bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, May 29, 2011

demi yang tersayang pt 10

Matanya dibuka perlahan-lahan. Kesakitan mula terasa Along dapat melihat kehijauan pokok yang berada didepan matanya itu. Along menoleh ke kiri dan ke kanan. Dia tahu kini dia berada di dalam hutan. Tangan Along diikat kiri dan kanan begitu juga dengan kakinya. Along terbaring di atas tanah. Along cuba mencari kelibat Sham tetapi tiada. Peluang itu Along gunakan untuk cuba melepaskan diri dari ikatan itu tetapi tidak berjaya.

“Tak payah kau susahkan diri sendiri Azlan. Kau takkan dapat lepas dari ikatan terbaik yang aku belajar. Mesti kau tertanya-tanya kenapa aku bawa kau ke hutan ni.”Sham yang muncul tiba-tiba itu mentertawakan Along.

“Apa lagi yang kau nak buat Sham. Baik kau serah diri pada polis.” Kata Along dalam kesakitan. Sham ketawa lagi.

“Azlan,kau ni dari dulu ingat aku bodoh. Kau ingat kau temankan Min dengan bodyguard kau tu,kau bole pisahkan aku dengan Min? Tak Lan,tapi tu jadi punca kematian Min dan keluarga kau. Kau punca segala-galanya. Sebab kau juga aku bunuh bini aku yang tak nak aku ada hubungan dengan Min,tapi sebenarnya dia yang curang. Sebab kau mak kau mati. Sebab kau juga adik-adik kau mati. Dan sebab kau Min yang aku sayang mati. Semua sebab kau. Aku takkan maafkan kau.”jerit Sham geram.

“Sham kau dah terlalu tertekan baik kau serah diri dan kau akan lepas dari semua ni. Polis boleh kata kau gila,jadi kau tak payah masuk penjara,kau boleh berehat,bercuti,tenangkan diri.”Along masih cuba memujuk

“bercuti? Owh ya. Esok kau nak bawa mak and family kau pergi langkawi kan. Baiklah aku pun akan lepaskan kau. Nanti kau boleh bawa mak and adik-adik kau pergi langkawi, tapi aku bagi kau guna jalan jauh sikit. Baru mencabar. Nanti makin bermaknalah percutian kau bila banyak halangan. Kau Nampak pisau dan limau ni? Aku akan bagi hadiah kat kau. Aku akan buat macam ni.” Serentak itu Along menjerit kesakitan apabila pisau itu menghiris perutnya. Sham ketawa gembira melihat keadaan along. Sekali lagi Sham menghiris perut along. Kini terdapat dua garisan di perut along. Along menahan kesakitan. Along tidak menjerit kali ini. Sham tidak puas hati. Pisau itu tarus menghiris lengan Along. Kali ini agak dalam dan Along menjerit kesakitan. Sham tersenyum mendengar jeritan itu.

“Baiklah tuan-tuan dan puan-puan limau tadi kita ambil lalu kita belah dua kemudian,ambil salah satu limau yang telah dibelah dan perah limau tersebut pada bahagian yang luka.”jeritan Along semakin kuat dan Along meronta –ronta apabila air perahan limau tersebut terkena luka yang dihiris di perut Along itu.Sham semakin galak memerah limau pada luka di perut dan lengan Along.Along yang sudah tidak bersuara membuatkan Sham tersenyum.Along pengsan kerana kesakitan yang tidak tertanggung yang terpaksa dialaminya.

Bunyi bising membuatkan Along kembali sedar dari pengsan. Kesakitan diperut dan lengan serta diseluruh badannya semakin terasa.Along berdoa pada Allah agar dirinya diselamatkan dan berharap ianya hanyalah semata-mata.Along baru perasan diatasnya terdapat sebatang pokok dan pokok itu terlalu dekat dengan Along.Along memandang kea rah bunyi bising yang didengarnya tadi. Kelihatan Sham sedang membuat sesuatu yang amat mencurigakan. Menyedari Along sidah sedar dari pengsan,Sham pantas mendapatkan Along.

“Aku ingat kau dah mati. Risau juga aku.”kata Sham tanpa rasa serba salah.

“Bukan tu ke yang kau nak. Kau nak aku mati kan?.”soal Along lemah.Along sudah tidak berdaya lagi dia hanya berserah pada yang maha kuasa.Sham mengeluh.

“Ermm memanglah aku nak kau mati tapi, tak adalah sesenang tu aku nak kau merana. Aku nak kau rasa macam mana bila hidup kau semakin musnah. Aku nak kau rasa macam mana rasa sakit aku dulu. Aku nak kau ada kat tempat aku.” Terang Sham

“Aku tak rasa apa yang aku rasa sekarang sama dengan apa yang kau rasa. Kau tak hilang keluarga yang dibunuh oleh lelaki gilakan?”Along cuba menaikkan darah Sham tetapi Sham hanya ketawa.

“ Tak kesah lah Lan yang penting hati aku puas. Ni! kau Nampak tak pokok basar ni? Kau tau pokok yang besar dan berat gila ni akan hempap kau tapi aku tak kejam. Aku takkan lepaskan pokok ni tiba-tiba. Aku nak kau hayati berat pokok ni. Kau Nampak jack tu? Ha tu akan turun sikit-sikit. Ala macam dia turunkan kereta waktu nak tukar tayar tu. Bezanya dia turunkan pokok. Oklah aku ucapkan selamat berjaya kat kau ya. Kau akan mati kat sini. Kau akan terpisah jauh dari keluarga kau. Mayat kau akan terbiar kat sini sampai ada orang jumpa. Tu pu kalau ada orang jumpalah dan kalau tak kena makan dengan binatang buas kat dalam hutan ni. Mesti kau akan jadi penunggu kat dalam hutan ni. Kalau au ada masa aku akan lawat kau ok. Owh ya aku akan mudahkan kau so aku akan buka ikatan kat tangan kau tu tapi sebelum tu aku kena..” serentak itu jeritan Along kedengaran setelah bunyi seperti benda patah kedengaran “ aku kena patahkan tangan kau” sambung Sham. Tangan kiri Along sudah patah dan tidak dapat digerakkan lagi manakala tangan kanan along yang sedari tadi jarinya sudah patah memang tidak dapat merasa apa-apa lagi ketika ini. Along tidak menangis. Dia sudah tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa walaupun untuk menangis. Sham menurunkan pokok yang besar itu sedikit demi sedikit dan kemudian terus di jatuhkan ke atas badan Along. Pada ketika itu Along memohon keampunan dari Allah. Along hanya mampu bertawakal dan berserah pada yang maha kuasa.


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


“ ADIK?” Panggil detektif Amir. Shar menunjukkan sebatang pokok yang tumbang. Berdekatan dengan pokok tersebut kelihatan tali yang sudah lama terhimpit di bawahnya. Detektif Amir mendekati pokok tersebut dan mencari sesuatu kemudian dia mngarahkan seorang lagi pegawai polis meminta pasukan bantuan datang setelah terlihat sesuatu.

Melihat seperti Shar ingin mengangkat pokok tersebut Ustaz Mukhti dan yang lain cuba membantu tetapi belum sempat mereka memegang pokok tersebut satu lagi kebesaran Allah terlihat oleh mereka. Shar, seorang pelajar perempuan yangsederhana kecil mampu mengangkat pokok yang lebih besar dari tubuhnya. Setelah pokok tersebut di alihkan oleh Shar menggunakan kekuatan yang entah dari mana datangnya, kelihatan seperti tulang dan baju yang amat lusuh.. shar yang hanya membisu sedari tadi mula masuk ke dalam hutan tadi menoleh kea rah cikgu-cikgu dan detektif yang ada.

“ terima kasih kerana membantu. Harap dapat uruskan mayat saya seperti umat islam yang lain. Tolong semadikan saya di sebelah kubur keluarga saya. Assalamualaikum.” Habis sahaja berbicara Shar tiba-tiba jatuh rebah ke bumi tidak sedarkan diri. Ustaz Mukhti membaca ayat-ayat suci al-Quran lalu menghembuskan ke telinga Shar. Seketika kemudian Shar terus sedar tetapi kelihatan cukup lemah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts