bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Monday, May 9, 2011

trip yang pelik ke bukit cherakah

pelik tapi benar. tu yang terjadi pada aku hari ni. ahad lepas aku abis exam. last paper untuk sem nie. sangat susah bagi yang tak baca. dan sedikit susah bagi yang baca sikit-sikit dan sangat senang bagi yang dah ready.. haruslahkan hahahah ok berbalik pada cerita pelik tapi benar pada trip aku ke bukit cherakah shah alam bersama geng waktu rehat dan geng separuh masa. seperti yang dirancang pada saat-saat terakhir kami sepakat untuk ke bukit cherakah di shah alam pagi ni.

so seawal 0545 a.m aku dah bangun dah. al-maklumlah aku ajak adik aku skali, so sebagai seorang kakak yang sangat baik(puji diri sendiri) aku pun mandi dulu lepas tu baru kejut adik aku. bersiap punya bersiap we all pun gerak keluar dari kawasan rumah dalm pukul 7 lebih. so lepas mengharungi kesesakan lalu lintas yang belum lagi menggila we all pun sampai di shell sebelum tol rm 1.10 kat tol sebelum masuk ke kawasan shah alam. memang dah set jumpa kat shell tu. time kita orang sampai tengok kereta geng kancil dah ada p dah gerak terus gi rumah sorang member aku yang memang duduk kat shah alam. we all yang naik kereta kelisa ni tunggulah ketibaan rombongan kereta myvi. agak lama jugalah tunggu. bila dah sampai je terus gerak gi rumah member yang dok kat shah alam tu. bila semua dah ada we all pun geraklah gi kedai makan dulu. sarapan... biasalah bila ada trip ngan geng para-para sakura nie memang kena melantak dulu. time sarapan tu ada la aku buat sesi temu ramah tentang tempat yang kita orang akan pergi ni. aku kan tak pernah pergi. malam tadi pun sempat tengok kat internet sikit je sebab line tak best langgung. member aku pun storylah. kat sana banyak activity bleh buat. cycling, painball, kayak ermm apa lagi ek banyak lagi kot. so aku dah terbayang dah. aku nak cycling sebab dah lama gila aku tak guna khidmat basikal nie. lepas tu aku nak try kayak sebab aku tak pernah try pun. best oooo aku dah terbayang dah semua tu. dengan perasaan sedikit teruja dan agak nebes sebab dah terbayang tahap kepenatan aku kena cycling bila dengar cerita geng yang lain so we all pun geraklah ke tempat kejadian. taklah jauh mana pun dari rumah mmber aku tu.

bila dah sedikit jauh berjalan(naik kereta) nampaklah signboard taman pertanian. dah nak sampailah. dah tu aku nampak lah pagar. ada dua laluan satu laluan di tutup dan satu lagi laluan terbuka besar. selamat datang ke taman pertanian...(tak sempat habis baca sebab dah terlepas gara-gara nak ambik video cam aku) as a second car, member aku nie pun park la kat sbelah geng kancil nie. tau apa yang menarik bila sampai sana. kita orang dah tersengeh-sengeh dah.

"macam mana ni orang shah alam pun boleh tak tahu?" sorang member aku soal.
"aku lupa dowhhh hari isnin tempat ni tutup..."

HUAAAAAAA tutup la pulak.. sangat malang. dahlah ngantok kena bangun awal, tunggu pulak geng yang lain agak lama, air and stok makanan pun dah di sediakan, dah terbyang dah segala activity yang akan dilakukan skali semuanya hanya angan-angan jer.... boleh pula tutup hari isnin. pilihlah hari lain. hari jumaat ker(dapat hormat org/staff smyng jumaat) tapi apa boleh buat. dah salah kita orang gak. tak cek betul-betul dulu kat internet. so dalam keterpaksaan dan kekecewaan sebab angan-angan musnah we all decide nak gi sunway pyramid je. main boling ke, tengok wayang ke or karok. kepanasan sang suria dah makin terasa dan we all terus menuju ke destinasi seterusnya.

kisahnya tak habis kat sini. bila dah sampai sunway pyramid we all decide nak karok. so dari J.J jalan pergi redbox. agak jauh sikit la. kena mengharungi perit sang suria sekejap. bila sampai je kat depan red boz tu skali tengok tutup. WHAT???? APA SUDAH JADI?? kenapa semua benda kena tutup hari ni. kita orang patah balik masuk ke dalam sunway pyramid dan terus ke level boling. skali trengok geng aku call kata redbox dah bukak. nak tak nak patah balik ke redbox tadi. macam-macam hal.

bila dah masuk bilik karok tu selesa sikit rasa. sejuk jer. yelah kalau dah aircorn memanglah sejok. geng aku nie dah pilih lagu dah. satu lagu untuk member aku sorng lagi, satu lagu untuk aku duet ngan dia and satu lagi lagu untuk dia sorang. tunggu punya tunggu lagu tu tak muncul-muncul jugak. seminit... dua minit... lima minit.. lapan minit... call service then dia mintak tunggu lima minit lagi sebab ada technical proplem. oklah tunggu jelah. alang-alang dah jatuh di timpa tangga, malang tak habis-habis dari tadi. bukan lima minit tapi lebih lima belas minit tunggu. dah dekat 20 minit kot barulah boleh. tu pun lagu yang dah dipilih tadi hilang begitu sahaja.

oklahhampir tiga jam jugalah kot we all melalak dalam tu. tak terasa sangat sebab kalau dah sepuluh orang tolak 2 yang sah-sah tak akan menyanyi mana nak rasa lama. tapi memang agak syoklah. dh habis karok geng kancil nak balik sebab ada hal. so perpisahan terjadi di situ. tinggallah geng kelisa and geng myvi. we all ambik keputusan main boling. best gak.. tapi hahah mesti ada tapi pada setiap cerita. ada lak staff yang tukang angkat bola lepas orang main tu, poyo je.. macam pangkat besar lak. dah dapat kasut boling tu nak try la dulu. takut silap size ke. nak try pun kena pakai stokin. poyo giler je... tapi abaikan je orang macam tu. we all main 2 set. semuanya rm9 perperson. sebab ada student card. adik aku yang tak ada student card tu pun dapat harga cam tu. aku mintak akak tu bg harga student. buat muka comel sikt terus dapat(poyo lak aku).. apa yang menarik time aku main boling nie bleh plak bola tu hampir terpelanting ke belakang. nasib aku control sebab dapat rasa nak terlepas dari jari aku. licin beb. hahah macam lawak je. gelak giler time tu. habis dua set main boling je aku pun cow balik. nak pack barang nak balik umah mak aku. geng myvi sambung ambik satu set lagi. aku trus balik umah. dah pukul 10.20 p.m tadi aku selamat sampai kat rumah mak aku...

tujelah cerita aku buat masa ni lepas dah agak lama tak update. time exam bz study last minutelah heheeh oklah lain masa aku update lagi.

adios..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts