bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (9)

Pagi itu mereka terpaksa mendengar penerangan tentang upacara majlis yang bakal berlangsung itu. Mereka di ingatkan supaya menjaga kelakuan dan menyelesaikan tugas yang telah diamanatkan. Segala-gala penerangan berkenaan majlis itu diberitahu kepada mereka supaya tiada masalah yang akan terjadi kelak. Pihak penganjur memberi kepercayaam yang amat besar kepada mereka walaupun mereka baru setahun setengah belajar jurusan tersebut. Ini adalah pra praktikal bagi batch mereka.Majlis yang penuh bersejarah itu haruslah di laksanakan dengan penuh jaya tanpa ada sebarang masalah.

Selesai perjumpaan itu mereka akan berkumpul pula bagi mendengar penerangan oleh lecture mereka.

“ok saya nak kamu semua ikut peraturan dan jaga perangai ok. Jaga nama baik universiti awak. Segala masalah awak boleh rujuk kepada saya ataupun Chef Asma dan Chef Dollah. Ada apa-apa soalan?”Soal Encik Zaid. Beberapa orang pelajar mengangkat tangan lalu bertanyakan sesuatu kepada mereka.

Nur Iman Balqis yang kebosanan hanya menunggu arahan untuk bersurai.

“Esh lecehlah macam ni. Cubahlah kita under Encik Zaid best sikit. Ni under orang tua tu.” Rungun Nurul Asyikin. Siti Noraishah juga turut mengeluh.

“habislah kita kali ni. Mesti pompuan tu suruh kita aja yang buat kerja. Kan anak-anak dia tu nanti ada 2 tugas. Hari tu kan Ana kata budak yang ada 2 tugas kerja dia tak banyak dalam kitchen. Takut dey all penat kalau jadi waiters nanti. Keluh Siti Noraishah pula. Riak wajah mereka berubah. Lina Farhana yang sedari tadi melihat Nur Iman Balqis membisu dan seperti memikirkan sesuatu menepuk bahu temannya itu. nur Iman Balqis yang terkejut apabila menerima pukulan itu sedikit melatah.

“ Malaun betullah kau nie. Buat aku terkezut jet tau. Esh jatuh jantung aku. Adoi sakit ulu hati aku dibuatnya.” Nur Iman Balqis mengusap dadanya yang masih berdebar kerana terkejut. Lina Farhana tersenyum cuma.

‘kau ni Im time macam nielah kau nak berangan pulak ye. Dah kena dengan si Asma tu baru kau tau.” Siti Noraishah mengingatkan Nur Iman Balqis yang sering mengalamun dan berangan itu. dia hanya tersenyum mendengar kata-kata Siti Noraishah.

Keletihan jelas terpancar pada wajah masing-masing. Mereka telah mula bekerja pada pukul 9.00 pagi lagi. Dimulakan dengan kerja-kerja ringan seperti menyediakan bahan untuk masakan kemudian di ikuti dengan mengangkat barang-barang untuk digunakan kemudian memasak hidangan untuk ratusan tetamu yang hadir. Walaupun mereka berkerjasama tetapi keletihan masih terasa ditambahkan pula hidangan yang disediakan bukanlah sejenis dua tetapi berjenis-jenis hidangan yang terpaksa mereka sediakan. Ketahanan fizikal dan mental mereka teruji kini. Barulah mereka dapat rasa bagaimana rasanya bekerja di bahagian yang mereka ceburi itu.

Kualiti hidangan yang disediakan haruslah di titik beratkan kerana ia akan mempengaruhi nama baik mereka dan universiti. Mereka menyediakan hidangan dengan quality yang terbaik.

Pada saat itu semangat setia kawan dan tolong menolong harus kuat dalam diri mereka. Sikap sabar juga harus di tebalkan kerana keletihan semakin dirasai dan pada waktu itulah kesabaran kita di uji.

Kesabaran Nur Iman Balqis dan 3 orang temannya itu benar-benar teruji kini. Sikap lecture mereka iaitu Chef Asma yang sememangnya pilih kasih dan berat sebelah itu sering mengundang kemarahan mereka berempat. Mereka sering di suruh melakukan kerja walaupun ianya di luar kemampuan mereka sebagai contoh mengangkat peralatan yang berat. Tetapi semangat setia kawan yang mereka amalkan dapat mengatasi masalah itu. sudah berpuluh-puluh bakul sumpahan yang keluar daripada mulut Nur Iman Balqis, Nurl Asyikin dan Lina Farhana kerana tidak dapat sabar dengan sikap pensyarah itu. mujur Siti Noraishah menenangkan temannya yang lain.

“Sabarlah Im. Nurul, Nana. Nie namanya cabaran untuk kita. Tak rugi kita buat apa yang Chef Asma suruh tu. Kita datang kan untuk belajar dan kerja. Sabar jelah. Kita buat kerja tu sama-sama ok.”pujuk Siti Noraishah. Dia tahu pada masa itu dia tidak boleh mengikut perasaan seperti teman yang lain. Seseorang harus tenang untuk memberi semangat kepada teman dan dirinya.

“ Nak sabar macam mana mek. Macam tak ada student lain je yang dia nak suruh dari tadi aku tengok dia asyik suruh kita aja.” Kata Nur Iman Balqis sedikit lantang.

“Betul tu Im. Kau tak nampak tadi, Remy and the geng bukan ada kerja sangat pun. Kalau kita hilang je cepat dia suruh budak lain cari cuba kalau budak lain yang hilang kita juga yang kena buat kerja.”luah Nurul Asyikin pula. Air di tangannya di teguk rakus. Dahaga yang ditahannya sedari tadi hilang.

“Nak buat macam mana. Kita sabar selagi kita mampu.” Pesan Siti Noraishah.

Ala kalau tak silap aku sejak dulu dia tak puas hati dengan kita kan. Yelah kita asyik menjawab je apa yang dia kata. Ala takkan kau tak ingat kalau kita bertembung dengan dia mana ada dia nak senyum kat kita walaupun kita dah senyum kat dia. Anti gile dia dengan kita.” Kata Lina Farhana pula. Serentak itu mereka terdengar suara orang menyergah mereka dari belakang. Mereka tersentak lalu pantas menolah. Kelihatan Chef Asma sedang berdiri memandang tajam kearah mereka berempat.

“owh sini kamu lepak ya. Kan saya suruh kamu buat kerja tadi. Kalau nak melepak buat apa datang sini. Pergi balik rumah.” Marah Chef Asma.

“ Kita orang rehat kejaplah Chef. Penat angkat kotak yang Chef suruh tadi.”

“Eleh penat, baru saya suruh sikit dah penat. Macam mana awak nak kerja kat hotel nanti? Lembik sangat. Awak tu yang pemalas.” Kutuk Chef Asma tanpa belas. Kotak yang tidak tahu isi kandungannya itu disuruh mereka angkat. Kotak itu terpaksa diangkat 2 orang kerana terlalu berat. Jumlah yang diberi bukanlah sedikit.

“pemalas apa pulak Chef cuba Chef angkat kotak tu semua. kita orang nak tengok larat ke tak.cakap senanglah Chef try angkatlah baru tau berat ke ringan kotak tu. Mampu ke tak nak angkat sorang-sorang.” Luah Nur Iman Balqis pula setelah Nurul Asyikin bersuara tadi. Kesabarannya hampir hilang mendengar kata-kata Chef Asma itu.

“Awak jangan nak lawan cakap saya. Nanti saya laporkan pada pihak atasan. Sekarang saya nak awak empat orang pergi tolong Encik Zakuan.” Ugut Chef Asma sambil memberi arahannya.

“Ha tu Chef budak-budak tu dari tadi saya tengok asyik berasap je. Tak pulak Chef nak panggil diaorang buat kerja. Kita orang yang baru nak rehat nie juga yang Chef cari. Mana adil ni Chef.” Kata Lina Farhana tidak puas hati apabila terlihat kelibat teman sekelasnya yang sedari tadi mengisap rokok sambil berbual. Chef Asma turut memandang pelajar-pelajar itu.

“dia orang dah buat banyak kerja kat dalam tadi. Dah awak jangan nak melawan cakap saya. Pergi buat kerja sekarang.!!!” Marah Chef Asma. Suaranya agak tinggi sehingga pelajar lain menoleh kearah mereka.

“Ah Chef ni memang pilih kasih. Berat sebelah. Pergi matilah dengan student kesayangan chef tu.”Nur Iman Balqis yang tidak dapat mengawal tahap kesabarannya bersuara lantang lalu terus pergi meninggalkan mereka. Jeritan Chef Asma menjerit memanggil namanya tidak dihiraukan. Hatinya sakit ketika itu. baginya Chef Asma sudah keterlaluan. Sikap pilih kasihnya amat ketara sekali. Nurul Asyikin dan temannya yang lain turut mengikut langkah Nur Iman Balqis. Walaupun marah dengan sikap Chef Asma mereka masih mengikut arahan yang diberikan. Mereka berempat membantu Encik Zakuan. Encik Zakuan meminta mereka mengelap segala pinggan dan mangkuk yang akan digunakan nanti. Kerja itu agak mudah walaupun memenatkan . Nur Iman Balqis masih membisu. Fikirannya melayang mengingatkan sikap Chef Asma terhadap mereka selama ini. Sudah jelas kini Chef Asma tidak menyukai mereka berempat.

Sejak masuk ke kelas Chef Asma, mereka berempat sering dimarahi dan ditegur oleh pensyarah itu. Pensyarah itu sering mencari kesalahan mereka terutama ketika pengambilan markah ketika ujian amali diadakan. Sebanyak mungkin kesalahan mereka dicari oleh Chef tersebut. Pada mulanya mereka menyangka itu adalah cara pensyarah tersebut tetapi jangkaan mereka meleset setelah beberapa kali mereka melihat cara pengambilan markah bagi kumpulan lain. Bayangkanlah jika kuku pelajar yang sering berdampingan dengannya panjang tidak dihiraukan tetapi jika ia adalah salah seorang daripada mereka atau beberapa orang lagi pelajar yang tidak digemarinya, pasti itu sudah menjadi alasan untuk memotong markah mereka. Tapi yang paling ketara adalah sikap pilih kasih Chef Asma terhadap mereka berempat.

Lebih malang lagi Chef Asma adalah mentor bagi kelas mereka. Kerana benci dengan sikap beliau, setiap kali dia mengadakan perjumpaan setiap kali itu jugalah mereka berempat tidak akan hadir. Mereka berempat lebih kerap melawan cakapnya berbanding pelajar lain. Mungkin itu lebih membuatkan mereka tidak disukai oleh pensyarah itu.

“Im kau ok ke?”soal Siti Noraishah risau melihat kebisuan temannya itu. Nur Iman Balqis yang baru tersedar dari lamunannya hanya tersenyum mengenangkan sikap ambil berat sahabatnya itu.

“ kau ni betul-betul gilalah Im. Terkejut beruk aku dengar ayat power kau tu. Terbeliak mata perempuan tu. Tabiklah aku dengan kau.’puji Lina Farhan. Dia terbayang peristiwa yang terjadi tadi. Jujur dia katakana sememangnya dia gembira melihat reaksi Chef Asma tadi. Hatinya puas walaupun bukan dia yang menjadi puncanya. Begitu juga temannya yang lain mereka juga puas melihat kejadian tadi. Sekurang-kurangnya sakit hati mereka terbalas juga.

“Kau rasa dia akan diam diri aja ke? Ntah-ntah dia betul-betul laporkan pada pihak atasan tak. Maunya kita kena gantung kelas. Mati kita” Siti Noraishah sudah terbayangkan tindakan yang bakal dikenakan kepada mereka.

Nurul Asyikin yang mendengar kata-kata remaja dari Kelantan itu terus melemparkan kain lapnya kearah remaja itu. “ kau jangan fikir bukan-bukan boleh tak mek?” soalnya geram.

Kain tadi dilemparkan semula kepada Nurul Asyikin. “aku takut je apa-apa jadi kat kita. Dia mesti tak puas hati Im kata macam tu kat dia. Mesti dia rasa tercabar” kata Siti Noraishah lagi. Dia sememangnya cepat panic jika apa-apa terjadi.

“kita tunggu dan lihat jelah mek” Nur Iman Balqis bersuara perlahan. Dia juga terfikir tindakan yang bakal dilakukan oleh Chef Asma terhadap mereka di atas kelancangan mulutnya tadi.

bersambung..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts