau-rayau kat badan dier... cute giler...

oklah bateru lattop aku nie pun nak habis dah.. so its time to make a move rite now.. so aper2 nanti aku roger lagi...

Thursday, October 14, 2010

History of Halloween

History of Halloween, like any other festival's history is inspired through traditions that have transpired through ages from one generation to another. We follow them mostly as did our dads and grandpas. And as this process goes on, much of their originality get distorted with newer additions and alterations. It happens so gradually, spanning over so many ages, that we hardly come to know about these distortions. At one point of time it leaves us puzzled, with its multicolored faces. Digging into its history helps sieve out the facts from the fantasies which caught us unaware. Yet, doubts still lurk deep in our soul, especially when the reality differs from what has taken a deep seated root into our beliefs. The history of Halloween Day, as culled from the net, is being depicted here in this light. This is to help out those who are interested in washing off the superficial hues to reach the core and know things as they truly are. 'Trick or treat' may be an innocent fun to relish on the Halloween Day. But just think about a bunch of frightening fantasies and the scary stories featuring ghosts, witches, monsters, evils, elves and animal sacrifices associated with it. They are no more innocent. Are these stories a myth or there is a blend of some reality? Come and plunge into the halloween history to unfurl yourself the age-old veil of mysticism draped around it.

Behind the name... Halloween, or the Hallow E'en as they call it in Ireland , means All Hallows Eve, or the night before the 'All Hallows', also called 'All Hallowmas', or 'All Saints', or 'All Souls' Day, observed on November 1. In old English the word 'Hallow' meant 'sanctify'. Roman Catholics, Episcopalians and Lutherians used to observe All Hallows Day to honor all Saints in heaven, known or unknown. They used to consider it with all solemnity as one of the most significant observances of the Church year. And Catholics, all and sundry, was obliged to attend Mass. The Romans observed the holiday of Feralia, intended to give rest and peace to the departed. Participants made sacrifices in honor of the dead, offered up prayers for them, and made oblations to them. The festival was celebrated on February 21, the end of the Roman year. In the 7th century, Pope Boniface IV introduced All Saints' Day to replace the pagan festival of the dead. It was observed on May 13. Later, Gregory III changed the date to November 1. The Greek Orthodox Church observes it on the first Sunday after Pentecost. Despite this connection with the Roman Church, the American version of Halloween Day celebration owes its origin to the ancient (pre-Christian) Druidic fire festival called "Samhain", celebrated by the Celts in Scotland, Wales and Ireland. Samhain is pronounced "sow-in", with "sow" rhyming with cow. In Ireland the festival was known as Samhein, or La Samon, the Feast of the Sun. In Scotland, the celebration was known as Hallowe'en. In Welsh it's Nos Galen-gaeof (that is, the Night of the Winter Calends. According to the Irish English dictionary published by the Irish Texts Society: "Samhain, All Hallowtide, the feast of the dead in Pagan and Christian times, signalizing the close of harvest and the initiation of the winter season, lasting till May, during which troops (esp. the Fiann) were quartered. Faeries were imagined as particularly active at this season. From it the half year is reckoned. also called Feile Moingfinne (Snow Goddess).(1) The Scottish Gaelis Dictionary defines it as "Hallowtide. The Feast of All Soula. Sam + Fuin = end of summer."(2) Contrary to the information published by many organizations, there is no archaeological or literary evidence to indicate that Samhain was a deity. The Celtic Gods of the dead were Gwynn ap Nudd for the British, and Arawn for the Welsh. The Irish did not have a "lord of death" as such. Thus most of the customs connected with the Day are remnants of the ancient religious beliefs and rituals, first of the Druids and then transcended amongst the Roman Christians who conquered them.

Sunday, October 10, 2010

sambungan kisah itu

Hari ni 09 october 2010, aku tak kan lupakan hari yang ini sebab ianya istimewa buat aku. Buat kali keduanya aku raikan hari jadi aku. Happy sangat2. Mula2 aku , sista aku 2 orang and bf kakak aku serta cik korea dan bf cik korea gi karaoke kat red box from 6 until 10. During that time aku macam biasa makan dan makan dan makan manakala yang lain nyanyi. Ada juga la aku nyanyi dan tumpan jnyanyi bak kata kakak aku “backup song” (kakak aku tersasul sebut.) hahaha

Then lepas tu one of the karaoke staff masuk sambil bawak kek serentak tu lagu birthday pun dinyanyikan. Aku tau derang nak sambut birthday aku and encik bf cik korea tapi tak sangka lak derang buat mcm surprise. Macam lawak pun ada. So aku and encik bf cik korea pun di suruh potong kek sesame. (Bezday we all dah lepas. Encik bf cik Korean last month dan aku beberapa hari lepas.) opss lupa time tu siap ngan topi, topeng and yang bunyi2 tu apa ntah nama dia. Memang macam nak buat birthday party la.. heheh

Lepas tu bila nak balik jer cik sahabat call kata geng2 yang lain ajak g karok and aku macam biasa onn jer.. aku suruh encik bf kakak aku dropkan aku kat rumah cik miri sebab cik sahabat kat K.L. aku lepak lam satu jam lebih kot kat rumah ci miri semantara tunggu cik sahabat dan cik topi serta yang lain datang untuk ambik kita orang.

Then lepas mereka sampai aku naik kereta cik sahabat and cik miri naik kereta encik abang macho yang turut ada lam keta tu adalah encik topi dan encik spek . lam keta cik sahabat lak ada 2 orang cousin dia yang memang aku dah kenal iaitu cik adik dan encik abang sebab mereka adik beradik.

We all gerak gi one sport (kalau tak salah nama tempat tu) yang ada kat p.j. ramai giler orang time tu so bilik karok macam penuh. Sementara nak tunggu bilik kosong we all main pool. Tu adalah my first time main pool. Derang ajar. Best gak main tu.(gayat tul. Hehehe) yelah aku mana pernah main benda alah tu. After dlam one hour main( dalm satu jam aku, cik miri dan adik beradik cousin cik sahabat main satu manakala encik abang macho, encik topi dan encik spek main 4 game…) tu tandanya kita orang baru belajar hahahah.dah habis main game kita orang masuk bilik karok.

Bilik tu muat2 8 orang. Kecik jer tapi ok lah tu.. memang nyanyi giler2 la sambpai sakit tekak.lebih kurang 2 jam kemudian kita orAng pun nak blah.. yelah dah lewat dah so kena balik. Time kuar tu aku syak cik sahabat nak pedajal aku sebab aku ingat lagi time birthday aku dia tak sempat nak pedajal aku sebab kejadian kereta encik topi so aku berhati2 la… jaga2 takut kena beg aku. Kalau aku je kena taka pa jangan kena beg malas nak cuci hahah.

Then aku kuar dulu sebelum yang lain. time kuar tu encik topi pun ada kat luar ngan encik spek. Aku jalan depan dari derang sebab malas nak tengok apa yang derang buat, tiba2 encik abang macho panggil aku sambil lari2 tapi sbelum tu aku dengar derang panggil aku tapi aku tak layan bila aku Nampak je encik abang macho lari arah aku terus aku lari menyelamtkan diri tapi tak selamat pun. Sorang-sorang serang aku dengan abang spek(yang baru je aku kenal hari tu). Last2 aku pasrah jer. Hahaha selendang yang aku guna pun dah tukar jadi putuh. Muka aku pun sama gak. Geram pulak aku je yang di serang then aku trus gunakan selendang tu untuk buat serangan balas, aku libas selendang tu kat badan derang.. buat seketuka kita orang main kejar-kejar. Awal-awal pagi dah aku bersenam. Hahahah memang lawak time tu. Encik Abang macho dan encik spek beria-ia lari selamtkan diri. Yang lain semua dah kena libas dah last2 dua2 jejaka nie datang menyerahkan diri. Pasrah jer kena libas ngan aku hahahha

memang happy betul rasanya… kawan-kawang aku memang sporting skali ngan aku la sebab aku rela di serang ngan tepung hahhah oklah aku rasa tu je aku nak cerita buat kali ni akhir kata dari aku aku sangat terharu. Diraikan 2 kali oleh sista, brother and friends… thank you guys. I really appreciate it and love you all. May god bless you all. Friend till die.. opsss lupa nak ucapkan terima kasih pada encik rasta yang sudi menaja tepung untuk hari jadi aku walaupun postpone guna tepung tu dari 7 oktober hingga 9 oktober hehehe.

love, allikahslutadiays

Friday, October 8, 2010

hari ini dalam sejarah

hari jadi aku dah lepas dah tapi aku takkan dapat lupa kan apa yang jadi. hari jadi aku di temani dengan ucapan selamat hari jadi dari kawan2 kelas dan kawan fb aku. terima kasih semua dengan ucapan itu. aku amat menghargainya.

malamnya pula lepas aku ke gym cik sahabat jemput aku untuk ke Rasta kat Damansara. kalau ikutkan aku kena hantar cik sahabat ke terminal bas sebab katanya nak balik kampung tapi aku tau dia auta jer sebab cik shabat tak reti nak auta. aku syak dia nak buat something sempena bezday aku p aku buat2 tak taulah. hahah terlalu mudah untuk aku jangka cik sahabat ni. oklah dengn persetujuan cik sahabat kami ke rasta dahulu sebab kakak aku nak blanja makan. so sbelum cik sahabat jemput aku dia g ambik sorang lagi kawan kelas aku. yang tu je aku tak tau tapi katanya encik melaka nak buat assignment tapi aku tak percaya pun. heheheheh
sampai di rasta kami terus pergi ke meja yang kakak aku dah duduk. mereka sedang makan pun. yang ada kedua2 kakak aku, bf kakak aku dan sorang lagi kawan mereka yang aku kenal. well aku kenalkan encik melaka kat mereka sebab kakak aku blom jumpa lagi dengan dia. tak lama lepas tu cik sahabat kata dia tertinggal beg duit dalam kereta and nak ambik kat kereta tapi aku tau tu alasan dia je. so aku yang memang malas nak banyak bunyi ni ikutkan jelah.. cik sahabat dan encik melaka pergilah ke kereta..

tak lama lepas tu kawan aku yang lan datang lak. aku nampak encik melaka jalan menuju ke arah aku duduk dengan encik abang macho dan encik klon faizal tahir. tak sangka lak encik klon faizal tahir pun join skali. ingatkan encik abang macho je. tapi cik sahabat tak adalah tapi aku abaikan je sebab berbual ngan kakak aku. tak lama lepas tu muncul cik sahabat dari blakang aku sambil bawak kotak yang kalau kita tgk skali tau dalam tu ada kek. aku macam biasa sengih je..

pendekkan cerita selesai je nyanyi lagu bezday untuk aku muncul 2 lagi kawan aku iaitu cik miri dan encik topi. gembira sangat sebab mereka sudi join skali hahahha. kek choc tu aku potong untuk di agih2kan.

ok lepas makan kek dan segalanya kita org main monopoly yang cik miri bawak. tak lama lepas tu kakak aku dan kawan nya pun beredar tapi kita orang tetap main lagi. sedang syok2 main tiba2 ada announcement minta tuan punya kenderaan myvi hitam pergi ke kuanter dan kereta tu milik encik topi. apa yang menakutkan lagi bila tengok kat kuanter tu ada 2 ornag polis. rupanya kereta encik topi kena pecah. kita ornag trus blah g balai polis taman tun. cermin kereta bahagian belakang dah retak seribu dah.. dah tu ada lubang. kompem tak ada benda yang hilang buat masa ni sebab daripada keadaan cermin pencuri yang biol tu tak dpat ambik apa2 pun.

agak lama juga kita orang tersadai kat depan balai polis tu. mencari alasan untuk di bg kat ayah encik topi. lepas tu kita orang gerak untuk balik ke rumah masing2. cerita ni tak hbis kat sini. dalam perjalanan balik lain pula cerita nya, time nak sampai kat tol LDP aku nampak sekumpulan moto kepung satu myvi merah yang ada kat tepi jalan. mungkin kereta tu rosak so stop kat tepi jalan sebab aku tgk kereta tu bukak tngkap belah pemandu dan bg signal. salah satu moto tu serbu kat belah pemandu then tangan dia masuk kat dalam kereta. jumlah moto tu lbih kuang 10/15 biji. kiranya mereka samun/rompak mangsa. aku dan cik sahabat dan takut dan terus blah dri situ cepat2 nak tolong tengok tak berani.

lepas dari tol je aku dn cik sahabat terdiam je.. macam masih tergamam tengok kejadian tadi. 2 kali berturut2 kejadian buruk yang kita orang nampak melibatkan kereta myvi. bila di fikir2 balik takut betul mengenangkan perangai orang zama sekarng ni..

itulah kisah aku, tapi apa2 pun aku gembira dan amat hargai apa yang kawan2 aku dh buat sempena hari jadi aku.....
terima kasih kalaian dan aku memang akan ingat sampai bila2..
sayang kornag semua..



Wednesday, October 6, 2010

selamat hari lahir..

mungkin ni agak awal untuk aku ucapkan selamat hari lahir untuk diri aku sendir memandngkan aku tak ada kemudahan internet ketika di rantauan ini so aku terpaksa wish awal untuk diri aku.

tak lama je lagi umur aku akan bertambah tapi aku tetap tak rasa apa-apa. apa yang aku cari belum aku jumpa. apa yang aku harapkan belum aku perolehi dan apa yang aku impikan belum aku kecapi. aku masih kat sini tanpa ada apa2 perubahan. aku pun tak tau apa kesudahan hidup aku ni...

well setiap tahun aku akan letakkan harapan dan impian yang sama, dimana semua apa yang aku impikan dapat aku kecapi dan semua apa yang aku cari akan aku temui.
aku tahu apa yang aku ingin dan aku cari tapi untuk berkongsi dengan sesiapa belum lagi. dalam usia aku yang masih muda ini mungkin ada yang tahu apa yang aku inginkan tapi mungkin tak ada yang tahu apa yang aku cari.

ermm. banyak yang aku nak luahkan saat nie tapi memandangkan batery lattop aku pun tinggal nyawa2 ikan aku terpaksa batalkan niat aku so maybe next time aku post apa yang aku nak cerita sebenarnya..

so warning bateru dah bagi eloklah kiranya aku mengundur diri dahulu.
akhir kata

SELAMAT HARI JADI
DIRIKU...
SEMOGA APA YANG DI HAJAT JADI KENYATAAN


Popular Posts