bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, August 24, 2010

sesuatu yang tak pasti

sesuatu yang tak pasti, itu yang aku rasa saat ni. bukan apa aku tak pasti sebab aku rasa macam ada sesuatu yang tak selesai lagi untuk hari ni. macam ada sesuatu yang aku mesti buat tapi aku tak pasti apa. assignment???? ermm aku dah cari maklumat dah, kat rumah baru nak taip. so apa lagi yang belum selesai???

kalau ikutkan aku nak kongsi cerita tentang program yang aku ikut tapi aku rasa macam boring je sebab selalu sangat cerita tentang tu so kali ni aku nak kongsi cerita tentang berbuka puasa.

last few day aku and my lovely geng bas sekolah ( along, angah, roy, aini and azman) sungkei ( berbuka puasa dalam bahasa sarawak) kat red box IOI mall kat puchong. this is my first time berkunjung di redbox so aku terima je apa yang ada. lagi pun aku tak cerewet pun. well kami di hidangkan dengan 3 jug air ( coke, sprite and watermelon) dan satu air jus dalam bottle ( aku tak ingat lak nama air tu) and tib bit 3 manggkuk. itu kira pakej lah and tak lupa juga buttef untuk berbuka. kira nya rm 52 per person so kita orang ada 6 orang jadi korng kiralah berapa harga untuk satu bilik tu. dari pukul 7 petang kalau tak salah aku we all kat sana sampailah pukul 12. bayangkan berapa lama kita orang kat sana. other geng bas skolah asyik menyanyi, aku macam biasa akan menyumbangkan suara bila mereka menyanyi. bukan aku tak suka menyanyi tapi aku kurang sikit bab nak karaoke nie. hahaha bisalah suara aku terlalu sedap. takut ada yang tergugat.

kat bawah nie aku kongsi sedikit picture dessert yang aku ambik time tu. tak banyak pic makanan yang aku ambik sebab terlalu banyak gambar ahli geng bas sekolah je.


nie adalah ais yang aku and along hias. aku punya aiskrim yang ada buah tembikai tu sebab aiskrim aku banyak perisa mint. aku suka giler perisa mint sebab segar. hahahha nama pun mint dah tentu segar kan.

dalam kon ais krim kecik tu ada kacang and almond kalau tak salah aku. aku makan sikit je sebab kurang sikit nak makan kacang. angah je yang gilakan kacang so aku pas kat beliau je.

mula-mula aku makan nasi sikit, aku ambik lauk pauk je banyak. kebanyakan lauk kat sana tak pedas tapi aku rasa tak ada yang pedas pun yalah sebab tu masakan cina so mana bleh pedas. then aku ambik juga spegethi, choc ball ( yang buat aku pening lepas makan satu je sebab aku ada maigrain) dory fish, ikan goreng cili yang tak pedas, ermmm ap lagi ek... aku pun tak ingat. ada sushi tapi aku tak sempat makan sebab dah kenyang.

ni pulak menu yang along ambik. dia nak try makan mussle. nasib aku suh dia ambik tabesco kalau tak memang kurang sikit rasa dia. along je try makan nie. aku tak pun sebab aku dah sah-sah tak suka makan benda-benda macam nie. along kata rasa dia macam sotong. aku pun tak tau aku rsa aku tak pernah makan.

memang berbaloi la kalo nak makan kat sana. heheheh oklah aku pun tak tau nak cerita apa pun. so next time aku update lagi ek..

ok guys.. salam and selamat berpuasa....
love..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts