bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, May 29, 2011

demi yang tersayang pt 4

“Shar,Shar kena tolong abang.Abang dah cukup terseksa.Dah bertahun abang merayau-rayau cari orang yang boleh tolong abang.Kalau Shar tolong abang,insyallah abang akan tolong Shar waktu Shar dalam kesusahan.Sekarang hanya Shar je harapan abang.”Rayuan itu membuatkan Shar semakin serba salah.

“Abang,Shar tengah usaha.Shar janji akan tolong abang.Abang pun kena tolong Shar.Tak boleh ke abang tunjukkan tempat tu atau boleh tak abang cerita secara terperinci.Boleh Shar minta tolong Cikgu Shar and Shar boleh yakinkan mereka.”Shar memberi cadangan .Dia ingin membantu lelaki itu.

“Shar,awak cakap dengan siapa tu?”soal Jes yang muncul dari arah balkoni.Bulu romanya berdiri tegak melihat teman baiknya seperti berbual dengan seseorang padahal ketika itu tiada sesiapapun yang dilihatnya.

“Jes ni aku kenalkan kat kau lelaki yang aku ceritakan hari tu.Ni lah abang Lan kita kena tolong dia,Jes.”kata Shar.Jes semakin kaget melihat kelakuan Shar.Tiada sesiapa yang dilihatnya ketika itu.

“Shar,kau jangan nak takutkan aku.mana ada orang kat sini lagi. Dahlah jom kita balik bilik.”ajak Jes,dia takut sekiranya apa-apa yang pelik berlaku. Segala cerita hantu yang pernah didengarnya terngiang-ngiang ditelinganya. Dia semakin ketakutan.

“Jes,mana ada aku takutkan kau. Ni kau tak nampak ke abang yang ada depan kita ni.Jes kau kena tolong aku,kita tolong abang ni ok?”Shar menarik tangan Jes yang semakin ketakutan. Sedaya upaya dia juga menarik tangannya dari pegangan Shar. Dia takut melihat keadaan Shar yang seperti bukan dirinya yang sebenar.setelah dapat melepaskan tangannya,Jes terus berlari meninggalkan Shar yang sedang menjerit memanggil namanya. Dia harus segera memanggil cikgu abby.

“abang, kenapa Jes tak percaya apa yang Shar cakap. Shar betul-betul nak tolong abang. Dah banyak cara Shar cuba untuk buat mereka percaya Shar.”

“ Shar, tak apalah. Memang susah nak buat mereka percaya tentang benda-benda yang luar alam macam ni. Mereka bukan berada di tempat Shar. Abang minta maaf sebab menyusahkan Shar tapi abang dah tak sanggup. Jasad abang terseksa di sana. Abang pilih seseorang untuk bantu abang untk tamatkan semua ni.” Serentak itu kedengaran derapan kaki beberapa orang sedang berjalan menuju ke arah mereka dan mendengar sahaja namanya di panggil, serta merta Shar jatuh pengsan. Cikgu Abby dan beberapa orang pelajar bergegas mendapatkan Shar. Mereka membawa Shar ke bilik rehat. Seorang Ustaz turut hadir bagi memulihkan Shar. Menurut Ustaz tersebut, Shar memang telah didekati oleh sesuatu makhluk dan kini cikgu Abby sudah semakin mempercayai cerita yang disampaikan oleh pelajar itu. Sedar sahaja Shar dari pengsan,dia terus menangis. Puas dipujuk tetapi dia masih terus menangis.

“Shar, cuba Shar ceritakan kepada cikgu apa yang sebenarnya terjadi.” Cikgu Abby cuba memujuk. Dia ingin mendapatkan pengesahan sekali lagi. Dalam keadaan teresak-esak, Shar menceritakan apa yang terjadi. Dia nekad akan terus bercerita sekiranya itu dapat membuatkan mereka percaya akan ceritanya.

“betul cikgu, saya tak tipu. Dah berkali saya cuba cari kat dalam hutan tu tapi saya takut, sebab tu saya minta tolong cikgu.”

“Shar cuba ceritakan dari mula.” Ustaz Mukhti cuba memujuk pula.

“Malam tu Shar jumpa seorang lelaki ni, dia merayau-rayau. Shar ingatkan siapa jadi Shar pun pergi tengok. Abang ni mintak tolong Shar cari sesuatu kat dalam hutan tu. Shar takut, Shar cuba lari tapi tak dapat. Lepas tu hampir hari-hari abang ni dating jumpa Shar. Dia minta tolong, Shar kesian tengok dia. Selepas dengar cerita dia, Shar tak percaya tapi hati Shar kuat kata lelaki ni tak tipu. Tapi Shar tak dapat tolong dia sorang-sorang. Sebab tu Shar mintak tolong cikgu.” Terang Shar sambil tersedu-sedu. “ dia kata roh dia tak tenang. Dia nak di semadikan dengan betul. Jasad dia masih kat dalam hutan tu. Kita mesti tolong dia cikgu. Dia tak tenang.kesian dia.” Sambung Shar dalam tangisnya.

“ baiklah. Cikgu akan percayakan Shar kali ni. Tapi kalau cikgu tahu Shar tipu, cikgu terpaksa hantar Shar ke hospital. Sebelum tu Shar kena cerita dengan ikgu betul-betul, apa yang lelaki ini cerita pada Shar.”

“betul ke cikgu akan percaya dan bantu saya? Terima kasih cikgu. Shar tak kisah orang lain nak anggap Shar gila yang penting Shar kena tolong abang ni. Cikgu, Shar perlu kertas dan pen sebab Shar tak sanggup nak cerita. Shar tak mampu, Shar sedih.”

“Cikgu akan siasat dulu cerita Shar ini tau.” Kata cikgu Abby. Mana mungkin dia akan biarkan pelajarnya itu terganggu setelah hampir seminggu lebih pelajarnya itu datang berjumpa dengannya. Dia semakin mempercayai Shar dan setelah mendapat nasihat daripada beberapa orang guru yang lain dia akan cuba membantu pelajarnya itu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts