bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Wednesday, April 27, 2011

syukur, ia datang membawa nikmat...

walaupun hanya sekejap tapi aku syukur sebab berpeluang merasai kedinginan sang hujan selepas hampir 2 minggu hujan tidak datang bertandang.. bayangkanlah kepanasan yang terpaksa kami tanggung.. kalau tak salah aku seluruh malaysia panas cuma di beberapa kawasan je sang hujan tidak lokek untuk mencurahkan airnya beberapa kali.

erm... apa lagi ek. owh ya final exam memang dah dekat, aku tak study apa pun lagi. note pun baru sekeping je aku buat tu pun tak habis lagi. entah bila aku akan belajar adoiiii... semalam ada tgk kat oh bulan video tentang tips untuk exam or lebih tepatlagi motivasi dari Heliza Helmimengenai exam... sesuai sangat lakan sebab aku pun dah nak exam nie. sangat berguna tips tu walaupun aku pasti tak semua benda tu aku akan buat... tak apalah sekurang-kurangnya kalau time aku dah blurr nanti terlintas juga tips-tips tersebut...

bila cerita tentang ohbulanaku teringat tentang berita atau khabar filem ombak rindu. tak sabar rasanya nak tengok cerita ombak rindu ni. novel ombak rindu ni memang menjadi kegemaran dan gilaan waktu aku zaman sekolah dulu. aku pun ada novel ni. aku tak kasi sapa-sapa pinjam sebab conferm buku tu akan rosak tak pun hilang. dahlah aku tak suka kalau novel-novel yang aku kumpul dirosakkan. filem ombak rindu ni akan dilakonkan oleh maya karin sebagai izzah dan aaron aziz sebagai hariz. suka tengok muka maya karin pakai tudung kat bawah ni sweet sangat.

so apa-apa pun just nantikan je kemunculan filem nie...

adios

No comments:

Post a Comment

Popular Posts