Hahahha jangan risau weh ni bukan ayat emo dari aku tapi ni adalah ayat yang slalu aku bagi kat kawan aku nie.hahah ayat gurau-gurau. Tadi lepak lagi ngan geng waktu rehat ( cik sahabat, cik semut, encik topi) kat tempat biasa dan macam biasa gak main monopoly deal..

Aku saja nak cerita tentang ni sebab nak tunaikan permintaan encik topi yang nak sangat aku cerita tentang mereka kat blog aku. Asal jumpa aku je mesti dia akan cakap “ kisah ini kisah aku” (tag line blog aku)... konon sebab dia yang kantoikan blog aku ni dulu... so saja nak kecohlah. Haha so encik topi, anda sudah menjadi salah satu topic yang
Tadi juga cik semut ada bagi aku serba sedikit idea untuk aku buat novel. Ermmm bagus juak tu sebab time nie aku tengah kekering idea... boleh aku tambah apa yang patut dalam cerita aku yangsedang aku taip (entah bila nak siap) kali ni. Trimas lah wehhh....
Siang jumaat tu aku bangun pukul 336 p.m... esh terokkan.. anak dara apalah ni... terus kena buang dari senarai nama menantu pilihan... naklah sangat aku jadi senarai menantu pilihan kan.... macam mana tak bangun lambat.. aku tidur pukul 7 lebih agaknya sebab last aku tengok jam pukul 7 berapa ntah... lepas balik lepas smalam je trus aku main game tak ingat dunia... ya aku memang suka main game hahahhaha ada aku kisah kau nak cakap apa.. lepas bangun je ada mesej dari cik sahabat. Kalau ikutkan we all nak kuar dalam tengah hari tapi memandangkan dah petang terlepaslah waktu tengah hari tu... tapi we all tetap keluar sebab aku taknak duduk kat rumah... so keputusan dah di buat terus keluar lepas bersiap segala bagai tu.. gi makan dulu dah tu jalan-jalan malam roger cik semut dan encik topi... tapi kena tunggu pasangan ni dulu.. sebab dah tak tau nakbuat apa aku dan cik sahabat pergilah meronda di kota raya, Kuala Lumpur.. konon nak pergi lepak kat andalus ampang skali kedai tu dah pindah pulak... last-last terus lepak tempat biasa je.. bayangkan dari damansara ke K.L dah tu terus ke damansara balik.. memanglah bagi sesetengah orang tu biasa je tapi macam lawak lah... berialah nak lepak lama-lama kat k.l skali lepak kat damansara je pulak..hahaha
Ok nak cerita tentang maharaja lawak pulak.... tahniah la kepada kumpulan Sepah (macam mereka tau je aku wishkannn) sebab dah menang. Walaupun aku tak tengok pun maharaja lawak untuk FINAL nie tapi aku update jugalah kan.. aku usher kat fb jer.. huaaaa nasib ada ulangan..
Oklah aku malas nak story apa-apa lagi sebab aku tau macamlah ada yang nak kisah sangat apa aku tulis kat blog ni. Tapi aku ada blog sebab aku nak cerita kepada diri sendiri... blog aku ni memang untuk diri aku je... dan pada sapa-sapa yang rajin nak baca... blog ni bukan untuk info-info terbaik or terkini... nak cari info pergi blog orang lain.. hahahhahahah
adioss
No comments:
Post a Comment