bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 26, 2011

tak sesuai...

apa yang tak sesuai??? mungkin korang tak faham apa yang aku cuba sampaikan pada korang. bila tengok pic kat bawah ni korang faham tak??


so macam mana?? faham apa yang cuba aku sampaikan?? oklah aku bagi tau juga.. korang nampak tak apa yang ada kat pic nie? picture makanan mentah dengan makanan yang sudah siap. sebelah kanan encik yang pegang troli tu ada makanan yang siap digoreng diletakkan ( ayam goreng, nuget, kuih-muih) depan lelaki berbaju putih tu adalah pelbagai jenis kek-kek pelbagai warna.

sebenarnya picture ni aku ambik kat salah sebuah pusat membeli belah yang agak terkenal di malaysia ni. bagi aku macam tak sesuai je susun atur untuk barang-barang ni. yelah bagi aku bahan mentah macam ikan, udang, sotong dan macam-macam lagi nie macam tak sesuai diletakkan bersebelahan dengan makanan yang siap di masak untuk dijual dan juga kek macam gambar kat atas nie. macam tak bersih je. aku tak kisah kalau dia nak letak dekat-dekat cam tu tapi make surelah makanan tu tertutup dan bukan terdedah macm tu. lama-lama kek tu akan serap bau-bauk ikan tu and rasa tak best lagi. aku as one of pengguna kat malaysia ni rasa macam tak selera pulak nak beli kek tu bila tengok keadaan dia yang terdedah dan sangt dekat dengan makanan basah tersebut.. korang faham ke sebab aku rasa ayat aku sangat berbelit.

tak kisahlah. apa yang penting aku nak bagi tau memang tak sesuai kedudukan susun atur makanan tersebut. sepatutnya pekedai perlu lebih peka tentang perkara ni. janganlah main longgok semua benda tanpa fikir tentang kebersihan dah keselamatan pengguna. pekerja- pekerja juga sepatutnya berpakaian dan berpenampilan lebih kemas terutamanya pekerja yang deal dengan makanan nu. taklah pengguna rasa loya nak beli makanan yang di jual bila tengok pekerja yang kusut masai dan sangat tak kemas. tak perlu pakai pakaian berjenama ke, pakai minyak rambut berbotol-botol.. cukuplah baju kelihatan kemas, bersih dan teratur, dan penampilan kelihatan bersih. barulah pelanggan yakin untuk beli dan rasa product yang kita nak jual. penampilan tu penting tau untuk meyakinkan seseorang tu so harap ada lah insan-insan yang boleh ambik pengajaran ngan apa yang aku cuba sampaikan ni....

adios..

2 comments:

  1. eiieeie.. tak selera nak beli kek XD

    ReplyDelete
  2. hahha tu lah pasal. bukan tgk tempt tu je.. tengok staff yang jaga tu pun bleh potong selera hahahha

    ReplyDelete

Popular Posts