bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 24, 2012

C.I.N.T.A


cinta itu love..

kata orang cinta itu indah,  kata orang juga cinta itu buta... bila cerita tentang cinta, setiap orang ada cerita masing-masing. ada yang bercinta sekali dan kemudian kecewa, ada yang bercinta sekali kekal selamanya, ada juga yang bercinta berkali-kali masih tak jumpa jodohnya dan ada juga yang tidak pernah bercinta dan dicintai. terlalu banyak yang boleh kita ceritakan bila cinta menjadi tajuk utama. 

betul ke??
 tak semua di antara kita yang bernasib baik dalam percintaan begitu juga sebaliknya. banyak je contoh yang jadi depan mata aku. ada yang bahagia ada yang derita dan ada juga yang memeningkan kepala dan yang paling sadisnya aku mesti ada kena mengena dalam cerita cinta itu walaupun bukan aku yang bercinta. aku mesti tersepit diantara konflik cerita mereka. kadang-kadang buat aku terfikir. nasib baik aku tak bercinta dan kalau aku yang bercinta lagi sadis rasanya.. tapi bila difikir betul-betul ada baiknya jugak aku terlibat lam konflik mereka.. sekurang-kurangnya aku ada pengalaman nak deal ngan masalah cinta orang lain(tak nak ckp masalah cinta aku sebab aku mcm tak nak bercinta.macam yer!!!).


menangis sendiri


banyak kisah sedih dalam percintaan yang aku tengok, suami yang curang pada sang isteri. ok kalau skandal aku bleh terima(agaknya la) ni nikah. bila dah dapat anak satu baru tau mereka dah nikah. boleh macam tu? padahhal kawin dah berpuluh tahun p still nak CURANG. Then sang isteri merana kecewa, makan hati. konflik ni melibatkan anak-anak.anak-anak yang tertekan sebab masalah mak bapak mereka. kes lain pulak, ada yang baru bercinta dah pukul, sepak terajang sampai masuk hospital, patah riuk semua tu. yang nie aku bengang. bleh plak si mangsa masih nak ngan laki tu. tu yang memeningkan kepala tu. dah penat dan bersusah payah kawan dia tolong larikan diri dari lelaki dayus tu last-last si mangsa masih g kat lelaki tu. katanya masih sayang(sekarang mereka dah kawin), cinta itu sangat mengelirukan... (betol lah kan). kes lain plak si lelaki yang kecewa hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk sang kekasih yang tidak dapat meneruskan perhubungan mereka. betullah kata pepatah. telajak perahu boleh di undur telajak kata menyesal tak terkata. buatlah apa sahaja tapi bila hati sudah kecewa tak ada apa boleh kita buat. nak salahkan satu pihak saja tak adil bagi aku. itu semua konflik percintaan



terlalu banyak kisah cinta.kenapa aku cerita kisah-kisah tu semua, sebab aku tengok sendiri perjalanan kisah mereka. dan lebih malang lagi aku seperti trauma(ye ke?). trauma untuk bercinta sebab kisah cinta orang lain
aku bukan apa, tak sanggup la nak hadapi kekecewaan. sakit yang ditanggung tu tak sanggup aku rasa. kisah mereka juga jadi pengajaran untuk aku.

cinta itu penuh risiko
yelah walaupun aku tak pernah rasa tapi kalau dah tengok mereka yang kecewa tu je dah buat aku sakit apatah lagi bila aku yang rasa nanti. biarlah aku tak bercinta dari aku rasa kecewa.(boleh ke??) ye memang tak semua kisah cinta itu sedih. aku tahu. cuma bila apa yang ada di sekeliling aku kebanyakannya kisah sedih apa lagi aku boleh fikirkan??? aku tak kisah orang nak kata apa pun. sampai bila?? entah aku pun tak tahu. kita tunggu je lah sampai bila sebab aku pun tak ada jawapannya..


tipu la bila aku ckp tak rasa nak bercinta tapi aku belum berani nak ambik risiko. kata la aku pengecut. aku tak kisah. kata lah aku paranoid, aku tak peduli. apa yang aku tahu hati aku harus aku jaga..

adiosss

No comments:

Post a Comment

Popular Posts