bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Saturday, April 16, 2011

wajah baru

hari nie aku update blog nie. aku kasi touch up sikit.. yelah walaupun aku jer yang baca blog nie tapi aku tetap nak update warna dan rupe blog nie.. taklah aku sendiri yang boring. sekarang nie aku kat rumah parent aku. cuti study week. rindu pulak nak hang out dengan geng waktu rehat. semenjak dua menjak nie we all slalu je hang out sama-sama. macam sem-sem lepas asal hujung-hujung sem jer mesti we all slalu hang out sama-sama. sem kali ni aktiviti kita orang berenang, lepak, main monopoly and sudah semetinya merayau-rayau buang masa and buang duit. saja nak hilangkan penat belajar kononnya.

bila aku baca perkataan "kisah ini kisah aku" terus aku teringat kat salah seorang ahli geng waktu rehat ni. blog nie sah-sah tak ada yang tahu sangat sebab memang aku saja tak nak bagi tau orang. skali satu hari tue(baru-baru ni) terkantoi lak kat encik topi ni. time tu kat mcd center point. aku nak update lah cerita lama aku untuk dijadikan post terbaru aku. time nak upload pic, encik topi yang memang suka sangat nak cari gaduh ngan aku usharlah apa yang aku buat, so nak di jadikan cerita time tulah dia nampak blog nie. walaupun tak tengok betul-betul p dia taulah nie blog aku. teruslah dia asyik ulang perkataan "kisah ini kisah aku". saba jelah..

oklah nanti-nanti aku story lagilah... ngantok and lapar pulak rasanya. buger kfc tadi ada lagi so aku nak panaskan and melahap jap heheh. so nanti2 aku update lagi ya.

adios...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts