bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (2)

Pagi itu Nur Iman Balqis bangun seperti biasa. Setelah siap mandi dan mengenakan uniform Nur Iman Balqis melangkah keluar dari rumah untuk ke universiti tempat dia menyambungkan pelajarannya. Kelas yang bermula jam 9 pagi itu kadang kala membuatkan Nur Iman Balqis mengeluh kerana terpaksa bangun awal pagi. Nur Iman Balqis menunggu teksi di depan simpang rumahnya. Tambang sebanyak RM 2.50 dihulurkan kepada pemandu teksi tersebut. Nur Iman Balqis melangkah masuk ke dalam bangunan universiti itu. kelihatan teman sekelasnya telah menanti kedatangannya seperti yang dijanjikan. Nur Iman Balqis menghadiahkan senyuman buat temannya itu.

“lama dah kau sampai ke?” soal Nur Iman Balqis.

“tak lah lama sangat. Tahun lepas je.” Balas Nurul Asyikin. Nur Iman Balqis hanya tersenyum mendengar jawapan temannya itu.

“mek kau senyap je apa kes?” soal Nur Iman Balqis yang hairan melihat kebisuan temannya yang seorang itu. biasanya Siti Noraishah akan menegurnya dahulu.

“ aku sakit perutlah. Dari semalam aku sakit perut. Ingatkan aku tak nak datang kelas hari ni tapi minah nielah dipaksanya aku pergi kelas.” Terang Siti Noraishah dengan panjang lebar. Nur Iman Balqis hanya mendengar kata-kata temannya itu.

“mana yang lain tak sampai lagi ke?”soal Nur Iman Balqis. Dia memandang sekeliling kawasan lobi itu tetapi tidak kelihatan seorang pun teman sekelas yang lain.

“budak-budak dah masuk kelas. Ala derang kan semangat naga nak masuk kelas. Nak mengampu lecture lah katakan.” Kata Nurul Asyikin slumber.

“ ala macamlah lecture dah masuk time-time macam nie. Dah jomlah kita masuk kelas. Ramai sangatlah kat lobi nie. Naik rimas aku.” Ajak Nur Iman Balqis. Mereka terus menuju ke kelas yang telah disediakan. Walaupun dari pelbagai negeri mereka tiga sekawan tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan menjadi teman. Siti Noraishah yang berasal dari Johor Bahru tetapi menetap di Kelantan mendapat gelaran MEK daripada Nur Iman Balqis. Nurul Asyikin pula berasal dari Negeri Sembilan berperwatakan slumber dan sempoi. Mereka adalah sekawan yang tidak memandang harta dan pangkat untuk menjadi teman. Sikap terus terang mereka dalam persahabatan menjadikan persahabatan mereka semakin kukuh.

Kelas yang berlangsung selama 3 jam itu amat membosankan. Semenjak pertukaran tenaga pengajar,subjek yang diambil menjadi bosan. Cara pengajar yang membosankan dan tidak kena dengan cara mereka menyebabkan hati masing-masing tidak sabar untuk keluar dari kelas. Saat kelas tamat adalah saat yang paling menggembirakan bagi mereka. Tanpa membuang masa mereka bergegas keluar untuk menghirup udara segar. Untuk menanti kelas seterusnya mereka ke kedai makan untuk mengisi perut yang sedia kosong. Mereka akan makan sambil berbual isu semasa tetapi lebih kepada isu sekeliling.

“Mek kau makan apa tue. Tauhu lagi ek.?sedap ke?”Soal Nur Iman Balqis.

“ sedap apa…. aku suka ar. Kau nak ke? Ambiklah.”Nur Iman Balqis pantas menggelengkan kepalanya. Dia tidak suka makan tauhu.

“ala Im nie kau offer tue memanglah dia tak nak. Cuba kau offer ayam mcdonalds tue laju je dia mencapai. “ sindir Nurul Asyikin sambil tersenyum.

“ala kalau ayam mcdonalds kau tak payah offer dengan muka tak tau malu aku akan ambik terus…”balas Nur Iman Balqis slumber. Temannya hanya ketawa mendengar kata-katanya. Serentak dengan itu kedengaran suara orang menyapa mereka dari belakang.

“owh kau Nurul makan tak ajak aku pun.”sapa Nik Nur Hakimi yang muncul tanpa dipinta diikuti oleh kunco-kunconya yang digelar bini-bini Nik Nur Hakimi oleh mereka bertiga.

“ kalau aku ajak kau apa kau nak bayar ke semua nie?” balas Nurul Asyikin slumber. Nur Iman Balqis ketawa mendengar kata-kata Nurul Asyikin itu.Sementara

kunco-kunco Nik Nur Hakimi telah memilih tempat duduk yang berhampiran dengan mereka bertiga.

“ewah kau Im yang kau gelakkan aku tu kenapa. Suka kau ya..” kata Nik Nur Hakimi. Serentak itu Nurul Ain memanggil Nik Nur Hakimi.

“ Nik tue bini kau dah panggil kau. Kang marah lak dia kalau kau lambat gi. Kau kan takut bini.,”sindir Nur Iman Balqis.

“kepala hotak kau aku takut bini. Mana kau dapat cerita tu hah. Dia yang takut aku tau tak.dahlah lapar lak aku melayan korang nie. Aku nak pegi ambik makanan jap.” Nik Nur Hakimi terus berlalu mendapatkan kekasih hatinya yang sedang menanti.

Nik Nur Hkimi dan Nurul Ain adalah pasangan kekasih dalam kelas mereka. Teman baiknya yang sering bersama mereka adalah Farhana dan Sharifah Hamidah. Mereka sering bersama kemana sahaja. Oleh kerana Nik Nur Hakimi seorang sahaja lelaki, Nur Iman Balqis menggelarkan mereka suami dan isteri-isteri.

Rakan sekelas Nur Iman kadang kala tidak berapa suka dengan Nik Nur Hakimi dan bini-bininya kerana mereka suka membodek lecture. Sikap mereka sering menjadi sindiran di dalam kelas oleh kumpulan pelajar yang tidak suka akan sikap Nik Nur Hakimi dan kunco-kunconya itu.

Nur Iman Balqis dan temannya tidak mempedulikan sikap mereka. Yang penting Nik Nur Hakimi dan kunco-kunconya tidak mengganggu hidup mereka bertiga. Sikap Nur Iman Balqis yang terlalu jujur dan cakap lepas sudah menjadi kebiasaan teman-temannya. Sejak awal perkenalan mereka lagi Nur Iman Balqis sudah menjadi dirinya sendiri. Sikapnya kasar tetapi baik hati dan perwatakannya yang terlalu kurang cirri-ciri seorang perempuan melayu terakhir sudah sebati dengan teman-temannya walaupun pada mulanya mereka tidak dapat menerima perwatakannya itu.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts