bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Thursday, May 12, 2011

rahsia seorang aku..

nie lah rahsia seorang aku yang sudah terbiasa merahsiakan semua benda hingga hilang skill bercerita. terus terkaku tanpa kata.

time nie banyak je aku fikirkan. tentang masa depan aku lah juga. damn!!! kenapa aku macam tak nampak apa-apa je untuk masa depan aku ni?? ya Allah.... nak mohon pada Allah pun macam tak layak je sebab apa yang DIA suruh aku tak buat pun tapi slumber cicak je aku nak mintak macam-macam. berangan je lebih aku nie..

apa masalah aku sebenarnya sekarang?? ye bila aku ingatkan betapa susah dan tertekannya kakak aku dengan kerja barunya terus aku terfikir macam mana dengan aku nanti. dahlah aku tak dapat bayangkan lagi kerja yang aku akan buat nanti. sekarang ni memanglah aku msih belajar tapi tak lama je lagi aku akan melangkah ke alam perkerjaan yang masih kabur. damn.. macam mana nak kerja nie. banyak je kelemahan aku nie. boleh ke aku kerja?? dahlah pelupa, dengan masalah communication and attitude aku yang boleh pulak berubah. time aku perlukan sifat ramah mesra aku tulah dia hilang tanpa pesan. mana pergi semua keyakinan aku selama ni?. aku yang dulu dah hilang.. ke aku ada masalah jiwa sebenarnya???? (takkanlah kannnn)

bila sebut pasal jiwa, sekarang nie jiwa aku tengah kacau pula. semuanya bercampur aduk. impian aku, cita-cita aku dan kehidupan aku sekarang dan untuk selepas nie semuanya aku tak yakin untuk mengharunginya. sekarang ni aku macam kat satu jalan yang terpaksa aku harungi dan kemudiannya jumpa banyak persimpangan yang tak ada signboard. aku tak tahu mana aku kena pergi dan lebih teruk lagi macam aku dah hilang punca. hilang tujuan perjalanan hidup nie. serius weh aku takut dengan keadaan ni.

nak cerita pun aku tak tau.. entahlah semuanya berlegar-legar kat kepala otak aku nie... oklah lain masa jer aku update lagi... nie nak tidur hope bangun je nanti ianya akan hilang macam tu je..

adios..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts