bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (1)

Khamis,07:45 pm..

Kebahagiaan.. apa ertinya kebahagiaan itu? Aku sudah lupa maksud kebahagiaan

itu.tidak ada kebahagiaan lagi dalam hidupku. Kemana hilangnya kebahagiaan aku selama ini?hatiku pedih. Jiwaku kosong.lalu apa ertinya hidupku ini? hanya meneruskan hembusan nafas yang masih aku rasai. Melihat kelilingku selagi mata tidak tertutup?

Aku rindukan kebahagiaanku dahulu. Dimana aku masih seperti insan lain yang memiliki kasih sayang seorang bapa,merasai kebahagiaan dalam keluarganya, walaupun tidak hidup dalam kemewahan tetapi kebahagiaan yang aku rasai amat memberi makna dalam hidupku. Tapi kini Malapetaka apa yang melanda keluargaku? Salah siapa semua ini terjadi? Apa dosaku sehingga tidak bisa merasai lagi kebahagiaan ini?

Segalanya telah berubah. Aku kehilangan kasih sayang seorang bapa malah aku telah kehilangan seorang bapa yang pernah aku kenali selama hayatku. Aku juga telah kehilangan kegembiraan, gelak tawa dan segalanya setelah satu langkah bodoh yang diambil oleh ayah. Langkah itu telah merubah kehidupan aku dan keluargaku. Langkah yang telah menghancurkan hati kami. Kenapa ayah? Selama ini ayah bijak membuat keputusan tetapi kali ini keputusan ayah telah menghancurkan hati kami. Di mana hilangnya kewarasan ayah?apakah ayah tidak pernah fikir kesan diatas langkah yang ayah ambil?tidak tahukah ayah betapa kecewa, hancur dan hilangnya kepercayaan yang telah tertanam dalam diri ini?


Diari ditangannya ditutup lalu diletakkan di sebelahnya.Nur Iman Balqis duduk termenung. Tinggal keseorangan di rumah itu amat membosankan. Teman-temannya yang lain keluar. Ada yang ke cyber café ada yang keluar berjumpa dengan kekasih hati dan ada yang pulang ke kampung halaman. Tinggallah Nur Iman Balqis keseorangan di rumah sewa itu. Ingin menonton televisyen tiada rancangan yang menarik. Betapa bosannya Nur Iman Balqis ketika itu. duduk seorang diri membuatkan dia teringan segala kenangan yang pernah dilaluinya dahulu. Kenangan dimana kegembiraan berasa bersama-sama teman di sekolah, diasrama. Kebahagiaan bersama keluarga. Dan apabila mengingati kebahagiaan bersama keluarga Nur Iman Balqis menjadi sedih. hatinya menjadi sayu. Dia terlalu rindukan kebahagiaan yang pernah dirasainya. Air mata Nur Iman Balqis mengalir tanpa di pinta. Tiada siapa yang mengerti perasaan Nur Iman Balqis yang sebenar walaupun ibunya sendiri. Nur Iman Balqis lebih rela memendam perasaan dan Cuma apabila terlalu berat rasa menanggung perasaan dia akan melepaskan sedikit dengan bercerita kepada temannya. Tetapi yang pasti tiada seorang pun yang tahu isi hatinya. Yang mereka lihat hanyalah ketawa riang, gurau senda dan kegembiraan yang ditunjukkan oleh Nur Iman Balqis. Segala rasa hati hanya dirinya yang tahu. Nur Iman Balqis kecewa dengan keretakan keluarganya. Abahnya yang berkahwin lain tanpa pengetahuan mereka sekeluarga telah menghancurkan kebahagiaan mereka selama ini dengan berita yang tidak disangka itu. begitu pahit penderitaan yang terpaksa ditanggung mereka sekeluarga dengan tindakan abah itu. segala berubah setelah pengakuan abah tentang tindakan dan langkah bodoh yang diambilnya.

Kedengaran riuh suara temannya yang baru pulang. Pantas Nur Iman Balqis mengesat air matanya. Sambil tersenyum Nur Iman Balqis menyambut kepulangan teman serumahnya itu.

“ait Nur Iman Balqis, dari kita orang pergi kau duduk kat depan nie sampailah kita orang dah balik kau masih duduk kat tempat yang sama… dasyat-dasyat.” Tegur Farah Alia, rakan sebiliknya. Nur Iman Balqis hanya tersenyum mendengar kata Farah Alia.

“wahai cik Farah Alia saya nie menunggu kepulangan kalian. Risau pula rasa hati apabila kalian tidak pulang-pulang lagi. Kiranya saya sudah ingin melaporkan pada pihak berkuasa tadi. Nasib kalian sudah muncul menunjukkan diri.” Kata Nur Iman Balqis. Temannya yang mendengar cara percakapan Nur Iman Balqis ketawa.

“wah sungguh skema cara percakapan anda ya wahai cik Nur Iman Balqis. Weit nama kau dah lah panjang nak berbelit lidah aku nyebutnya. Dah kau tak payah nak buang tebiat. Nie kau dah makan lom?” soal Farah Alia. Malas melayan kerenah Nur Iman Balqis.

“Im blom makan lagi. Kak Zuera kata nak wat nasi goreng malam nie. Im dah masak nasi dah.” Dengan bangganya Nur Iman Balqis memberitahu.

“hah yelah kau kalau setakat nak masak nasi tu bleh lagilah. Kalau nak masak lain jangan haraplah. Esh nama je ambik diploma culinary art,konon nak jadi chef, masak pun tak reti.”sindir Kak Zuera,wanita yang turut menuntut ilmu di tempat yang sama dengan Nur Iman Balqis.

“ala kak belum cuba blom tahu tau. Im tak nak tunjuk bakat je kang ramai lak yang tak dapat cari keja kalau Im dah tunjuk bakat Im nie tau.” Kata Nur Iman Balqis slumber. Azura yang mendengar kata-kata Nur Iman Balqis hanya ketawa. Dia tahu jika berlawan cakap dengan Nur Iman Balqis pasti kalah.

“yelah tu Im. Akak tau sangatlah bakat kau tu selain tidur, makan, tengok tv,dan paling penting loya buruk.satu taraf ngan kain buruk tau loya buruk kau tu..” kata azura.

“ eh taklah kak loya buruk Im nie dah naik taraf. Dia up lagi dari kain buruk. Im dah up datekan dah. Cuma otak Im je tak up date lagi. Cabel tak jumpa.” Balas Nur Iman Balqis.

“oi Im kau nie dok diam bleh tak. Dahlah tak nak tolong kak zuera masak lagi nak banyak cakap. Kusut kepala aku dengar suara kau la..” tegur Izzati maisarah yang sedang khusyuk menonton tv.

“ala kak Sara, Im guna TM lets talk. Ala yang Ally Iskandar guna gak tue. Tu yang Im banyak cakap tu. Sabar jelah ye…” seperti biasa pasti ada sahaja jawapan daripada Nur Iman Balqis.

“Im kak Zuera suruh kau masak air.” Laung Farah Alia dari dapur. Tanpa banyak bicara Im bangun dan berlalu kedapur tetapi dia sempat mencubit tangan Izzati Maisarah sebelum berlari ke dapur. Jeritan daripada Izzati Maisarah hanya dibalas dengan tawa Nur Iman Balqis dari dapur.

Malam itu mereka menjamu selera bersama-sama seperti biasa. Gelak tawa dari mereka tidak pernah henti kecuali waktu tidur. Teman-teman serumah Nur Iman Balqislah yang kadang kala menghilangkan kesedihan yang sebenarnya ditanggung olehnya. Dan dalam tawa riang itu hati Nur Iman Balqis sebenarnya kosong. Gelak tawanya adalah untuk menutupi perasaan yang sebenar dirasai oleh dirinya.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts