bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, May 29, 2011

demi yang tersayang pt 5

“along, Min rasa tak perlulah lagi bodyguard tu. Lagi pun dah lama juga Min tak Nampak Sham.” Kata Min ketika dia duduk berehat bersama abangnya itu. Seminggu setelah Sham berjumpa dengan Lan, dia mendapat tahu Sham bertindak kasar dengan adiknya itu. Setelah mendesak agar Min menceritakan kejadian yang berlaku serta merta Along membuat laporan polis dan terus mengupah pengawal peribadi untuk melindungi adik serta keluarganya. Dia rela berhabisan agar keselamatan keluarganya terjamin. Kelakuan Sham yang sering memburu Min membuatkan dia risau. Sham semakin gila bayang sehingga sanggup berkasar dengan Min. Min yang semakin sedar akan kebenaran kata-kata abangnya cuba menjauhkan dirinya daripada Sham. Tindakannya itu membuatkan Sham seperti tidak dapat menerima kenyataan. Sham seperti tidak waras. Pernah sekali Sham cuba melarikan Min tetapi Min sempat menyelamatkan diri. Kejadian-kejadian inilah yang merisaukan Lan. Kadang kala ketika mereka sedang keluar sekeluarga, pasti akan kelihatan Sham duduk di sekitar kawasan sambil memerhatikan mereka. Lan dan Zain sudah beberapa kali member amaran kepada Sham tetapi amaran hanya tinggal amaran. Sham tetap mengganggu adiknya. Sham juga sudah beberapa kali di tahan polis dan apabila dibebaskan dia akan mengulangi kelakuannya itu. Dia seakan-akan tidak pernah serik dan terus memburu Min.

“along, along dengar taka pa yang Min cakap ni. Dah lebih tiga minggu Min tak Nampak batang hidung mahupun kelibat Sham. Min rasa Sham dah boleh terima kenyataan yang dia dengan Min tak ada jodoh.” Kata Min.

“min pasti ke? Tak apalah Min. Biarlah Min ada pengawal peribadi. Tenang sikit along. Along tak pasti lagi mana menghilangnya si Sham tu. Mana tahu Min je yang tak Nampak dia. Padahal dia ada di sekitar Min.” Lan masih curiga. Min ketawa.

“Along ni jangan lah risau lebih-lebih. Ya long dah tiga minggu dah Min tak Nampak dia. Lagipun Min pasti semuanya dah berakhir. Along kan nak bayar pengawal peribadi tu mahal, semuanya dah selesai. Sham dah tak ada lagi dalam hidup kita.” Min cuba menyakinkan abangnya. Memang sudah tiga minggu dia tidak lagi melihat kelibat Sham dan dia pasti Sham sudah putus asa.

“ Min, min tu adik along. Dah jadi tanggungjawab along untuk risaukan keselamatan Min. Along sanggup buat apa je asal keluarga kita bahagia.”

“ betul tu Min. Lagipun abang Zain boleh tolong along juga tentang hal pengawal peribadi tu. Yang penting adik abang ni selamat.” Kata Zain yang muncul dari arah belakang mereka. Min terharu dan berasa bersalah. Dia tahu segalanya berpunca darinya. Jika dia mendengar kata-kata abangnya dari awal, pasti perkara ini tidak berlaku.

“along, abang Zain, Min minta maaf. Min tahu semuanya salah Min. Sebab Min semua ni jadi. Min janji semua ni takkan jadi lagi.” Janji Min penuh pasti.

“ dahlah tu Min. Benda nak jadi. Tentang bodyguard tu, biarlah dulu. Kalau dah pasti Sham dah hilang dalam hidup kita, barulah along berhentikan mereka.” Lan membuat kata putus.

Kedengaran bunyi salam di beri. Seketika kemudian muncul Nina dan Puan Maimon. Mereka terus menapak ke arah Lan, Zain dan Min duduk.

“ eh anak-anak ibu ada kat sini dah. Borak apa tadi sampai Min nangis pulak. Min nakal lagi ke?.” Soal ibu cuak. Semua mata tertumpu kearah Min.

“eh ibu mana ada. Kita orang cerita tentang body guard tadi. Min suruh along berhentikan je sebab dah tiga minggu Min tak Nampak Sham.” Terang Min.

“ oh ya sebut pasal Sham kan. Macam mana kak Min nak nampak dia. Si Sham tu sibuk berkepit dengan awek baru. Bahagia betul Nina tengok dia tadi. Jumpa jugak dia pengganti kak Min.” Terang Nina.

“betul tu Min, ibu pun nampak dia tadi. Bila dia Nampak ibu, terus dia pergi dekat ibu. Ibu takut juga dia apa-apakan kami, tapi dia datang kat ibu dah tu salam ibu dan minta maaf. Dah sedar agaknya budak tu.” Cerita Puan Maimon pula. Nina yang duduk di sebelah ibunya mengiakan cerita itu. Min terdiam.

“ Min. Min fikir apa je tiba-tiba?” soal Zain yang jelas melihat perubahan wajah Min. Min tersentak sambil tersenyum dia berkata.

“ ha kan betul Min kata. Semuanya dah selesai. Jadi along dan abang Zain tak payahlah membazir duit lagi upah body guard kan. Sham pun dah boleh lupakan Min. Siap ada pengganti lain lagi tu.”

“nantilah Along uruskan. Tapi along tetap nak Min hati-hati tau. Lelaki macam tu bukan boleh percaya pun.” Nasihat along.

“ibu pasti takkan ada apa-apa jadi kalau ada along dan Zain untuk jaga keluarga kita ni.” Kata Puan Maimon sambil tersenyum bangga dengan anak-anaknya.



PELAJAR-pelajar lain sudah lama di arahkan pulang ke asrama masing-masing. Yang tinggal hanyalah Min, Jes, Cikgu Abby, Ustaz Mukhti dan cikgu Jamilah sahaja. Setelah hampir tiga jam Shar menulis tanpa henti sambil di temani linangan air mata akhirnya Shar berhanti menulis. Mereka yang melihat Shar menulis berasa hairan kerana Shar langsung tidak berhenti dan tidak berasa letih. Segala pertanyaan yang diajukan ketika Shar menulis tidak diendahkan dek kerana terlalu memberi tumpuan pada apa yang ditulisnya. Riak wajah Shar ketika menulis berubah-rubah. Ada waktunya dia seperti dalam keadaan marah dan ada waktunya dia tersenyum, menangis dan sebagainya. Ustaz Mukhti sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Dia juga dapat merasakan kehadiran sesuatu makhluk di situ tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja dan sudah bersedia bertindak jika apa-apa berlaku. Shar kelihatan lemah sekali. Setelah membaca cerita yang di tulis Shar itu Cikgu Abby meminta Shar berehat sementara dia dan cikgu-cikgu yang lain akan berbincang tindakan yang akan mereka ambil selepas ini. Jes yang di arahkan menemani Shar membaranikan dirinya dan kerana tidak sampai hati melihat temannya itu dia mengikut arahan gurunya.

Setelah membuat kata sepakat mereka bersetuju untuk menyiasat akan perkara itu sebelum membuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawap. Langkah pertama mereka akan membawa Shar ke balai polis yang terdekat untuk bertanya jika benar wujud kes yang di ceritakan oleh Shar. Shar menyarankan mereka ke balai polis Pasir Putih untuk mendapat jawapan yang pasti. Cikgu Abby meyakinkan teman-teman seperjuangannya untuk mengikut kata-kata Shar setelah guru yang lain seperti tidak percaya akan hal itu. Tanpa membuang masa mereka pergi juga ke Balai Polis Pasir Putih yang berada di kawansan yang agak jauh dari sekolah mereka. Shar yang kelihatan seperti berbual dengan seseorang menakutkan beberapa orang guru yang turut serta mereka tetapi ustaz Mukti menasihatkan mereka agar tenang kerana ianya tidak merbahaya. Setiba dib alai polis berkenaan mereka di sambut mesra oleh seorang pegawai polis yang bertugas. Setelah memperkanalkan diri masing-masing ustaz Mukti memulakan bicara.

“ encik Azhar, boleh saya tahu sama ada betul ataupun tidak jika pernah terjadi pembunuhan yang di laporkan dibalai polis ini. Kalau tidak silap saya kes ini ada kaitan dengan Azlan bin Saifullah, 5 tahun yang lepas.” Soal ustaz Mukti kepada pegawai polis yang bernama Azhar itu.

“ boleh saya tahu tujuan ustaz ingin tahu tentang kes tersebut. Ustaz ada apa-apa maklumat ke?” soal pegawai polist tersebut.

“ maafkan saya. Saya ingin sahkan cerita tersebut kerana semanjak seminggu dua ini, salah seorang pelajar di sekolah saya mengalami gangguan. Katanya ada seorang lelaki yang meminta tolong untuk di selamatkan. Menurut pelajar saya lelaki tersebut memang di cari oleh pihak polis. Jadi saya ingin tahu kesahihan cerita pelajar saya. Jika dia mereka cerita kami boleh mengambil tindakan disiplin.” Terang ustaz mukti. Pegawai polis berkenaan menganggukkan kepala tanda faham dan terus menekan papan kekunci di hadapannya.

“ boleh ulang semula nama lelaki tersebut?” pinta pegawai polis tersebut.

“ Azlan bin Sifullah.” Beberapa minit kemudian pegawai polis itu meminta diri sebentar lalu hilang di sebalik pintu yang berhadapan dengan mereka. Tidak lama selepas itu, pegawai polis berkenaan muncul semula di ikuti oleh seorang lagi pegawai polis.

“ maaf ya. Encik ke yang Tanya tentang kes Azlan bin Saifullah?” soal pegawai polis yang baru muncul itu. Ustaz Mukti mengiakan pertanyaan polis tersebut. “ maksud encik kes pembunuhan Azlan Bin Saifullah 5 tahun lepas?” soal polis tersebut lagi. Riak wajah ustaz Mukti berubah.

“ maksud encik betul ada kes pembunuhan Azlan Bin Sifullah pada 5 tahun yang lepas?” soal Ustaz Mukti pula ingin kepastian. Hatinya berdebar-debar.

“ Boleh saya tahu apa kaitan ustaz Mukti dengan kes tersebut?”

***************************************************************************


No comments:

Post a Comment

Popular Posts