bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (7)

Im cepatlah aku dah lapar nie.”laung Nurul Asyikin geram melihat kelambatan Nur Iman Balqis. Mendengar sahaja suara Nrul Asyikin pantas Nur Iman Balqis mengemas barang-barangnya dan menuju kearah mereka yang telah menanti kedatangannya.

“ Esh lembap betullah minah nie. Yang kau pergi layannya si Alip sengal tu buat apa?” kata Siti Noraishah sambil membetulkan tudung yang menutupi kepalanya.

Ala dia tanya aku tentang kelas mak kaulah, Chef Asma tu.” Balas Nur Iman Balqis slumber. Dia menjerit kecil setelah menerima hadiah penghargaan daripada Siti Noraishah iaitu cubitan maut.

“Banyaklah kau mak aku. Tu mak geng-geng si Nik tulah. Bukan mak aku.” Marah Siti Noraishah.

“Cepatlah weit aku dah lapar tahap dewa dah nie. Jomlah gi makan.” Ajak Nurul Asyikin.

“ Jom makan kat mcdonalds. Lama dah aku tak makan mcd. Jom ar kita menapak kat Amcorp Mall tu.” Cadang Nur Iman Balqis pantas. Sudah lama dia tidak menjamu selera di tempat kegemarannya itu. inilah peluangnya untuk merealisasikan impiannya itu.

Mereka bertiga berjalan menuju ke bangunan Amcorp Mall yang terletak berhampiran dengat pusat pengajian mereka. Hanya berjalan selama 15 minit sahaja. Setelah sampai di mcdonald mereka mengambil tempat lalu memesan makanan. Sambil makan mereka membincangkan tentang tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Tugas dibahagikan seperti biasa dan seperti biasa juga akhirnya mereka akan menyelesaikan tugasan itu bersama-sama. Begitulah cara mereka.

************************************************************
“okey class today I nak bagi u all assignment for your final exam. This is group assignment ok.” Kata-kata terakhir itu mendapat respon positif daripada pelajar-pelajar kelas itu. tugasan berkumpulan akan meringankan sedikit beban mereka.

“banyaknya kerja yang kita kena buat.” Ada juga pelajar yang merungut.

“ hey all the assignment that given to you is for improve and get a good mark. All lecture yang bagi u all tugas nak u all berjaya. Lagipun dah nama pun student. Apa guna u all jadi student tapi tak nak or malas nak buat assignment yang diberi ok…. So I tak naklah dengar keluhan macam tu lagi. Open ur mind and think that u can do it.” Encik Wan, pensyarah universiti itu cuba memberikan semangat kepada anak didiknya. Dia tidak mahu mereka berputus asa semudah itu.

“ ok sir we will do our best.” Seperti biasa Nik Nur Hakimi akan cuba mengambil hati pensyarah mereka. Encik Wan tersenyum cuma. Seorang demi seorang pelajar meninggalkan kelas.

“Sir bila nak belanja we all. Hari tu sir janji nak belanjakan.” Nur Iman Balqis menuntut janji setelah hanya dia dan teman-temannya sahaja yang tinggal di dalam kelas itu.

“Alamak Im, I think right now tak bolehlah. Gaji orang atasan tak masukkan lagi. Aku rasa bila korang naik sem nanti baru aku belanja korang.” Pujuk Encik Wan. Hubungannya dengan pelajarnya memang begitu. Dia tidak mahu terlalu formal ketika habis sesi pembelajaran.

“ ok sir saya simpan janji tu lam diari saya sir. Tapi sir pun taukan berdosa besa orang tak tunaikan janji.” Nur Iman Balqis mengingatkan pensyarahnya itu.

Ala u ni Im. I taulah. Don’t worry.”

“Apalah kau ni Im sabar lah. Dah sir kata lepas cuti sem nie dia nak blanja ha apa lagi tunggu jelah. Tak reti nak bersabar.” Tegur Siti Noraishah dalam nada gurauan.

“ Im nie biasalah sir nama dia je ada perkataan “Iman” tapi dalam iman tu mana ada sabar.” Sindir Nurul Asyikin pula. Nur Iman Balqis memukul lengan temannya itu. mereka beriringan jalan keluar dari kelas sambil berbual tentang pelajar kelas mereka. Encik Wan sering bertanyakan perkembangan pelajar-pelajarnya.


Undian tugas sudah dijalankan. Mereka telah mengetahui tugasan masing-masing. Segala pesanan dan langkah kerja telah diterangkan kepada mereka semua. Seperti yang dirangcang mereka akan berangkat ke tapak projek keesokan hari. Tugasan yang diberikan kepada mereka agak mencabar. Mereka di beri peluang untuk mengendalikan satu majlis promosi Malaysia bergabung dengan pelajar jurusan perlancongan. Bergabung dalam majlis itu tetapi tugas mereka jauh berbeza. Persiapan akan di lakukan di dewan Purnama, Pulau Pangkor. Mereka akan Ke Pulau Pangkor menaiki bas dan kenderaan yang telah disediakan. Ada juga pelajar yang akan menaiki kenderaan masing-masing.

Nur Iman Balqis telah mendapat tugasan di dapur bagi menyediakan hidangan ratusan tetamu yang dijangka hadir. Dia bernasib baik kerana mendapat tugas yang sama dengan kedua orang temannya. Nur Iman Balqis tidak perlu risau jika diberi tugasan di dapur kerana dia berada di bawah pengawasan pensyarah yang boleh dikatakan sekepala dengannya.

“Im kau dapat kerja apa?” soal Farhana ingin tahu.

“aku dapat kitchen. Sama dengan Nurul dan Aishah. Korang dapat apa?” dia bertanya kembali.

“Samalah Aku pun dapat kitchen. Aku. Miedah dan Nik. Ain kena waiters. Dia sorang je. Ingat nak cari orang tukar dengan dia tapi budak-budak lain semua tak nak.” Terang Farhana. Nurul Ain yang turut berada di situ kelihatan muram dan Nik Nur Hakimi sedaya upaya memujuk kekasih hatinya.

“ Ait kan korang baik dengan lecture. Mintak tukar jelah. Apa susah. Korang kan pandai ayat.” Cadang Nurul Asyikin dalam sindiran.

“ Kita orang dah cuba dah tapi lecture kata tak boleh. Tu pun dia kata waiters tak cukup orang so nak cari lagi student lain.” Kata Sharifah Hamidah pula.

“ Eh bukan nie bacth kita aja ke” Soal Siti Noraishah.

“memanglah lecture kata dia nak budak yang kena kitchen jadi waiters lepas habis keja. Nama dia dah ada dah. Kita orang memang ada sebab nak teman Ain.” Kata Miedah

“ Hah gila apa. Mestilah letih kalau macam tue. Nama we all ada tak?” soal Siti Noraishah ingin tahu. Ada riak tidak puas pada wajahnya.

“Nama korang tak ada kalau tak silap aku. Lecture kata tugas kita orang kat kitchen mungkin tak berat sangatlah coz kan nak jadi waiters lepas tu.” Kata Farhana. Mendengar sahaja nama mereka tidak ada Nur Iman Balqis , Nurul Asyikin dan Siti Noraishah bersorak kegembiraan.

“bestnya aku tak pernah pergi Pangkor tau” kata Siti Noraishah kegembiraan.

“Aku pun tak pernah pergi Pulau Pangkor” kata Nurul Asyikin slumber.

“woit mangkok aku rasa sama jelah kau dengan Aishah. Tak penah pergi tempat yang sama. Kau saja je nak belitkan ayatkan.” Kata Nik Nur Hakimi apabila menyedari maksud yang ingin disampaikan oleh Nurul Asyikin adalah sama dengan Siti Noraishah.

‘ sukati akulah nak kata apa kau apa peduli.”balas Nurul Asyikin agak kasar. Cara percakapan mereka sesame kawan sememangnya kasar. Itu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.

“Mek kau bawak berapa bijik beg nanti? Aku bayangkan kau bawa 3 biji beg besar-besar. Esh gila siot.” Nur Iman Balqis cuba membayangkan Siti Noraishah menarik 3 beg yang besar. dia ketawa sendiri apabila membayangkan perkara tersebut.

“Banyaklah kau. Aku pun tak tau. Tengoklah banyak mana barang aku bawa.” Jawabnya sambil terbayang barang-barang yang bakal di bawanya nanti.

bersambung....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts