bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (5)

Kenduri kesyukuran itu akan dimulakan sebentar lagi. Para hadirin ramai yang telah sampai dan memenuhi ruang tamu kediaman keluarga Encik Hamidi, bapa kepada teman Nur Iman Balqis, Norlida. Tetamu yang diundang adalah dari golongan ahli keluarga, saudara mara, rakan dan sahabat terdekat. Kenduri itu diadakan sempena kepulangan kakak sulung Norlida yang baru sahaj menamatkan pembel;ajaran di kota London Selasa lepas. Kakak Norlida, Haslinda telah menamatkan Phd dalam jurusan kedoktoran dengan cemerlang. Nur Iman Balqis turut membantu menghidangkan hidangan dan kadangkala menemani Norlida berbual bersama temannya yang tidak dikenali Nur Iman Balqis.

“ Im sini jap..” panggil Norlida. Nur Iman Balqis yang terdengar namanya dipanggil lantas menoleh dan menuju kearah temannya itu.

“ Yes can I help u?” soal Nur Iman Balqis dalam gurauan.

“dah kau jangan nak mula berlakon lak. Nie aku nak kenalkan kawan aku. Kawan sejak sekolah menengah lagi. My best friend Mohd Kamarulzaman Bin Haji Latif.” Mereka bersalaman. Tidak lama selepas mereka berbual muncul seorang gadis manis. Norlida memperkenalkan gadis itu kepada N ur Iman Balqis.” Nie awek mamat kat sebelah kau tu. Kenalkan miss Julia Hana. Dia orang nie dah couple sejak tingkatan 5 lagi tau” cerita Norlida. Nur Iman Balqis hanya tersenyum tetapi sebenarnya dia tidak selesa dengan pandangan teman Norlida itu. tanpa membuang masa Nur Iman Balqis pantas meminta diri lalu terus menuju ke dapur. Dia cukup benci melihat perangai Kamarulzaman itu agak gatal pada pandangan matanya. Nur Iman Balqis mencapai gelas tetapi tiba-tiba dia ditegur dari belakang oleh seorang lelaki dan pada masa itu juga gelas yang dipegangnya jatuh lalu pecah. Nur Iman Balqis yang baru tersedar cepat-cepat mengutip serpihan kaca yang pecah itu. beberapa orang wanita yang muncul untuk melihat apa yang telah berlaku hanya memerhatikan Nur Iman Balqis. Mereka beredar setelah melihat tiada apa-apa yang serius terjadi. Jantung Nur Iman Balqis masih berdebar kencang kerana terkejut dan tidak menyangka perkara itu terjadi. Dia marah kerana dikejutkan sebegitu sehingga menyebabkan gelas ditangannya terlepas. Seorang lelaki membantu Nur Iman Balqis mengutip serpihan kaca itu.

“Sorry. I did mean it. I tak sengaja. Tak sangka pulak u akan terkejut sampai terlepas gelas.” Kata lelaki itu. hajatnya ingin bertanya arah tandas terbantut apabila terdengar bunyi benda pecah berderai. Nur Iman Balqis meregus kasar. Tanpa bersuara dia bangun dan terus membuang serpihan kaca itu ke dalam tong sampah. Nur Iman Balqis pantas mencapai penyapu dan terus menyapu kawasan gelas pecah tadi. Dia takut jika ada serpihan kaca yang akan mencederakan tatamu lain. Nur Iman Balqis merungut sendirian ketika menyapu. Dia menyumpah lelaki tersebut kerana tidak memberi salam sebelum menegurnya. Dia tidak pedulikan kewujudan lelaki tersebut dek kerana marah. Kata-kata maaf dari lelaki tersebut tidak dihiraukannya. Nur Iman Balqis memang benci jika dikejutkan sebegitu. Wajah lelaki itu hanya dilihat dari ekor mata sahaja. Setelah selesai menyapu dia terus berlalu meninggalkan lelaki tersebut dalam keadaan terpinga-pinga. Dia pantas masuk ke dalam bilik Norlida. Tidak berapa lama selepas itu kedengaran bunyi pintu dibuka dari luar. Nur Iman Balqis menoleh. Kelihatan Norlida masuk sambil tersenyum.

“Apa kes tadi. Aku dengar kau pecahkan gelas. Kau mengamuk ke? Ke kau berangan sampai gelas jatuh and pecah?”soal Norlida nakal. Nur Iman Balqis memasamkan wajahnya apabila mendengar soalan Norlida itu.

“kepala hotak kau aku berangan. Tak ada kerja aku nak mengamuk tiba-tiba. Nie semua salah mamat bangang tu. Bukan reti bagi salam kalau nak tegur orang pun. Kau taulah aku kan lemah semangat sikit. Sikit jelah. Ada dia pergi tegur aku tiba-tiba dengan tak ada bagi salamnya. Tak ke bangang namanya tu. Esh dahlah kawan kau tu pandnag orang semacam je. Geli betul aku tengoklah. Gatal, miang… awek dia kat sbelah dia boleh pulak menggatal lagi mata keranjang betullah. Esh pesallah lelaki nie menyusahkan hidup kita ek.. dia orang tak ada lagi aman aku rasalah…” luah Nur Iman Balqis geram. Norlida ketawa mendengar kata-kata teman baiknya itu. dia mengerti maksud disebalik kata-kat Nur Iman Balqis itu. dia juga tahu kisah hidup Nur Iman Balqis. Kadang kala dia merasa kasihan melihat teman baiknya yang seperti sudah fobia untuk merasai betapa indahnya dunia percintaan. Kisah hidupnya yang sudah menutup pintu hati Nur Iman Balqis. Norlida tahu semua itu.

“ dah habis kau cakap Im? Kau nie pun satu kalau aku memanglah dah tau kau lemah semangat tapi orang lain mana tau tambah pulak tue tetamu bapak aku. Kenal kau pun tak, nak tau kau ada lemah semanagt macam mana? Cuba kau bagi tau aku. Tulah lain kali kau tampal besar-besar tulisan “ SAYA ADA LEMAH SEMANGAT HATI-HATI.” Ha tak ada lah yang buat kau terkezut lagi.” Usik Norlida. Nur Iman Balqis mencubit temannya itu. hatinya yang sakit itu bertambah sakit mendengar kata-kata Norlida.

“ kau nie tak boleh haraplah Ida. Buat aku makin sakit hati tau tak.” Marah Nur Iman Balqis.

“dahlah tak payah fikir sangat. Jom kita duduk kat luar. Kat dalam bilik nie bukan ada apa-apa pun. Jomlah.”ajak Norlida. Dia tidak mahu Nur Iman Balqis duduk kesoerangan didalam bilik itu.

“Malaslah aku Ida. Kang kawan kau yang mata keranjang tu dok menggatal kang. Tak pasal-pasal dia pulak aku belasah. Nanti malu pulak mak cik and pak cik nanti.” Balas Nur Iman Balqis.

“Tak ada maknenya. Dah kau tu seksi dia pandanglah. Dah jangan risau dia dah balik dah dengan awek dialah.” Kata Norlida cuba menenangkan hati temannya itu.

“ banyaklah kau seksi. Seksi apa ke nya dengan lemak-lemak yang aku kumpul sejak kecik nie aku bawa ke hulu kehilir. Buta apa..”marah Nur Iman Balqis sambil menunjukkan lemak-lamak yang melekat di tubuhnya itu tetapi diturutkan juga langkah Norlida. Dia tidak mahu menghampakan temannya di majlis itu.

“ Ida sorrylah gelas kat rumah kau dah pecah sebab aku.” Kata Nur Iman Balqis perlahan kerana takut didengari oleh tetamu yang turut berada di ruang tamu itu. Norlida ketawa mendengar kata-kata Nur Iman Balqis.

“ala kau kan boleh ganti balik. Dahlah tu Im tak ada apa-apalah. Sikit je tue. Jom aku nak kenalkan kau kat kawan aku.”

“Eh tak apalah Ida. Tak payahlah kau nak kenal-kenalkan kat aku lagi. Aku nak jumpa kakak kau jap.” Pantas Nur Iman Balqis menolak ajakan Norlida itu. dia takut jika terjumpa lagi dengan golongan seperti kawan Norlida tadi. Nur Iman Balqis pantas berlalu meninggalkan Norlida yang tidak sempat berkata apa-apa lagi

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts