bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (10)

Saya perlukan penjelasan daripada kamu semua.” Suara itu kedengaran tegas. Mereka masih menbisu seribu bahasa. Tidak ada seorang pun diantara mereka yang mahu membuka mulut memulakn bicara. Wanita yang sudah agak berumur itu masih menanti mereka bersuara.

“takkan tak ada seorang pun diantara kamu boleh jelaskan kepada saya apa yang telah terjadi? Soalnya lagi. Mereka masih membisu seperti tadi. Melihat pelajar itu tidak mahu membuka mulut wanita tu mencapai ganggang talifon lalu berbual seketika dengan seseorang. “ok I nak u all jumpa dengan Miss Lee for ur counseling. I will see u all letter.’ Mendengar sahaja arahan itu mereka berempat keluar dari bilik dekan universiti itu setelah mengucapkan terima kasih dan memberi salam. Mereka berjalan pula menuju ke bilik Miss Lee. Di pertengahan jalan mereka terserempak dengan Chef Asma . Pensyarah itu menghadiahkan jelingan tajam kearah mereka. Jelingan itu tidak dihiraukan malah mereka berpura-pura seperti tidak melihat kewujudan Chef tersebut di situ.

Pintu diketuk setelah mendapat keizinan untuk masuk Lina Farhana menolak pintu itu lalu mereka masuk. Sesi kaunseling bermula. Mereka di beri nasihat di atas kelakuan mereka tempoh hari. Sesi yang mengambil masa satu jam itu dirasakan bagai setahun. Selesai sahaja mereka terus keluar dari bilik itu. walaupun sakit hati kerana terpaksa menjalani sesi kaunseling itu tetapi mereka akur dengan arahan dekan itu. Berselisih dengan beberapa orang pensyarah lain amat memeritkan. Pandangan sinis dilemparkan kepada mereka. Sudah menjadi pengetahuan para pelajar tentang sikap para pensyarah di pusat pengajian itu. mengumpat adalah agenda pertama jika bertemu tidak kira lelaki mahupun perempuan. Ia seperti sudah menjadi peraturan ketika bertemu. Jadi tidak hairanlah jika ada di antara pensyarah di situ memandang sinis ke arah mereka. Mereka hanya mampu bersabar setelah kesabaran yang mereka tanam selama ini hilang pada hari itu. Mungkin hanya mereka sahaja yang tahu kebenaran disebalik cerita ini. Pelajar lain yang mengetahui kebenaran takut untuk bersuara. Bukan mereka tidak pernah menceritakan kebenaran tetapi kebenaran itu dipertikaikan dan diabaikan tanpa diselidik akan kesahihannya. Itu yang mengecewakan mereka.

Kejadian yang baru sahaja berlaku itu masih belum diberitahu kepada ibu bapa mereka. Siti Noraishah amat bimbang jika ibunya mengetahui perkara tersebut. Sudah berapa kali air mata remaja itu gugur di hadapan temannya. Dia amat berharap keajaban bakal terjadi walaupun pada hakikatnya dia tahu mustahil keajaiban itu akan muncul.

“sorry geng sebab aku korang terpaksa hadapi semua nie” ucap Nur Iman Balqis kesal. Dia kesal kerana tidak dapat menahan kesabarannya tempah hari. Tanpa menunggu respon dari temannya Nur Iman Balqis melangkah pergi.

NUR Iman Balqis berjalan perlahan keluar dari kawasan universiti itu seorang diri. Rasa bersalah masih menghantuinya. Ketenangan yang diharapkan muncul jika ke Pulau Pangkor musibah pula yang diperolehinya. Nur Iman Balqis melangkah lemah. Dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Dia hanya mengikut langkah kaki sahaja. Tanpa melihat kiri dan kanan Nur Iman Balqis terus melintas. Serentak itu juga dia terdengar bunyi brek yang agak kuat. Nur Iman Balqis terkejut. Kelihatan sebuah kereta hitam sudah terhenti di hadapannya. Dia terkaku seketika. Nur Iman Balqis tahu bahawa dia hampir kemalangan. Kakinya menggeletar. Terasa tubuhnya lemah tiba-tiba. Seorang lelaki keluar dari kereta lalu berlari anak mendapatkan Nur Iman Balqis.

“Are u ok?”soal lelaki itu. Nur Iman Balqis masih membisu. Dia seperti tidak dapat berfikir seketika. “hey are u okay.” Soal lelaki itu lagi. Nur Iman Balqis yang seperti baru tersedar dari mimpi cepat-cepat menoleh menganggukkan kepala. Dia terus berlalu tanpa menghiraukan lelaki tersebut. Dia masih terpinga-pinga sebenarnya. Tiba-tiba Nur Iman Balqis terasa seperti lengannya ditarik. Langkahnya terhenti dan tanpa membuang masa dia terus menoleh ke belakang. Seperti terkena renjetan elektrik Nur Iman Balqis terus menarik semula tangannya. Dia tidak menyangka akan berjumpa dengan lelaki tersebut di situ dan pada saat dia dilanda masalah yang masih belum selesai. Lelaki itu cuba menghalang langkah Nur Iman Balqis. Sedaya upaya dia melepaskan diri dan akhirnya berjaya apabila lelaki itu mengalah kerana kereta yang dipandunya telah menghalang laluan kenderaan lain. Nur Iman Balqis melajukan langkahnya supaya tidak bertemu dengan lelaki itu lagi.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts