bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, May 29, 2011

demi yang tersayang pt 3

“ALONG dah kata jangan jumpa dengan jantan tu lagi kan. Kenapa Min ni degil sangat. Min, along buat semua ni untuk kebaikan Min. Along dapat rasakan yang jantan tu tak baik. Dia ada niat tak elok. Cuba Min dengar cakap along” Lan cuba menasihati adiknya itu. Cuba ditenangkan hatinya yang panas daripada terus memarahi Min setelah ternampak Min masih lagi berjumpa dengan lelaki yang amat tidak disukainya itu. Lan dapat rasakan sesuatu yang buruk akan terjadi sekiranya Min meneruskan perhubungan itu.

“Min jumpa dia sekejap ajalah. Takkan itu pun tak boleh.” Bentak Min pula. Hendak di bantah berlebih-lebih, Min tidak berani.

“sekejap ke lama ke along tak peduli. Selepas ini,along tak nak Min jumpa lagi dengan jantan tu”.Lan terus memberi kata putus yang sudah diketahui tidak mungkin akan dapat di bantah.Min sedih karana abang-abangnya dan ibu tidak pernah memahami perasaannya ketika itu.hatinya sayu kerana kebahagiannya dihalang oleh keluarga sendiri.Kata-kata ibu terngiang –ngiang ditelinganya.

“Min,ibu bukan apa,Min masih muda lagi,hidup Min masih panjang.Min jangan bazirkan masa yang Min ada.Min masih belajar.Lagipun Min boleh dapat lelaki yang lebih sesuai dari Sham,yang lebih baik dari Sham.Ibu pun macam tak sedap hati bila Min kawan dengan Sham tu.Ibu risau.Min,selama ini segala keputusan along yang buat dan kita tak pernah nak bangkang sebab kita tahu along buat yang terbaik,tapi kenapa sekarang Min nak bangkang pula.Along nak yang terbaik dari Min.Along sayang Min,ibu sayang Min,abang Zain sayang Min,Nina pun sayang Min.Kami nak yang terbaik dari Min.Mungkin along tahu macam mana Sham tu,perangai Sham,kan along lelaki,Sham pun lelaki.Hanya lelaki yang tahu perangai lelaki dan ibu sebagai seorang wanita faham perasaan Min tapi ibu dapat rasakan yang pilihan Min kali ini tak sesuai,Min fikirkanlah.Selama ni kita selalu rujuk kat along tapi kali ni,Min fahamkan apa yang ibu ckp?Min fikir baik-baik.Mungkin lepas ni Min dapat jodoh yang lebih baik.”Min tahu niat ibunya ikhlas.Sedikit sebanyak dia termakan kata pujuk ibunya.Benar kata Puan Maimon. Min tahu ibu dan abang-abangnya buat semua ini untuk kebahagiaan dirinya juga.Tapi Min perlukan masa untuk menyelesaikan segalanya.

“Min dengar tak apa yang along cakap ni?”sergahan itu membuatkan Min kembali ke alam nyata.dia menoleh ke arah abangnya lalu mengeluh.

“Ya,Min dengar.”jawapannya ringkas.”Min,along bukan nak marah Min tapi Min tahukan along nak buat yang terbaik ibu dan adik-adik along.Along sanggup buat apa-apa sahaja untuk keluarga kita walaupun ianya akan meragut nyawa along sekali.”along cuba memujuk adiknya.Air mata Min menitis mandengar kata-kata abangnya tetapi pantas dia mengesat kerana tak mahu dilihat oleh abangnya.

“Along,Min apa yang diborakan tu?Serius je ibu tengok.”kemunculan Puan Maimon merubah suasana di ruang tamu itu .

“Tak ada apa yang diborakan,ibu.Saja borak dengan Min ni.Ibu dari mana ni,tiba-tiba je muncul?”soal along.”Ibu dari bilik Nina.Tengok dia belajar.Nak panggil dia turun sekali.Min dah sedia ke minum petang?”Dah ibu,dari tadi lagi dah siap.Min baru je cadang nak panggil ibu turun.”kata Min.Matanya terus tertumpu pada adik bongsunya yang baru turun.

“Eh,kak Min.La..ingatkan kak Min keluar tadi.Eee....meriahnye rumah ni.Best betul.”Nina teriak riang.Mereka ketawa mendengar jeritan Nina itu.

“Nina hari ni kan hari minggu,ha,pergi panggil abang Zain turun sekali,kita minum petang.”arah Puan Maimon.Baru sahaja Nina ingin pergi memanggil abanya itu,Zain muncul di belakang Nina dan membuatkan Nina menjerit kecil karana terkejut melihat abangnya dan sekali lagi mereka ketawa melihat reaksi Nina.



“AZLAN”jeritan itu membuatkan langkah along terhenti.Along pantas mencari pemilik pada jeritan itu.Kelihatan seorang lelaki menghampirinya.Riak wajah lelaki itu membuatkan along untuk berwaspada Hatinya keras menyuruh dia berhati-hati dan bersedia atas segala apoa yanh akan terjadi.Dia menyuruh Nina masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu.Tanpa banyak bantahan Nina menurut kata abangnya.Dia juga berasa cemas.

“Owh,Sham.Ada apa kau terpekik terlolong panggil aku?Kau tak malu ke?" Soal along sinis.Sedari dari dulu dia tidak menyenangi lelaki tersebut.

"Aku peduli apa kalau orang nak tengok ?Aku nak bagitahu kau,kau jangan ingat kau boleh pisahkan aku dengan Min.Min akan jadi milik aku dan tak ada sesiapa pun yang boleh halng aku.Tak kau,tak adik kau,ataupun mak kau.Dan kau jangan ingat Min akan terlepas dari aku.Kalau aku tak dapat Min tak seorang pun yang akan dapat Min.”ugut Sham.Walaupun hatinya bagai disiat mendengar kata-kata Sham itu,along berlagak tenang, along ketawa sinis.

“Sham,Sham.Kau cerminlah diri kau tu.kau tak layak dengan adik aku.Antara aku denga kau,aku pasti Min akan dengar cakap aku dari kau dan kau tak akan ada nilai dalam keluarga kami.”balas along.Wajah Sham semakin merah menahan marah.Ingin sahaja dia membunuh abang kapada gadis pujaannya itu tetapi mengenangkan polis yang ada di sekitar itu ditahan hatinya untuk melepaskan marah.

"Ingat Lan,kau jangan harap aku akan lepaskan Min dari genggaman aku.Aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan Min dan aku akan pastikan Min jadi milik aku.Kau akan terima balasannya.”ugut Sham lagi.belum sempat Sham beredar along pantas menjawab.”Sham!!Kalau kau sanggup buat apa-apa sahaja kau jangan ingat aku akan berdiam diri.Aku akan buat apa sahaja umtuk keluarga aku walaupun terpaksa bunuh kau”Sham pantas berlalu dalm keadaan marah yang amat.Along mengeluh.Hatinya semakin risau.Menangi sikap Sham itu dia tahu lelaki itu boeh membahayakan keluarganya.dia nekad akan lebih berhati-hati dan akan lebih mengawasi keluarganya sebaik mungkin,Dia juga akan melakukan apa sahja demi keselamatan keluarganya walaupun terpaksa mengupah pengawal peribadi.

“Along,along ok ke?”soal Nina yang muncul tiba-tiba.Teguran Nina memeranjatkan along.
”Nina,terkejut along.Nasib tak kene tadi.Jangan sergah along macam tu lagi,along ok.Dah jom kita balik.”
“Along,tu ke pakwe kak Min?Ee..menakutkan je,macam penjenayah.Macam mana kak Min bolah suka kat lelaki tu ek?”Nina mempersoalkan hubungan kakaknya itu.

“Dah Nina,dari Nina fikir benda tak berfaedah tu baik Nina belajar.Hafal apa yang patut.Tentang kak Min biar along yang fikirkan.”Nina tersenyum mendengar kata-kata abangnya itu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts