bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (4)

selasa, 01:30 am….

Susah untuk diri ini mempercayai insan bernama lelaki lagi. Segala kepercayaannya pada mereka telah dihancurkan oleh orang yang paling disayangi aku. Lalu segala impian dan harapanku turut musnah….

Aku juga ingin disayangi. Ingin dicintai. Ingin mencintai dan ingin dikasihi tetapi apakah masih ada lagi insan yang bisa memberikan segalanya yang ku mahu. Aku takut… takut jika aku turut mengalami seperti mana ibuku mengalaminya. Aku takut untuk dikecewakan setelah aku lihat sendiri betapa sakitnya apabila dikecewakan. Betapa hati ini hancur setelah kepercayaan yang kita beri telah dikhianati. Aku menjadi takut…

Aku lebih rela keseorangan dari aku dikecewakan tetapi sehingga bila aku bisa hidup sendiri. Aku kuatkan hatiku. Aku tanam dalam diriku bahawa aku bisa hidup tanpa insan bernama lelaki… mereka hanya akan memusnahkan hati dan perasaanku sahaja. Mereka hanya akan menyusahkan sahaja.

Dan pada suatu ketika aku berkata sendiri betapa aku bosan hidup sendirian tetapi hatiku pantas menafikan. Aku boleh hidup sendirian. Aku masih mempunyai seorang ibu. Masih mempunyai adik untuk disayangi. Masih mempunyai kakak untuk bergurau senda. Aku masih boleh hidup…

Tetapi hakikatnya umurku semakin meningkat. Pemikiranku semakin berubah. Aku bukanlah anak kecil yang perlukan kegembiraan bersama teman-teman sahaja. Kini aku adalah anak remaja yang berjuang untuk hidup di bumi yang luas ini. Aku bergaul dengan berbagai jenis manusia, berbagai kerenah dan perbagai perangai

Aku tidak tahu sehingga bila aku dapat menafikan perasaanku sendiri.

Aku hanya berserah pada yang maha kuasa untuk menentukan apa yang terbaik buat diriku.

Aku hanyalah insan biasa….. tiada keistimewaan..

Aku hanyalah insan yang lemah………

Nur Iman Balqis mengemas beg pakaiannya. Segala keperluan harian telah disediakan dan diletakkan ke dalam beg itu. dia sudah selesai mengemas pakaian yang bakal di bawa ke rumah temannya kelak. Rumah temannya yang akan mengadakan kenduri kesyukuran atas kepulangan kakak sulung akan diadakan pada hujung minggu itu. oleh kerana Nur Iman Balqis telah mengenali kedua orang tua Norlida, maka dia telah diundang ke kenduri itu. Nur Iman Balqis akan mengikut Norlida pulang pada hari itu. Memandangkan mereka tidak mempunyai kelas pada hari Khamis dan Jumaat maka ibu Norlida akan menjemput mereka awal supaya dapatr membantu serba sedikit ketika majlis itu nanti.

“Im kau dengar tak apa aku cakap nie?” soal Umairah. Nur Iman Balqis terkejut mendengar suara Umairah itu. segala mimpinya berterbangan entah ke mana setelah disergah sebentar tadi.” Ya Allah kau boleh berangan lagi. Aku cakap dengan kau nie.. esh payahlah cakap dengan ratu berangan nie.” Marah Umairah. Nur Iman Balqis hanya tersenyum menyedari kesilapannya itu.

“ Eh kau tanya apa tadi Umai? Aku tak perasanlah. Hehehe” soal Nur Iman Balqis malu-malu. Umairah mengeluh.

“ Aku tanya, kau berapa lama kat rumah Ida tu nanti? Dah lah tue berangan Im.. kali nie kau berangan apa pulak? Kahwin dengan Ally Iskandar lagi?” sindir Umairah. Mereka serumah sudah mengetahui sikap Nur Iman Balqis yang suka berangan dan amat meminati pengacara popular,Ally Iskandar. Nur Iman Balqis tersenyum mendengar kata-kata Umairah. “hoi kau berangan lagi ye?” soal Umairah setelah agak lama menunggu jawapan daripanda Nur Iman Balqis.

“Eh mana ada. Aku tengah fikir eh aku tengah kira berapa lama aku kat rumah Ally eh kat rumah Ida tu nanti. Kalau tak da apa-apa hari Ahad aku baliklah.” Jawab Nur Iman Balqis pantas. Umairah menggelengkan kepala melihat perangai Nur Iman Balqis itu.

“ dah dahlah tu berangan Im. Risau aku nanti kau nak pergi kenduri kat rumah orang nanti entah apa-apa yang jadi. Ya lah kau asyik berangan je. Mau terlanggar pasu ke meja ke apa-apalah. Hati-hati Im. Kau tu bukan betul sangat pun.” Pesan Umairah.

“tak pe Umai. Aku tau. Tak da bendalah jadi nanti. Aku boleh jaminlah. Tadi aku boring-boring tu yang aku berangan tu. Handsome tau Ally Iskandar.. cute siot” kata Nur Iman Balqis sambil tersenyum. Dia melangkah menuju ke ruang tamu setelah selesai mengemas. Umairah hanya megikut dia dari belakang sahaja.

“ nantikan Im kalau kau jumpa mamat handsome lebih handsome dari Ally kau tu jangan lupa kirim salam lak tau. Mintak number handphone dia tau. “ pesan Umairah.

“Ewah tak ada kerja aku nak jumpa derang mintak number talifon. Kang tak pasal-pasal aku yang di cop perempuan gatal. Sorry sikit. Ala lagipun nanti derang perasan handsomelah. Menyampah aku.” Kata Nur Iman Balqis.

“ dah dia orang handsome nak perasan macam mana pulak lainlah kalau kau mintak kat mamat yang muka tak berapa sangat. Jangan lupa bagi kak Sarah satu gak tau. Boleh jadikan pak we spare. Hehehhe” kata Izzati Maisarah yang tiba-tiba menyampuk perbualan Umairah dan Nur Iman Balqis.

“Ait kak Sarah nak jugak. Ala kak Sarah lelaki nie bukan boleh percaya pun semuanya penipu.” Kata Nur Iman Balqis.

“Im tak semua lelaki macam tu tau. Habis tue Ally Iskandar tue pun macam tulah. Penipu. Macam tu? Kau tak boleh kata macam tue. Cuba kau tengok abang Am tu. Dia baik je ngan akak.” Kata Azura yang sedari tadi hanya mendengar perbualan mereka.

“ala kak, akak bukan tau pun hati dia orang macam man. Kalau dah nama pun lelaki semua sama kak. Tak ada beza. Rambut lain-lain hati sama. Suka menipu, menyakitkan hati kita.” Balas Nur Iman Balqis penuh emosi. Semenjak keretakan keluarganya Nur Iman Balqis menyalahkan abahnya dan menganggap semua lelaki sama seperti abahnya yang telah menghancurkan hati ibu dan mereka sekeluarga. Ditanamkan dalam hatinya bahawa lelaki semuanya jahat dan tidak boleh dipercayai sama sekali.

“ Suka-suka jer jau nak ubah peribahasa ek. Rambut sama hitam hati lain-lain lah. Ada di ubahnya peribahasa.. ala Im kau belum rasa lagi betapa indahnya bercinta. Time tu kau rasa ada yang sayang kat kau. Bahagianya…..”kata Izzati Maisarah pebuh perasaan.

“ Sekarang pun ramai yang sayang kat Im lah. Im bahagia je. Tak ada masalah pun boleh lagi hidup.” Kata Nur Iman Balqis tidak mahu kalah.

“ biarlah Im satu hari nanti kau tau gak. Insyaallah kau akan jumpa gak seorang lelaki yang berkenan kat hati kau..” kata Azura cuba menenangkan suasana. Nur Iman Balqis ketawa mendengar kata-kata Azura itu.

“Kak pastikan lelaki tu banyak duit and dalam kereta dia ada peti ais tau. Baru best. Gempak sikit.” Kata Nur Iman Balqis. Kata-kata itu sering di ucapkan untuk mengelak sebarang pertanyaan atau menjawap sebarang pertanyaan tentang soal kekasih hati. Dia tidak tahu ingin menjawap apa lagi jika ditanyakan soalan yang sama itu. dia lebih rela dituduh sebagai perempuan mata duitan dan memandang harta benda daripada memberitahu rasa hatinya sendiri.

“ Esh kau nie mengarut jelah. Ha ambik peti ais kat rumah kita nie letak dalam kereta laki kau.”balas Azura.

“ ala kak abang Ally sentiasa di hati. Tiada orang lain selain dia kak.heheheh” gurau Nur Iman Balqis. Izzati Maisarah membaling bantal ke arah Nur Iman Blqis setelah mendengar kata-katanya tadi.

“ Amboi gatal orang lain ko geli nak panggil abang kalau dengan Ally tue tak pulak kau geli.” Izatti Maisarah bersuara tidak puas hati.

“ tue tandanya hormat. Nanti lebih eratkan siraturrahim. Labih kekalkan hubungan we all” kata Nur Iman Balqis dalam tawa yang tidak dapat ditahan. Serentak itu kedengaran talifon Nr Iman Balqis berbunyi. Pantas dia mendapatkan talifon bimbitnya. Tidak lama selepas itu Nur Iman Balqis keluar dari bilik sambil menjinjit beg pakaian yang dikemasnya tadi.

“dah nak pergi ke?” Soal Azura. Nur Iman Balqis hanya mengangukkan kepala. Mereka bersalaman sebelum Nur Iman Balqis berlalu keluar dari rumah.

Kelihatan sebuah kereta produa viva berwarna hitam telah menanti di depan rumah mereka. Nur Iman Balqis pantas menuju kea rah kereta itu dan menghilang dibawa kepekatan malam.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts