bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (3)

ait Im bila kau balik aku tak dengar pun….” Soal Farah Alia.

“biasalah Im kan magic. Bleh hilangkan diri. Masuk sesuka hati je. Terror tak Im. Kak Alia mana bleh buat macam Im.” Balas Im serentak dengan itu bantal yang dipeluk Farah Alia tadi dibaling ke arah Nur Iman Balqis. Kecekapan Nur Iman Balqis menyambut bantal itu menyelamatkan dirinya. Lalu bantal itu dipeluk Nur Iman Balqis pula.

“woit bagilah balik bantal tue. Kau ambiklah bantal nightmare kau sendiri.” Pinta Farah Alia. Nur Iman Balqis hanya ketawa dan tidak mempedulikan permintaan Farah Alia. “kak Zuera tengok Im ambik bantal Alia.” Jerit Frah Alia meminta simpati Azura.

“ala Im kau bagilah bantal Alia tu balik bisinglah minah tu. Kepala akak pening dengar dia jerit tau.”pintak Kak Zuera. Nur Iman Balqis membaling bantal dan mengenai muka Farah Alia. Tanpa mahu mengalah Farah Alia membaling kusyen ke arah Nur Iman Balqis tetapi sempat ditepis nya.

“dahlah Im nak masuk bilik lagi baik…” kata Nur Iman Balqis lantas bangun dan berlalu pergi ke biliknya.

“ Hah Im nak tidurlah tu. Tak ada kerja lain. Tak pun nak berangan kawen ngan Ally Iskandar.” Sindir Izzati Maisarah. Kedengaran suara Nur Iman Balqis ketawa dari dalam bilik.

“Ala Im janganlah tidur. Lepaklah… nak tidur je. Duduklah sini berbual ngan kita orang. Tak bujanglah Im nie.” Pujuk Azura.

“ Huh nasib baik Im gadis kak bukan bujang so tak pelah kalau Im tak lepak kat depan tue kan..” balas Nur Iman Balqis tidak mahu mengalah. Nur Iman Balqis terus merebahkan badannya diatas tilam yang tidak lah seberapa empuk itu. seperti biasa jika keseorangan fikiran Nur Iman Balqis akan melayang mengenangkan kehidupannya yang tidak tahu apa kesudahannya itu. Kehidupan Nur Iman Balqis tidaklah seindah insan lain. Segala apa yang dilakukannya sering berulang tanpa ada perbezaan. Bangun pagi ke kuliah kemudian selesai kuliah dia akan pulang kerumah lalu memonton tv berbual dengan teman serumah, makan dan tidur. Begitulah rutin harian Nur Iman Balqis yang tidak ada perubahan. Dan kadangkala pada hujung minggu jika tidak pulang ke rumah ibunya di Melaka Nur Iman Balqis akan ke rumah kakaknya di Damansara Damai. Tetapi kini setelah kakaknya mendapat pekerjaan Nur Iman Balqis sudah jarang ke rumah mereka dan dia akan duduk di rumah sewanya sahaja pada hujung minggu. Tiada apa yang menarik terjadi dalam hidupnya. Hanya pada teman serumah dan sekelasnya sahaja tempat Nur Iman Balqis bergurau senda menghiburkan hati yang kosong. Dalam kegembiraan yang diciptanya pada suatu saat dia akan mengeluh. Kadang kala Nur Iman Balqis sendiri tidak tahu apa yang membebankan kotak fikirannya. Seperti satu beban yang tidak kelihatan tetapi dapat dirasai yang terpaksa dipikul olah dirinya. Nur Iman Balqis sering tertanya-tanya beban apa yang dirasainya ini. Kekosongan apa yng bermaharajalela di dalam dirinya. Apa yang mengganggu kotak fikirannya. Nur Iman Balqis menjadi pening memikirkan persoalan yang menghantui jiwanya itu. dia ingin meluahkan tetapi tidak tahu siapa yang memahami jiwa dan hatinya pada saat ini. Kadangkala Nur Iman Balqis menjadi cemburu melihat kebahagiaan dan kegembiraan temannya bersama keluarga. Berkumpul dan bergurau senda. Nur Iman Balqis ingin merasainya lagi. Dia sudah lupa bagaimana rasa kegembiraan itu.

Saat itu Nur Iman Balqis amat merindui ibunya. Dia tersedar dari khayalan dunia, lalu bingkas bangun dan untuk sekian kalinya Nur Iman Balqis duduk termenung.

“Woi kata nak tidur nie dok termenung pulak. Ingatkan siapa ha? Ingatkan buah hati?”sergah Farah Alia dari belakang. Nur Iman Balqis terkejut mendengar sergahan itu.

“Esh kak Alia nie cuba bagi salam dulu. Terkezut I tau. Mana pulak nak ingatkan buah hati. Im ingatkan buah tangan je. Tau orang tak de buah hati lagi mau tanya. Apalah Kak Alia nie. Nak sindir Im lah tue.”kata Nur Iman Balqis merendah diri. Farah Alia yang mendengar kata-kata Nur Iman Balqis terkejut.

“ eh Im kau jangan lah sensetif sangat. Kak Alia gurau jelah. Ala relax lah weit. Jangan nak ambik hati lak.” Kata Frah Alia serba salah. Dia takut teman sebiliknya itu berkecil hati dengan kata-kata yang dilafaskan tadi. Tidak terniat dihati Farah Alia untuk menyindir atau memperkecilkan Nur Iman Balqis.

“ Ala Im taulah Kak Alia. Siapalah Im nie. Mak bapak jauh. Kakak busy je. Im nie kurang kasih sayang. Im sedar kak Alia.”kata Nur Iman Balqis sayu. Riak wajah Farah Alia berubah setelah mendengar kata-kata Nur Iman Balqis itu. rasa bersalah menghantui diri lantas dia mengambil tempat disebelah Nur Iman Balqis.

“Ala Im sorrylah Kak Alia bukan nak kutuk kau. Kak Alia gurau jelah. Sorry lah kalau Im terasa tadi. Kak Alia tak da maksud lain…”pujuk Farah Alia sepenuh hati. Nur Iman Balqis terus berlalu keluar dari bilik itu meninggalkan Farah Alia keseorangan dengan peresaan bersalah. Tanpa membuang masa Farah Alia mengikut langkah Nur Iman Balqis. Ucapan maaf tidak putus dari mulutnya.

Diruang tamu Nur Iman Balqis duduk di sofa tanpa mempedulikan teman serumahnya yang lain yang kehairanan melihat mereka berdua. Farah Alia yang duduk di sisi Nur Iman Balqis menarik lengannya.

“He Alia kenapa nie?”soal Azura ingin tahu.

“ Im kecik hati dengan Alia kak. Alia salah cakap tadi.” Kata Farah Alia kesal.

“La ye ke. Ala takkan Im ambil hati kot..”kata Azura kurang percaya dan serentak itu Nur Iman Balqis ketawa.

“Im dah tak tahan tengok muka Kak Alia yang macam cekodok basi tue. Woit dia lak yang nebes sangat. Relax lah.. terror tak Im berlakon. Ada bakat tak..” kata Nur Iman Balqis slumber. Farah Alia menyedari dirinya dipermainkan menjerit sambil memukul lengan Nur Iman Balqis. Nur Iman Balqis ketawa kemenangan kerana berjaya mengenakan Farah Alia.

“tak guna kau Im. Aku punyalah takut kau kecik hati dia boleh memain lak. Tak apa Im ada ubi ada batas ada hari nanti aku balas.”kata Farah Alia tidak puas hati.

Nur Iman Balqis, Azura, Izzati Maisarah dan Umairah masih ketawa melihat riak wajah Farah Alia.

“Weit dahlah tu. Ya Allah budak nie. Hey Alia kau dah sembahyang ke belum ha?” soal Azura.

“belum kak. Nie Im lah tadi Alia ingat nak sembahyang tetiba lak dia jadi pelakon. Entah director mana yang cakap action Alia pun tak tau. Terus Alia pun jadi pelakon gak.” Adu Farah Alia kepada Azura yang telah dianggap sebagai kakak dalam rumah itu oleh mereka. Azura hanya mampu melihat sahaja perangai mereka yang belum boleh dikategorikan sebagai matang. Dia telah menganggap mereka sebagai adiknya sendiri dan menjaga mereka sebaik mungkin.

“Ha Im kau tu dah sembahyang ke belom? Main je dari tadi.” Soal Azura kepada Nur Iman Balqis pula.Dia menggeleng kepala sambil tersenyum penuh makna.

bersambung

No comments:

Post a Comment

Popular Posts