bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, May 29, 2011

demi yang tersayang pt 6

SUDAH hampir seminggu mereka menghentikan khidmat pengawal peribadi. Kehidupan mereka kembali seperti biasa dan mereka semakin bahagia. Gurau senda , tawa mesra semuanya mewarnai kehidupan mereka kini. Tiada lagi gangguan daripada Sham. Sudah sebulan lebih mereka tidak melihat kelibat Sham. Mereka sudah bebas kini. Min bersyukur segalanya telah berakhir begitu juga dengan keluarganya. Kesyukuran uang tidak terhinnga mereka panjatkan kepada illahi atas segalanya yang sudah kembali seperti biasa

Esok merupakan hari terakhir persekolahan bagi Nina dan cuti penggal akan bermula. Min pula yang sudah pun memulakan cuti semestanya tidak sabar untuk ke Langkawi seperti yang di janjikan oleh Along. Min dan Nina gembira kerana mereka akn bercuti bersama keluarga tercinta. Puan Maimon ketawa melihat gelagat anak daranya yang brsorak gembira. Manakan tidak sudah lama mereka tidak bercuti bersama-sama.

“ibu, tak sabar Nina nak pergi Langkawi. Nina dah hebohkan kat kawan-kawan Nina yang kita nak pergi Langkawi.” Kata Nina gembira.

“ ala Nina nie. Takat pergi Langkawi pun nak heboh. Lainlah kalau pergi London ke, Korea ke. Sesuaila jugak Nina nak heboh kat semua orang. Macam lah tak pernah pergi Langkawi.” Sakat Min.

“ mau tak heboh kak Min. Nina kan wartawan terkemuka mestilah nak kecoh satu kampong. Nina ke kak Min yang lebih-lebih. Setahu Nina kan ibu, kita tak pack pun barang-barang nak ke Langkawi lagi tapi kak Min dah habis kemas barang-barang untuk bawa ke Langkawi lagi tu. Ibu rasa sapa yang kecoh sekarang nie..” Nina membalas usikan kakaknya. Mendengar dirinya menjadi bahan usikan Min pantas mengejar adiknya. Puan Mainon ketawa melihat gelagat Nina yang melarikan diri dan menyorok disebalik Along yang muncul tiba-tiba itu.

“ hey apa ni main kejar-kejar macam budak-budak. Min, Nina dah lah tu. Apa along jadi mangsa pula ni. Along sedaya upaya menstabilkan dirinya yang ditarik oleh adik-adiknya itu.

“along tolong Nina, kak Min mengamuk” kata Nina sambil ketawa. Min masih berusaha untuk menangkap adiknya itu. Zain yang muncul tiba-tiba itu turut memeriahkan keadaan. Nina dipeluknya supaya tidak melarikan diri. Melihat abang keduanya itu membantunya, Min pantas menolak along dan terus menggeletek Nina sepuas hatinya. Nina meronta-ronta minta dilepaskan.

“ min, Zain, apa buat adik macam tu. Pengsan budak tu nanti.” Tegur Puan Maimon yang cuba meredakan keadaan yang meriah itu. Kasihan pula melihat anak bongsunya di di usik sebegitu rupa oleh kakak dan abangnya. Mereka ketawa melihat gelagat Nina.

Setelah puas bergurau senda mereka duduk berkumpul di ruang tamu sambil berborak.

“ along, kita bertolak ke Kedah pukul berapa?” soal Min.

“ pagi sabtulah. Kalau nak bertolak petang jumaat along tak laratlah. Zain dah booking bilik ke? “ soal along ingin kepastian.

“ dah sattle dah. Ala kalau Zain yang buat kerja mesti tip top punya.” Zain memuji dirinya sendiri. Mereka yang lain hanya mencebik mendengar kata-kata Zain itu.

“ eee tak sabarnya Nina nak bercuti. Mesti seronok. Terima kasih along bawa kita orang bercuti. Sayang along..” kata Nina manja.

“ weh budak kecik. Saying along sorang je ke? Abang Zain pun tanggung perbelanjaan pecutian ni tau.” Usik Zain. Min ketawa.

“ yelah, yelah. Nina Sayang ibu, saying, saying abang saying Kak Min. Teasih kerana ceriakan hidup Nina.” Kata Nina. Puan Maimon memeluk anak bongsunya. Hatinya bahagia melihat semua anaknya berkumpul bersama-sama dan berharap agar ianya akan berkekalan.



“Assalamualaikum” puan Maimon pantas menuju ke pintu untuk melihat gerangan yang member salam. Alangkah terkejutnya dia melihat wajah yang sudah agak lama tidak dilihatnya.

“Waalaikumsalam. Eh Sham. Lama tak Nampak. Sham buat apa kat sini? Soal Puan Maimon.

“ mak cik apa khabar? Maaflah mengganggu. Saya ada kerja dekat kawasan sini tadi. Tiba-tiba rasa nak singgah sini. Lama dah saya tak jenguk keluarga ni.” Kata Sham sopan setelah menghulurkan tangan untuk bersalam. Puan Maimon tersenyum. Sham di jemputnya masuk lalu di pelawanya duduk.

“ mak cik sihat Sham, macam nilah. Kamu tu makin susut mak cik tengok. Kuat sangat kerja. Kamu dah kawin ke?” soal Puan Maimon mesra. Walaupun terasa sedikit kekok untuk melayan bekas kekasih anaknya itu tetapi sebagai tuan rumah dia tetap melayan tetamu dengan baik.

“ saya dah kahwin mak cik tapi jodoh saya dengan isteri tak panjang. Allah lebih sayangkan dia. Isteri saya meninggal dunia dalam kemalangan.” Kata Sham. Nada suaranya kedengaran sedih sekali. Riak wajahnya sedikit keruh. Puan Maimon terkejut mendengar cerita itu.

“ maafkan mak cik ya Sham. Mak cik tak tahu. Takziah buat Sham. Banyak-banyakkan bersabar. Itu semua dugaan untuk Sham.” Nasihat Puan Maimon. Sham tersenyum mendengar nasihat ikhlas wanita tua itu.

“ mak cik baik sangat. Untung Min ada mak macam mak cik. Kalau saya kahwin dengan Min dulu mesti mak cik akan layan saya dengan baik juga.” Kata Sham perlahan.

“ sham masih terasa lagi ke dengan perkara dulu. Lupakanlah Sham. Sham mulakanlah hidup baru. Hidup sham masih panjang lagi. Min masih muda” kaya Puan Maimon simpati.

“ eh mak cik saya dah lama lupakan halt u. Malu pula rasanya bila kenang balik apa yang saya dah buat pada keluarga mak cik.” Kata Sham serba salah.

“ sudahlah lupakan sahaja semua tu. Biar ianya menjadi pengajaran.”

“ ya lah mak cik. Sejak hari tu saya sedar jodoh saya bukan dengan Min. Saya terus ke Langkawi. Saya tenangkan diri saya. Kemudian saya mulakan hidup baru. Kebetulan jumpa dengan arwah isteri saya. Dia yang bayak membantu saya.” Cerita Sham.

“ Alhamdulillah. Cerita tentang Langkawi ni. Along dan Zain pun cadang nak bawa kami sekeluarga ke Langkawi esok. Yalah Nina dengan Min kan dah mula cuti..” ringan sahaja mulut Puan Maimon bercerita. Terasa seronok pula mengenangkan percutian bersama anak-anaknya kelak. Tidak lama selepas itu, Nina pulang dari sekolah. Walaupun terkejut melihat kehadiran Sham tetapi Nina tetap menghormati tetamunya itu tambahan pula setelah melihat ibunya melayan baik Sham. Nina meminta diri untuk ke biliknya.

“ abang Sham minumlah dulu. Nina nak naik atas dulu.” Sham mengaggukkan kepala. Puan Maimon turut di pelawanya minum setelah wanita itu menghulurkan cawan kepadanya.

“ mak cik minumlah sekali” pelawa Sham. Puan Maimon tidak menolak. Dia turut sama membasahkan tekaknya yang kering setelah rancak berbual tadi. Sham turut minum sambil matanya tidak lepas memerhatikan Puan Maimon. Mereka meneruskan perbualan yang tergendala sebentar tadi. Tidak lama selepa itu, Nina turun dan serentak itu juag Puan Maimon terbatuk-batuk tanpa henti. Nina hairan melihat ibunya yang batuk secara tiba-tiba itu dan pantas mendapatkan ibunya. Nina cemas setelah melihat tangan ibunya berlumuran darah yang banyak. Begitu juga dengan mulut ibunya. Nina cemas.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts