bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, May 29, 2011

demi yang tersayang pt 9

“ eh ibu, kenapa dengan ibu. Ya Allah banyaknya darah. Ibu, bangun ibu. Ya Allah Sham kenapa dengan ibu i? Soal Min cemas. Dia menjerit memanggil adik serta abangnya.

“ min, you jangan bising. Ibu you tengah tidur tu. Nanti dia terjaga susah nanti.” Pujuk Sham sambil memeluk Min. Min cuba melepaskan diri.

“ lepaskan i Sham. Apa you dah buat kat my mom ha??!!. Nina.. Abang Zain..” jerit Min memanggil adik serta abngnya. Min cuba memeriksa keadaan ibunya. Sham yang memerhatikannya tidak di hiraukan. Ibunya lebih penting pada ketika itu.

“ Min, sabar sayang. Ibu you tidur je tu. Dia kata tadi dia restu hubungan kita. Dia tak akan ganggu atau halang hubungan kita lagi. Abang you pun dah restu hubungan kita saying.” Kata Sham lembut sambil cuba meraih tangan Min. Min pantas mengelak.

“ you jangan cuba sentuh i. Apa you dah buat dekat my mom, adik i and abang i ha? Sham, baik you bagi tau i cepat. Bagi tahu la!!!!!” jerit Min berang.

“ sayang apa ni. Janganlah jerit-jerit. You, adik you and abang you tu memang suka jerit-jeritlah kan, adik you ada. Dia kat dapur tidur juga.abang you pun sama tidur tapi kat bilik dialah kot. Family you ni suka tidur juga kan sayang.” Sham bersuara tenang. Min menolak Sham yang menghalang laluannya. Sedang Min melangkah ke dapur tiba-tiba matanya tertumpu pada satu tubuh yang terbaring di sebelah meja makan. Min terjerit melihat keadaan adiknya. Tangan adiknya yang sudah melecur di pegangnya.

“ i dah cuba halang adik you tadi tapi dia kata dia sanggup bakar tangan dia untuk buktikan dia restu hubungan kita. Sayang, family you dah restu hubunga kita. Abang you pun dah restu, abang you yang Zain tu” tanpa fikir panjang Min terus berlari ke tingkat atas untuk melihat keadaan abnagnya.. panggilan Sham tidak di hiraukannya. Min terkaku melihat keadaan abangnya yang berlumuran darah. Dia terduduk di sebelah tubuh kaku abangnya sambil teresak-esak.

“ sayang, I pun sedih juga. I fahma perasaan you tapi nilah hikmah bila kita di pisahkan. Lepas ni kita akan kahwin, ada anak dan hidup bahagia selamanya kan sayang.” Kata Sham girang. Dia sudah membayangkan kehidupan bahagianya bersama Min. Min yang masih menangis itu di peluknya dari arah belakang. Min tiba-tiba meronta kuat sehingga Sham terdorong ke belakang. Min menjauhkan diri daripada Sham. Rasa marah dengan kelakuan Sham menguasai diri Min. Betapa bencinya Min bila melihat wajah Sham ketika itu. Rasa ingin di cincangnya lelaki gila itu. Sham cuba menghampiri Min tetapi Min pantas berundur ke belakang.

“kau jangan cuba dekat kat aku. Aku benci tengok muka kau. Aku jijik tengok kau. Baik kau berambus dari sini. Berambussss!!!! Aku tak ingin nak kahwin dengan kau. Go to hell with your dream” jerit Min geram.

“ Min, kenapa cakap macam tu, Min tak sayangkan Sham ke? Min janji nak hidup semati dengan Sham kan.” Pujuk Sham. Min tergelak mendengar kata-kata Sham itu. Hatinya hancur mengenangkan apa yang telah terjadi.

“ kau ingan aku bodoh ke? Lepas semua apa yang kau dah buat kat ibu, adik and abang aku, kau ingat aku akan kahwin dengan kau ke?. Hey orang gila, kau jangan nak mimpilah aku nak hidup dengan kau. Nak pandang muka kau pun aku jijik kau tau tak!. Betul kata along, kau memang jahat. Salah aku yang tak dengar nasihat along dari awal. Kau memang tak layak jadi suami aku. Taraf kau lebih hina dari anjing kurap kau tau tak! Aku benci tengok muka kau. Aku tak nak hidup dengan aku!!” jerit Min berang. Banyak barang yang tercapai dek tangannya menjadi sasaran untuk dilemparkan kea rah Sham. Min sudah menggila. Amarahnya tidak dapat di tahan lagi. Tiba-tiba Sham menjerit sekuat hati. Min terkejut melihat keadaan Sham yang seperti sudah tidak siuman itu. Sham memandang tajam kea rah Min. Pandangan itu menakutkan Min.

“ Tak, tak tak ini semua tak betul. Min semua ni salah. Min kena kahwin dengan Sham. Min kena kahwin dengan Sham” ulang Sham sambil menarik-narik rambutnya tanpak sungguh tertekan. Kecut perut Min melihat reaksi Sham itu. Min baru terfikir untuk melarikan diri. Sham yang Nampak Min lari kea rah pintu bilik itu menjerit kuat. Tanpa berfikir panjang dan seperti dirasuk Sham menangkap Min lalu tubuh gadis itu di hempas ke dinding. Min menjerit kesakitan. Rontaan Min membuatkan Sham naik berang lalu menampar pipi gadis itu tanpa belas kasihan.

“ kau nak pergi mana hah?? Kau pun nak tinggalkan aku macam betina tu? Kau jangan ingat kau boleh lari. Kau ingan aku akan lepaskan aku?!” marah Sham. Sham seperti sudah dirasuk. Darah yang mengalir akibat ditampar berkali-kali tidak dihiraukan Sham.

“ kau memang tak layak untuk aku. Kau akan terima balasannya bila along balik nanti.” Mendengar sahaja nama along di sebut, Sham seperti naik gila. Tidak ada apa yang dapat menahan Sham lagi.

“ ALONG tolong Min. Along!!!!!” jerit Min. Along yang mendengar jeritan itu sedaya upaya membuka matanya. Kepalanya terasa sakit. Seingatnya tadi, dia baru sahaja masuk ke dalam rumah tetapi kini dia duduk di atas kerusi dan Min berada di depan matanya di peluk kemas oleh seorang lelaki. Sham!!! Ya lelaki itu adalah Sham. Along ingin bangun menyelamatkan adiknya tetapi tidak Berjaya. Dia tersekat di kerusi itu. Di ikat ketat tanpa boleh bergerak. Ketawa Sham memenuhi ruang di bilik itu. Patutlah hatinya tidak tenang sedari tadi. Rutin pulang ke rumah untuk makan tengahhari terpaksa di tangguhkan seketika kerana mesyuarat yang lambat tamat. Hatinya terus mendesak agar dia cepat pulang dan kini taulah dia apa yang terjadi. Sham muncul kembali dalam hidup mereka.

“ Sham bawa bertenang. Kita boleh bincang benda ni elok-elokkan.” Pujuk along. Dia tahu dalam keadaan seperti ini berkeras jangan sesekali. Mendengar sahaja kata-kata along gelak Sham semakin galak.

“ Azlan,Azlan. Kau nak berbincang?. Dah terlambat Azlan. Dulu boleh bincang tapi ada kau nak berbincang. Sekarang tak ada bincang-bincang lagi. Min akan jadi milik aku.” Jerit Sham. Sham memang sudah tidak waras lagi.

“ Sham, lepaskan aku. Aku tak nak hidup dengan kau.”jerit Min. Sham yang geram mendengar kata-kata Min itu mencengkam lengan Min kuat sehingga Min menjerit kesakitan.

“ Sham aku rayu kat kau. Lepaskan adik aku. Lepaskan keluarga aku. Kau bunuhlah aku. Aku penyebab hubungan kau dan Min putus. Kau lepaskan keluarga aku Sham. Aku rayu Sham. Tolonglah.” Along cuba menyelamatkan Min dari terus di sakiti. Dia tidak sanggup melihat adiknya disakiti.

“ along, tak payah rayu kat lelaki gila ni along. Tak ada gunanya. Dia dah bunuh ibu, adik dan abang Zain. Abang Zain kat belakang tu. Sham dah gila dah. Kau dah gila Sham. Kau dah tak waras lagi. Aku takkan kahwin dengan kau.” Jerit Min geram. Along yang mendengar kata-kata Min itu terkejut pantas sedaya upaya menoleh ke belakang. Ya memang betul Zain di situ. Terbaring kaku tak bernyawa. Sham yang mendengar jeritan Min itu naik berang. Bantal yang ada di sisinya di ambil lalu di tekan ke muka Min bagi mendiamkan Min dari terus menjerit. Rontaan Min langsung tidak member kesan ke atas Sham yang menggila. Along yang melihat adiknya di lakukan begitu menjerit kea rah Sham. Dia cuba untuk bangun menyelamatkan adiknya tetapi tidak Berjaya. Rontaan dan jeritan Min semakin mengecil dan terus menghilang. Menyedari Min sudah tidak bersuara, Sham membuang bantal yang menutup muka Min tadi. Sham memanggil-manggil Min yang terus membisu.

“ Min, bagun sayang. Sayang janganlah tidur. Min sayang, you jangan tinggalkan I. Min....” jerit Sham. Dia tahu Min sudah tiada. Sham berang. Along di renungnya tajam. Dia hanya berharap Min akan menyahut panggilannya.

“ oi setan. Kau lepaskan aku. Aku akan ajar kau. Kau bunuh keluarga aku. Kau bunuh Min. Kau dah gila. Kau tak layak hidup!!” marah along. Along meronta-ronta cuba melepaskan diri walaupun akhirnya dia yang rasa sakit kerana ikatan yang terlalu ketat itu.

“TAK!!!! Aku tak bunuh Min. Kau yang bunuh Min. Kau punca Min mati. Aku akan bunuh kau Lan. Kau bunuh gadis kesayangan aku.” Jerkah Sham. Sham yang sudah tidak berfikiran waras terus menyepak, memukul dan menumbuk along yang tersekat akibat di ikat di kerusi itu. Dalam keadaan yang terikat itu, tidak apa yang boleh dilakukan oleh along. Along berdoa pada tuhan agar membantunya. Along kuatkan semangat untuk menahan penangan dari Sham. Along ketawa dalam kesakitan. Ketawa along membuatkan Sham berhenti memukul.

“ Bunuhlah aku Sham. Aku tak kisah. Aku dah tak kisah. Kalau aku mati sekali pun aku tahu yang kau tak mungkin bersama dengan adik aku. Kau dah bunuh Min Sham. Konon kau sayang Min tapi kau bunuh dia.” Along berkata dalam tawa. Hanya itu yang mampu di lakukan. Sham semakin berang. Sham terus membelasah along sesuka hatinya sambil menjerit menafikan dia yang yang membunuh Min. Along semakin tidak bermaya dan hanya masih tersenyum walaupun kesakitan merajai perasaannya. Walaupun darah pekat di sana sini di tubuhnya, along masih tersenyum.

“ kau yang beria-ia nak pisahkan aku dengan Min dulukan. Sekarang aku akan pisahkan kau dengan keluarga kau yang kau jaga sangat ni. Aku tak kejam Azlan. Aku akan bawa kau jumpa ahli keluarga kau sebelum kau pergi jauh tinggalkan mereka.” Kata Sham sambil ketawa besar. Along yang lemah tidak berdaya lagi ditarik oleh Sham mendekati mayat Min.

“ Baik kau ucapkan selamat tinggal pada Min dan keluarga kau. Kau tak akan jumpa mereka lagi.” Kata Sham lalu menolak Along mendekati Min. Along mencium wajah adiknya buat terakhir kali. Air matanya mengalir tanpa dipaksa. Setelah itu Sham menarik Along lalu tanpa belas ditolaknya Along sehingg jatuh di atas mayat Zain. Air mata Along semakin deras mengalir. Dia kesal kerana lambat pulang hari ini. Tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal,Sham dengan kejam menarik Along keluar lalu menolak Along ke bawah dan terjatuh melepasi tangga. Sham ketawa melihat Along yang tidak berupaya. Hatinya puas. Seperti biasa tanpa belas rambut Along ditarik supaya Along mengikut langkahnya. Along mengagahi diri dan mereka ke ruang makan di mana Nina terbaring kaku. Hati Along bagai disiat melihat keadaan adik bongsunya dan pantas mendapatkan Nina. Dipeluknya Nina yang sudah tidak bernyawa itu lalu menangis. Sham yang melihat keadaan Along itu ketawa lagi lalu menyepak Along sekuat hati sehingga Nina terlepas dari pelukan Along kemudian Along diheret ke ruang tamu di mana mayat ibu terbaring di atas sofa. Along terus mendakap tubuh ibu lalu pipi ibu dicium berkali-kali Along menangis lagi.

“Ibu,maafkan Along ibu. Along gagal jaga keluarga kita,ibu. Ampunkan Along. Along gagal selamatkan keluarga kita. Along gagal lindungi adik-adik Along. Ibu ampunkan Along,bu. Along dah gagal,bu.”Rintih Along sambil mencium pipi Puan Maimon. Sham yang mendengar kata-kata Along ketawa lagi.

“Dah lah tu Azlan mak kau dah mati,kau memang dah gagal dalam hidup kau. Kau gagal jaga mak dan adik-adik kau dari aku. Kau gagal halang aku dari bunuh mak dan adik-adik kau”kata Sham menyakitkan hati Along. Mendengar sahaja kata-kata Sham itu tiba-tiba semangat Along muncul. Along terus menyerang Sham. Sham yang tidak mengjangka akan serangan itu terjatuh. Along mengambil kesempatan untuk menumbuk Sham. Apabila Sham kelihatan lemah Along sedaya upaya bangun unyuk menyelamatkan diri. Nasib tidak menyebelahi Along,kaki Along tersepak meja lalu jatuh. Sham yang pada ketika itu sudah bangun pantas mendapatkan Along dan memukul dengan pasu.

********************************************************



“MAKSUD encik,memang ada kes yang berlaku lima tahun lepas? Kes pembunuhan kejam keluarga itu?”

“Ya,memang ada.Tapi apa kaitan encik pada kes tersebut? Encik kenal ke siap Azlan bin Saifullah?” soal pegawai polis tersebut kepada Ustaz Mukhti,Cikgu Abby dan Cikgu Jamilah sedikit tergamam apabila mengetahui perkara tersebut.

“Betul ke yang Azlan bin Saifullah masih tidak ditemui dan polis masih mencari dia?”soal Cikgu Abby pula ingin mengesahkan cerita yang disampainya,Shar.

“Menurut laporan kami Azlan bin Saifullah tidak ditemui dan didapati menghilangkan diri. Kami mengesyaki dia turut terlibat dalam pembunuhan ini.”terang pegawai Azhar

“Tak,Abang Lan tak salah. Dia pun menjadi mangsa. Dia pun dibunuh.”tiba-tiba Shar menjerit marah.Cikgu Abby menenangkan Shar. Pegawai polis yang bertugas terkejut mendengar kata-kata Shar itu.

“Adik,ini bukan perkara main-main. Macam mana adik boleh tahu tentang kes ini?”soal pegawai polis Azhar itu.

“Roh Abang Lan yang bagitahu. Dia suruh Shar tolong dia cari jasad dia. Dia dibunuh mayat dia ditanam dalam hutan tu”terang Shar. Melihat pegawai polis itu seperti keliru Ustaz Mukhti menceritakan keadaan Shar awal minggu itu. Ustaz Mukhti juga turut member kertas yang mengandungi cerita yang di tulis oleh Shar. Maklumat yang ada di dalam cerita itu seperti nama ahli keluarga, alamat dan laporan yang pernah di buat oleh Azlan semuanya benar.bagi memastikan perkara tersebut, pegawai polis Azhar itu meminta Shar membuktikan ceritanya dengan menggambarkan wajah Azhar dan apabila ditunjukkan beberapa keeping gambar. Shar tetap menunjukkan wajag yang sama iaitu wajah Azlan serta ahli keluaga yang lain. Setelah beberapa jam di dalam balai polis tersebut akhirnya mereka pulang di ikuti oleh beberapa orang detaktif yang di arahkan untuk membuat siasatan dan menemani Shar untuk menunjukkan lokasi kejadian.

Setiba di kawasan hutan di belakang asrama meraka, salah seorang detektif itu mengarahkan agar guru perempuan tidak mengikut mereka dan hanya Shar, Uataz Mukhti, Cikgu Zamri dan detektif tersebut sahaja yang masuk ke dalam hutan.

“Abang,Shar dah tunaikan janji Shar. Shar dah bawa cikgu Shar untuk bantu Shar. Sekarang Shar nak abang bantu Shar. Tunjukkan mana jasad abang agar kami boleh bantu abang untuk disemadikan dengan teratur.”kata Shar tiba-tiba.mereka yang mendengar terkejut kerana tidak tahu dengan siapa Shar berkata-kata.

“Shar, awak ok ke? ustaz nak awak bawa banyak mengucap,selawat..Baca bismillah sebelum kite teruskan ni.”Selesai sahaja ustaz berkata-kata Shar terus memulakan langkah tanpa kata.Panggilan ustaz tidak dihiraukan. Dia terus melangkah. Detektif dan para guru itu menikut langkah Shar setelah ketua detektif mengarahkan mereka mengikut langkang Shar. Mereka terus melangkah dan melangkah. Sudah jauh mereka berjalan dan tiba-tiba Shar berhenti di sebatang pokok yang tumbang. Suasana sunyi. Mereka sudah jauh dari kawasan sekolah. Para detektif sudah bersiap-sedia dengan segala kemungkinan. Detektif Amir mendekati Shar.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts