bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Friday, June 24, 2011

Misteri sebuah kehidupan

Thanks la kat kawan-kawan aku yang sudi luangkan masa dengan aku malam-malam jumaat nie. Lepak ngan korang boleh buat aku lupa semua masalah yang aku tengah fikirkan sekarang ni walaupun untuk seketika. Sekurang-kurangnya aku dapat bagi otak aku bernafas buat sekitika dari fikir banyak perkara yang kadang-kadang remeh tapi boleh buat otak, jiwa dan hati aku hancur. Lepak dengan korang jugak boleh buat aku lari dari apa yang aku rasa semenjak dua menjak ni. Thanks again weh.. lapang sikit fikiran aku bila aku balik lepas kita lepak. Tenang sikit jiwa aku..

Mungkin hormon dalam badan aku tiba-tiba menggila buat emosi dan keadaan diri aku sangat tak stabil di tambah pulak keadaan sekeliling yang buat aku sangat down. Sebab apa?? Banyak je sebabnya dan macam biasa aku hadapi semua tu sorang-sorang. Nak share ngan kawan-kawan aku memang tak tau nak cerita.. abaikan jelah... Time lepak tadi buat aku rindu ngan zaman sekolah aku waktu kat skolah teknik dulu. Happy macam tu lah aku. Gelak tak ingat dunia, gaduh-gaduh manja tak sedar diri ngan kawan-kawan. Huaaaaa aku rindu kenangan lama dan bila aku sorang-sorang semula mulalah semua benda nak terjah masuk dalam otak aku...

Minggu ni aku and kakanda aku kena balik rumah bonda tapi aku macam berat hati nak balik sana. Boleh tak kalau aku tak balik??? Tapi mesti mama pelik kenapa aku tak balik sebab akulah orang pertama yang akan balik bila ada peluang tapi kali ni aku macam berat hati. Berat hati atau berjauh hati??? Siapalah aku nak berjauh hati dengan keluarga aku....layak ke aku nak terasa hati dengan keluarga aku??? Biarlah apa yang aku rasa tak penting kan... abaikan jelah..

Hari ni final maharaja lawak. Memang aku nak sangat tengok final ni tapi aku tak ada perasaan nak tengok dengan kakanda aku. Rasa macam nak blah jauh-jauh dari sini. Apa asalah aku sebenarnya? Mengada-ngada kan... hahah aku pun tak tau... terpulang la korang nak kata apa sebab aku sendiri dah tak faham diri aku nie... agak-agaknya aku kena jumpa pakar counselling tak supaya aku boleh kenal dengan diri aku sendiri tapi macamlah aku akan ceritakan semua apa yang aku fikirkan pada seseorang yang aku tak kenal kan sebab dengan orang yang aku kenal pun aku tak bercerita. Sebab apa??? Sebab aku macam rasa tak ada orang nak dengar cerita aku. Bila aku nak cerita je orang yang aku harap sangat boleh dengar cerita aku ni pulak yang bercerita... aku pula yang jadi pendengar, tapi tak apa.. aku tak kisah jadi pendengar sebab aku dah biasa jadi pendengar sampai aku lupa macam mana nak jadi pencerita...

Ada sesuatu yang buat aku takut sebenarnya.. aku takut aku makin hilang diri aku. Hilang diri??? Ya itulah yang aku kata.. hilang diri aku yang sebenar.... mungkin bukan aku yang bermasalah dengan orang or orang yang bermasalah dengan aku tapi AKU YANG BERMASALAH DENGAN DIRI SENDIR!!!! Ada tak penyakit macam aku nie??? Boleh sembuh tak?? Ada sesiapa yang boleh tolong aku? Kali ni aku memang memerlukan pertolongan....

Tolong aku cari siapa aku....

Adiossss...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts