bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, May 29, 2011

demi yang tersayang pt 2

“ KAU jangan nak buat hallah Min. Dia tak layak untuk kau, dahlah tua.Kalau setakat dua 2 atau 8 tahun lebih dari kau aku tak kisah nie lebih tua dari aku. Entah kerja apa. Lelaki macam tu kau nak buat laki.” Along benar-benar marah ketika itu.

“ Apa salahnya. Min cintakan dia. Usia bukan ukuran pada kebahagiaan. Lagipun yang nak kahwin bukan along tapi Min. Min dah lama kenal dia.” Min membangkang kata-katra abang sulungnya itu. Hentakan meja memeranjatkan seisi rumah. Along semakin berang. Mana mungkin dia membiarkan adiknya menjadi mangsa hidung belang lelaki itu.

“ memang nak kahwin tu kau tapi kau jangan lupa kau tu adik aku. Min, empat bulan tak cukup untuk kita kenal hati budi seseorang. 4 bulan Min kata lama. Huh kejap atau lama pun Min tak dapat bezakan inikan pula baik atau buruk. Min tau ke jantan tu ikhlas ke tak?”

“ALONG!! Nama dia Sham dan along jangan nak memandai tuduh Sham yang bukan-bukan. Min kenal Sham. Dia baik dan Min rasa 4 bulan tu dah cukup untuk Min tau siapa Sham. Sama ada along setuju atau tak Min tetap akan hidup dengan Sham. Min cintakan dia. Along tak ada hak nak halang apa yang Min nak buat.” Jerit Min marah lalu terus berlalu dari situ. Panggilan daripada along dan jugaibunya tidak dihiraukan Min. Hatinya sakit kerana merasakan abangnya itu terlalu kejam.

Ibu mengeluh melihat pergaduhan anaknya itu. Ibu tahu along hanya mahu melindungi adiknya dan Min masih muda dan orang muda memang akan memberontak jika dihalang kemahuannya. “ along, sabarlah nak. Tak boleh ke along bincang elok-elok dengan Min? Min tu muda lagi along. Kalau dimarah macam tu memang la makin nak memberontak. Tak apalah along pergilah rehat. Nanti biar ibu je yang nasihatkan adik kamu tu. Bising-bising nanti jiran mengata pulak.” Puan Maimon menasihatkan anak sulungnya yang agak panas baran itu jika mengenai kebahagiaan dan keselamatan keluarga. Hatinya turut bimbang apabila di beritahu Min sedang menjalinkan hubungan dengan lelaki yang agak berusia semua ibu mengimpikan jodoh yang sesuai dengan anak mereka dan dia tidak terkecuali.

“ibu, along bukan apa. Along nakkan yang terbaik untuk adik-adik along,untuk keluarga along. Semenjak arwah ayah meninggal,along tau tanggungjawap menjaga keluarga ni jatuh kat bahu along. Along nak yang terbaik je bu. Along nak keluarga along dapat yang terbaik.” Marah along sedikit reda.

“ibu tahu along. Ibu tau along banyak berkorban untuk keluarga kita. Ibu pun nak yang terbaik untuk anak-anak ibu. Dahlah kamu pergilah rehat. Nanti ibu nasihatkan adik kamu tu.” Puan Maimon cuba meredakan kemarahan ank sulungnya itu.

“baiklah ibu. Nanti ibu nasihatkanlah Min tu. Suruh dia fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Suruh dia selidik betul-betul siapa jantan tu. Jangan harap along akan restukan hubungan mereka.” Along terus berlalu setelah memberi salam dan mencium pipi ibu kesayangannya itu. Puan Maimon mengeluh. Setelah kehilangan suaminya 10 tahun yang lalu, along lah yang telah mengambil alih tugas suaminya. Alonglah ketua keluarga mereka. Mujur ketika itu along sudah mempunyai kerjaya. Semua keputusan yang harus di buat diserahkan kepada along. Selepas along, Zain merupakan anak keduanya. Kini Zain baru memulakan kerjanya. Anak ketiganya pula adalah Min yang merupakan pelajar tahun terakhir di salah sebuah kolej di ibu kota. Min mempunyai seorang adik bongsu yang bernama Nina. Nina bakal menduduki peperiksaan terbesar pada tahun ini. Mereka masih tinggal bersama kerana along tidak membenarkan mereka duduk berasingan. Puan Maimon bersyukur kerana anak-anaknya masih berada di depan matanya dan mereka saling hormat menghormati.

Pagi itu seperti biasa mereka akan bersarapan bersama-sama. Bezanya pada hari itu adalah suasana tegang jelas kelihatan. Nina yang menyedari keadaan itu hanya membisu tidak bertanya. Dia tahu dia masih terlalu muda untuk mencampuri urusan abang dan kakaknya itu walaupun dia faham apa yang sedang berlaku. Nina amat bersyukur kerana memiliki abang-abang yang bertanggungjawap serta kakak yang memahami dan paling Nina syukuri adalah memiliki ibu yang terbaik dan amat menyanyanginya.

“hari ni kelas Min habis pukul 6 kan. Tunggu along dating jemput.” Along member arahan. Min tidak puas hati mendengar arahan abangnya itu.

“ tak payah selama ini Min balik sendiri tak ada masalah pun.” Bangkang Min.

“dulu memang tak ada masalah tapi sekarang Min sedang bermasalah.” Sindir along. Menyedari keadaan semakin panas Puan Maimon cuba mengubah tajuk perbualan. Dia tidak mahu perbalahan berpanjangan di meja makan.

“ eh Nina tak sudah lagi ke?nanti lewat pergi sekolah. Lagipun kalau tak salah ibu bukan ke Zain ada meeting pagi ni.”

“Ya Allah nasib ibu ingatkan Zain. Zain betul-betul lupa. Cepat Nina nanti lambat pulak abang Zain.atau Nina nak jalan kaki pergi sekolah.” Zain sempat mengusik adiknya itu.

“ ala Abang Zain kejap la. Sikit lagi ni. Takkan nak suruh Nina jalan kaki. Jauh tu. Lagipun nanti ada yang culik Nina sapa yang susah Nina juga.nina juga yang susah nak berhadapan ngan penculik tu.”rungut Nina. Melihat wajah adiknya yang sudah sedikit kelat Min tersenyum.hilang sedikit rasa sakit hatinya apabila mendengar kata-kata abangnya itu.

“hahahahah siapalah yang nak culik Min tu. Ala abang Zain gurau jelah takkanlah abang Zain nak tinggalkan buah hati abang Zain ni. Dahlah cepat kang lambat abang hantar sampai simpang je. Ha Min jalan la kaki jauh-jauh tu.” Zain masih mahu mengusik. Nina ketawa mendengar ugutan abang nya itu. Setelah meminta restu pantas Nina membuntuti Zain. Memandangkan pejabat Zain satu arah dengan sekolah Nina jadi Zain akan menghantar Nina ke sekolah.

“ibu along pergi dulu ya. Min jangan lupa petang ni tunggu along. Jangan nak membantah je kerja.” Kata along lalu berlalu setelah meminta restu ibu. Tinggallah Min dan Puan Maimon.



SHAR mengeluh lagi. Hatinya resah. Sudah pelbagai cara dilakukan untuk membuat guru dan rakan-rakannya percaya. Dia semakin buntu tetapi jauh di sudut hatinya nekad untuk membantu lelaki yang dikenali sebagai Lan itu. Shar sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat keberaniaan untuk menghulurkan bantuaan kepada lelaki yang tidak dikenalinya itu. Hatinya terus mendesak untuk membantu lelaki malang itu.

“Shar bukan aku tak nak percayakan kau ta[i susah untuk aku percaya. Kau pun tak kenal dia aku apatah lagi. Muka dia pun aku tak pernah tengok, tapi kau rasa dia betul-betul wujud ke. Kalau wujud sekalipun kau rasa dia normal tak. Mana tahu dia gila ke.” Jes, teman baik Shar cuba membuat kesimpulan.

“Jes. Aku pun dah tak tau nak terangkan kat kau macam mana.aku betul-betul yakin. Aku dapat rasakan yang aku mesti tolong lelaki tu. Aku sendiri tak sanggup lagi tengok apatah lagi dengar segala cerita penderitaan dia. Aku pasti kalau kau di tempat aku mesti kau tolong dia juga.”

“ok aku akan percaya apa yang kau cerita ni tapi ada syarat. Kau mesti bawa aku jumpa dia.” Jes membuat kata putus. Shar terdiam. Otaknya ligat perfikir sesuatu. Dengan sekali nafas dia mengeluh berat.

“aku pun harap aku boleh tunjukkan kat kau. Kalau boleh tunjuk dari dulu dah aku tunjuk. Aku takkan menyusahkan diri aku sediri dengan tak tunjuk kat korang. Masalah sekarang aku tak boleh and aku tak tau kenapa hanya aku je yang Nampak. Yang pasti aku memang tak boleh” air mata Shar mula mengalir semula.

“ok. Dahlah tu. Jangan nangis lagi. Kau dah terlalu banyak menangis. Kau terlalu tertekan tu. Kalau kau terlalu fikirkan sangat kau akan memudaratkan lagi diri kau.” Jes memujuk temannya itu apabila melihat Shar mula mengalirkan air matanya sekali lagi.

“tak apalah Jes, aku faham kenapa kau tak percaya apa yang aku ceritakan. Aku akan buktikan yang aku tak reka cerita. Shar terus berlalu keluar dari bilik itu dengan hampa. Dia nekad sama ada mereka percaya atau pun tidak apa yang pasti dia akan menolong lelaki malang itu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts