bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, May 29, 2011

demi yang tersayang pt 1

cikgu tolonglah saya. Saya tak tipu. Cikgu mesti percayakan saya.. takkan saya nak tipu benda-benda macam ni. Tolonglah cikgu,bantu saya selamatkan dia. Kita kena cari dia cikgu... tolonglah, saya rayu pada cikgu” Shar merayu sambil menangis teresak-esak. Cikgu Abby, warden asrama yang di diami oleh Shar cuba memujuk dan menenangkan pelajarnya itu.

“Shar, bawak banyak mengucap.. itu semua mainan tidur awak sahaja. Semua itu hanyalah mimpi, bukan reality. Mainan perasaan awak sahaja tu.” Sudah 3 hari gadis itu meminta bantuan darinya sambil teresak-esak. Bukan niatnya untuk tidak membantu tetapi ianya tidak masuk akal.

“Tak cikgu,saya tahu ini bukan mimpi dan ini bukan mainan tidur atau perasaan saya. Ini reality cikgu. Tolong saya bantu dia cikgu. Kesihan dia cikgu. Saya tak tipu,saya berani bersumpah cikgu.” Shar masih cuba memujuk cikgunya, cuba meraih simpati guru muda itu.

“Shar, awak jangan ikutkan sangat perasaan awak tu. Awak masih tak biasa duduk di asrama. Lagipun sebelum ni kan awak tak pernah duduk diasrama,jadi mungkin awak masih tak biasa duduk di sini dan awak terus fikir yang bukan-bukan. Tak ada apa-apa Shar. Awak solat,doa pada Allah,mintak dijauhkan awak pada gangguan.”pujuk cikgu Abby.

Pada hari pertama Shar menemuinya sambil menangis dan meminta tolong fikirnya ia hanyalah cara untuk pelajar itu tidak kesekolah ataupun hanyalah gurauan nakal pelajarnya tetapi apabila kelakuan aneh pelajar itu berlarutan sehingga ke hari ini, sedikit sebanyak merungsingkan fikirannya. Beberapa orang pelajar yang mendiami asrama itu pernah juga melaporkan kepadanya tentang perangai aneh Shar semenjak minggu itu. Akhirnya cikgu Abby mengambil keputusan untuk menyiasat perkara itu. Pada malam itu, cikgu Abby ternampak Shar cuba masuk ke dalam hutan yang berada di belaknang asrama itu dan dengan pantas cikgu Abby menghalang Shar yang disangkanya untuk cuba lari. Apabila di soal dengan tenang Shar menjawap tetapi jawapan itu membuatkan cikgu Abby berang kerana merasakan pelajarnya itu cuba mempermainkannya.

“baiklah cuba awak ceritakan pada saya apa yang sebenarnya terjadi.” Arah cikgu Abby cuba mencari jalan penyelesaian.

“hari isnin tu saya nak ambik tudung di ampaian lepas prep malam. Waktu tu saya Nampak macam ada orang berlegar-legar kat belakang blok,jadi saya pergi tengok. Belakang blok tu gelap,saya takut tapi hati saya suruh pergi tengok juga siapa yang berlegar-legar kat sana. Waktu tu saya Nampak seorang lelaki. Dia macam kesakitan, dia minta tolong kat saya. Saya takut,takut sangat. Saya cuba lari tapi kaki saya tak boleh bergerak. Macam kena paku. Saya ingatkan saya mimpi,tapi bila saya cubit lengan saya, saya tau ini bukan mimpi. Lelaki itu minta tolong,dia rayu pada saya untuk tolong dia. Dia kata, dia dah lama cari orang yang boleh tolong dia. Dia Nampak ikhlas sangat. Dia macam betul-betul dalam kesusahan. Dia minta tolong saya cari sesuatu kat dalam hutan itu. Dia ceritakan tentang apa yang saya kena cari.”

No comments:

Post a Comment

Popular Posts