bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (6)

Nur Iman Balqis duduk seorang diri di halaman rumah itu. Dia letih membantu mak cik Nani, mak saudara Norlida mencuci pinggan tadi. Air di hadapan matanya direnung kosong. Tetamu yang masih ada tidak dihiraukan. Beberapa orang mak cik-mak cik yang memandang ke arahnya dihadiahkan senyuman manis. Tidak dihiraukan sebab sebenar kenapa mereka memandangnya. Nur Iman Balqis mengeluarkan talifon bimbitnya. Tiada pesanan baru yang masuk. Dia mengeluh. Tiba-tiba Nur Iman Balqis terasa seperti bahunya di pegang pantas dia menoleh kebelakang. Untuk sekian kalinya dia terkejut lagi.

“ Oh mak cik terkejut Im. Im ingatkan siapa tadi. Mak cik buat apa kat sini?’ soal Nur Iman Balqis kepada wanita pertengahan usia itu. wanita itu tersenyum melihat Nur Iman Balqis teman anak keduanya.

“jauh Im termenung sampai tak sedar mak cik datang. Mana tak terkejutnya. Im penat ke? Kalau penat pergilah rehat kat dalam bilik.” Cadang Puan Maria, ibu Norlida.

“Eh tak adalah. Im saja je ambik angin luar. Kat dalam ramai sangat tadi lemas pulak Im rasa. Im nie bukan boleh ramai-ramai sangat pun. Lemas dibuatnya.”jawab Nur Iman Balqis sopan.

“Im… Im macam mana nak kahwin nanti. Kalau Im kahwin nanti tentu ramai yang datang. Ha macam mana pulak tu nanti. Takkan Im nak pengsan kot.” Usik Puan Maria. Nur Iman Balqis yang mendengar kata-kata Puan Maria itu tersenyum cuma. Tiba-tiba muncul anak sulung Puan Maria, Haslinda lalu duduk di sebelah ibunya.

“Rancak berbual ibu. Ibu cerita apa? Mengumpat ya…” Haslinda serkap jarang.

“ mengumpat apanya Lin. Ni ha Im nie lemas ramai-ramai kat dalam tu. Entah macam mana lah kalau dia nak kahwin nanti..”kata Puan Maria menerangkan perkara sebenar.

“Siapa yang nak kahwin ibu..” tiba-tiba muncul Norlida dari arah belakang.

“Im..”jawab Haslinda slumber. Mata Nur Iman Balqis terbeliak mendengar jawapan Haslinda itu.

“Eh mana ada. Kak Lin nie tak baik tau memfitnah.”cepat-cepat Nur Iman Balqis menyangkal kata-kata Haslinda itu. norlida ketawa melihat reaksi tamannya itu.

“ Ala Im kalau kau nak kahwin pun apa salahnya. Dah cukup syarat pun. Tak salahkan ibu. Im dah ada calon ke?” usik Norlida. Mereka anak beranak seperti berpakat untuk mengusik Nur Iman Balqis malam itu.

“Ewah kau nie. Lebih-lebih pulak. Aku muda lagilah mana pulak nak kahwin. Cita-cita Im masih banyak mak cik. Im nak capai semua cita-cita dan impian Im dulu baru Im fikir semua tu. Insyaallah.”jawap Nur Iman Balqis.

“baguslah tu Im capailah cita-cita tu dulu tapi jangan sampai lupa akhirat pulak. Ida cuba kamu ikut perangai Im tu.” Kata Puan Maria kepada anak keduanya itu. haslinda mentertawakan adiknya.

“ala ibu kalau Ida ikut perangai Im habislah ibu. banyaklah gelas ibu yang pecah. Asyik berangan aje.” Norlida menyindir Nur Iman Balqis. Dia yang mendengar kata-kata Ida itu tersedak.

“woit tadi tu aku terperanjatlah. Bila masa pulak aku berangan… kau nie nak kena banyak cakap betul..” marah Nur Iman Balqis lalu cuba mengejar Norlida. Puan Maria dan Haslinda ketawa melihat gelagat dua remaja itu.

Nur Iman Balqis mencari-cari sahabatnya yang seorang itu. hatinya geram apabila dikenakan berturut-turut olah Norlida. Dicarinya di dalam bilik tetapi tiada. Nur Iman Balqis mencari di ruang menonton. Beberapa orang tetamu yang duduk di ruang itu sedang rancak berbual. Sedang Nur Iman Balqis mencari-cari Norlida dia ternampak kelibat Norlida yang sedang berdiri di satu sudut. Nur Iman Balqis tersenyum. Dia berjaya menjejaki Norlida. Perlahan-lahan dia berjalan menuju kearah Norlida. Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling Nur Iman Balqis manyergah Norlida lalu menarik telinga temannya itu seperti seorang ibu memarahi anaknya.

“ ha kau nak lari kat mana huh. Tadi bukan main kau mengenakan aku depan mak cik dan Kak Lin sekarang kau nak lari ya.”

“Im sakitlah woit. Lepaskanlah Im kau nie buat malu betullah. Aku tengah berbual nie.” Marah Norlida. Nur Iman Balqis yang baru menyedari kewujudan seseorang di situ pantas melepaskan telinga Norlida. Rasa malu muncul dalam dirinya. Insan tersebut hanya tersenyum melihat keadaan itu walaupun pada mulanya dia sedikit terkejut melihat kemunculan Nur Iman Balqis secara tiba-tiba itu. norlida mengusap telinganya yang kepedihan itu.

“opsss sorry Ida. Mana aku tau kau tengah berbual. Kau pun bukan nak bagi tau pun. Erm sorry tak sengaja. Ingatkan Ida sorang je tadi.” Kata Nur Iman Balqis dengan perasaan serba salah.

“Banyaklah kau aku sorang takkan lah aku cakap sorang-sorang. Dahlah sakit kau piat telinga aku.” Rungt Norlida. Nur Iman Balqis masih berasa malu dengat kelakuannya yang seperti anak kecil yang suka bermain.

“Erm tak apalah korang berbual lah lagi ek. Aku nak jumpa mak cik. Aku macam dengar mak cik panggil aku je. K aku pergi dulu.. sorry kacau u all.” Kata Nur Iman Balqis cepat-cepat lalu terus berlalu dari situ. Dia malu melihat wajah teman Norlida tadi yang melihat kerenah mereka berdua. Panggilan Norlida tidak dihiraukan pantas dia berjalan menuju ke ruang tamu mendapatkan Haslinda yang duduk bersantai.

Menyedari Haslinda sedang berbual dengan seseorang Nur Iman Balqis terus menghayunkan langkah ke kolam ikan di halaman rumah di mana tempat yang paling di gemarinya di rumah Norlida itu. setiap kali berkunjung ke rumah Norlida pasti dia akan duduk di kawasan kolam yang indah ciptaannya itu. dia akan leka melihat ikan-ikan yang berenang. Dia memandang sekeliling rumah itu. tetamu masih ramai yang berada di situ walaupun tidak seramai pada awal mulanya majlis tersebut.
Malam semakin lewat. Seorang demi seorang tetamu mula meninggalkan rumah tersebut. Hanya kenalan rapat sahaja yang masih berada di dalam rumah itu. nur Iman Balqis tidak menyedari kepulangan tetamu itu. dia tidak pedulikan suara-suara mereka yang mengucapkan selamat tinggal.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts