bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, May 29, 2011

demi yang tersayang pt 7

“ abang Sham, kenapa dengan ibu ni? Ibu, ibu kenapa ni? Ya Allah banyaknya darah. Abang Sham, tolong Nina bang.” Rayu Nina pada Sham yang hanya memerhati tidak bergerak. Dalam cemas Nina sempat melihat gelas yang sudah jatuh ke lantai.

“abang Sham!!! Kenapa dengan ibu??” jerit Nina geram apabila melihat Sham masih membisu memerhatikan mereka berdua. Puan Maimon cuba bersuara tetapi Nina tidak memahami apa yang cuba di sampaikan oleh ibunya itu. Nina memandang kea rah Sham. Reaksi Sham amat menakutkan Nina. Sham hanya tersenyum dan duduk seperti tidak ada apa-apa terjadi. Akal waras Nina cuba mencari jalan penyelesaian dan cuba menjana apa yang sedang berlaku ketika itu.

“ ibu, ibu bertahan ya, Nina pergi mintak tolong ya... ibu sabar ya. Ya Allah. Abang Sham, apa yang abang dah buat kat ibu? Abang Sham dah gila ke?.” Jerit Nina geram. Puan Maimon dibaringkan ke atas sofa lalu dia bingkas bangun untuk mendapatkan pertolongan daripada jiran tetangga. Baru sahaja Nina ingin melangkah keluar rambutnya ditarik kasar dari belakang. Nina terdorong ke belakang sambil menjerit kesakitan. Nina meronta-ronta cuba melepaskan diri.

“ Kau nak pergi mana ha budak? Kau jangan ingat kau boleh lepas dari aku. Kau tak nak temankan mak kau ke?. Lepas ni nanti kau tak boleh jumpa mak kau lagi dah.” Kata Sham sambil ketawa. Nada suaranya menakutkan Nina. Dia menangis ketakutan dan kesakitan akibat rambutnya yang masih di cengkam kemas oleh Sham. Tanpa belas Sham menolak Nina jatuh ke pangkuan Puan Maimon yang sedari tadi terbaring di atas sofa. Nina yang ketakutan memanggil-manggil Puan Maimon. Sham ketawa kuat melihat Nina yang menangis ketakutan sambil memanggil ibunya.

“ kenapa abang Sham buat macam ni? Apa dosa ibu? Apa dosa Nina pada abang?” jerit Nina dalam ketakutan. Nina memberanikan diri memandang Sham

“kau Tanya aku apa dosa kau dengan ibu kesayangan kau ni?. Memanglah tak ada sebab yang ada dosa dengan aku hanyalah abang kau yang bongkak tu. Kau lupa ke dia yang halang hubungan aku dengan gadis kesayangan aku?” jerit Sham. Hatinya geram apabila terkenangkan abang sulung gadis kesayangannya dulu, Min. Geram mendengar kata-kata Sham itu Nina cuba menyerang Sham dan cuba melarikan diri tetapi malangnya Sham terlalu pantas. Nina terjatuh lalu terhantuk di bucu meja. Dahinya berdarah. Nina menguatkan semangatnya untuk bangun walaupun kepalanya terasa berpusing saat itu oleh kerana tidak tahan dengan kesakitan apabila Sham menarik rambutnya untuk memaksa Nina bangun.

“ kau ni menyusahkan akulah. Kau dah tak sabar nak jadi macam mak kau ke?. Sabarlah. Nanti dulu, aku nak dera kau sikit.” Kata Sham keras.

“ lepaskan akulah bodoh!!! Kau memang tak layak untuk kakak aku. Kau tu setan..” jerit Nina geram. Sham ketawa sekuat hati dan amat mengjengkelkan Nina. Otak Nina ligat memikirkan cara untuk melepsakan diri.

“ kau kata aku setan? Kau nak tahu macam mana perangai setan yang sebenar?. Mari aku tunjukkan kau. Mula-mula aku tunjukkan kau rumah setan.” Sham menarik Nina ke dapur. Nina yang kesakitan akibat rambutnya ditarik kasar terpaksa mengikut langkah Sham. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Ketakutan semakin menguasai dirinya, ketika di dapur Sham menghidupkan gas memasak. Api yang menyala itu membuatkan Nina semakin takut ditambahkan pula dengan hilai tawa Sham. Seperti dapat membaca apa yang cuba di lakukan oleh Sham, Nina menjerit minta dilepaskan.

“ kau ni bisinglah. Kau duduk diam-diam boleh tak. Aku nak tunjuk kat kau macam mana rumah setan. Kau kata aku setan tadikan. Ha ni aku nak kenalkan kau lah ni.” Jerit Sham. Nina masih meronta-ronta minta di lepaskan. Geram meliohat keadaan Nina, Sham terus menampar kuat sambil mengarahkan Nina diam. Nina menangis teresak-esak. Dia ingin menjerit tetapi takut di tampar lagi. Bibirnya yang berdarah terasa amat pedih dek tamparan tadi. Sham ketawa apabila sudah Berjaya menyuruh Nina diam. Tangan Nina ditariknya mengenai api yang dinyalakan tadi. Nina menjerit kesakitan. Semakin kuat Nina menjerit semakin kuat jugalah Sham ketawa. Cengkaman Sham terlalu kuat sehingga Nina tidak dapat melepaskan diri. Dengan tenaga yang masih berbaki dan dengan kesakitan yang ditahan, Nina memijak kaki Sham sekuat hatinya. Gengaman tangan terlepas dan peluang ini di ambil oleh Nina untuk melarikan diri. Nasib tidak menyebelahi Nina, Sham terlalu pantas dan Berjaya menangkap Nina dan untuk sekian kalinya pipi Nina di tampar berkali-kali tanpa belas dan Nina terus kaku tidak bergerak di lantai rumanya itu. Sham ketawa puas sambil pipi Nina di usapnya pula.

“ Nina, Nina, Nina. Tulah ibu Nina tak ajar ke cara hormat orang tua? Kan Nina dah jadi mangsa. Kesian Nina. Sakit ya dik?. Ala adik ipar abang ni, dahi dia berdarahlah. Nanti abang ajak kak Min hantar adik pergi hospital ya.” Kata Sham sambil mengusap pipi Nina yang sudah terbaring kaku.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta masuk ke pengkaran rumah. Sham tersenyum sambil memandang Nina yang terbaring kaku itu.

“ ha Nina,tengok siapa yang datang. Nina duduk sini diam-diam tau. Biar abang yang buat kejutan untuk mereka.” Kata Sham dalam nada berbisik.

“Assalamualaikum..” kedengaran salam di beri. Zain Terasa hairan kerana meliaht keadaan rumah yang sunyi dan tiada sesiapa yang menjawap salamnya lalu menolak pintu dari luar lalu masuk. Zain memanggil-manggil ibu serta adik-adiknya tetapi tiada sesiap yang menyahut panggilannya. Zain terus ke ruang tamu dan alangkah terkejutnya dai apabila melihat ibunya terbaring di atas sofa dengan darah yang mengotori mulut, baju serta tangan ibunya itu. Zain pantas mendapatkan ibunya sambil menjerit memanggil ibunya. Dalam cemas melihat ibunya, zain terdengar namanya di panggil lalu menoleh kebelakng. Serentak itu dia dapat rasakan sesuatu yang keras menghentak kepalanya dan segala-galanya menjadi gelap.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts