bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Friday, September 30, 2011

tidak selalunya indah

Dalam dunia ni tak semua dan tak selalunya indah. Kadang-kadang kita akan di uji untuk membuatkan diri kita lebih kuat. Kadang-kadang kita di uji untuk buat kita lebih kenal diri sendiri. Kadang-kadang kita di uji untuk melihat kekuatan diri yang tak pernah kita tahu. Kadang-kadang kita di uji untuk kenal siapa lawan dan siapa kawan dan kadang-kadang kita di uji untuk sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.

Memberi nasihat lebih mudah dari menerima nasihat. Ya memang mudah untuk kita memberi seribu satu nasihat tetapi untuk menerima satu nasihat amat susah tambahan pula bila hati dan diri dalam keadaan yang kucar kacir, jiwa kacau, kecewa dan sebagainya. Jadi harus bagaimana?

Kenapa kita tidak pernah ingin cuba menghayati rasa sakit, kecewa, sedih, gembira. Pernah tak korang cuba? Bila kita cuba hayati rasa itu kita akan lebih menghargainya dan kita akan tersenyum kerana kita tahu kita pernah alaminya. Berbanggalah dengan rasa yang anda alami.

Orang lain tidak akan pernah rasa sama seperti yang kita rasa. Perasaan itu mungkin sama tetapi banyak atau sikit rasa itu tidak mungkin sama. Sayang kita pada seseorang, benci kita pada seseorang tidak sama dengan benci atau sayang orang itu pada kita. Kenapa kita harus persoalkan perasaan org lain?

Aku akui untuk berkata- kata mahupun menulis tersangatlah mudah tapi bila kita lalui sendiri boleh kita guna ayat2 yang kita perdengatkan dan pertontonkan itu pada diri sendiri. Mungkin boleh tapi bukan semua kerana kita hanya MANUSIA BIASA.

Adiosss . .
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment

Popular Posts