bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (8)

Rabu 09.45 pm

Mungkin inilah masanya untuk aku berubah suasana, berubah keadaan dan berubah persekitaran.

Sampai bila aku harus duduk tanpa mempedulikan persekitaranku. Sampai bila aku harus menjalani kehidupan yang sama tanpa beza?

Aku harus memberi ruang untk diriku sendiri. Memberi masa untuk aku berhenti memikirkan sesuatu yang tidak patut aku fikirkan.

Mungkin keadaanku akan bertambah baik setelah pulang nanti. Walaupun aku pergi bukan untuk bersuka ria.

Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang berbeza berlaku dalam hidupku.

Siapa tahu tiba-tiba ada perubahan dalam hidupku nanti.

Jumpa dengan jejaka idaman ke? Ah jangan nak mengarut. Mereka akan menyusahkan sahaja.

Tapi siapa tahu aku bakal berjumpa dengan Ally Iskandar ke..

Im..Im berhentilah berangan. Pijaklah dibumi yang nyata.

Hentikan segala angan-angan kosong itu…

Tapi…..

Angan-angan itu yang telah menceriakan hidup ini.

Angan-angan itu yang telah menemaniku semasa sunyi…

Apa lagi yang harus aku lakukan?

Ah terlalu banyak persoalan dalam hidup ini.

Persoalan yang sering menghantui hidup

Persoalan, persoalan dan persoalan.

Bilakah akan bertemu dengan jawapan?

Satu lagi persoalan….

Udara di Pulau Pangkor itu agak nyaman dan menyegarkan. Katenangan dapat dirasai ketika itu. Nur Iman Balqis menghayai keindahan ciptaan Allah. Keindahan yang jarang dapat dilihat oleh matanya. Peluang itu tidak dilepaskan begitu sahaja. Banglo mewah yang telah disediakan untuk mereka agak berdekatan dengan pantai. Ia juga berhampiran dengan tapak di mana majlis yang bakal di adakan. Banglo itu adalah tempat penginapan mereka selama berada di Pulau Pangkor itu. sebuah bilik boleh memuatkan 4 orang. Mereka telah dibahagikan mengikut bilangan penghuni bilik. Nur Iman Balqis leka melihat keindahan alam ciptaan yang maha besar. Dia tidak sedar kehadiran seorang teman sebiliknya.

“ Im jauh menung. Ingatkan siapa?” sapa remaja itu.

“Eh Nana. Aku ingatkan siapa tadi. Owh kau bilik nie ek. What a good news. Kau kena bahagian apa?” soal Nur Iman Balqis kepada teman sekelasnya itu.

Lina Fahana yang baru hendak memasukkan pakaiannya ke dalam almari menoleh.

“aku kena bahagian kitchen kalau tak silap sama dengan korangkan. Tadi management suruh aku pilih nak duduk kat bilik korang ke bilik Ain and the geng so daripada aku duduk dengan dey all baik aku duduk dengan u all. I think that is much better right.”

“good choice Nana.” Balas Nur Iman Balqis penuh makna sambil tersenyum.

“ Im. Hang rasa nanti ramai tak orang yang datang ek.? Soal Lina Farhana spontan. Nur Iman Balqis tidak terus menjawab. Dia seperti membayangkan apa yang bakal terjadi di majlis itu.

“ Ramai kot. Aku pun tak taulah nak bagi tahu macam mana. Bukan aku yang uruskan tentang tetamu ni. Aku dah siap sedia nak masak je nanti” Nur Iman Balqis terkejut kerana terkena baju Lina Farhana yang di baling kearahnya. Pantas dia memandang Lina Farhana dengan seribu satu pertanyaan.

Menyedari temannya itu tidak memahami sebab baju itu dibaling kearahnya Lina Farhana mengeluh geram. “ hang ni pun satulah. Aku taulah hang tak uruskan bahagian tetamu. Nama pun aku suruh hang rasa hang rasa je lah.”

“pahit lah” kata Nur Iman tiba-tiba.

Lina Farhana kaget mendengar kata-kata Nur Iman Balqis itu.

“apa yang pahitnya?”

“ yelah dah kau suruh rasa aku rasalah.” Jawab Nur Iman Balqis dengan muka yang berkerut. Lina Farhana menepuk dahinya setelah mendengar jawapan spontan temannya itu.

“Awatlah hang nie samdol sangat. Payahlah nak habaq kat hang ni. Lain orang Tanya lain hang jawab.” Keluhnya.

“La cuba kau dengar sini. Aku dapat bayangkan betapa penatnya kita malam tu nanti. Dahlah kita kerja bukan dari malam tapi dari siang. Tambah pulak tak cukup pekerja. Esh satu cabaran tu. Time tulah nak uji kesabaran dan ketahanan mental kita.” Terang Nur Iman Balqis dengan panjang lebar. Lina Farhana yang mendengar penerangan Nur Iman Balqis membisu. Baju yang dikemaskannya sudah tersusun rapi.

“ Betul gak apa yang hang dok merapu tu. Eh tapi setahu aku mental hang ada problemkan. Aku pun dapat bayangkan hang kena serang sakit gila hang malam tu nanti.”

“Banyaklah kau. Jangan kau lak yang kena sawan. Dah jom ar gi makan. Perut aku laparlah. Nurul and Mek budu dah tunggu kat bawah.” Ajak Nur Iman Balqis lalu terus melangkah keluar dari bilik itu tanpa menanti Lina Farhana yang bergegas mengambil beg duit dan talifon bimbitnya.

Ketika di ruang tamu banglo itu mereka terserempak dengan Nuruk Ain, Farhana dan Sharifah Hamidah. Mereka juga ingin menjamu selera dan setelah semuanya setuju mereka sepakat untuk menjamu selera bersama-sama di Pizza Huts. Lebih ramai lebih meriah. Itu kata mereka lagipun mereka jarang dapat berkumpul sesama rakan sekelas kerana mereka tinggal di kawasan yang berbeza dan berjauhan. Mereka akan berjumpa ketika sesi pembelajaran sahaja. Memandangkan Farhana dan Nik Nur Hakimi membawa kereta mereka sendiri daaing ke sini maka mereka menaiki kereta tersebut untuk ke restaurant Pizza Huts.

Mereka berbual sambil menjamu selera. Gelak tawa mereka kadangkala meriuhkan suasana di situ. Acara usik mengusik dan kutuk mengutuk menjadi pilihan mereka.

Sedang mereka asyik berbual tiba-tiba Nur Iman Balqis bangun dan meminta diri untuk ke tandas.

“Im kau nak aku temankan ke? Soal Nik Nur Hakimi nakal. Kekasih hati di sebelahnya sudah menjeling cemburu. Temannya yang lain hanya ketawa mendengar soalan nakal itu.

“boleh gak but make sure kau dah tukar jantina. Ops kau kan nyah lupa pulak aku. So why not kau ikut aku. Tak salah kan Nurul.” Kata Nur Iman Balqis membalas usikan Nik Nur Hakimi itu. dia lantas melangkah kemudian menoleh setelah mendengar namanya dipanggil. Tanpa mengentikan langkah dia menolah.

“Im tunggu mak nyah” laung Nik Nur Hakimi. Nur Iman Balqis menunjukkan penumbuk kearah temannya itu dan apabila dia ingin menoleh ke hadapan semula secara tidak sengaja dia terlanggar seorang insan.

“Adeh.”terpacul perkataan itu dari mulutnya Nur Iman Balqis tertolak ke belakang dek perlanggaran itu Badannya yang agak berisi itu turut terdorong ke belakang. Nur Iman Balqis membetulkan posisinya yang tidak stabil sebentar tadi.. Ketika itu juga dia terdengar suara teman-temannya mentertawakan kecuaiannya itu. Dia mendongak memandang wajah insan yang dilanggarnya. Lalu dengan perkataan maaf yang antara dengar dan tidak itu Nur Iman Balqis terus berlalu meninggalkan pemuda itu tanpa sempat dia berkata apa-apa.

“Esh macam manalah boleh terlanggar tadi. Naik lengoh tangan aku ni. Aku langgar dinding ke manusia tadi. Adoi… nie semua Nik punya pasal kalau dia tak panggil aku tak adalah bahu aku lengoh. Ni nak mintak ganti rugi ni.” Rungut Nur Iman Balqis dalam hati. Dia menyumpah Nik Nur Hakimi yang memanggil namanya tadi.

Ketika dia duduk di meja itu kembali kelihatan teman-temannya yang tersenyum menyindir. Dia tahu mereka mentertawakan kecuaiannya tadi. Nur Iman Balqis memandang tajam kea rah Nik Nur Hakimi.

“ Nie semua sebab kaulah tau tak. Tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Aku bagi sebijik dua kang.” Nur Iman Balqis berpura-pura marah. Nurul Asyikin yang sudah mengetahui tektiknya itu diam membisu memberi peluang kepada Nur Iman Balqis beraksi. Wajahnya sengaja dimasamkan dan diaterus membisu tanda marah kerana mereka mentertawakannya.

“Ala Im takkan kau marah kot. Relaxlah. Aku pun mana tau nak jadi. Salah kau gak jalan tak pandang depan.” Ujar Nik Nur Hakimi. Nur Iman Balqis terus bangun.

“Duit aku ada kat kau kan. Kau bayarlah nanti tau. Aku nak pergi 7 eleven jap. Depan tu aja.” Kata Nur Iman Balqis kepada Nurul Asyikin lalu terus melangkah keluar menuju ke destinasinya. Teman yang lain hanya mampu melihat pemergiannya tanpa banyak bicara.

bersambung......

No comments:

Post a Comment

Popular Posts